Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 30 November 2018

Ahli Politik India Dakwa Penganut Hindu Di Malaysia Didiskriminasi Angkara Wahabi, Wanita Ditoreh, Penganut Pecah Kepala.

LAPORAN | Malaysia hari ini didakwa telah difitnah oleh ahli politik dari India dakwa netizen yang dikenali sebagai
Muhammad Sobri.


Sobri yang berkongsikan satu rakaman video yang memaparkan seorang ahli politik India yang namanya tidak dikenali sedang bercakap mengenai insiden serangan di Kuil Seri Maha Mariamman.

  "Semalam di negara malaysia ibukota Kuala Lumpur. Kuil Sri Mahamariaman yang sudah beratus tahun di kawasan seafield telah diserang seramai 200 extremis agama dengan kejamnya. Ketika kaum hindu mempertahankan kuil, ada individu, kanak-kanak, dan wanita di toreh lehernya, ramai jemaah hindu di pecahkan kepala. 

Orang hindu telah buat aduan kepada kerajaan. Tetapi kerajaan hanya datang dan melihat sahaja kejadian itu. Sebahagian kuil telah dipecahkan dan ada usaha-usaha sedang di jalankan untuk memecahkan kuil itu. Ahli majlis tertinggi telah membuat bantahan atas perkara ini. Sejak kebelakangan ini, kaum hindu, kuil hindu, sekolah hindu di tindas. Peluang pendidikan dan pekerjaan di diskriminasi. 

Ini semua di sebabkan penyebaran fahaman wahabi di malaysia. Negara Indonesia dan Malaysia mempunyai jumlah orang Islam tertinggi. Kerajaan juga iktiraf itu negara Islam. Tapi sedikit demi sedikit muslim dari Pakistan & Vanggadesan muslim masuk ke negara Malaysia. 

Kerajaan malaysia mula berubah dasar-dasar mereka ke fahaman wahabi sedikit demi sedikit. Malaysia sebenarnya kerajaan yang bagus/baik. 

Tetapi Dr. Zakir Naik yang kumpul orang untuk ISIS telah di ban dari india telah di beri PR malaysia. Disebabkan perkara perkara seperti itu. Kaum india di Malaysia ditindas. Kerajaan India tidak boleh lagi berdiam diri. Kerajaan Malaysia juga tidak boleh berdiam diri. Perlu ambil tindakan segera. Perlu berkas orang yang ganggu kuil. Perlu memberi perlindungan kepada kaum India/Hindu Malaysia. 

Kita perlu berbincang dengan duta Malaysia/India. Kami dari chennai akan memberikan memorandun kepada duta malaysia. Dia juga bersetuju jumpa kami. Menjaga kaum india di Malaysia adalah tanggungjawab kerajaan Malaysia. Ini yang saya mahu sampaikan," katanya seperti yang diterjemahkan oleh Muhammad Sobri.

Ahli Majlis Tertinggi dalam kenyataan di atas mungkin merujuk kepada ahli-ahli politik berbangsa india di Malaysia. 

Boleh jadi mereka-mereka dari India ini pernah menonton video fitnah P. Waytha Moorthy ke atas Malaysia, sebab itu dengan yakinnya membuat tuduhan tanpa siasatan lanjut terhadap negara. Kita tidak tahu. Kerana maklumat itu boleh diakses dengan mudah melalui Google.

Apa pun fitnah yang jelas ini sudah tentu ada sumbernya. Siapalah yang tergamak menyalurkan berita fitnah kepada India sehingga menjadi isu di negara tersebut. Individu atau kumpulan itu haruslah didakwa kerana tergamak menjadi pengkhianat kepada negara. - 30 November 2018.


Khamis, 29 November 2018

10 Kesalahan Pemimpin Pakatan Harapan Dalam Menguruskan Insiden Rusuhan Kuil.

ULASAN |Rusuhan kuil Seafield Sri Maha Mariamman di USJ25, Subang Jaya yang berlaku baru-baru ini membuktikan kerajaan Pakatan Harapan tidak cekap dalam menguruskan krisis.

