Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 24 Ogos 2013

R4BIA Ialah Sihir Sigil [Aliran Satanik].


Aku dah tahu dah. Dari mana teori konspirasi R4BIA ada kaitan dengan dajal-yahudi-syaitan neh bermula. Tadi ada member facebook share satu link. Bila aku telek2 penulisan dari individu tersebut memang aku rasa tersangatlah pelik.

Aku tak boleh. Memang tak boleh. Selepas aku telek facebook dia aku dapati aku memang tak faham langsung apa jadah benda yang dia cuba sampaikan kat sini. Semua benda pun ialah konspirasi. Apa yang berlaku di Mesir pun konspirasi. Kat Syria pun dikatakan konspirasi. Bahkan BERSIH pun konspirasi.

Korang tengok sini ==> https://www.facebook.com/photo.php?v=340208382767828&set=vb.100003360085416&type=2&theater 

Teori yang sangat rumit. Dari apa yang aku tahu, BERSIH ialah agenda bersihkan sistem PRU supaya PR boleh mengambilalih negara melalui cara demokrasi. Ya. Inila hakikatnya. Kita mahu SISTEM PRU yang BERSIH, TELUS DAN ADIL sebab kita percaya jika PRU BERSIH, MAKA PR akan menang melalui cara demokrasi.

Tapi kupasan tuan punya facebook dalam video tersebut amatlah 'menakutkan dan mengejutkan'. Aku bukan kata aku percaya tetapi aku tersangatlah heran. Seriously ko benar2 memikirkan perkara seperti itu?

Begitu juga dengan isu R4BIA dan Mesir. Isu Syria pun bukan nak bekap FSA. Tapi bekap Basyar. Mursi di kritik. Syeikh Yusof Alqardawi pun tak betul pada dia.

HAHA..

Antara penulisan dia mengenai simbol R4BIA ;
Simbol atau lambang tersembunyi adalah perantara kekuatan yang digunakan pengikut aliran sesat untuk memohon bantuan kekuatan jahat dalam dunia ghaib dan pemujaan setan. Tetapi penggunaannya lebih berkesan jika dalam bentuk tiga dimensi. Simbol digunakan orang untuk menarik perhatian kuasa² gelap. Sebagian besar dari kita belum sepenuhnya menyedari kekuatan misterius dari simbol-simbol yang disalahgunakan. Dan anda juga tidak dapat merubah keadaan dengan membantu budaya² simbolisma yang sedang disusun sebagai rasukan mantra kegilaan terhadap ummah.
 

Ketahuilah sihir sigil adalah sihir yang digunakan oleh para penganut aliran Satanik. Sihir sigil merupakan sebuah sihir yang menggunakan simbol-simbol tertentu (simbol yang digunakan oleh aliran satanilk) agar mampu dilihat oleh mata kasar.

Sesiapa yang membuat salah satu daripada isyarat tangan ini walaupun tanpa niat sudah memadai bagi Iblis dan bala tenteranya untuk bergelak ketawa.Syaitan dan Iblis tidak memerlukan bagi anda memasang niat-niat tertentu. Cukup bagi mereka dengan anda mengikut-ikut telunjuk mereka secara tanpa disedari atau bawah sedar sudah menjadi kabar gembira bagi mereka.

Petikan penuh : https://www.facebook.com/photo.php?fbid=389272431194756&set=a.389246261197373.1073741892.100003360085416&type=1&theater

Kalau korang tengok link video yang aku bagi kat atas tue sampai habis, korang akan dapati bahawa bagi bunga kat polis, kain rentang, duduk atas jalan, bersila, simbol dan logo, warna2, khemah, topeng2. pukul gendang, dikatakan sebagai 198 aksi [dirancang] tanpa keganasan. Elemen2 adalah sebagai pakej lengkap yang terdapat dalam setiap occupy movement seluruh dunia.

Apa maksudnya?

Maksudnya dia nak bagitau kita, bahawa semua benda yang berlaku ketika demo BERSIH ialah sesuatu yang telah kita rancang. Kalau bab duduk dan bantah tue aku sokong. Memang kita merancang untuk duduk dan bantah dengan aman. Memang kita merancang bawa banner dan kain rentang. Tapi bagaimana pula dengan bagi bunga pada polis dikatakan sebagai aksi yang dirancang? Semacam pelik disitu.

Tapi kan.. di akhir2 video tue kan dia ada sebut begini ;

RAKYAT PERLU BANGUN MEMPERTAHANKAN KELANGSUNGAN KERAJAAN YANG SEDIA ADA, INI KERANA KERAJAAN YANG SEDIA ADA TERBUKTI IKHLAS DAN JUJUR..  blblabla.. yang aku tak sampai ahti nak taip sampai habis. Menangis wooo lihat video tersebut. Siyes.

KAH KAH KAH

Revolusi tanpa keganasan bagi aku bukan benda buruk. So memang pelik sikit la dengan cara pemikiran individu neh. Nasihat aku sesiapa yang rasa2 jenis 'lemah pendirian' tak payah la nak memandai2 buka facebook dia dan add dia. Cara dia neh memang boleh berupaya mempengaruhi seseorang.. 

Dan ini pula  teori konspirasi dia berkenaan ANWAR IBRAHIM ;
BENAR BAGAI DIKATA..

Anwar Ibrahim dan simbolisma Revolusi Fasis Blackshirts. Beliau semakin membahayakan keselamatan Negara dan sedang bermain dengan api sentimen ribuan rakyat marhaen. Ia merupakan lagi satu operasi gelap, simbolik kearah anarki bawah sedar. Bahaya ini mesti dipadamkan.

Pftt.

