Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 7 Julai 2012

Betul ke Harian Metro Sindir Dr.Mursi?


Sebelum mahgrib aku ada nampak ramai orang sibuk2 cakap pasal kartun di atas. Depa cakap kartun neh biadap, kurang ajar, menghina dan blablabla.. oke. Aku perhatikan gak kartun neh. Lama aku teliti. Aku tengok atas bawah kiri kanan depan.. belakang takley sebab takley pegang dan bukan 3d kan. 

kah kah kah

Dan setelah melihat2 kartun neh tah macam mana tah aku berfikir.. apa benda yang menghina nye? Sindir tang mana? Dorang cakap piramid tue lambang kejahatan firaun. Meletakkan dr mursi kepada piramid bererti menyamakan dr mursi = ikhwanul muslimin = firaun.

Itu pandangan mereka. Pandangan pelukis kartun aku tatau. Niat pelukis kartun pun aku tatau. Tapi pandangan aku ketika melihat kartun neh ialah aku tak nampak apa2 perkara seperti menghina dr mursi. Kenapa? Aku ada pandangan yang tersendiri kat sini. Meh aku sharekan apa pandangan aku ;

1. Bila aku melihat piramid, perkara pertama yang aku fikir mengenainya ialah mesir. Walaupun piramid juga ada di negara2 lain. Tapi di mesir lebih popular sebab mereka memiliki piramid terbesar dan tertinggi dan antara salah satu bangunan yang di anggap keajaiban dunia. 

2. Aku memang bercita2 nak melawat mesir semata2 nak menghayati seni bina piramid dan pelbagai bangunan2 lama yang besar2 yang pernah dibina pada ketika itu. Kalau tengok discovery channel memang macam tak percaya ia dibina menggunakan tangan dan peralatan2 ringkas. [Maaf, lupa nama tools]. Dan bahkan aku juga kagum bagaimana firaun menggunakan kecerdikkan dia untuk memanipulasikan rakyat pada ketika itu.

3. Para pengkaji sejarah juga melakukan kajian bertahun2 sehingga kini sampai terkeluar pelbagai teori dan penaakulan bagaimanakah piramid dihasilkan pada ketika itu. Ini bererti piramid sememangnya antara karya agung dalam bidang senibina.

Ini juga satu persoalan bagi aku. Bila tengok dokumentari mengenai ia memang terserlah setiap satu batu2 neh bukan sahaja mempunyai ukuran yang tepat, bahkan susunan dia juga dianggap mustahil pada zaman itu sebenarnya tanpa sebarang bantuan teknologi. 

Ini perkara yang terawal aku ingat bila fikir pasal piramid. Aku tak terus fikirkan pasal firaun. Aku tak terus fikirkan firaun telah menghamba-abdikan rakyat pada zaman itu untuk membina piramid. 

Aku tak terus terfikir juga bahawa piramid ialah tempat di mana firaun bersemadi. Bahkan ada sesetengah piramid di anggap tugu bagi firaun2 tertentu. Bagi memanjangkan sejarah dari satu generasi kepada generasi yang lain bahawa raja2 tersebut ialah raja2 yang pernah tadbir negara mereka.

Tapi bila ada orang cakap piramid tue ada kaitan dengan firaun dan tiba2 aku fikir owhh ye tak ye juga ek. Sebab firaun lah piramid tue dibina. Dan ramai orang telah mati ketika piramid dibina.

Jadi kat sini piramid bukan sahaja boleh dianggap sebagai antara artifak sejarah yang agung, bahkan ia juga boleh di anggap sebagai lambang kezaliman firaun. Terserah bagaimana mata kita memandang dan bagaimana pula akal kita menafsirkan ia. 

Pada sudut kemanusiaan dan pada zaman itu dan sekarang piramid memang wajar di anggap sebagai bukti kekejaman penguasa ke atas rakyatnya.  Memaksa rakyat menjadi hamba abdi, untuk membina satu2 bangunan bagi menaikkan imej sendiri sememangnya satu perbuatan yang sangat keji.