Dan berikut dibawah kami senarai 10 kesalahan Pakatan Harapan dalam menguruskan insiden keganasan di Kuil Seri Mariamman.

👉 Kesalahan pertama dilakukan oleh EXCO Selangor, V. Ganabatirau. Adun Kota Kemuning itu dikecam kerana mengaitkan insiden serangan di Kuil Seafield dengan "kumpulan muslim".


Bagaimanapun selepas dikecam bertubi-tubi di sosmed, Ganabatirau kemudiannya meminda perkataan 'muslim' kepada gangster bagi meredakan keadaan.

👉 Namun malangnya kesalahan Ganabatirau itu disambung pula oleh Menteri Besar Selangor, apabila seakan menghalalkan kesalahan ADUN Kota Kemuning itu dengan mengaitkan ia sebagai 'kesalahan penggunaan tatabahasa'.

Jika diperhatikan, MB Selangor sebenarnya mahu memberitahu kepada pihak media bahawanya pihaknya sudah menegur Adun Kota Kemuning itu mengenai kesalahannya dan perkara itu akan diperbetulkan. Dan ia sepatutnya terhenti disitu. Tetapi apabila memberikan alasan 'mungkin ada kesalahan penggunaan tatabahasa' disitu, maka ia membiakkan lagi kesalahan. Daripada satu kesalahan kepada dua kesalahan atas isu yang sama.

👉 Dan bertambah menjadi tiga apabila Ganabatirau secara sinikal berkata kepada media beliau boleh membuat permohonan maaf namun;

“Kalau permohonan maaf ini akan tenangkan semua, pihak saya akan mohon maaf. Jika itu yang diperlukan dan diutamakan saya sanggup. Namun kenapa perkara (penting) tak diutamakan? Kenapa ada pihak yang masuk ke kuil jam 2 pagi? Siapa upah mereka?

“Ini juga perlu diberi perhatian. Kalau asyik nak guna agama dan perkauman sebagai asas kepada politik, baiklah saya mintak maaf tapi bila orang-orang ini nak minta maaf dan sedarkan diri.

“Berdasarkan video tersebar, pihak terbabit yang cuba masuk ke dalam perkarangan kuil pada awal pagi dengan menjerit perkataan Arab.

“Ramai tak berminat dengan apa yang saya tulis tapi lebih mencari kesilapan saya dan cuba putar belitkan keadaan. Maka saya dengan segera mengubah perkataan itu kepada gengster,”
katanya.


KENAPA INI SALAH?

Ini salah kerana kerajaan hari ini ialah kerajaan Pakatan Harapan dan kerajaan di Selangor juga ialah kerajaan Pakatan Harapan. 

Jika seorang EXCO menunjukkan perangai terburu-buru dalam menanggani krisis, sedangkan agensi kerajaan adalah dibawah kepimpinan kerajaan itu, ia memberikan gambaran tiadanya syncronize di antara satu sama lain.

EXCO tak boleh tanya polis.
EXCO tak boleh tanya bomba.
EXCO tak boleh tanya kerajaan.
EXCO apa macam neh?

Orang luar melihat, wow huru haranya. Kenapa mereka begitu sangat tidak tersusun dan bersistematik malahan dilihat begitu berpecah?

MB Selangor suruh bertenang, EXCO buat cerita di Facebook. Nampak?

MB Selangor suruh bertenang, EXCO boleh lagi potpetpotpet melayan kritikan kerana bengang ditegur kaw-kaw.

Kerja pembangkang memang membangkang, biarkan mereka membangkang sementara itu kau kerana membantu kerajaan menguruskan krisis bukan join bergaduh dengan pembangkang. Inila bezanya pembangkang dan kerajaan. Adakah masih tak move on lagi sedangkan Selangor sudah masuk penggal ketiga sebagai kerajaan.

👉 Kesalahan seterusnya adalah kesalahan paling serius dilakukan oleh Menteri Perpecahan Negara. Opss silap eja. Menteri Perpaduan Negara, P. Waytha Moorthy.

Apakah kesalahan beliau?

