Isnin, 21 November 2016

Kesalahan-Kesalahan Dalam Demo #BERSIH5 Yang Anda Patut Tahu.

Akan ada BERSIH6. Aku percaya ia akan ada. Melihatkan kepada senario politik semasa, melihatkan kepada pembangkang dan para penyokongnya yang semakin ego, degil, enggan meraikan kritikan dalam kerangka perbahasan yang sihat, enggan menerima sudut pandang yang berbeza dari pemikiran mereka dan sebagainya, aku percaya akan ada BERSIH6. Yang memungkinkan mereka mengulangi senario yang serupa.

Apa yang dah berlaku telah pun berlaku. Dan ini untuk mengelakkan ia dari terus berlaku atau mengulangi apa yang telah berlaku.

1. Bendera LGBT dikesan.

Kenapa ini isu besar?
Salah ke LGBT hadir demo?
Salah ke LGBT sokong BERSIH?
Langsung tak salah.

LGBT atau bukan LGBT mereka ada hak untuk mengundi dan memilih pemimpin. Mereka boleh protes atas apa-apa tajuk politik, ekonomi, perundangan dan apa saja. Mereka juga boleh je berhimpun dan berdemo perjuangkan hak LGBT.

Dalam perlembagaan setiap rakyat ada hak untuk berhimpun. LGBT juga ada hak yang sama. Atheis pun.

Tetapi oleh kerana ini himpunan BERSIH5, maka focuslah kepada tuntutan BERSIH itu sendiri. Kenapa perlu bawa bendera yang tiada kaitan dengan perjuangan BERSIH. 

Bila itu dilakukan, maka inila yang buat orang pertikaikan pendemo BERSIH yang turun berhimpun.

Ahhhh. Dia turun bersih tuntut pilihanraya yang adil ke atau nak promosikan LGBT supaya ramai Malaysian tahu ada NGO pro LGBT dan mana2 LGBT yang sembunyi2, sorok2 akan ke NGO tersebut bagi melebarkan lagi aktiviti LGBTness mereka itu.

Tanpa BERSIH pun mereka boleh je promosikan LGBTness mereka itu.

Tetapi bila mereka gunakan BERSIH, mereka dah rosakkan BERSIH walaupun mereka tiada niat ke arah itu.

BERSIH juga sangat berkompromi dengan LGBT berbanding budak2 anarki dan geng baju hitam.

Kalau BERSIH5 baju hitam turun bawa bendera mereka, maki monarki, maki partisan, ingat team BERSIH5 akan berdiam diri ke? Dalam BERSIH6 punya rule mesti mereka akan ban geng baju hitam turun. Sepertimana yang dorang lakukan pada BERSIH4. Sedangkan budak2 anarki neh punya rebel membantu perjuangan BERSIH. Berbanding budak2 LGBT. Yang hanya fikir perjuangan seks semata. Bukan aku kata budak2 LGBT neh gila kongkek. Yang aku maksudkan ialah perjuangan mereka ini untuk memaksa rakyat meraikan kecenderungan nafsu seks mereka. Lorong perjuangan tu bukan atas nama kebaikan majoriti rakyat. Miskin ke tak miskin ke apa ke. Ia lebih kepada nafsu semata-mata. Anjurkan demo sendiri la. 

Sepatutnya sesiapa nak bawa apa2 misi peribadi pun akhirnya biar la tuntutan itu mendekati kepada keperluan rakyat. Kanabis mendekati kepada keperluan rakyat. LGBT bukan. LGBT hanya mendekati nafsu 'rakyat'.

2. Placard mane, placard?

Ada tetapi terlalu sedikit. Nampak macam tak ada. Banner, placard, kata2 luahan rasa protes terlalu kurang. Kenapa placard dan banner neh penting dalam protes/demo?

Salah Satu Banner Yang Bagus
Sebab ia beri impak. Kata-kata kemarahan yang diluahkan dalam placard merupakan direct action emosi rakyat terhadap apa yang kita proteskan.

Bila ia dimomenkan dalam bentuk gambar, tersebar, ada peluang untuk pemimpin-pemimpin yang kita proteskan itu baca.

Suara kita sampai ke dia.

Sebab tu placard, banner sangat penting dalam demo.

3. Apa tuntutan BERSIH5?

Ya, apa dia?

Aku memang la tahu apa benda. Tetapi yakin ke yang turun haritu tahu apa benda tuntutan BERSIH5? Semua boleh menjawabnye ke?

Aku punya pemikiran yang aku rasa semua dah tahu. Biar sedikit janji semua faham dari ramai berselerak tak faham satu apa pun. Aku betul2 tak suka orang yang turun demo ikut-ikutan neh.

Bagi aku, apabila kau dah pilih untuk pergi ke demo, ia mesti dalam kepala kau, kau faham kenapa.

Maka tak jadi la cerita macam bawa perjuangan LGBT bagai neh.

