Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 25 November 2016

Hadi Tangguh Bahas #RUU355 Sebab Draf Asal Telah Dipinda Kata Nasruddin - Tetapi Kenapa Hadi Tak Sebut Dalam Parlimen?

Aku perhati je perangai penyokong2 dan ahli2 PAS dalam isu #RUU355.

Ini kenyataan rasmi dari Ketua Penerangan PAS Pusat - Nasrrudin Hasan yang menjelaskan kenapa Tuan Guru Hadi Awang memohon menangguhkan perbahasan dalam usul #RUU355.


Baca kenyataan dia terlebih dahulu ;

Al Bayanul Mubin. Siri 38 
24 November 2016 : 24 Safar 1438H 

*Langkah "Pindaan Akta 355"* 
*Maju Setapak Ke Hadapan.* 
Oleh: Nasrudin bin Hassan 
Ketua Penerangan PAS Malaysia 

(Mohon maaf, artikel ini agak panjang kerana bermaksud memberi pencerahan atas isu yang berlaku. Harap baca dengan dengan tenang) 

1. Hampir genap 6 bulan selepas 26 Mei 2016 yang lalu, Usul Pindaan Akta 355 sekali lagi dibentang sebagai Rang Undang Undang Ahli Persendirian (Private Members Bill) oleh YB Marang Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang. 

2. Alhamdulillah, pembentangan kali ini menunjukkan kemajuan setapak ke hadapan apabila YB DS Tuan Guru diberi kebenaran oleh Dewan Rakyat menurut Peraturan Mesyuarat 49(1) yang dibaca bersama Peraturan Mesyuarat 28, mengemukakan pindaan kepada usul asal beliau yang lebih memperincikan bidang kuasa Mahkamah Syariah iaitu: ~ 3 tahun penjara kepada 30 tahun ~ 5 ribu ringgit denda kepada 100 ribu ringgit ~ 6 kali sebatan kepada 100 kali sebatan mengikut tatacara syariah. 

3. YB DS Tuan Guru melalui Peraturan Mesyuarat 15(5), telah memilih untuk menangguhkan perbahasan ke peringkat bacaan kali pertama pada persidangan akan datang. Alasan yang dikemukakan oleh YB DS Tuan Guru ialah : "Memandangkan pindaan ini memerlukan kefahaman yang jelas, walaupun sudah ada secara bertulis yang diedarkan, namun masih ada lagi kekeliruan dan berbagai-bagai polemik di luar dewan ini melibatkan semua pihak. Walaupun undang-undang ini khusus bagi penganut islam sahaja berkait dengan kuasa raja-raja namun masih ada pertikaian dan perbahasan yang hangat, maka saya pohon untuk membuat huraian pada sesi akan datang selaras dengan peraturan mesyuarat 15 (5)." 

4. Saya melihat langkah ini sangat berhikmah dan tenang dari YB DS Tuan Guru Ahli Parlimen Marang selaku pembawa usul. Berhati-hati, tidak gopoh dan lebih bersikap terbuka untuk pindaan usul ini diberi masa kepada semua muslim dan non muslim termasuk ahli-ahli parlimen agar memahami dengan baik subjek pindaan usul yang telah dibuat. 

5. Subjek pindaan terhadap usul yang telah dikemukakan itu adalah hasil respon balas pelbagai pihak selepas 6 bulan ruang perbahasan dan penelitian dibuka kepada umum sejak 26 Mei 2016 yang menyaksikan pembentangan kali pertama oleh YB DS Tuan Guru dan kemudiannya menangguhkan perbahasan. 

6. Selayaknya hari ini pada tanggal 24 November 2016, ahli - ahli parlimen telah mula boleh membahaskan Rang Undang-Undang Ahli Persendirian bagi maksud meminda Akta 355 tersebut. Tetapi oleh kerana terdapat pindaan yang terpaksa dilakukan pada draf usul yang asal maka YB DS Tuan Guru sebagaimana yang saya nyatakan tadi, memilih untuk menangguhkan perbahasan supaya subjek pindaan itu dapat diamati dan diteliti oleh semua termasuk ahli-ahli parlimen serta mengharapkan perbahasan yang masak dan matang pada persidangan akan datang yang dijangkakan berlangsung pada bulan Mac tahun hadapan. 

7. Pelbagai tohmahan dan nista dilemparkan kepada YB DS Tuan Guru khasnya dan PAS amnya atas sikap dan langkah yang diambil. Meskipun begitu, PAS tetap dengan sikap dan keputusan yang diambil malah optimis dengan keputusan yang dibuat seraya mengharapkan doa dari semua pihak agar usaha murni ini berjaya dilunaskan dengan baik. 

8. Pada 26 Mei 2016 yang lalu, mereka menuduh PAS bersekongkol dengan UMNO BN apabila PAS mendapat ruang membentangkan usul Pindaan Akta 355 di Parlimen. Mereka menolak dan membantah, kenapa YB DS Tuan Guru dibenarkan membawa Private Members Bill ke Parlimen dengan pelbagai alasan. (Boleh rujuk hansard parlimen dan juga video perbahasannya di youtube.) 

9. Hari ini 24 November 2016, mereka sekali lagi melontarkan tohmahan dan mendakwa bahawa PAS ditipu dan dipermainkan oleh UMNO BN kerana menangguhkan perbahasan. Kononnya mereka mahu membahas dan menyokong usul pindaan Akta 355 tersebut pada hari ini juga. Sedang sebelum ini mereka tidak pernah menyatakan sikap yang jelas untuk menyokong usul pindaan Akta 355 ini. 