Kesalahan nombor empat : Mengadakan sidang media secara terburu-buru.

- P. Waytha Moorthy berkumpul dengan beberapa menteri kaum india dan memberikan sidang media dimana didalam sidang media itu beliau mengapi-apikan keadaan sedangkan beliau ialah Menteri Perpaduan. Sepatutnya beliau ambil pendekatan meredakan situasi dan ketegangan dan mendapatkan pandangan daripada pihak berkuasa terlebih dahulu. Apakah kenyataan yang mengapi-apikan itu?

Kesalahan nombor lima : menfitnah PDRM. Inilah kesalahan serius. PDRM difitnah secara terbuka oleh seorang MENTERI KERAJAAN PERSEKUTUAN. Disebabkan fitnah yang begitu teruk ini, anggota PDRM sudah tentu terkesan dari segi emosi dan tindakan. Hmm.. boleh ke kami lemparkan bom pemedih mata.. dan air untuk suraikan.. hish. Nanti anggota dipecat macam mana.. serang kuil. Adui. Ke kiri salah, ke kanan salah, buat salah, tak buat salah, respon salah tak respon salah.. 

SERIOUSLY? MENTERI PERPADUAN YANG PALING TERBODOH DI DUNIA.

Sudah tentu jika Menteri Perpaduan ini ada akal yang waras, tidak rasis dan bijak mengendalikan situasi, dia faham dia perlu mendapatkan pandangan dari pihak berkuasa terlebih dahulu sebelum mengadakan apa-apa sidang media.

Dia tahu dia tidak boleh melemahkan semangat anggota agensi keselamatan negara dimana dia adalah sebahagian dari kerajaan didalamnya.

Dia faham situasi sekarang yang paling tepat ialah redakan masalah dengan memberikan kenyataan yang rasional dimana semua pihak perlu ditenangkan emosinya.

Tetapi kerana dia begitu bodoh, masalah menjadi lebih bermasalah. 

Menfitnah PDRM tanpa mengambiltahu fakta kes, adalah sama seperti menfitnah KDN. Dia menjatuhkan reputasi KDN. KDN dipegang Muhyiddin Yassin. PDRM dan Muhyiddin Yassin perlu respon kepada masalah di Kuil. Tetapi itu tak cukup buat P. Waytha. Dia perlu tambah huru-harakan KDN dengan masalah lain sekaligus memaksa KDN mengeluarkan kenyataan balas. Akhirnya agensi kerajaan dilihat gagal menanggani krisis. Perpaduan cakap begitu, KDN cakap begini, yang kat bawah bergaduh sesama sendiri. Apa neh?

Sudahlah begitu, sehari selepas menfitnah PDRM boleh pula dengan muka tak malunya meminta tolong PDRM untuk mententeramkan keadaan. Mengapa dia masih MENTERI PERPADUAN dan dibayar gaji? Ini satu masalah yang serius untuk difikirkan oleh rakyat Malaysia.  

Kesalahan nombor enam : tidak turun ke lokasi huru-hara. Sudahlah kelam kabut membuat PC menyalahkan PDRM. Perusuh yang berkumpul telah meminta dirinya turun ke lokasi. Beliau langsung tak tunjuk muka. Kenapa?

Kesalahan nombor tujuh : tidak respon kepada persoalan viral di laman sosial. Mengapakah ini kesalahan?

Ya, ini kesalahan. Ada beberapa persoalan berbangkit di laman sosial dimana mengaitkan insiden keganasan itu dengan dirinya sebagai Menteri kaum india (sahaja).

👉 Sami Kuil Seafield telah meminta berjumpa dengan Menteri Perpaduan, ya atau tidak? Tetapi tidak dibenarkan masuk kerana etika pemakaian dan dijanjikan akan bertemu di lokasi lain, ya atau tidak? Perkara ini berlaku 3 hari sebelum rusuhan, ya atau tidak? Adakah ini bermakna P. Waytha telah mengetahui tentang isu yang ditimbulkan, ya atau tidak?