Rujukan :  https://www.facebook.com/photo.php?fbid=345505028904830&set=pb.100003360085416.-2207520000.1377357801.&type=3&src=https%3A%2F%2Ffbcdn-sphotos-f-a.akamaihd.net%2Fhphotos-ak-ash3%2F947107_345505028904830_1373333225_n.jpg&size=600%2C350

Dan nak tahu tak yang sebenarnya YAHOO pun KONSPIRASI juga? Ini antara petikan penulisan dia ;

KONSPIRASI YAHOO! MALAYSIA DALAM AGENDA ZIONISMA

Kata Yah, Yahoo, dan Jehovah (Yahweh) adalah sama dalam penelusuran silsilah asal katanya. Rupanya benar, dunia telah dikuasai oleh jaringan Yahudi-Zionis. Bahkan nama sebuah program dalam jaringan internet saja menggunakan simbol atau identiti akidah (teologi) mereka. Hebat, terdapat proses Yahudisasi secara laten dan bawah sedar, lagi sistematik melalui jaringan teknologi informasi yang hanya bisa dibaca oleh orang yang bukan sekedar berakal tetapi juga mempergunakan akalnya. 

Bacaan penuh kat sini. YAHOO ini pun ada kaitan dengan PEMBANGKANG. Kalau ikut teori si penulis neh la kan. 

Hehe.  

Jangan ingat penulisan2 seperti ini tiada orang percaya. Setakat neh pasal R4BIA kat page pro UMNO pun dekat 300 lebih orang share. Rujuk sini. Tak semua yang share tue percaya tetapi memang ada yang share tue percaya bahawa R4BIA ialah agenda dajal = yahudi = syaitan = konspirasi. Jadi boleh la korang anggap penulisan2 seperti ini memang ada yang tertarik untuk percaya..

Aku hanya boleh senyum dan geleng2 kepala jek. Dengan orang macam neh segala apa hujah takan berkesan. Mereka neh dah jauh ke dalam, dalam dunia mereka sendiri. Sampaikan semua benda pun di anggap konspirasi bahkan turut mempersoalkan pihak2 yang anti konspirasi. Padahal kita bukan anti konspirasi ke apa tapi kita pelik juga. Semua benda pun konspirasi. Tidak kah ia keterlaluan?

Bila dah terlalu bijak dan terlalu asyik berfikir pun sebenarnya bermasalah juga.. biarlah kita bersederhana sudah la..

HAHAHAHA.. 

Bai.

Simbol 4 Jari R4bia Bukan Lambang Syaitan.

Semalam sebelum tidur ada terbaca kat twitter yang simbol 4 jari yang dijadikan DP twitter dan facebook adalah lambang dajal.

Aku ingat dia troll jek. So aku abaikan. Then pagi tadi terbaca kat wall member facebook pasal isu yang sama. Dia update status. Sekali lagi aku ingat troll je kot. Takan seriyus ada orang kaitkan simbol tersebut dengan syaitan kot?

Then tadi bila terbaca update dari KHK = Kepala Hotak Kamu baru aku tahu. Memang seriyus ada orang kaitkan ia dengan lambang syaitan dan anggap ia isu akidah.

Aduhai.

Ada juga yang percaya pula tue. Padan la depa takmo guna DP tue. Rupa2nya ada sebab. Lihat gambar.

Bagi yang tidak tahu. Ini penjelasan maksud simbol tersebut. Ia takde kaitan dengan akidah le. Jangan la merepek sangat.

Tujuan Simbol 4 Jari R4BIA

Tujuan Display Profile (DP) simbol #R4BIA dipakai di media sosial seperti facebook dan twitter sebagai bentuk solidariti dan menunjukkan tanda keprihatianan terhadap apa yang berlaku di Mesir. Selain itu, menimbulkan kesedaran orang ramai supaya lebih peka mengenai krisis atau pergolakan di Mesir pada ketika ini.

Maksud Simbol 4 Jari R4BIA

Rabi’ah/arba’ah bermaksud Empat. Rab’ah (angka 4) dijadikan sebagai simbol keteguhan, kekuatan, perlawanan dan persatuan untuk seluruh dunia yang mencintai kebebasan.
Simbol 4 jari sebagai simbol untuk mengenang markas demonstran Pro Mursi di Rabi’ah yang telah dihancurkan oleh tentera junta. Simbol 4 jari untuk menunjuk ikon Rabi’ah.

Simbol 4 jari ini telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Turki, Recep Tayip Erdogan mulai Sabtu semalam (17 Ogos 2013) setelah mengecam keras pembantaian yang dilakukan tentera junta Mesir yang terjadi pada hari Jumat dan Sabtu di Ramses Square dan Masjid Fatih yang dikepung tentera junta.

Sumber rujukan : Tujuan Maksud Simbol 4 Jari R4BIA Di Laman Sosial Sebenar | melvister.com

Kerajaan Mungkin Mewajibkan Kibar Bendera.

Ulangan.

Tahun lepas ada idea yang sama. Tak silap aku. Kalau bukan tahun lepas mungkin tahun 2terdahulu. Tapi pokoknya cadangan ini ialah cadangan ulangan.

Kalau nak buat, buat je la.

Buat apa asyik ulang cakap benda yang sama?

Walaubagaimana pun cadangan ini aku tengok tak berapa kena dengan situasi semasa. Pasal apa?

Ada sesetengah pihak di negara neh sengaja taknak kibarkan jalur gemilang sebab menyampah dengan bn. Meskipun ia tiada kaitan langsung. Tetapi secara tak langsung tue ada serba sedikit.

Kita merdeka = kibar jalur gemilang.

Kita tak merdeka = tak kibar jalur gemilang.

Kita tak merdeka sebab bn tadbir negara neh = taknak kibar jalur gemilang. Rakyat takde mood nak menyambut merdeka sebab menyampah kat bn.

Hehe.