Pada sudut sejarah di zaman sekarang, kita belajar banyak perkara mengenai piramid. Yang buruk dan yang baik. Antara yang buruk ialah mengenai kekejaman firaun, antara yang baik ialah mengenai bagaimana hujah Alquran dikaitkan dengan misteri pembinaan piramid. 

Tetapi belum tentu sudut pandang generasi sekarang mengenai sejarah piramid sama seperti sudut pandang generasi dulu bila mereka bercakap mengenai piramid. Mungkin selepas kejatuhan firaun, mungkin selepas islam itu hadir, mereka menganggap piramid itu satu ikon kezaliman. Tiada siapa yang tahu melainkan diri mereka dan Allah swt.

Begitu juga pada sudut sains dan teknologi. Zaman dulu dan zaman sekarang. Piramid memang antara senibina yang wajar dikagumi. Bahkan ada banyak benda ahli akedemik belajar darinya. Sehingga menghasilkan pelbagai teknologi hanya berdasarkan kepada kewujudan piramid itu sahaja. Piramid memang antara lambang kemegahan mesir dan kebanggaan rakyat itu sendiri dulu dan sekarang meskipun di dalamnya terselit kejahatan firaun [sang penguasa].

Cara kita pandang satu2 perkara ialah berdasarkan kepada zaman di mana kita hidup. Berdasarkan kepada apa yang kita tahu mengenainya. Berdasarkan kepada apa yang kita mahu percaya. 

Bagi aku kartun di atas telah meletakkan mursi = sebagai salah satu antara benda ajaib yang berlaku di mesir. Sama seperti piramid di mata aku. Dan bagi aku lambang bulan dan bintang berada di puncak piramid = sebagai petunjuk bahawa mesir akan menegakkan islam di bawah pengaruh ikhwanul muslimin. Sama seperti jatuhnya firaun ditangan Musa a.s.

Piramid memang di anggap sebagai salah satu lambang terkemuka di dunia. Sama seperti firaun. Tetapi piramid lebih kepada lambang keagungan senibina rakyat mesir bukan seperti firaun yang di anggap sebagai lambang kezaliman. Dan seperti itulah mata aku mahu memandangnya. 

Kedai buku 1malaysia dan kedai kain 1malaysia dibuka untuk rakyat.

Ya. Memang betul, sahih dan confirm.

Korang tak silap baca dan aku sangat2 percaya aku tak silap dengar.

Kedai buku 1malaysia...



Dan

Kedai kain 1malaysia...


Bakal dibuka.. ia di umumkan oleh najib. Aku dengar menerusi iklan di tv3 sebentar tadi. Dan aku rasa tersangatlah.....

kah kah kah

kah kah kah kah

kah kah kah kah kah

Oke najib.. kedai satu apa lagi ko nak buka lepas neh? Tolong buka kedai komplain 1malaysia. Ada banyak benda aku nak komplain pasal sistem pentadbiran di negara neh.. boleh tak?

kah kah kah

Jentera media MCA pun ejek Rosmah Mansur.


Big mama.

Maaf, aku dah berkurun lama tak panggil 'rosmah mansur aku' dengan nama panggilan tersebut. 

kah kah kah

Tapi kali neh macam tak percaya pula yang wartawan the star = paper milik mca sendiri telah mengelarkan rosmah mansur dengan nama panggilan big mama. Aik? Tak takut ka kena hilang kerja? Tak takut ka kena sound dan buat permohonan maaf kepada rosmah mansur?

Taktau ka rosmah mansur tue sapa? Itu suami najib oke. Err tersilap. Bini najib oke. Taktahu ka najib tue sapa? Najib = suami kepada perdana menteri malaysia oke. Err tersilap lagi. Saja buat2. 

kah kah kah

Najib = perdana menteri malaysia oke. So tak takut ka apa bila wartawan the star yang juga pengerusi NUJ the star mengeluarkan kenyataan sedemikian terhadap rosmah mansur?