👉  Sesetengah penyokong Hindraf mengadakan perhimpunan di lokasi pada malam terjadinya rusuhan pertama, ya atau tidak? Penganut Hindu Seafield sememangnya telah menghidu adanya perobohan pada jam 4 pagi maka mereka telah berkumpul siap-siap untuk menghalang kerja-kerja perobohan itu, ya atau tidak? Adakah ini geng-geng yang menghalang 4 MPV PDRM untuk mendekati lokasi, ya atau tidak?

Kenapa fakta-fakta kecil ini sangat penting untuk dijawab? Fakta-fakta kecil ini sangat penting untuk dijawab bagi memberikan gambaran sebenar kejadian dari awal hingga akhir. Masyarakat berspekulasi sesama sendiri sehingga menyebarkan pelbagai andaian-andaian yang menyalahkan kerajaan. Ini tak baik untuk imej pentadbiran Pakatan Harapan.

Kesalahan nombor lapan : memetik-metik nama Tun Mahathir dan memberikan bayangan keputusan mahkamah boleh dipinda sesuka hati secara politik. 

Kenapa seorang Perdana Menteri perlu dibebankan dengan perebutan tanah diantara pemaju dan penganut? Dimanakah agensi-agensi kerajaan yang lain? Inilah masalah PAKATAN HARAPAN pada hari ini.

Segala-segalanya mereka perlukan Perdana Menteri untuk datang selesaikan masalah.

Adakah hanya Tun Mahathir dibayar gaji?

Ya Tuhanku, dia berumur 93 tahunlah.

Kau perlukan Mahathir untuk selesaikan isu menfitnah negara hingga ke Belanda.

Kau perlukan Mahathir untuk diamkan isu ICERD.

Dan kau perlukan Mahathir untuk kes kuil.

Jadi kau sebagai Menteri Perpaduan buat apa? BODOH.

Kesalahan nombor sembilan : tidak bercakap dalam bahasa melayu ketika mengadakan sidang media.

Dia ingat ini negara India ke. Semua tahu isu rusuhan kuil ialah isu nasional. Kenapa bercakap dalam bahasa Tamil? Adakah orang india je yang nak tahu perkembangan terkini? BODOH.

Kesalahan nombor sepuluh : tidak menjadi individu pertama turun ke lokasi huru hara, sebaliknya rekod itu dipegang Zuraida Kamaruddin sedangkan kumpulan perusuh itu memetik nama beliau dan beberapa pemimpin india yang lain. 

Jika kita lihat, sesetengah pemimpin di dalam Pakatan Harapan masih beranggapan mereka adalah PEMBANGKANG. Mereka berfikir sebagai PEMBANGKANG.

Semua benda pun nak sembur kat media dan sosmed tanpa merujuk kepada agensi kerajaan. Sudahnya rakyat melihat agensi dan pemimpin berserabut tiada link (connection) di antara satu sama yang lain. Adakah ini membayangkan pemerintahan ini stabil? No. Ia membayangkan mereka memerintah dalam keadaan huru hara tanpa tahu cara nak buat kerja masing-masing.

Perangai main sembur ini hanya sesuai dilakukan netizens seperti kita, bloggers, portal, pembangkang tetapi bukannya oleh pemimpin yang menjaga kerajaan.

Sudah enam bulan dan mereka masih tak move on. Perlu berapa lama masa lagi untuk mereka melupakan yang mereka ialah KERAJAAN HARI INI dan bukannya PEMBANGKANG HARI INI? - 29 November 2018.
  
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2018/11/398513/mungkin-ada-kesalahan-tatabahasa-mb-selangor

http://www.sinarharian.com.my/nasional/kaitkan-orang-islam-exco-gelabah-edit-semula-status-fb-1.908983

http://www.sinarharian.com.my/nasional/ganabatirau-akan-minta-maaf-tapi-1.909296

Beria-Ria Tuduh Polis Lambat 2 Jam Padahal 4 MPV Polis Ditahan Geng India, Treler Menghalang Laluan Masuk!