Apapun jika cadangan ini dilaksanakan ia cuma diwajibkan ke atas premis2 perniagaan jek. Rumah2 tak termasuk. Sebab setakat neh bangunan kerajaan konsisten kibar tiap2 tahun. Tetapi pemilik premis persendirian dan perniagaan tak memberikan respon yang mengalakkan. Dan kebanyakkan pemilik bangunan2 tersebut tue cina. So g la salahkan orang cina. Buat demo. Halau dorang. Kan itu kepandaian korang. Apa lagi.. tunjukkan le.

Kah kah kah

Jumaat, 23 Ogos 2013

Cerita Dari Mangsa Nahas Bas Jatuh Gaung. [Video Inside]

Ini betul2 nak bagi aku maki. Bukan individu dalam cerita neh ataupun kisah mengenai nahas kemalangan yang hampir berbau sikit2 neh. Sebaliknya komen2 yang terbit kat youtube pasal video neh.

Alamak aii

Ini buat aku teringat youtubers KPOPers. Pantang berjumpa. Gaduh sesama sendiri. Padahal orang nak dengar lagu. Korang plak bertekak bagai macam hapa.

Sama la macam lagu2 Malaysia dan Indonesia. Orang nak dengar lagu. Tapi puak2 taksub neh melalut bergaduh kat ruangan komen.

Hoi, ini lagu Malaysia, apa barang Indonesia layan.

Ini lagu ciplak, asal ada iras2 Indonesia, seme ciplak dia punya.

Ah gile. Orang macam neh kira ramai juga. Selalu aku jumpa kalau layan video2 tertentu. BORING.

Tak caya korang perhatikan le. Mesti ada punya. Lagu2 yang best je la. Kalau yang tak best mungkin takde kot.

HAHAHA..

Yang kat sini pula pasal mangsa nahas tue. Pasal cakap pelat. Pelat2 pun reti juga berbahasa melayu oi. Ko reti ke cakap cina? At least pelat2 dia faham juga bahasa melayu dari ko yang mungkin tak faham bahasa cina, oke?

HAHAHA..

Layan video neh. Aku harap pihak2 yang berkaitan boleh amek tindakan. Kalau ikut dari cerita dia, sah2 driver bas dah menghidu awal2 bahawa bas tue dah mengalami kerosakkan. Tapi tindakan dia meneruskan perjalanan dengan keadaan bas yang rosak memang mengundang padah. Hilang nyawa sendiri, orang tak pertikaikan sangat. Tapi menghilangkan nyawa orang, siapa dah tanggung?

Lue fikirlah sendiri.


Ahli Dan Penyokong PAS - Awas Dengan Page Ini [Mesti Baca]

Semakin menjadi2.



Itulah yang diberitahu kepada aku. Oleh rakan PAS. Dia neh memang totok PAS. Juga totok Ulama. Banyak kali gak aku dan dia berbeza pendapat. Tapi yang bestnya. Dia meraikan perbezaan kami dengan matang sekali.

Tabik.

Ada banyak sebenarnya yang berfikiran seperti neh. Antara kenal dengan tak kenal jek. Namun tak aku nafikan, ada juga yang tak raikan perbezaan. Yang tue aku tak sure kenapa. Mungkin ada sebab2 tersendiri. Nak tahu kena la tanya mereka sendiri. Sebab aku pun tidak tahu.

Hehe.

Baru2 neh kita orang perasan ada satu page, rujuk sini.

Aku dok peratikan je modus operandi page tue. Aku suspect. Ini page nak laga2kan aje. Nak amek kesempatan gamaknya atas perpecahan dalaman PAS. Aku percaya. Selalu aku percaya macam neh. Suatu hari nanti perpecahan dalaman PAS akan diselesaikan cara baik. Ia cuma memerlukan masa dan kaedah yang betul jek. Bercakap pasal konflik dalaman. Ia wujud dan berlaku pada mana2 parti. Jika kita prihatin, kita patut bantu mereka selesaikan konflik dalaman dengan berhemah, bukan tambah api bagi makin panas dan marak. Lebih2 lagi jika kita ialah ahli PAS. Bagi yang bukan ahli PAS atau mana2 parti macam aku, aku memang tidak perlu ada pemikiran seperti itu. Tetapi aku berharap, ahli2 PAS sentiasa ada pemikiran macam tue supaya orang2 macam aku sentiasa menghormati PAS yang sentiasa memilih jalan bijaksana dalam menyelesaikan konflik dalaman mereka secara berhemah.

Pada awalnya. Kami bincang2. Aku suspect page neh memang airtangan orang PAS. Member aku lak kata. No. Ini airtangan UMNO. Then aku cakap ;

Ah kau. Asal kutuk PAS, UMNO. Asal kutuk PAS, UMNO. Apa jadah macam tue?

Cuba ko fikir. Kalau page neh under PAS, kenapa posting2 dia semakin lama semakin mengupkan kebencian terhadap golongan Ulama? Nampak macam dia kutuk geng2 profesional dalam PAS kan? Tapi dalam halus, dia juga sedang sebarkan persepsi untuk anti geng2 Ulama dalam PAS juga. Satu batu, dua burung mampos bhai. Geng profesional dia kutuk cara kasar, geng ulama dia kutuk cara halus? Lue tak tau lagi kaedah propaganda? Lue bukan orang baru.

Errr..  ada kebenaran kata2 lue tue. Tapi ada kemungkinan besar tak kalau page tue actually under geng2 profesional dalam PAS untuk meraih simpati?

Gua rasa tak. Pasal selama neh Khalid Samad, Dr Dzul, Husam, Hatta, dan lain2, semua jawab berdepan. Wanji kena serang, dia jawab depan2. Aduka, TB kena serang, dia jawab depan2 gak. Semua yang kena serang, jawab depan2, guna id sendiri, takde sorok2 pun.