Adakah ini bermakna bahawa the star = paper milik mca sendiri telah berpaling tadah daripada menyokong mca dan bn kepada menyokong dap = pakatan rakyat pula? Jika ya, welcome on the board geng. We are all in one team now. 

kah kah kah

Uncle Seekers dalam bahaya ka?


Sedikit info yang aku dapat dari rakan blogger. Aku tak pasti samada info neh betul atau tidak, apa pun just nak share dengan kekawan. Nak percaya ataupun sebaliknya terpulang kepada penilaian masing2 oke.

Bhai... baru kejap tadi ader sorang member gua call... lama dah tak dengar suara dier... sejak ditukarkan ke Johor lebih 4 tahun.. baru nih gua dengar suara dier... hahaha... Dier call pasai katanyer ader maklumat fresh dier nak kasi tau kat gua.. dan dier mintak gua sebarkan...

Oh yer ... lupa nak bagitau... member gua tue kerja dalam satu agensi Kerajaan Persekutuan dalam bidang penguatkuasaan... sori.. gua takmo kasi tau Jabatan aper... lu teka-teki lar sendirik yer... hahaha

Dier bagitau gua... ader maklumat dalaman yang dah terbocor kat beberapa unit...yang bagitau bahawa berkemungkinan UncleSeekers bakal dibelasah dalam lokap... Dan yang membelasah UncleSeekers nih bukan anggota PDRM... tapi tahanan lain....

Katanya lagie...Bukannyer tahanan lain tue sengaja nak belasah UncleSeekers....tapi pasai depa diugut oleh pihak-pihak tertentu... Ikut maklumat yang member gua nih dapat... katanyer... ader beberapa orang yang disyaki pegawai JMF yang didapati kerap keluar masuk kompleks IPD Nusajaya ....  tak tau la aper dibuatnyer.... 

Lagi satu... kawan gua kata... kalau UncleSeekers kena belasah... dier berkemungkinan akan kena belasah cara professional... takkan nampak pecah berdarah kat muka ker aper ker... tapi belasah cara "EXXXXXXK" .... ini satu possibiliti....

Sori aaa,,, stakat itu jer makluman yang gua dapat... harap UncleSeekers tabah menghadapi ujian dan dugaan ini.... part lain tue kitorang sambung bagi pihak lu...

Read more: http://cipantapirtenuk.blogspot.com/2012/07/uncleseekers-dibelasah-dalam-lokap.html#ixzz1zu3L7RFz

Pengakuan Nik Aziz meluluskan 44 lesen arak.

Macam neh tadi ada penyokong umno bagi aku bukti bahawa tgna bukanlah sepertimana yang difikirkan oleh penyokong2 pr. TGNA juga pernah meluluskan lesen arak. Siapa kata tgna tidak pernah melibatkan diri dengan kegiatan arak dan sebagainya? Dia memang faham bahawa umno dah selalu luluskan lesen arak tapi dia nak bagi bukti bahawa TGNA pun tiada beza dengan umno. 

Inilah keratan akhbar yang dia bagi kat aku ;



Setelah membaca satu persatu ayat di atas akhirnya aku dah boleh memahami kenapa mahathir cakap orang bodoh banyak dalam umno. 

kah kah kah

Gamaknya depa baca tajuk je kot. Tak baca isi penulisan. Meh sini aku perincikan untuk korang2 yang PEMALAS nak MAMPOS.

1. TGNA mengaku bahawa arak masih dijual dikelantan.

2. 44 lesen arak untuk premis menjual arak memang wujud pun.

3. Lesen2 tersebut diluluskan oleh kerajaan negeri terdahulu iaitu BN.

4. Kelantan cuma mengizinkan lesen tersebut diperbaharui jek.

5. Walaupun begitu, kerajaan negeri sentiasa prihatin dengan keperluan non-muslim yang boleh meminum arak.. jadi kerajaan negeri tak nampak apa keperluan menyekat mereka daripada menikmati sesuatu yang mereka boleh nikmati. Hak orang bukan islam oke.