MALAYSIAKINI | Berikut ucapan penuh Menteri Dalam Negeri, Muhyiddin Yassin berhubung insiden di Kuil Sri Maha Mariamman di Seafield, USJ, Selangor kepada Dewan Rakyat.



Tuan Yang Di-Pertua,

1. Saya ingin memberi penerangan kepada Dewan Yang Mulia ini tentang satu isu penting yang menarik perhatian rakyat pada masa ini, iaitu insiden pergaduhan dan rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, Siefield, Subang Jaya, Selangor pada 26 dan 27 November 2018.Terlebih dahulu saya ingin menjelaskan kronologi insiden ini.

Kronologi insiden

2. Pada 26 November 2018 sekitar jam 2.40 pagi, Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya telah menerima panggilan daripada orang awam mengenai insiden kekecohan di Kuil Sri Maha Mariamman, Seafield. Sejurus selepas menerima laporan, Ketua Polis Daerah Subang Jaya telah mengarahkan semua unit yang berada di lapangan menuju ke tempat kejadian.

3. Pada jam 2.50 pagi, 4 buah MPV polis tiba di tempat kejadian tetapi telah dihalang masuk oleh sekumpulan lelaki India. Cermin belakang sebuah MPV telah dipecahkan di samping terdapat sebuah lori treler tangki diletak melintang menghalang jalan menghala ke kuil.

4. Pada jam 3.30 pagi, Ketua Polis Daerah Subang Jaya telah menghubungi pasukan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dan Ibupejabat Polis Daerah Serdang untuk mendapatkan bantuan tambahan anggota. Bantuan IPD Serdang dengan kekuatan seorang pegawai dan 99 anggota tiba di tempat kejadian pada jam 4.00 pagi.

5. Pada ketika itu telah berlaku pergaduhan di dalam kuil di antara kumpulan penganut agama Hindu dan kumpulan lelaki Melayu yang menceroboh kawasan kuil. Setelah tercetus pergaduhan, sebahagian daripada kumpulan lelaki Melayu ini telah melarikan diri dari kawasan kuil.

6. Sejurus selepas itu, kumpulan penganut agama Hindu telah bertindak membakar beberapa buah kenderaan yang dipercayai milik kumpulan lelaki yang mencereboh kawasan kuil. Pasukan bomba telah menerima panggilan bantuan kebakaran pada jam 4.38 pagi dan tiba di tempat kejadian 25 minit kemudian untuk mengawal kebakaran.

7. Pasukan FRU pula telah tiba di tempat kejadian pada jam 5.30 pagi dengan kekuatan 2 orang pegawai dan 201 orang anggota. Menjelang pagi 26 November 2018, keadaan di sekitar kuil telah berjaya dikawal oleh anggota polis dan keadaan kembali tenang.

8. Ekoran daripada kejadian pergaduhan ini, 3 orang lelaki Melayu dan 3 orang lelaki India telah tercedera. Seorang anggota polis turut mengalami kecederaan.

9. Keesokannya, iaitu pada awal pagi 27 November 2018, dianggarkan sejumlah 10,000 orang kaum India berkumpul di kawasan sekitar kuil. Selain merusuh beberapa buah kenderaan turut dibakar oleh kumpulan ini.

10. Anggota bomba yang berada berhampiran kawasan kuil cuba untuk memadam kebakaran ekoran rusuhan terhadap kenderaan milik bomba. Dalam kejadian tersebut, seorang anggota bomba Mohammad Adip bin Kassim telah dicederakan oleh sekumpulan individu yang tidak dikenali. Beliau mengalami kecederaan serius dan telah dibawa ke Subang Jaya Medical Centre (SJMC) oleh orang awam untuk mendapatkan rawatan.

11. Kumpulan perusuh ini juga bergerak ke pejabat One City Development Sdn Bhd. Mereka bertindak memecahkan dinding cermin bangunan, merosakkan peralatan di dalam bilik pameran dan membakar beberapa buah kenderaan.

Siasatan kes

12. Ekoran insiden ini, pihak polis telah mengambil langkah-langkah perlu untuk mengawal keadaan. Memandangkan insiden ini mempunyai unsur jenayah, siasatan telah dimulakan serta-merta untuk mengenalpasti pelaku-pelaku jenayah dan membawa mereka ke muka pengadilan.