Tapi macam mana pula memang geng2 ulama yang create page tue? Kalau nak diikutkan dari segi persepsi, geng2 Ulama tak mendapat sokongan. Bukan kerana mereka ulama tetapi kerana ramai yang berpendapat bahawa kita harus menyedari kelemahan dan kebaikan masing2. Geng2 ulama terer bab agama, kita kena hormat dan raikan. Itu kelebihan mereka. Tapi bab pentadbiran, mereka out. Bukan kerana mereka bodoh, tetapi itu bukan bidang mereka. Mereka tak belajar bab tue. Jadi kan lebih baik berkerjasama dan meletakkan orang yang betul di posisi yang betul untuk mendapatkan hasil yang betul? Itulah pendapat mereka mengenai geng2 Ulama. Dan mungkin penyokong2 pro Ulama tak raikan pendapat ini dan panas ahti lalu buat page untuk create kebencian terhadap geng2 profesional dalam PAS?

No. Ko silap. Cuba ko tengok menantu TGHH. Ada atau tidak dia jawab sorok2? Sekarang neh. Geng2 ulama vs geng2 profesional dalam PAS, mereka lawan depan2. Bukan lawan belakang2. Lawan depan2, dengan SMS, WASSAP, masuk berita apa semua. Dorang dah berani lawan depan2, apa sebab nak dekat2 muktamar dorang boleh tukar taktik untuk lawan sorok2? Nik Abduh jawab depan2. Nasruddin pun jawab depan2. Pendek kata semua pihak yang sedang berperang dan berlaga2 idea neh telah memilih kaedah melawan dengan2 tanpa menyorokkan identiti. Yang taksub dan melulu neh pengikut jek. Setakat neh kedua2 belah pihak telah pun menjawab dan bertukar2 idea secara matang. Cuba tengok dan bandingkan. Kata2 yang di ucapkan oleh kedua2 pihak yang bertelagah dan kata2 yang diucapkan oleh kedua2 kumpulan yang bertelagah. Kan jauh bezanya? Jangan bila pengikut maki hamun, ketua pula yang kena kritik. Ia terpakai untuk semua pengikut la, tak kira la yang pro profesional mahupun yang ulama. Kalau tengok pada pimpinan nampaknya dorang meraikan perbezaan. Kalau tak bersetuju pun cakap depan2. Bukan buat page bodoh dan kutuk sesetengah pimpinan dalam PAS. Ini bukan ahli PAS yang buat. Aku tegas dengan pemikiran aku.

Oke2. 

Aku nak tulis benda neh dalam BLOG. Pasal aku risau gak ada orang akan ingat benda2 neh memang datang dari geng2 ulama untuk mereka pertahankan diri ataupun sebaliknya. Oke. Aku ubah sikitla ayat guna ayat aku. Ayat ko skema dowh.

Lantak ko la. Tapi jangan ko kutuk2 geng2 ULAMA ataupun PROFESIONAL pula. Mereka berbahas dengan matang dan tertib. Aku rasa ini kalau bukan kerja UMNO, mesti kerja pengikut yang taksub membuta tuli dan membabi buta.

Kalau macam tue, apa pendekatan dia? Bagitau dorang page tue page UMNO? Macam takde bukti jek.

Takyah. Cukup sedarkan dorang bahawa ada agenda untuk melaga2kan beberapa pimpinan dalam PAS. Jika kita ahli PAS yang baik, kita patut menyatukan semua pihak yang bertelagah. Bukan dok tambah jarum kebencian. Ko taip macam yang aku taip neh. Ko jangan copy bulat2 pula. Dah la shortform banyak neh.

So kepada ahli2 dan penyokong2 PAS. Korang ber -ahti2 la. Jika ada mana2 pihak ataupun sumber kedua, bukan sahih dari tuan punya badan, buruk2kan sesetengah pihak, korang jangan main percaya jek. Seperti yang page kat bawah neh buat sekarang neh. Makin menjadi2 beb.

Rujuk link ;  https://www.facebook.com/pages/El-Haraki/108823549239406

Aku tengok menyirap jek. Tapi takde la rasa nak maki geng2 ulama. Ini semua agent2 provokasi untuk melaga2kan sesama PAS dan sesama PAS dengan PKR. Korang jangan termakan dengan dakyah bodoh dorang. Sapa punya angkara aku tatau. Takde bukti nak cakap ini kerja orang A, atau kerja orang B. Tapi yang aku tahu tindakan dia memang membuatkan kita semua rasa curiga.

Thanks.

Sirul, Azilah Dilepaskan Dari Hukuman Gantung Sampai Mati.

Mereka berdua dibebaskan dari hukuman gantung sampai mati selepas mahkamah rayuan memutuskan pihak pendakwaan gagal membuktikan penghujahan konkrit bagi mengaitkan tertuduh Sirul dan Azilah ada kaitan dengan pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shariibu.

Dalam penghujahan berkaitan, peguambela kepada tertuduh juga mengatakan bahawa anak guam nya mempunyai alibi kukuh dan pihak pendakwaan gagal membuktikan tertuduh berada di lokasi pembunuhan.

Setelah meneliti hujah dari kesemua pihak, hakim mahkamah rayuan memutuskan Sirul dan Azilah dilepaskan dari hukuman gantung sampai mati dan akan dibebaskan dari pertuduhan bunuh.

Walau bagaimana pun pihak pendakwaan akan mrngemukakan rayuan dalam masa terdekat untuk membantah keputusan tersebut.

Sirul dan Azilah dijatuhkan hukuman mati pada tahun 2009. Sejak tahun itu mereka berulang kali menghantar rayuan demi rayuan sehinggalah dibebaskan pada hari ini. ( 23.08.2013).

Sirul pernah membuat pengakuan dalam mahkamah bahawa dia dikambinghitamkan tanpa menyebut perkara itu secara detail.

Dengan pembebasan mereka berdua kita akan back to square le balik dalam isu neh.

