Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 24 Ogos 2013

R4BIA Ialah Sihir Sigil [Aliran Satanik].


Aku dah tahu dah. Dari mana teori konspirasi R4BIA ada kaitan dengan dajal-yahudi-syaitan neh bermula. Tadi ada member facebook share satu link. Bila aku telek2 penulisan dari individu tersebut memang aku rasa tersangatlah pelik.

Aku tak boleh. Memang tak boleh. Selepas aku telek facebook dia aku dapati aku memang tak faham langsung apa jadah benda yang dia cuba sampaikan kat sini. Semua benda pun ialah konspirasi. Apa yang berlaku di Mesir pun konspirasi. Kat Syria pun dikatakan konspirasi. Bahkan BERSIH pun konspirasi.

Korang tengok sini ==> https://www.facebook.com/photo.php?v=340208382767828&set=vb.100003360085416&type=2&theater 

Teori yang sangat rumit. Dari apa yang aku tahu, BERSIH ialah agenda bersihkan sistem PRU supaya PR boleh mengambilalih negara melalui cara demokrasi. Ya. Inila hakikatnya. Kita mahu SISTEM PRU yang BERSIH, TELUS DAN ADIL sebab kita percaya jika PRU BERSIH, MAKA PR akan menang melalui cara demokrasi.

Tapi kupasan tuan punya facebook dalam video tersebut amatlah 'menakutkan dan mengejutkan'. Aku bukan kata aku percaya tetapi aku tersangatlah heran. Seriously ko benar2 memikirkan perkara seperti itu?

Begitu juga dengan isu R4BIA dan Mesir. Isu Syria pun bukan nak bekap FSA. Tapi bekap Basyar. Mursi di kritik. Syeikh Yusof Alqardawi pun tak betul pada dia.

HAHA..

Antara penulisan dia mengenai simbol R4BIA ;
Simbol atau lambang tersembunyi adalah perantara kekuatan yang digunakan pengikut aliran sesat untuk memohon bantuan kekuatan jahat dalam dunia ghaib dan pemujaan setan. Tetapi penggunaannya lebih berkesan jika dalam bentuk tiga dimensi. Simbol digunakan orang untuk menarik perhatian kuasa² gelap. Sebagian besar dari kita belum sepenuhnya menyedari kekuatan misterius dari simbol-simbol yang disalahgunakan. Dan anda juga tidak dapat merubah keadaan dengan membantu budaya² simbolisma yang sedang disusun sebagai rasukan mantra kegilaan terhadap ummah.
 

Ketahuilah sihir sigil adalah sihir yang digunakan oleh para penganut aliran Satanik. Sihir sigil merupakan sebuah sihir yang menggunakan simbol-simbol tertentu (simbol yang digunakan oleh aliran satanilk) agar mampu dilihat oleh mata kasar.

Sesiapa yang membuat salah satu daripada isyarat tangan ini walaupun tanpa niat sudah memadai bagi Iblis dan bala tenteranya untuk bergelak ketawa.Syaitan dan Iblis tidak memerlukan bagi anda memasang niat-niat tertentu. Cukup bagi mereka dengan anda mengikut-ikut telunjuk mereka secara tanpa disedari atau bawah sedar sudah menjadi kabar gembira bagi mereka.

Petikan penuh : https://www.facebook.com/photo.php?fbid=389272431194756&set=a.389246261197373.1073741892.100003360085416&type=1&theater

Kalau korang tengok link video yang aku bagi kat atas tue sampai habis, korang akan dapati bahawa bagi bunga kat polis, kain rentang, duduk atas jalan, bersila, simbol dan logo, warna2, khemah, topeng2. pukul gendang, dikatakan sebagai 198 aksi [dirancang] tanpa keganasan. Elemen2 adalah sebagai pakej lengkap yang terdapat dalam setiap occupy movement seluruh dunia.

Apa maksudnya?