10. Inilah harga yang terpaksa dibayar oleh PAS bagi memastikan hak undang-undang syariat Islam dapat ditempatkan pada ruang yang ada dalam undang-undang negara kita. Saya menyeru supaya semua pihak dapat bersabar dan tidak membuat spekulasi yang negatif apatah lagi menghamburkan 1001 tohmahan dan fitnah kepada YB DS Tuan Guru juga kepada PAS atas usaha murni ini. 

11. Akta 355 ini dibuat pada tahun 1965 oleh Parlimen dengan bidang kuasa denda tidak lebih 1000 ringgit dan penjara tidak lebih 6 bulan. Selepas 19 tahun kemudian, ia dipinda pada tahun 1984 dengan bidang kuasa baru iaitu penjara tidak lebih 3 tahun, denda tidak lebih 5000 ringgit dan sebat sebanyak 6 kali. 

12. Selepas 32 tahun, barulah Akta 355 ini dapat peluang untuk dipinda lagi. Pindaan kali ini diusulkan oleh YB DS Tuan Guru Ahli Parlimen Marang melalui Rang Undang-Undang Ahli Persendirian. Bidang kuasa yang dicadangkan pindaannya adalah ke arah menepati undang-undang syariat sebagaimana yang saya nyatakan pada point ke 2 di atas. 

13. Menariknya, sewaktu Akta 355 ini dibuat pada 1965 dan pindaannya pada 1984 serta 1989 tidak pula mencetus pertikaian. Malang apabila pindaan cuba dilakukan lagi pada tahun 2016 ini ke arah memperkasa dan memberi hak Mahkamah Syariah berhukum dengan undang-undang Syariat, maka ia dijadikan polemik dan pertikaian. 

14. Sebagaimana kita boleh bersabar menanti detik bersejarah ini, sejak 1965 kemudian 1984 dan kini 2016 iaitu lebih 50 tahun , kenapa kita tidak boleh bersabar hanya untuk beberapa bulan sahaja lagi, bagi menyempurnakan proses pindaan 2016 ini. Kenapa perlu tohmah PAS ditipu oleh UMNO, dibayar oleh UMNO dan sebagainya. Tohmahan itu salah dan fitnah yang tidak bertanggungjawab. 

15. YB DS Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang selaku Ahli Parlimen Marang dan juga Presiden PAS telah mengambil langkah yang penuh hikmah, tenang dan tidak gopoh. Tangani provokasi pelbagai pihak termasuk non muslim dengan memberi masa dan ruang berfikir, berbincang, berdialog. Insyaallah, ia akan berjaya. Masih panjang perjalanan dan masih banyak ranjau. Kita kena berhati-hati bila berjalan dipermukaan licin. Jangan hanya mahu cepat sampai tanpa memikirkan risiko bakal menanti. 

16. Persidangan Parlimen pada Mac akan datang Insyaallah, akan menyaksikan perbahasan dan keputusan peringkat bacaan pertama dibuat. Jika lulus dengan simple majoriti, maka selesailah peringkat bacaan kali pertama dan ia akan dibawa ke bacaan kali kedua selepas itu. Pada peringkat bacaan kali kedua itulah, ia akan diambil alih oleh pihak kerajaan untuk menjadikan ia sebagai Bill Kerajaan. 

Sekian.

---------

Dah?

Lihat pada kenyataan yang aku highlightkan warna merah tu. Tang mana satu kalau korang menonton video kat bawah neh menyebut yang Tuan Guru Hadi Awang menangguhkan perbahasan kerana nak bagi fahamkan Ahli Parlimen tentang pindaan yang dilakukan pada draf asal?

Jika sekalipun alasan itu benar, maka kenapa tak menyebutkan ia sebagai alasan utama ketika memohon penangguhan?

Banyak sangat ke pindaan dilakukan pada draf asal sampaikan Ahli Parlimen perlu berbulan-bulan lamanya untuk bahas?

Pendirian aku senang je. Elok TGHH bahas je. Untuk tunggu semua orang faham dan terima, aku fikir mustahil sebab ada wakil rakyat dari MIC, GERAKAN dan MCA yang awal-awal lagi dah nyatakan tidak akan bersetuju sama sekali dengan usul yang Hadi bawakan. Bukan itu sahaja, Ahli2 Parlimen dari Sarawak pun tak bersetuju. So, bahas aje. Semakin lama ia ditangguhkan semakin orang fikir ia akan menjadi talian hayat untuk millage politik bagi kempen PRU ke 14. 

Satu lagi aku nak sebut. Semalam di Buletin 1.30 oleh TV3, dorang pun beria-ria lapor yang TGHH minta tangguh bahas. Nampak? Pointnya? Aku rasa dorang nak salahkan PAS dalam cerita neh. Entahla. Korang fikirlah sendiri macam mana. Malas nak cakap. Cakap pun bukan ahli2 PAS nak dengar. Di kalangan kenalan aku sendiri pun, mereka mengakui nak bekerjasama dengan UMNO. Aku tak generalisekan ya. Aku cakap di kalangan kenalan aku sendiri. 

Nah, video. Dengar sendiri point Nasruddin tu tally ke tak dengan alasan TGHH ;


Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...