6. Namun dalam masa yang sama juga, terdapat beberapa peraturan dan larangan kepada peniaga2 tersebut agar mereka tidak menjual kepada orang2 muslim kelantan. Jika mereka disobey maka mereka akan dikenakan tindakan.

So apa masalahnya dengan artikel berita tersebut? Apa pun takde masalah der. Yang korang beria2 promote seolah2 artikel berita tersebut bukti TGNA cakap tak serupa bikin pasai pa? Oke larh tue jual arak pada yang boleh minum. Dan oke larh tue hanya non-muslim je yang boleh jual arak.

Yang tak oke sekarang bukan arak dan bukan pula non-muslim. Tetapi umno. Tak oke sebab dorang tatau macam mana nak pantau dan kawal penjualan arak hanya perlu pergi kepada non-muslim jek. Ini kat seven e dan kedai runcit pun ko boleh dapat arak. Lepas tue ko nak salahkan dan kaitkan dengan PAS yang jual arak di kelantan buat apa? Ko sendiri yang luluskan dan tak pandai nak pantau ko salahkan lah diri ko sendiri. BODOHHHHHHHHHHHH!

Jom sambut PM, boleh dapat kupon dan duit minyak free.


Jom geng. Kita ramai2 p sambut PM. Ada kupon dan duit minyak free taw. Pihak penganjur yang sponsor seme. Best wooooo..

Tapi korang kena bagi no ic dan nama penuh dulu arh sebelum boleh nak claim kupon dan duit minyak percuma oke. Senang sket nak check korang tue penyokong parti apa oke.

kah kah kah

Dah takde penyokong gamaknya. Sebab tue asyik kena sponsor duit untuk cipta, cari dan kumpul penyokong. Sponsor ka apa ka no hal janji tak guna wang pembayar cukai oke. Tapi kan daripada korang sibuk buang masa untuk meraikan PM, baik korang kumpul apa masalah2 yang korang hadap kat kawasan korang, taip elok2 dan serahkan kat PM time tue. Baru best woooooo

kah kah kah

Jumaat, 6 Julai 2012

Ini nota bengang kepada PR dan BN.


Aku bengang betul lah dengan puak2 bn dan pr neh. Korang neh dah kenapa? Ada ke isu the store tue korang politikkan secara keterlaluan sehingga hilang isu base? Yang sorang tuduh dap, yang sorang tuduh mca, tuduh sana tuduh sini, yang baca non-muslim lepas tue non-muslim cakap sesuatu yang menyakitkan hati aku sebagai seorang muslim. Ace jadi matang. Tolonglah.

Mari kita fahami betul2. Memang bn bukan parti yang boleh dijadikan contoh bagi rakyat malaysia. Bagi muslim mahupun non-muslim bn memang tak boleh dijadikan contoh langsung. Tapi kita berpijak lah juga pada dunia realiti.

Kan isu the store tue isu ketidakpekaan pihak pengurusan. Dah berapa lama the store berniaga di malaysia? Dah lama wooi. Kenapa berlaku kesilapan neh? Kenapa bukan dari dulu lagi? Sebab staff management yang tidak peka. Dari A sampai Z langsung tak pantau sebab tue iklan sale ramadhan-beer boleh keluar.

Pihak pengurusan tak peka satu hal. Tapi setelah diasak akhirnya the store mohon maaf. Oke selesai satu isu. Tapi disebabkan puak2 pr dan bn sedang bertelagah mengenai isu the store, maka wujud lah pandangan2 yang menyakitkan hati orang muslim dan non-muslim tak pasal2.

Contohnya pr nak balon bn dalam isu the store. Dia cakap lah bn yang salah. BN selama neh jual arak apa seme tak bagi contoh yang betul, keluarkan komen2 ke-PR-an dan blablabla.. [well, takde pula peniaga pasaraya yang lain terikut perangai the store tue ye walhal duduk dalam satu negara yang sama dan diperintah oleh orang yang sama]..