13. Oleh kerana siasatan kes ini agak rumit dan memerlukan tenaga kerja yang ramai, saya ingin memaklumkan Dewan Yang Mulia ini bahawa sebuah pasukan petugas khas (task force) untuk siasatan telah ditubuhkan. Pasukan ini yang diketuai oleh Yang Dihormati Dato’ Sri Wan Ahmad Najmuddin bin Mohd, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah PDRM, menggabungkan personel daripada Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Kontinjen Selangor, dan beberapa daerah di Kontinjen Selangor. Operasi ini dikenali sebagai ‘Ops Seafield’.

14. Sehingga kini sebanyak 34 orang telah dirakamkan percakapan. Sejumlah besar keterangan fizikal juga telah berjaya dirampas di tempat kejadian iaitu:

(i) 21 buah kereta dan 6 buah motosikal yang dibakar;

(ii) 1 bilah pisau dan 2 bilah parang; dan

(iii) 7 pasang kasut, dan 3 vest;

15. Pihak polis juga telah menangkap 30 individu yang terdiri daripada 24 orang Melayu, 2 orang India Muslim, 3 orang India dan seorang Cina. Semua mereka telah direman dengan tempoh reman yang berlainan, sementara 5 orang individu yang baru ditangkap semalam direman pada hari ini.

16. Siasatan polis menjurus kepada isu perpindahan kuil yang menjadi punca rusuhan. Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat, pihak pemaju telah pun mendapat perintah mahkamah untuk mengambil alih pemilikan tanah sejak tahun 2014. Terdapat beberapa kali percubaan oleh pihak pemaju untuk mengambilalih tanah tersebut tetapi gagal kerana terdapat bantahan daripada kumpulan penganut agama Hindu.

17. Siasatan polis mendapati pada hari kejadian, sekumpulan lelaki Melayu yang menceroboh masuk ke dalam kawasan kuil bertindak atas arahan beberapa individu yang bekerja dengan One City Development Sdn. Bhd. Kumpulan ini telah menerima bayaran tertentu untuk tugas mengosongkan kawasan kuil bagi membolehkan kerja-kerja pengambilalihan dilaksanakan pada pagi tersebut.

18. Siasatan polis juga mendapati sejumlah RM150,000 telah dibayar kepada individu tertentu untuk melaksanakan kerja pengosongan kuil. Kumpulan lelaki Melayu berjumlah 50 orang yang menceroboh kuil pada malam kejadian didapati menerima bayaran antara RM150 dan RM300 seorang.

19. Pihak polis telah mengenalpasti beberapa individu yang memainkan peranan dalam kejadian ini dan mereka akan dipanggil untuk menjalani proses siasatan selanjutnya. Motif kejadian ini telah pun dikenalpasti dan kertas siasatan masih dalam proses untuk dilengkapkan sepenuhnya.

20. Siasatan ke atas kes pegawai bomba yang diserang pada malam 27 November 2018 juga telah dibuka di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan iaitu atas kesalahan cubaan membunuh. Beberapa rakaman video telah diperolehi dan sedang dianalisa bagi mengenalpasti individu-individu yang terlibat dalam kejadian tersebut. Pihak polis juga telah mengenalpasti anggota-anggota bomba yang berada di tempat kejadian untuk dirakamkan percakapan mereka.

21. Selain itu, beberapa kertas siasatan lain telah dibuka. Antara kesalahan-kesalahan yang sedang disiasat ialah:

(i) Seksyen 435 Kanun Keseksaan iaitu khianat dengan api;

(ii) Seksyen 148 Kanun Keseksaan iaitu melakukan rusuhan bersenjata;

(iii) Seksyen 324 Kanun Keseksaan iaitu mendatangkan cedera dengan menggunakan senjata;

(iv) Seksyen 447 Kanun Keseksaan iaitu pencerobohan kawasan;

(v) Seksyen 6 (1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 iaitu memiliki senjata berbahaya;

(vi) Seksyen 427 Kanun Keseksaan iaitu mendatangkan khianat; dan

(vii) Seksyen 124G Kanun Keseksaan iaitu membuat kenyataan yang boleh menimbulkan apa-apa perlanggaran keamanan.

