Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.
Memaparkan catatan dengan label UNCLE SEEKERS. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label UNCLE SEEKERS. Papar semua catatan

Sabtu, 7 Julai 2012

Uncle Seekers dalam bahaya ka?


Sedikit info yang aku dapat dari rakan blogger. Aku tak pasti samada info neh betul atau tidak, apa pun just nak share dengan kekawan. Nak percaya ataupun sebaliknya terpulang kepada penilaian masing2 oke.

Bhai... baru kejap tadi ader sorang member gua call... lama dah tak dengar suara dier... sejak ditukarkan ke Johor lebih 4 tahun.. baru nih gua dengar suara dier... hahaha... Dier call pasai katanyer ader maklumat fresh dier nak kasi tau kat gua.. dan dier mintak gua sebarkan...

Oh yer ... lupa nak bagitau... member gua tue kerja dalam satu agensi Kerajaan Persekutuan dalam bidang penguatkuasaan... sori.. gua takmo kasi tau Jabatan aper... lu teka-teki lar sendirik yer... hahaha

Dier bagitau gua... ader maklumat dalaman yang dah terbocor kat beberapa unit...yang bagitau bahawa berkemungkinan UncleSeekers bakal dibelasah dalam lokap... Dan yang membelasah UncleSeekers nih bukan anggota PDRM... tapi tahanan lain....

Katanya lagie...Bukannyer tahanan lain tue sengaja nak belasah UncleSeekers....tapi pasai depa diugut oleh pihak-pihak tertentu... Ikut maklumat yang member gua nih dapat... katanyer... ader beberapa orang yang disyaki pegawai JMF yang didapati kerap keluar masuk kompleks IPD Nusajaya ....  tak tau la aper dibuatnyer.... 

Lagi satu... kawan gua kata... kalau UncleSeekers kena belasah... dier berkemungkinan akan kena belasah cara professional... takkan nampak pecah berdarah kat muka ker aper ker... tapi belasah cara "EXXXXXXK" .... ini satu possibiliti....

Sori aaa,,, stakat itu jer makluman yang gua dapat... harap UncleSeekers tabah menghadapi ujian dan dugaan ini.... part lain tue kitorang sambung bagi pihak lu...

Read more: http://cipantapirtenuk.blogspot.com/2012/07/uncleseekers-dibelasah-dalam-lokap.html#ixzz1zu3L7RFz

Khamis, 5 Julai 2012

Gambar-gambar uncle seekers dalam tahanan polis.




Dua gambar neh telah disebarkan oleh rakan2 facebook. Aku tak pasti siapa yang tangkap gambar neh tetapi uncle seekers dan makwe nya tak nampak macam takut pun walaupun ditahan reman selama 4 hari bermula hari neh.

Aku faham kenapa uncle seekers ditahan cuma aku tak sangka pula yang awek dia pun kena angkut sekali. Ada kena mengena ka? Tapi kedua2 individu dalam gambar memang tak nampak langsung cam takut pun kan. Kenapa ek? 

kah kah kah

Apa pun moga2 mereka berdua selamat dan akan dibebaskan selepas 4 hari direman. Tolong lah gunakan masa dan kuasa yang ada untuk siasat orang yang betul2 buat salah. Orang yang betul2 buat jenayah. Janganlah gunakan masa yang ada untuk siasat orang yang menulis sakan dalam blog. 

Bukan apa, kalau dilihat stastistik jenayah berat semakin lama semakin meningkat. Focus kat situ lah. Atasi yang paling penting. Buat ikut step. Apa yang orang tulis di blog bukan penting pun sampai perlu direman bagai. Melainkan kalau fitnah macam bloggers umno.

Uncle Seekers ditahan POLIS.

Aku menerima berita dari keluarga terapat baru kejap tadi yang blogger UNCLESEEKERS telah ditahan pihak polis di Balai Polis Senawang, Seremban lebih kurang jam10:30 malam tadi. Setakat ini itu saja yang diberitahu kepada aku dan tiada ulasan lanjut. - AkuPeduliApa

Dan
Blogger Uncleseekers yang telah ditahan polis Senawang sekitar jam 10 malam tadi, sekarang ini dalam perjalanan balik kampong. Bedanya, selalunya beliau berkereta sendiri ke Johor Bahru tetapi malam ini Syed Abdullah Syed Hussein Al-Attas ke Johor Bahru dibawa olih kereta polis.

Diyakini Uncleseekers akan dihantar untuk ditahan di Balai Polis Nusajaya, Johor Bahru sementara "adik" masih ditahan di balai polis Senawang. - KerajaanRakyat.

Kena tahan polis pulak dah. Mesti sebab sultan johor tak tahan di asak dengan pelbagai pertanyaan dan persepsi. Dulu TMJ cakap tak perlu dilayan. Kalau tak perlu dilayan kenapa tahan juga? Rujuk sini.

Pelik kan?

kah kah kah

Sama2 tunggu kesudahannya.. yang penting satu lagi undi dan sokongan kepada PR. Bai.

Ameno : Kes membabitkan VVIP laju jek tahan orang.. kalau pasal aduan rakyat.. HARAM!

Selasa, 3 Julai 2012

TMJ kepada Uncle Seekers - Biarlah anjing itu menyalak!

WOW..


TMJ cakap

UNCLE SEEKERS = ANJING MENYALAK!

kah kah kah

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim enggan menjawab dakwaan oleh penulis blog Syed Abdullah Hussein Al-Attas yang didakwa mengaibkan ayahandanya Sultan Iskandar.

"Biarlah anjing itu menyalak semahunya. Saya tahu kebenarannya, rakyat Johor juga tahu kebenarannya," katanya dalam satu tulisan di Twitter hari ini.

"Mengapa saya harus beri reaksi kepada (dakwaan) karut," katanya lagi apabila ditanya mengenai dakwaan Syed Abdullah yang juga dikenali dengan nama Uncle Seeker.

Beliau berkata demikian apabila menjawab soalan seorang lagi pengguna Twitter berhubung tindakan yang akan diambil ke atas Syed Abdullah.

"Apabila orang ingin menjatuhkan anda, ia hanya bermakna anda berada dia atas mereka, maka jangan sedih," katanya lagi. -MK-

Berlagak. 

Ini jek aku nak cakap. Orang dah biasa kaya sejak lahir.

==>  "Apabila orang ingin menjatuhkan anda, ia hanya bermakna anda berada dia atas mereka, maka jangan sedih,"

Lue fikirlah sendiri.

kah kah kah

Ameno :  Pasai pa ada orang bebal p report polis? TMJ cakap takmo bagi reaksi lah weh. Ekekeke..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...