Then bila orang bn baca, dorang cakap lah iklan neh cina dap yang buat. Cina makan babi, minum arak blablabla.. keluarkan komen2 racist..

Then orang pr dan bn akan bertelagah atas isu tersebut. Memasing akan keluarkan hujah masing2 dan dalam pada mengeluarkan hujah memasing mungkin secara sengaja dan tidak sengaja terkeluarkan perkataan2 yang berbaur racist.

Walaupun bukan seme tetapi jika perkataan2 seperti neh dibaca oleh non muslim maka mereka akan menyampuk dan cakap melayu banyak je minum arak. Isu the store tue isu pemecahbelahkan sesama rakyat. Kenapa muslim nak kecoh isu kecik, bersikap racist n blablablana.. nak salahkan non muslim yang menyampuk dan mengheret kepada persoalan lain pun tak boleh juga kalau dah ORANG ISLAM SENDIRI MENGARUT DAN BERGADUH SESAMA SENDIRI ATAS HAL KECIK!

BENDA KECIK JEK BEB. THE STORE TAK SENSITIF. INSTEAD OF BALON THE STORE, KORANG SESAMA SENDIRI BALON SESAMA SENDIRI. PR BALON BN, BN BALON PR, DAN BERCAKARAN ATAS ISU THE STORE.

HEIIIII..

NANTI DULU. KALAU SEME BALON SESAMA SENDIRI, MAKA SIAPA PULA YANG BALON THE STORE?


Aku punya pendirian mudah. Kita tengok isu. Owh isu the store tak sensitif, pang kita pergi balon the store. Owhh marah sebab umno jual arak. BN buka kilang arak. Oke kita dah tahu. Kita telah dan sentiasa akan bercakap mengenai isu tersebut tetapi sekarang dude, kita tengah cakap pasal the store. Pekata kita p balon dia dulu atas ketidakpekaan dia. Mengenai bn tue kita hold kejap. Boleh? Jangan terlalu meleret2 isu sampai seme jadi campur aduk dan kelam kabut.

Nak marah the store, kena marah bn. Nak marah tue, kena marah bn. Nak marah ni, kena marah bn. Sampaikan orang yang tak bertudung pun nak marah bn. Ada penyokong pr yang tak bertudung, pun nak marah bn ka? Kemon lah beb. Ada masa2nya memang bn bersalah sepenuhnya. Tapi bukan sepanjang masa bn jek yang harus dipersalahkan.

Gunakan penimbanglah. Amek satu2 isu. Kita timbang. Kita tengok isu tersebut. Kita pecahkan analisis dia satu persatu. Lebih banyak kesalahan atas bn atau kesalahan atas diri sendiri. Isu the store neh tak kira pusing ikut ceruk mana pun the store itu sendiri yang harus dipersalahkan terlebih dahulu.

Korang bayangkan ek, kalau the store tue di negeri pr. Kalau di negeri penang, contohlah. Tengoklah camne penyokong2 pr dan penyokong2 bn akan bertelagah sesama mereka. Sekarang neh bukan isu the store tue kat negeri mana2 pun. Dan sekarang neh bukan isu arak dan islam pun. Sekarang neh lebih kepada mempolitikkan satu2 isu. Asal ada isu, waima sekecik2 isu dan ada jek point nak blame pr or bn, layan.

Kedua2 golongan neh perlu duduk, bertenang dan rehatkan diri masing2. Ada masa2nya kita akan bergaduh. Ada masa2nya kita tak perlu bergaduh. Bukan setiap masa asal kita berjumpa jek kita kena bergaduh. Jangan kita jadikan politik untuk kita bermusuh sesama kita.