1. Siapa bunuh Altantuya?

2. Siapa yang Sirul maksudkan sebagai kambinghitamkan dia?

3. Jika tiada bukti konkrit apa sebab mahkamah tinggi menjatuhkan hukuman mati kepada kedua2 tertuduh pada tahun 2009?

4. Apakah wujud bukti2 baru yang menafikan Sirul dan Azhar terlibat dalam pembunuhan Altantuya?

5. Pada tahun 2009, mereka disabitkan kesalahan merujuk kepada bukti apa?

6. Kenapa pada tahun 2013 peguambela boleh mengemukakan hujah bahawa tertuduh ada alibi dan pihak pendakwaraya gagal membuktikan tertuduh berada di lokasi pembunuhan?

7. Bagaimana pula dengan pengakuan Altantuya merayu agar tidak dibunuh kerana sedang mengandung? Siapa yang merakamkan pengakuan tersebut?

Adakah sebenarnya dari awal lagi pihak pendakwaan memang kekurangan bukti? Dan adakah hakim menjatuhkan hukuman bersandarkan kepada bukti2 yang rapuh?

Jika benarlah Sirul dan Azilah mengetahui akan hal sebenar, kita berharap suatu hari nanti mereka boleh bertindak menceritakan kebenaran kepada kita semua. Rakyat berhak tahu. Dan yang paling penting, keluarga mangsa berhak tahu.


Rujukan :  Awani dan FMT

Khamis, 22 Ogos 2013

FMT Padam Laporan Berita Kematian Fattah Al Sisi.

Berita pasal kematian Fattah Al Sisi di laman web portal berita Free Malaysia Today ataupun dikenali sebagai FMT telah dipadamkan sebentar tadi.

Sebelum mahgrib FMT update yang jeneral tentera Mesir Fattah Al Sisi dah mati akibat serangan jantung.

Selepas sejam ada orang mesej bagitau aku yang FMT dah padamkan berita tersebut. FMT tak nyatakan kenapa berita tersebut ditarikbalik dari laman web mereka tetapi boleh jadi berita tersebut palsu kot.

Aduhai.

Aku baru nak happy2 sebab Fattah mati. Sekali bukan la pula.

Demmit.

Ku sangka redup sampai ke malam rupanya ribut hujan petir banjir di waktu petang. Itula perasaan aku sekarang.

Haha.

Apa pun berita mengenai kematian Fattah tue adalah palsu. Harap maklum.

Bai.

Fattah Al Sisi Meninggal Dunia.

Kena serangan jantung. Menjawab la kau depan Allah. Setelah banyak nyawa yang ko bunuh. Kini Allah tarik nyawa ko pula.

Laporan oleh FMT ;

PETALING JAYA: Jeneral Abdel Fattah Al Sisi, ketua tentera yang menggulingkan Presiden Dr Mohamed Morsi dan kerajaan pimpinannya telah meninggal dunia akibat serangan jantung.

Rakyat Mesir, dunia Arab dan seluruh penduduk dunia meraikan kematian beliau, demikian menurut The Egyptian Gazette di bawah tajuk “General ‘Hitler’ Sisi has died” hari ini.

Al Sisi dianggap sebagai penjenayah perang kerana terlibat dalam pembunuhan ribuan rakyat Mesir dan menghancurkan demokrasi di Mesir. Ramai yang merasakan bahawa keadilan telah terlaksana.

Beliau dilaporkan telah merancang untuk menjatuhkan Morsi sejak hari pertama beliau dilantik presiden dan Al Sisi mendapat bantuan kewangan sebanyak US$1 bilion dari Arab Saudi bagi melakukan kerja-kerja bagi menggulingkan Morsi.

Seorang yang dipercayai berbangsa Yahudi, al Sisi merupakan ketua pasukan tentera Mesir dan juga Menteri Pertahanan sejak 12 Ogos2012.

Sebagai kepala tentera, beliau memainkan peranan penting dalam kudeta pada Julai lalu yang menyaksikan Morsi tersingkir berikutan
protes terhadap kerajaan pimpinannya yang hanya bertahan selama setahun.

Al Sisi kemudiannya dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Pertama, di samping mengekalkan jawatan Menteri Pertahanan.

Persoalan Untuk Ustaz Fathul Bari Jawab - Ada Bukti PKR Sokong LGBT ke?

Saudi yg mgiktiraf krjaan Mesir, x smestinya mnykong kkjamnnya.Sptmana org PAS yg mgiktiraf PKR&DAP,x beerti skong kristian,lgbt&pluralisme.





Aku ternampak twitter UFB yang sedang respon kepada beberapa orang yang mengulas pendirian dia mengenai pendirian Arab Saudi.
Aku nak ulas sikit. Aku faham juga point yang UFB nak sampaikan. Sokong penubuhan kerajaan baru Mesir tak semestinya Arab Saudi sokong kezaliman. Maksudnya kita buat hujah berdasarkan andaian kita. Katakan la Arab Saudi ada keluarkan kenyataan bahawa mereka sokong penubuhan kerajaan baru Mesir semata2 tapi tak sokong kezaliman.
So mungkin ini boleh dijadikan asas penghujahan.
Tapi adakah Arab Saudi begitu? Jawapan nya tidak. Laporan dalam beberapa berita antarabangsa bahkan Utusan turut menyebut bahawa Arab Saudi ;

Pemimpin Arab Saudi, Raja Abdullah semalam, menyeru negara-negara Arab supaya berdiri bersama-sama menentang `usaha menjejaskan kestabilan’ Mesir, dalam satu mesej bagi menyokong kepimpinan tentera negara itu. [1 ]

``Arab Saudi, rakyatnya dan kerajaan hari ini berdiri bersama saudara kami di Mesir dalam menentang keganasan.