22. Pihak polis sedang menjalankan siasatan secara profesional dengan menggunakan kaedah siasatan forensik dan saintifik sepenuhnya. Untuk tujuan ini, satu pasukan khas dari Makmal Forensik Bukit Aman telah ditempatkan di Kontinjen Selangor bagi membantu siasatan.

23. Pihak polis juga amat mengalu-alukan kerjasama daripada orang ramai untuk terus menyalurkan maklumat bagi membantu siasatan. Siasatan juga dibuat ke atas berita-berita viral bagi membantu siasatan kes di samping membuat pengesahan ke atas fakta yang dikemukakan.

Insiden jenayah, bukan perkauman

Tuan Yang Di-Pertua,

24. Saya ingin memaklumkan kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat bahawa insiden pergaduhan dan rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, Siefield, tiada kaitan langsung dengan isu perkauman. Ia adalah satu kejadian jenayah yang berpunca daripada pertikaian di antara syarikat pemaju One City Development Sdn Bhd dan Jawatankuasa Kuil berhubung status pemilikan tanah tapak kuil.

25. Agak malang kerana tindakan pihak tertentu yang mengupah sekumpulan lelaki Melayu untuk mencereboh dan mengosongkan kuil pada malam kejadian telah menimbulkan kemarahan penganut agama Hindu. Kerana angkara tindakan tidak bertanggungjawab dan menyalahi undang-undang inilah wujudnya keresahan dan prasangka dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum dan agama di negara kita. Di samping itu, kenyataan-kenyataan berbaur perkauman yang dikeluarkan oleh pihak-pihak tertentu juga telah mengeruhkan keadaan.

26. Saya menyeru semua pihak supaya berfikir dan bertindak secara rasional dalam menangani isu ini. Rakyat Malaysia telah mengecapi kehidupan yang aman dan harmoni sejak sekian lama. Janganlah kerana insiden jenayah yang terpencil ini kita sanggup merosakkan perpaduan dan keharmonian rakyat berbilang kaum dan agama. Janganlah kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.

27. Bagi pihak Kementerian Dalam Negeri, saya ingin menegaskan bahawa Kerajaan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang sengaja mengganggu-gugat keamanan dan ketenteraman awam, terutamanya dengan mengapi-apikan sentimen perkauman. Tindakan tegas berlandaskan undang-undang akan diambil oleh pihak berkuasa demi mempertahankan perpaduan kaum, keselamatan negara dan kesejahteraan rakyat.

Terima kasih, Tuan Yang Di-Pertua.

Rabu, 28 November 2018

Anggota Yang Terselamat Sahkan Perusuh Menyerang Dan Bomba Terpaksa Lari Menyelamatkan Diri.

SEMASA | Awal hari ini sosmed tular dengan dakwaan anggota bomba yang cedera parah, Muhammad Adib Mohd Kassim sebenarnya dilanggar oleh trak bomba sendiri dan bukannya dipukul oleh kumpulan perusuh.

Sumber tangkaplayar : MiloSuaM
Penjaga Kuil Sri Maha Mariamman yang dikenali sebagai Ramaji mendakwa;

1. Adib sebenarnya kemalangan jalanraya yang bermakna dilanggar trak bomba.

2. Trak bomba ketika itu sedang mengundur untuk mengelak dari kenderaan yang terbakar, bagi mengelakkan letupan.

3. Ketika itulah Adib dilanggar oleh trak bomba dan Adib terjatuh atas kereta.

Video rakaman bagi mempertahankan dakwaan itu juga viral di sosmed sejak awal pagi tadi.

Bagaimanapun video itu tidak menunjukkan sebarang bukti Adib dilanggar oleh trak bomba. Sebaliknya video itu memaparkan seorang anggota bomba yang dianggap berdiri dibelakang trak dan didakwa sebagai Adib. Video itu dikatakan bukti bagi mempertahankan dakwaan tersebut dan akan diserahkan kepada Menteri KPKT, Zuraidah Kamaruddin.