Boleh kata rata-rata promosi bersih di atas talian lebih kepada bercerita tentang Jamal, Jamal, Jamal.

Aku ye la cerita pasal Jamal sebab dia bangang. Yang korang penyokong2 BERSIH buka la tajuk bab tuntutan. Remember? Aku bukan penyokong BERSIH5 (dan BERSIH4 juga).

Cuba bagi jalan sikit. Macam mana korang nak SPR laksanakan tuntutan tersebut. Terangkan kepada penyokong2 korang supaya dorang faham dan boleh follow.

Aku memang nak mengata. Bila aku tanya bebudak neh kat wassap. Jawapan haru bhai.

Kalau penyokong sendiri pun bercelaru tak faham apa benda tuntutan bersih5, in fact mungkin tak hafal pun, jangan sembang marahkan yang anti la. Semak kau tahu tak. Semak.

4. Mahathir sana Mahathir sini.


Ya, Mahathir jadi focus. Bini Mahathir jadi focus. Mahathir berucap jadi focus. Mahathir minta penyokong2 daftar masuk ahli pembangkang jadi focus. Mahathir gelak jadi focus. Bini Mahathir dengar Mahathir batuk dan rasa risau jadi focus.

Padiayapa betul.

Kemudian. Mahathir kata pendemo ramai turun jadi focus. Mahathir bersalaman dengan penyokong2 jadi focus. Mahathir dah tua turun ke demo jadi focus. Mahathir sanggup pulang segera ke Malaysia dari Sudan menggunakan private jet jadi focus. Sekarang neh puak2 yang menyokong dan membantah bersih bergaduh isu nak menangkan Mahathir atau kalahkan Mahathir.

Whatthefuck beb.

5. BERSIH ialah karnival selfie.

Bukan selfie tu jadi masalah. Tetapi apabila kita berlebihan dalam selfie ia jadi masalah. Dulu pendemo rasa bangga kalau dapat main kejar2 dengan FRU. Sekarang dorang bangga plak kalau dapat selfie dengan FRU. Apekebendanya tu?


Sedar tak yang kita patut turun demo dalam mood kita tengah bengang, marah, sakit ahti, benci pada perkara2 yang menyusahkan hidup kita?

Kita takde masa nak berselfie lebih-lebih sangat. 

Benda neh kita dah buat selalu. 

Kalau sekecil2 selfie neh pun kita rasa payah nak tinggal, perjuangan apa benda kau neh?

6. Promosikan BERSIH tentang perpaduan kaum, gerai habis jualan, tua muda sama2 melawan, BERSIH5 berjaya.

Aku ada baca tentang kenyataan Matrodi. Aku dapat rasakan penyokong2 Mahathir memang merasai BERSIH5 ialah suatu kejayaan buat mereka kerana dalam sejarah UMNO/BN sejak tahun 90an dan ke atas mereka bukannya mampu himpunkan rakyat dalam skala besar jika tiada apa2 manfaat yang rakyat dapat.

Rakyat kalau nak p apa2 event UMNO, bahkan event kerajaan sekalipun mesti sebab dapat apa2 benda yang free. Dapat makan macam2 jenis pun jadi la. Janji free.free.free.

So, untuk BERSIH5, 41k pendemo tanpa sogokan makan, wang dan seumpamanya, ia memang nampak suatu kejayaan bagi mereka.

Namun. Ia adalah kegagalan bagi aku.

Kenapa gagal neh aku dah sebutkan disini sikit dan disini sikit. 

Point utama aku sebenarnya SENTIMEN. Akhirnya untuk kita rangka apa2 plan, strategi mahupun perlawanan kita kena berbalik kepada SENTIMEN. Kenapa SENTIMEN ini penting? Kerana SENTIMEN inilah yang akan membantu kita berjuang dengan betul bagi mendapatkan sokongan rakyat. Jangan belakangkan SENTIMEN semata2 nak menangkan beberapa pihak tertentu dalam PEMBANGKANG.

Apa SENTIMEN rakyat ketika ini?

- Keliru. Sejak pembangkang berpecah, rakyat keliru dan terus keliru. Kejap pembangkang kata begini, kejap pembangkang cakap begitu, ketidak-konsisten halatuju pembangkang membayangkan pembangkang membawa sikap yang sama seperti pemimpin2 BN.

- Bila pembangkang dan pemimpin2 BN disamaertikan dalam pemikiran rakyat, boleh ke pembangkang mendapatkan sokongan padu berbilang kaum?

-  Sudah tentu ini menjadi masalah. Bila ini menjadi masalah, boleh ke demo2 yang dianjurkan oleh NGO2 pro pembangkang (meskipun akan ada penafian dari geng2 BERSIH), mendapat sokongan tidak berbelah-bagi rakyat? Sudah tentu tidak.

JANGAN ABAIKAN SENTIMEN.