``Saya menyeru kepada mereka yang jujur di Mesir dan negara-negara Arab serta negara Islam berdiri sebagai seorang lelaki dan satu hati dalam menghadapi cubaan untuk menjejaskan kestabilan negara yang berada di barisan hadapan negara Arab dan sejarah Islam,’’ katanya dalam siaran televisyen negara ini. [2]

Arab Saudi merupakan sekutu rapat bekas Presiden Mesir yang digulingkan, Hosni Mubarak dan mempunyai hubungan yang sukar dengan pergerakan Ikhwanul Muslimin. - UM-
1. Menentang demo / perhimpunan aman menyokong Morsi.
2. Menyokong segala usaha tentera untuk menstabilkan Mesir semula.
Antara tindakan2 tentera ialah seperti membunuh dan membakar.
Ini bukan kah bermaksud secara langsung bahawa Arab Saudi = sokong tentera Mesir = sokong kezaliman?
Utusan dijadikan sebagai rujukan. Utusan dan UMNO dengan ILMU bukan orang lain. Kalau UFB rasa Utusan ragu2, boleh la menulis kepada Utusan untuk betulkan artikel mereka, oke?
Yang kedua. Amboi.
Seorang Ustaz yang konon nya pandai dalam ilmu agama, meletakkan tuduhan yang berupa fitnah ke atas PKR dan DAP konon nya PKR dan DAP = Kristian, LGBT dan Pluralisme?
DAP = majoriti menganuti Buddha. Bukan kristian. Apa jadahnya pula majoriti yang menganuti buddha akan beria2 memperjuangkan agama kristian? Ini satu tuduhan yang tidak berasas bahkan tidak terbukti. Seorang ustaz atau ulama dia tak tuduh2 orang. Dia tanya dulu, kalau orang dah nafikan dia akan biarkan benda tue melainkan dia ada bukti sahih. Bukti yang memang 'bersih' dari campurtangan persepsi dan fitnah. UFB ada bukti ke sekarang neh?
Begitu juga dengan PKR. Apa ada bukti PKR sokong LGBT dan pluralisme?
Jangan la hanya kerana kita bercakap pasal keadilan mengenai situasi tertentu, terus di cop orang itu LGBT la, pluralisme la. Tengok dulu situasi dia macam mana. Katakan la seorang GAY kena 'rogol'. Hanya kerana dia GAY kita tak perlu membela dia bila dia kena ROGOL? ROMPAK? BUNUH? Biar je padan muka sebab dia kan GAY?
Betul tak?
So kita boleh menzalimi dan lakukan apa saja terhadap mana2 individu yang jahat dan sesat bersandarkan hujah bahawa dia sesat dan jahat? Jika seseorang itu jahat kerana dia GAY, maka apa pula beza seseorang yang menzalimi seseorang kerana dia seorang GAY? 
Hanya kerana PKR terbuka dan lantang bersuara mengenai isu2 keadilan mengenai sesetengah pihak itu bukan bermaksud sesiapa saja boleh meletakkan tuduhan rambang terhadap PKR. Nak menuduh2 pun bagi bukti dulu, bagi bukti sebagai sandaran untuk kita bersoal jawab. Seperti itu juga bila menuduh2 PAS Syiah. Hanya kerana sesetengah pemimpin2 dalam PAS terbuka kepada dialog dan perbezaan dengan Syiah bukan bermaksud mereka itu SYIAH.
Dengan PAS, PKR dan DAP, rakyat satu negara tak boleh bersangka baik, tak boleh berlapang dada. Nak sangka baik kena tunggu orang tue dari negara lain, ye tak? Nak berlapang dada pun kena tengok negara kan, betul tak?
Ulama dan Ustaz apa macam neh? Dah takde beza dengan orang biasa. Kalau orang biasa yang takde ILMU menuduh2 mungkin ada maafnya lagi disebabkan kekurangan ilmu dia mengenai ISLAM, tapi kalau seorang USTAZ pun melakukan tuduhan rambang seperti ini, apa lagi yang mampu kita fikirkan mengenai USTAZ dan Ulama2 di negara ini?
Renungkan.

Rabu, 21 Ogos 2013

Tak Bayar Saman Lesen Batal.

Ahhh sudah.

Saman dah la banyak menimbun2. Macam msna nak bayar neh?

Kah Kah Kah

Terkini dari PDRM. Mereka akan ambil langkah drastik terhadap mana2 individu yang gagal melunaskan bayaran saman. Individu tersebut akan disekat dari renew lesen kenderaan. Bila takde lesen yang sah dan ditahan polis dan polis tengok lesen dah mati maka kena saman lagi. Maka makin banyak la jumlah saman yang krna bayar sebelum mampu renew lesen.

Aduhai.

Satu masalah lagi nak fikir. AES pun tak settle lagi. Dah tambah benda baru.

Pening2.

Najib Mengelak, Shahrizat Mengaku - Berapa Banyak Penasihat Yang Najib Mahu?


Dalam berita dua hari neh, kita dapati Najib telah mengelak sebanyak 2 kali daripada menjawab soalan berkaitan Shahrizat dilantik sebagai penasihat kepada Perdana Menteri berkaitan wanita.

Pertama bila pemberita bertanya secara langsung kepada Najib. Najib takmo jawab. Kedua bila pemberita cuba mendapatkan pengesahan dari PMO. PMO tidak mahu mengulas mengenai hal tersebut.

Sehingga lah kementerian wanita mengeluarkan kenyataan bahawa Shahrizat bukan penasihat dalam kementerian tersebut.

Dan kini Shahrizat pula menjawab sendiri mengenai perlantikkan tersebut ;
Datuk Seri Shahrizat Jalil (gambar) mengesahkan pelantikannya sebagai penasihat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk menguruskan hal ehwal wanita.
Bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu akhirnya memberikan respon berhubung desas-desus pelantikannya yang mula dilaporkan oleh media semalam.
“Ya, saya adalah penasihat kepada Jabatan Perdana Menteri,” katanya dalam satu mesej kiriman ringkas (SMS) kepada The Malaysian Insider.

Rujukan :  http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/shahrizat-sahkan-dilantik-sebagai-penasihat-pm

Apa motif kewujudan kementerian wanita di negara ini? Jawapan dia menguruskan hal ehwal berkaitan wanita. Betul tak?

