Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 24 November 2016

Hentikan Bakar Lilin, Jika Masih Berdegil, Berani Buat Berani Tanggung - Amaran Khalid Kepada Penyokong Maria Chin.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini memberi amaran kepada penganjur perhimpunan untuk mematuhi peraturan di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 atau berhadapan tindakan pihaknya.
"Ia tidak boleh berterusan...Mulai sekarang, kami akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka, termasuk yang membakar lilin di Dataran Merdeka.
"Jangan fikir anda berkumpul untuk membakar lilin jadi tidak perlu memberi notis," kata Khalid merujuk kepada himpunan nyalaan lilin diadakan di Dataran Merdeka untuk mendesak pembebasan Pengerusi BERSIH, Maria Chin Abdullah.
Mengenai sama ada polis akan mengambil tindakan terhadap konvoi 'Bersih 7' yang dianjurkan oleh pemimpin Baju Merah, Datuk Seri Jamal Md Yunos, Khalid menjawab: "Pasti (ambil tindakan) jika aktiviti mereka bertentangan undang-undang".
Khalid pada sidang akhbar di KLIA, hari ini, pihak polis telah sekian lama mengamalkan kekangan dalam berdepan dengan perhimpunan haram.
Para penyokong Maria berikrar untuk mengadakan himpunan sedemikian pada setiap malam sehingga pembebasannya.
"Lihatlah jika mereka masih mahu melakukannya. Berani buat, berani tanggung akibatnya," beliau memberi amaran.
---------------
Amboi garangnya Ketua Polis Negara kau.. Mungkin ini sebab-sebabnya kot.


Ramai kan?
Bila dah ramai ianya menimbulkan kebimbangan. Almaklumla media dalam dan luar negara bersepah-sepah. Kalau media luar negara lapor, intergriti PDRM sekali lagi menjadi pertikaian awam. Mana boleh, kan? Perkara sekecil itu, seperti membakar lilin boleh menjadi besar seperti desakan jika media melaporkan secara berleluasa. Ia akan bentuk kesedaran awam dan membangkitkan sentimen juga..
Dalam pada itu, Khalid menegaskan penahanan Maria Chin tiada kaitan dengan idelogi politiknya ataupun berkaitan himpunan BERSIH 5. Sebaliknya mengenai salah satu dokumen yang ditemui di pejabatnya ketika anggota polis melakukan pemeriksaan (geledah).
Penemuan dokumen itu menyebabkan Maria Chin disiasat di bawah SOSMA.
Polis juga menyiasat kaitan BERSIH dengan OSF, Open Society Foundation yang diasaskan oleh George Soros. 

Gambar kredit : Young Syefura, Shah Mohd & Kameel Abuya.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...