Fahami dulu apa itu politik. Jangan kerana ada yang berpolitik maka kita pun ikut berpolitik. Dan bila kita berpolitik, kita hanya tahu mempolitikkan sahaja. Dan akhirnya kerana mempolitikkan, sesama kita menjadi mangsa politik. Dah kalau kita jadi mangsa politik, maka apa gunanya kita berpolitik lagi? Fikirkan.

Hey orang bukan islam, meh baca sini pasal THE STORE buat iklan BEER RAMADHAN.

Dengar sini. Ini bukan isu politik oke. Sebab tue dari awal aku tak menulis di blog politik. Aku komen cikit2 jek kat sini. Aku dah nampak semalam. Dan aku terus memerhatikan lagi pada hari neh. Setelah aku memerhatikan aku dapati terdapat beberapa orang bukan islam meloncat dalam isu neh. 

Kenapa?

Aku tak faham kenapa depa meloncat. Nanti dulu. Aku nak fahamkan maksud the store tue apa.

The store = jenama rangkaian pasaraya di malaysia. 

The store BUKAN bermaksud orang2 bukan islam.

Oke?

Sekarang isu beer ramadhan. Isu tue bermula bila the store buat promosi begini ;


WOW..

Promosi apa tue? Owhh arak. Lantak ko larh. 

BUT..

WOW again.. 

Promosi arak pun direlatedkan dengan ramadhan? 

Wait a minute. Mari mencari maksud sebenar arak dan ramadhan dulu.

Ramadhan = bulan islam. Bulan ini umat islam berpuasa.

Arak = sejenis minuman yang memabukkan. Orang islam haram minum. Orang bukan islam? Ko punya pasal.

Jadi di manakah sensitiviti THE STORE bila buat promosi begini? Kalau nak buat promosi hanya perlu buat julai sale ka, mid year sale ka, arak sale ka apa pun lantaklah. Jangan lah letak ramadhan sale. Kita tak suruh orang2 bukan islam berpuasa sebagaimana kita tetapi kita cuma minta satu perkara, you respect kita punya agama dan sensitiviti. Itu jek.

STOP.

Tapi ada orang tak faham isu. Bukan seme tapi ada, segilintir. Aku ada banyak rakan2 bukan islam yang faham apa itu respect dan tahu bagaimana nak respect orang bahkan aku juga sering bertelagah dengan member2 bukan islam dalam soal politik dan islam itu sendiri. 

Tetapi kita bukan bergaduh cuma kita "berbincang" dalam soal2 tertentu. In the end of the discussion, kita tetap kawan macam biasa walaupun beza agama dan bangsa. Aku buat begitu dengan seme orang muslim dan non-muslim. Takde hal.

Jadi merujuk kepada situasi the store neh suka lah aku nak ingatkan kekawan non-muslim yang meloncat tue fahami lah bahawa ;

1. Kita umat islam ialah manusia biasa macam korang. Korang pun ada agama, kami pun ada. Ada yang takde agama. Oke takpe. Tapi tetap spesis yang sama iaitu manusia.

2. Kita cakap pasal the store. Kita tak cakap pasal non-muslim. The store and non muslim ialah dua perkara yang berbeza maksudnya = different meaning = different subject = not the same thing = NO and NOT.

3. Kita sedang tegur pihak pengurusan the store = department of management of the store itself.

4. Ini bukan isu racism = racist = or whatsoever.

5. Jadi you don't have to worry jika ada umat islam yang marah dalam isu iklan beer - ramadhan. Kita tak simply accuse non-muslim yang salah. Kita tahu. Ini ialah masalah the store. Majority tahu.

6. Berkenaan umat islam yang mabok2 di sana or disini or di mana2 takde kaitan dengan topic yang kita bawa sekarang. 

- the store tak jaga sensitiviti umat islam = 1 topic.

- umat islam mabok sana sini = 1 topic.

So ada dua topic. Dua topic neh tak related. Bila dia mabok, dia mabok kerana dia mahu mabok. Bila the store tak jaga sensitiviti umat islam, dia tak jaga kerana dia mahu tidak jaga. Adakah kerana ada umat islam yang mabok maka the store tak perlu concern and thinks about muslims sensitivity? Of course larh ini satu pemikiran yang salah.