Sebab tue di lantik menteri, timbalan menteri dan pegawai2 khas. Mereka semua dibayar gaji.

Mereka2 ini akan focuskan segala macam masalah2 berkaitan wanita di dalam negara ini. Pendek kata kementerian wanita ialah kementerian yang khusus untuk menanggani permasalahan wanita di negara ini.

Jadi, kita sudah ada kementerian yang complete untuk amek tahu mengenai permasalahan wanita2 di negara ini rupanya.

So kenapa pula Najib perlu melantik Shahrizat untuk menasihatkan dia mengenai hal2 wanita? Najib = PM. PM dah lantik menteri wanita untuk uruskan hal wanita. Jika ada apa2 yang Najib perlu tahu pasal wanita maka Najib akan ring2 kementerian terbabit dan bincang2.

Kenapa pula mesti ada Shahrizat di tengah2?

Adakah ini satu lagi cara nak halalkan wang masuk kepada Shahrizat secara bulanan dengan mewujudkan jawatan khas macam dia?

Jawatan2 khas ini sudah terlalu banyak. Kita ada jawatan khas untuk Rais Yatim. Ada jawatan khas untuk Samy Vellu, ada jawatan khas untuk Ali Rustam, dan kini Shahrizat pula?

Oke. Rakyat di negara ini BODOH dan TULI. Kami akan buat2 tak nampak dan tatau.

Terima kasih di atas pengumuman jawatan itu ek, Shahrizat. Tahniah walaupun aku tak ikhlas. 

TG NIk Aziz: Arab Saudi Belum Tentu Pegang Kunci Kebenaran Sekalipun Menjaga 2 Tanah Suci


Saya tidak terkejut apabila bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak dibebaskan daripada penjara oleh Mahkamah Mesir.

Inilah tujuan sebenar rampasan kuasa yang dilakukan oleh tentera.
Tidak perlu berlindung di sebalik alasan ekonomi dan sebagainya.

Padahal kezaliman Hosni Mubarak selama 30 tahun menduduki takhta presiden satu fakta yang tidak boleh dinafikan sama sekali.

Barangkali, Sheikh Al-Azhar yang kuat menyokong rampasan kuasa tentera pun sudah berpuas hati dengan pembebasan Hosni Mubarak.

Saya menghormati keilmuan yang ada pada Sheikh Al-Azhar, namun pendirian beliau dalam hal ini jelas salah seterang cahaya matahari di siang hari.

Pada saya, inilah ujian berat yang sedang dihadapi oleh gerakan Islam khususnya di Mesir iaitu di saat para pemimpin mereka disumbat ke dalam penjara manakala penjenayah besar dilepas bebas.

Berpuas hatilah kerajaan Arab Saudi yang kuat menyokong rampasan kuasa tentera.

Benarlah kenyataan bahawa kebenaran itu milik ALLAH, tidak di Barat dan tidak Timur.

Sekalipun penjaga dua tanah suci dimuliakan ALLAH SWT dengan tugas ini, namun belum tentu mereka memegang anak kunci kebenaran.

Di samping menjaga dua tanah Suci, Arab Saudi jugalah yang menjaga telaga minyak yang menghilangkan haus Amerika Syarikat (AS) sekian lama.

Inilah satu-satunya negara yang dinamakan sempena nama pemerintahnya iaitu Bani Saud.

Justeru, janganlah Arab Saudi menyangka dengan sokongan mereka kepada tentera Mesir, mereka boleh mempengaruhi seluruh umat Islam di dunia.

Jika darah Abdullah bin Zubair RA pernah tertumpah akibat diperangi oleh Hajjaj bin Yusuf di Tanah Mekah, apa peliknya darah umat Islam di negara lain tertumpah angkara pemerintah Saudi hari ini?

Jika kabilah Arab Jahiliyyah pun pernah bertugas untuk menjaga Tanah Suci sebelum kedatangan Islam, apakah jaminan penjaga Tanah Suci hari ini bebas dari melakukan kesilapan?

Barangkali sedikit kasar kiasan saya, tetapi ia belum apa-apa jika dibandingkan dengan sokongan Arab Saudi terhadap tindakan tentera Mesir yang telah membunuh ribuan rakyat yang tidak berdosa.

Saya menyeru kepada jiwa-jiwa yang telah dimuliakan ALLAH SWT dengan ilmu agama, janganlah sesekali cenderung kepada kezaliman agar tidak disambar oleh api neraka.

Hari ini Mesir ditinggalkan 'saudara-saudara'nya, bagaikan Nabi Yusuf yang pernah dibuang oleh saudara-saudaranya di dalam telaga ribuan tahun yang lampau.

Tetapi Baginda akhirnya diselamatkan dan menjadi penguasa Mesir. Saya yakin Insya-ALLAH, Mesir akan keluar dari telaga kezaliman para tentera dan akan bangkit semula sebagai sebuah bumi yang subur dengan gerakan Islam.

Pesan saya kepada para hakim yang membebaskan Mubarak sebagaimana pesan ahli sihir yang beriman kepada Firaun :

فَاقْضِ مَا أَنْتَ قَاضٍ إِنَّمَا تَقْضِي هَذِهِ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا

yang bermaksud : Berhukumlah kamu selagi mana kamu boleh berhukum, sesungguhnya kamu hanya mampu berhukum di dalam kehidupan dunia ini sahaja... - Surah Toha, ayat 72

Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
Mursyidul Am Pas

Peminjam PTPTN Tidak Akan Dikenakan CCRIS.

Bagus.

Kabinet telah bersetuju untuk menolak idea tersebut. Idea yang bersifat menindas golongan mahasiswa memang tak perlu disokong langsung.

Hehe.

Baca bawah ;

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tidak akan akan meneruskan cadangan untuk menyenaraikan peminjam di bawah Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS).