Video yang kononnya kumpulan perusuh menyelamatkan Adib turut disebarkan sebagai hujah kononnya kumpulan itu tidak melakukan keganasan ke atas mana-mana anggota bomba bahkan menyelamatkan pula lagi.

Berdasarkan beberapa info yang diberikan kepada pihak kami, ada netizens yang mendakwa Adib sebenarnya sempat memasuki van bomba dan dakwaan dilanggar itu adalah karut.

Kononnya Adib sempat memasuki van EMRS

Bomba sahkan yang masuk ke dalam van itu adalah Azim dan bukannya Adib
Dan ini pula adalah respon dari Ketua Pengarah Bomba dan Penyelamat Malaysia, Mohammad Hamdan Wahid berhubung dakwaan itu.

i) Yang berdiri dibelakang trak bomba ketika itu adalah anggota bomba yang dikenali sebagai Hazim.

Azim yang sempat melarikan diri dan masuk ke van EMRS
ii) KPB turut mengatakan bukan cara bomba yang akan melanggar kawan-kawan sendiri ketika pergi bertugas.

iii) Pemandu EMRS juga mengesahkan parang, besi, kayu, batu dihentam dibahagian pintu sebelah kiri van EMRS sehinggalah tercabut dan kemek teruk.

iv) KPB turut mengatakan anggota-anggota bomba yang berada di tempat kejadian berasa sedih kerana cerita sebenar telah diputarbelitkan sehingga menegakkan benang yang basah. Hakikatnya, anggota bomba seramai lapan orang ini telah diserang oleh sekumpulan perusuh sehingga masing-masing lari menyelamatkan diri.

v) Azim menjelaskan beliau turun dari jentera dan mahu mengambil hose reel tetapi belum sempat beliau memulakan kerja-kerja menyelamat, beliau telah diserang oleh perusuh. Bimbang dengan keselamatan dirinya, beliau lari menyelamatkan diri dan terus masuk ke dalam van EMRS yang berada di belakang trak bomba ketika itu. Azim yang panik dengan situasi tersebut terus menutup pintu dan tidak tahu apa yang terjadi diluar selepas memasuki EMRS.

vi) Drebar trak dan EMRS yang kelam kabut serta trauma mengundurkan diri secepat diri dari lokasi kejadian. Bagaimanapun akhirnya menyedari Adib tidak berada bersama mereka.

vii) KPB juga menjelaskan pihak mereka tidak boleh menceritakan segalanya secara terperinci kepada pihak media kerana perkara itu dalam siasatan pihak polis, tambahan pula kenyataan demi kenyataan akan mendedahkan apa yang tak sepatutnya didedahkan (mungkin tidak mahu membocorkan bukti terkumpul) dan menafikan sekeras-kerasnya anggotanya dilanggar oleh trak bomba. 

Selain itu, KPB juga menasihatkan agar mana-mana pihak tidak membuat kenyataan tidak berasas atau melibatkan bomba secara politik dalam insiden keganasan di rusuhan kuil itu.

“Saya nak nyatakan di sini, jangan membuat kenyataan yang tidak berasas, yang tidak betul dan yang mana kita ini tidak terlibat dalam apa-apa putaran atau kitaran politik yang sedang berjalan disebabkan oleh mereka ini,” katanya lagi.

Sementara itu saksi kejadian mengesahkan Adib dipukul. Dan ini bukannya satu-satu pengakuan dari kaum india yang mengatakan Adib dipukul.


Dalam video dibawah ini, seorang individu yang dikenali sebagai Maniam juga mendakwa Adib sebenarnya dipukul. Kumpulan yang didakwanya memukul Adib ialah King Kong Kong dan laporan polis juga katanya telah dibuat bagi mempertahankan nama baiknya.

Bagaimanapun kita serahkan kepada pihak polis untuk merungkai kebenarannya satu persatu. - 28 November 2018.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...