Maksudnya dia nak bagitau kita, bahawa semua benda yang berlaku ketika demo BERSIH ialah sesuatu yang telah kita rancang. Kalau bab duduk dan bantah tue aku sokong. Memang kita merancang untuk duduk dan bantah dengan aman. Memang kita merancang bawa banner dan kain rentang. Tapi bagaimana pula dengan bagi bunga pada polis dikatakan sebagai aksi yang dirancang? Semacam pelik disitu.

Tapi kan.. di akhir2 video tue kan dia ada sebut begini ;

RAKYAT PERLU BANGUN MEMPERTAHANKAN KELANGSUNGAN KERAJAAN YANG SEDIA ADA, INI KERANA KERAJAAN YANG SEDIA ADA TERBUKTI IKHLAS DAN JUJUR..  blblabla.. yang aku tak sampai ahti nak taip sampai habis. Menangis wooo lihat video tersebut. Siyes.

KAH KAH KAH

Revolusi tanpa keganasan bagi aku bukan benda buruk. So memang pelik sikit la dengan cara pemikiran individu neh. Nasihat aku sesiapa yang rasa2 jenis 'lemah pendirian' tak payah la nak memandai2 buka facebook dia dan add dia. Cara dia neh memang boleh berupaya mempengaruhi seseorang.. 

Dan ini pula  teori konspirasi dia berkenaan ANWAR IBRAHIM ;
BENAR BAGAI DIKATA..

Anwar Ibrahim dan simbolisma Revolusi Fasis Blackshirts. Beliau semakin membahayakan keselamatan Negara dan sedang bermain dengan api sentimen ribuan rakyat marhaen. Ia merupakan lagi satu operasi gelap, simbolik kearah anarki bawah sedar. Bahaya ini mesti dipadamkan.

Pftt.

Rujukan :  https://www.facebook.com/photo.php?fbid=345505028904830&set=pb.100003360085416.-2207520000.1377357801.&type=3&src=https%3A%2F%2Ffbcdn-sphotos-f-a.akamaihd.net%2Fhphotos-ak-ash3%2F947107_345505028904830_1373333225_n.jpg&size=600%2C350

Dan nak tahu tak yang sebenarnya YAHOO pun KONSPIRASI juga? Ini antara petikan penulisan dia ;

KONSPIRASI YAHOO! MALAYSIA DALAM AGENDA ZIONISMA

Kata Yah, Yahoo, dan Jehovah (Yahweh) adalah sama dalam penelusuran silsilah asal katanya. Rupanya benar, dunia telah dikuasai oleh jaringan Yahudi-Zionis. Bahkan nama sebuah program dalam jaringan internet saja menggunakan simbol atau identiti akidah (teologi) mereka. Hebat, terdapat proses Yahudisasi secara laten dan bawah sedar, lagi sistematik melalui jaringan teknologi informasi yang hanya bisa dibaca oleh orang yang bukan sekedar berakal tetapi juga mempergunakan akalnya. 

Bacaan penuh kat sini. YAHOO ini pun ada kaitan dengan PEMBANGKANG. Kalau ikut teori si penulis neh la kan. 

Hehe.  

Jangan ingat penulisan2 seperti ini tiada orang percaya. Setakat neh pasal R4BIA kat page pro UMNO pun dekat 300 lebih orang share. Rujuk sini. Tak semua yang share tue percaya tetapi memang ada yang share tue percaya bahawa R4BIA ialah agenda dajal = yahudi = syaitan = konspirasi. Jadi boleh la korang anggap penulisan2 seperti ini memang ada yang tertarik untuk percaya..

Aku hanya boleh senyum dan geleng2 kepala jek. Dengan orang macam neh segala apa hujah takan berkesan. Mereka neh dah jauh ke dalam, dalam dunia mereka sendiri. Sampaikan semua benda pun di anggap konspirasi bahkan turut mempersoalkan pihak2 yang anti konspirasi. Padahal kita bukan anti konspirasi ke apa tapi kita pelik juga. Semua benda pun konspirasi. Tidak kah ia keterlaluan?

Bila dah terlalu bijak dan terlalu asyik berfikir pun sebenarnya bermasalah juga.. biarlah kita bersederhana sudah la..

HAHAHAHA.. 

Bai.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...