Menurut Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin, perkara itu baru diputuskan kabinet dalam mesyuaratnya sebentar tadi.
"Baru selesai mesyuarat Jemaah Menteri. Alhamdulillah, PTPTN tidak akan meneruskan cadangan untuk menyenaraikan peminjam di bawah CCRIS. 

"Terima kasih pada PM & menteri-menteri pendidikan kerana mendengar suara-suara orang muda," kata Khairy dalam twitnya pagi ini.

Rujukan :  http://www.malaysiakini.com/news/238865

Namun jangan terlalu suka ahti. Idea neh mungkin tidak akan dilaksanakan sekarang tetapi jika BN masih diberikan mandat, selagi itulah idea neh berpotensi akan dilaksanakan.

So untuk PRU yang ke 14 kelak, pandai2 la buat keputusan sendiri. Jangan lepas mengundi BN lepas tue menyesal tak sudah sebab barang asyik naik jek.

Memang sampah.

Bai. 

Pemimpin Malaysia Mengiktirafkan Dua Aliran Syiah.


Adakah semua syiah sesat? Nampaknya bukan menurut pandangan sesetengah pemimpin di negara ini. Jika ya kenapa pula menteri kita mengakui ada aliran syiah yang mereka iktirafkan dan ia adalah sebahagian dari mahzab dan aliran yang diperakui oleh umat islam seluruh dunia menerusi deklarasi aman.

Baca ini ;

Deklarasi yang turut disokong beberapa pemimpin Malaysia, termasuk mantan perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 2005 antara lain mengiktiraf seseorang yang mengamalkan salah satu daripada empat mazhab Sunni (Hanafi, Maliki, Shafie dan Hanbali) serta dua aliran fikah Syiah (Ja'fari dan Zaydi).

Ia yang juga dikenali 'Mesej Amman' itu juga menyatakan tidak mungkin dan dibenarkan mengisytiharkan individu itu sebagai murtad dan tidak dibenarkan mencabuli darah, maruah dan hartanya.

"(Yang menjadi) kesalahan adalah mengembangkan ajaran agama kepada orang Islam di Malaysia. Maknanya tidak boleh mengembangkan kepada orang yang sudah beragama Islam.

"Semacam kita di Malaysia, yang mengamalkan (mazhab) Ahli Sunnah Wan Jamaah, (maka) tidak boleh orang lain cuba mengembangkan agama dia pula. Itu menjadi kesalahan.

"Yang tidak salahnya pula, kamu nak amal ajaran (agama atau mazhab) kamu, tidak menjadi kesalahan. Jadi maknanya di Malaysia, orang ramai macam-macam datang. Dia nak amal ajaran agama dia," katanya.

Rujukan :  http://www.malaysiakini.com/news/238837

Konsep dia apa?

Menurut Jamil Khir ;

1. Ko nak amal syiah, ko amal. Tapi ko hanya boleh amal, bukan sebarkan ajaran tersebut.

2. Malaysia tidak menghukum seseorang yang mahu amalkan aliran syiah.

3. Tetapi jika mereka menyebarkan ia, mereka akan dihukum.

4. Itupun jika mengembangkan ia kepada pengikut2 Islam [sunni] di negara neh.

5. Selain dari penganut islam [sunni] ko boleh sebarkan ajaran tersebut kepada mana2 pihak, betul tak?

Oke.

Bukan kah ini menimbulkan konflik? Dan membuatkan kita dalam keadaan yang mengelirukan.

Bagaimana jika pengikut2 syiah mengembangkang ajaran mereka kepada non muslim dan non muslim tertarik kepada syiah? Bukan kah akan wujud dua aliran di Malaysia kelak? Sunni dan Syiah?

Apa pun status seseorang warganegara Malaysia yang mengamalkan ajaran syiah tetapi tidak menyebarkan ajaran tersebut, adakah ia dibolehkan?

Nampak tak kekusutan di sini?

Haha.

Aku takde isu sangat bab2 aliran neh. Aku amek jalan tengah2 jek.  Kalau alim ulama kata ia sesat, terbukti sesat dan aku tengok ia pun memang semacam sesat, maka aku akan anggap sesat. Kalau ada alim ulama kata ia bukan la sesat mana, tidak terbukti sesat, maka aku pun akan anggap owhh ia bukanlah sesat mana. Maka alim ulama di Malaysia neh berdialog la. Selagi takde pendirian dan peraturan yang jelas dan tegas, selagi itu ia mengelirukan. 

Fikir2kan la ek.

Selasa, 20 Ogos 2013

Wanji Bakal Jadi Artis.

Dapat info dari member blogger ;

Aku baru dapat email dari PPIM,, mereka akan buat laporan polis keatas sahabat kita ustaz Wan Ji At-ta'aduddi di Balai Polis Dang wangi jam 4 ptg ini,,, mari kita sama-sama berdoa moga-moga Allah S.W.T menggagalkan usaha jahat mereka itu..

Via Manjung Mari.


   

PPIM nak buat report polis disebabkan video kat atas neh. Aku dah teliti video neh. Aku rasa ini rakaman peribadi. Ia bukan sepatutnya di upload ke youtube. Mungkin juga aku silap. Tapi siyes aku rasa ini seperti rakaman peribadi, bukan untuk di sebarkan kepada umum.

Dalam video di atas, ada tulis merah tulis 

Sultan = BABI.

Sebenarnya aku dengar apa yang Wanji cakap. Dia sebut hukum dia macam BABI. Bukan kata SULTAN tue BABI.

Aduhai.

Maksudnya mudarat lebih banyak berbanding kebaikan.

Apa pun kita tengok la. Lepas PPIM buat report nanti. Wanji mungkin akan glamer masuk tv3. Ini bantu mempromosikan gerakan memrepublikkan negara neh. Ia tak semestinya negatif, kan?

Haha. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...