Rabu, 28 November 2018

Adib Dipindahkan Dari Hospital Swasta Ke IJN - Najib Meluahkan Kesedihan Anggota Bomba Diserang Perusuh.

POLITIK | Najib Razak meluahkan kekecewaannya berhubung serangan keganasan yang membabitkan anggota bomba di rusuhan kuil semalam.

Dalam kejadian itu seorang anggota bomba yang bertugas untuk membantu memadamkan kebakaran berhampiran di Kuil Maha Mariamman telah ditarik keluar dan dibelasah beramai-ramai oleh sekumpulan perusuh sehingga menyebabkan kecederaan parah. 

Media tempatan melaporkan mangsa berada dalam keadaan kritikal dan dirawat di dalam ICU. Menurut laporan terbaru Bernama pula, anggota bomba itu dipindah dari hospital swasta ke IJN tengah malam tadi.


Bagaimanapun sebab Adib ditukarkan hospital itu tidak pula dijelaskan lanjut.


"Saya sedih, sangat sedih ini berlaku di negara kita. Tiada perkataan yang dapat gambarkan betapa saya dan keluarga kecewa dengan keadaan ini.

Anggota-anggota pasukan penyelamat perlu diberi penuh penghormatan dan kerjasama oleh semua pihak dan tidak patut dihalang dari menjalankan tugas mereka.

Dan tentu sekali, mereka tidak patut diserang.

Saya doakan anggota bomba ini, Muhammad Adib Mohd Kassim yang kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital segera sembuh dan pulih seperti sediakala,"
katanya dalam kenyataan itu.


Najib juga memohon semua pihak untuk mendoakan kesihatan Muhammad Adib agar anggota bomba itu dapat sembuh dengan segera.


"Saya mohon kita semua doakan yang sama untuk Muhammad Adib.

Kepada keluarga Muhammad Adib, banyakkan bersabar dan tabah melalui saat ini. Perbanyakkan doa moga Muhammad Adib segera pulih.

Pada masa ini, kita semua perlu bertenang. Jangan ragut keharmonian kita,"
katanya lagi. - 28 November 2018.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...