Simple analisis ;


Ada 1,000 umat islam. 400 orang umat islam suka mabok2. The store buat iklan sensitiviti. Umat islam marah the store. There are some non-muslims bekap the store cakap eleyyy umat islam suka mabok2 so..? Hanya kerana ada 400 sochai disitu, maka 600 orang kena tindas dan tak perlu lah dijaga sensitiviti mereka.. 

Itukah yang anda cakap bahawa kita kena hormat menghormati? Kenapa 400 orang yang mabok2 neh harus menjadi interface kepada 600 orang yang tidak mabok2? Kenapa mereka itu harus menjadi icon kami? Hanya kerana mereka suka mabok2 maka the store boleh tindas kami?

Kami bukan umat islam yang sempurna kalau anda mahu tahu. We are not the perfect muslims. Don't even think or expecting something like that from us. Tetapi jangan menilai kami atas perbuatan orang lain. When a muslim choose to ignore the prohibition, he does because of himself.

Seseorang yang mahu melanggar hukum adalah kerana dia mahu melanggar hukum. Adalah amat tidak adil menjustify kami semua EXACTLY the SAME semata2 ada umat islam yang melanggar ketetapan dalam islam.

Dan sekali lagi, ketahuilah kami tidak memaksa anda mempercayai dan mengamalkan apa yang kami percaya dan amalkan tetapi tolong lah belajar respect apa yang kami percaya dan amalkan. Adakah itu begitu sukar untuk dilaksanakan disini?

Belajarlah fahami apa itu topic perbincangan. Try to understand the topic before you simply think and act negatively. Ada sesetengah isu, korang boleh marah. Sometimes, there are some issues that you should get angry but not all issues that we raise up here, you should get angry on it. Ada sesetengah isu yang korang tak perlu marah. 

Tapi bila korang dah marah untuk sesetengah isu yang korang tak patut marah itu hanya membantu menambahkan persepsi serong yang telah terhasil selama neh. Ingatlah. Kita bawa apa diri kita. 

Your words reflect who you are. You are yourself. The one that you simply accused racist actually not a racist at all not even intended to spread the racism culture. But you, MIGHT. Its show when you start to comment before your brain manage to switch on its suis to think first.

And please do note that this entry purposely for those non-muslims that always accusing muslim and islam are racist. Stop hating us, oke? Just stop. 



Berikan perlindungan tambahan kepada GIGI anda!

Catitan sejarah yang umat islam malaysia tidak mahu kenang sampai bila2.


Ini fakta sejarah yang aku takmo kenang. Bahkan generasi muslim sekarang juga tidak mahu kenang fakta sejarah yang menyakitkan ahti itu.

Aku nak no komen jek.

Aku menghadapi kesukaran nak komen bab neh. Kiri salah kanan pun salah. Benda dah lepas bagi arwah. Nak cakap pun serba salah.  Apa yang aku boleh cakap, kalau kita neh pemimpin, seboleh2nya jangan lah melibatkan diri dalam aktiviti2 yang akhirnya akan menyusahkan kita kelak baik semasa hidup mahupun selepas kita pergi meninggalkan dunia neh.

Walaupun kita dah mati di dunia, bukan bererti kita mati selama2nya di alam lain. Seme nya akan berbalik dan menjadi beban kepada kita satu persatu di alam yang baru. Jadi berfikirlah panjang sebelum melaksanakan satu2 perkara. Ingatlah, kita mungkin telah tiada di alam neh tetapi itu tidak bererti dosa kita juga turut mati pada hari kita mati. Dan belum tentu pahala kita lenyap pada hari kita lenyap. Fikir2kan. 

Khamis, 5 Julai 2012

Gambar-gambar uncle seekers dalam tahanan polis.