Jika dari 500k kepada 100k dan kini 41k itu bermaksud ada sesuatu yang rakyat sedang/cuba/mahu sampaikan.

Apa dia?

Kaji la.

Ada dana. Terima sumbangan. Gunakan wang itu untuk lakukan survey bagi mendapatkan tinjauan ikhlas marhaen. 

JANGAN.

Jangan asyik2 di fb bercakap. Ah majoriti rakyat layan tv3. Ahh majoriti rakyat kampung kena tipu. Blablalablablablablablablablablablablaba eh bila nak habis blablablabla neh.

Do something untuk korang fahamkan diri korang dulu kenapa orang tak terima BERSIH dan kemudiannya bila dah dapat tahu kat mana salah silap korang, perbaiki ia. Lepas tu baru la bermula dari bawah kembali mencari sokongan rakyat.

Kenapa aku tak sokong BERSIH4?
Kenapa aku tak sokong BERSIH5?
Nak tahu jawapan aku?

Pertama ialah venue. Aku nak langgar SPR terus ke pejabat SPR. Kepada boss SPR. Bawa memo, tuntutan, banner dan setiap yang pergi demo paling koman kena hafal 5 tuntutan bersih dan faham kenapa. Kalau tak faham lebih baik kau tidur dekat rumah. Jangan menyemak.

Kedua. Jangan ada penglibatan pemimpin bermasalah. Aku minta maaf. Bagi aku jalan2 membersihkan orang perlu aku bersihkan diri aku terlebih dahulu. Ini penting supaya pemimpin2 bermasalah tak bawa ribut dalam perjuangan aku. Kenapa nak susahkan diri berhujah dengan orang ramai atas beban2 yang dilakukan oleh pemimpin2 bermasalah sedangkan kita boleh aje tinggalkan mereka?

Ketiga. Ini bukan karnival. Ini bukan demo aman. Ini bukan pesta selfie atau pesta promote gerai habis jualan. Ini bukan produk promosi perpaduan kaum. Aku taknak media bercakap tentang ini. Aku taknak netizens glamourkan benda2 ini. Dah 5 kali ulang benda sama. Tak bosan ke? Lepas tu nak tunjuk pendemo2 BERSIH ini alim2 kucing gambar2 solat disebarkan pula. Hak ala. Aku suka Fahmi Reza. Dia buat something yang BERSIH5 ini aku puji. Kerja tangan yang dia buat itulah sebetulnya kita kena follow sebab bila ia dimomenkan oleh wartawan/jurugambar maka orang akan bercerita lalu secara tak langsung sampai la kepada penceritaan 5 tuntutan BERSIH. 

Perlu SPR dibersihkan bagi memudahkan laluan kita menjatuhkan rejim. Ini halatujunya. Meskipun pembangkang masih menang di beberapa seat, bukan bermaksud SPR itu tak boleh dipakai langsung. Cuma ada sesetengah keadaan, kekurangan yang terdapat dalam urusan SPR, membuatkan ia boleh dimanipulasi bagi mendapatkan kemenangan kepada pihak tertentu. Ini pointnya.

Berapa ramai pendemo2 BERSIH faham?
Jika kau bagi mereka exam kau rasa mereka boleh jawab?

Apabila aku menyokong BERSIH atau apabila aku tidak menyokong BERSIH aku akan pastikan aku faham. Aku tidak ikut-ikutan dan aku mahu orang ramai juga jangan membudayakan pemikiran ikut-ikutan.

Last. Jangan kritik bersih jika kau tak pergi. Jangan remehkan usaha orang lain blala semua tu.

Kena pandang rendah pada usaha orang lain apabila usaha itu sia-sia. Yang kita tahu ia akan menjadi sia-sia disebabkan kita dah pernah buat begitu. Contoh. Kita masak nasi guna sebatang lilin. Oleh kerana kita dah tahu masak nasi menggunakan sebatang lilin tiada hasil lalu kita ingatkan orang ramai, jangan masak nasi guna lilin ah. Sebatang pula tu. Ia tak masak woo. Lilin sebatang tu dah cair pun nasi lu tak masak-masak.

Jangan rendahkan usaha orang lain kawan.

Ahh oleh kerana kita tak mampu ubah apa-apa maka kita jangan buat apa-apa.

Penakut.Penakut.Penakut.Penakut.Penakut.

Sabar. Kerana kami dah pun mencuba masak nasi guna sebatang lilin. Memang takde hasil. Kami ingatkan korang supaya korang tak buat kerja bodoh macam kami. Tak ulangi kesilapan kami. Ambil iktibar. Tu je. Janganla defensif sangat pada kritikan. Kalau betul kita nak reformat Malaysia ke arah lebih baik, reformat dulu pemikiran kita. Pertama. Jangan ada sentimen kepartian. Boleh? Tanya pada partisan. Bab pertama neh aku berani kelar leher. Ramai fail. Korang dah lulus bab neh. Aku ajar bab kedua. Kbai.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...