Dua gambar neh telah disebarkan oleh rakan2 facebook. Aku tak pasti siapa yang tangkap gambar neh tetapi uncle seekers dan makwe nya tak nampak macam takut pun walaupun ditahan reman selama 4 hari bermula hari neh.

Aku faham kenapa uncle seekers ditahan cuma aku tak sangka pula yang awek dia pun kena angkut sekali. Ada kena mengena ka? Tapi kedua2 individu dalam gambar memang tak nampak langsung cam takut pun kan. Kenapa ek? 

kah kah kah

Apa pun moga2 mereka berdua selamat dan akan dibebaskan selepas 4 hari direman. Tolong lah gunakan masa dan kuasa yang ada untuk siasat orang yang betul2 buat salah. Orang yang betul2 buat jenayah. Janganlah gunakan masa yang ada untuk siasat orang yang menulis sakan dalam blog. 

Bukan apa, kalau dilihat stastistik jenayah berat semakin lama semakin meningkat. Focus kat situ lah. Atasi yang paling penting. Buat ikut step. Apa yang orang tulis di blog bukan penting pun sampai perlu direman bagai. Melainkan kalau fitnah macam bloggers umno.

Siapa orang umno yang ugut wanita ini?

Dunno.

Jangan tanya aku sebab aku memang tak kenal. Kalau korang kenal korang leh bagitau aku sapa individu yang dimaksudkan. Gambar neh member facebook yang bagi sebentar tadi. Aku fikir cerita dia betul. Kenapa dia dikasari dan diperlakukan sedemikian? Hanya dia dan orang yang memperlakukan jek yang boleh jawab persoalan kita.

Baca kat bawah neh geng ;



Sapa tahu individu yang dimaksudkan meh lah pakat2 share sini. Nak juga aku tahu siapa dan kenapa dia layan wanita tersebut seperti tue. Takan tiba2 kena sawan nak mengamok plak.

kah kah kah

Hot : Pengakuan berita tv3 isu rosmah mansur sebagai PM.


Tiada apa lagi yang boleh dikatakan. Sejak semalam pelbagai tv telah tampil membuat pengakuan. Akhirnya.. kini giliran berita pula mengambil alih peranan mereka. Dan seperti sangkaan kita selama neh.. akhirnya seme telah terbukti sudah. Siapakah sebenarnya PM kita.

kah kah kah

Mampuihhhhhh 

Errrr tolong mengadu domba kat bloggers umno oke. Aku tunggu bloggers umno buat posting penafian.

kah kah kah

kah kah kah kah

kah kah kah kah kah

Lawak gila babii

Ini bukti janji BN ditepati.



Malaysia ialah sebuah negara islam. Buktinya kita ada menteri agama, boleh melaungkan azan dan memiliki banyak masjid dan surau yang kosong.


Jamil khir.


Ustazah Mashitah.

Kita diperintah oleh BN. Umno adalah sebahagian dari parti yang mengangotai BN = BARISAN NASIONAL. UMNO = wakil rakyat yang paling banyak mendapat kerusi adun dan parlimen = parti yang dianggotai oleh majoriti islam dan melayu khususnya.

Orang umno seringkali bagitau kita bahawa bn telah menepati janji mereka selama memerintah malaysia dan perjuangan umno adalah untuk ;

1. Melayu = bangsa

2. Islam = agama

3. Malaysia = tanahair

Oke. Kita dah faham. Dan kita nak ucapkan terima kasih sebab memperjuangkan seme perkara tersebut.

Umno dan hiburan.








Umno dan judi.





       ** KWSP? Apa kaitan dengan judi? Owhh.. seme duit kita diniagakan dalam syarikat judi. :)

UMNO dan rasuah.









Umno dan skandal 








  



Umno dan Islam.







Umno dan Melayu.


  
Umno dan fitnah






Terima kasih umno. Kami sayang anda. Anda memang best. Sekarang aku dah faham maksud sebenar berjihad mempertahankan islam, melayu dan negara. Tenkiu. Mucho2 gracias umno. Bai.


kah kah kah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...