Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 19 Ogos 2013

Nak Kritik Nazri, Ukur Baju Di Badan Sendiri - Khairy Jamaluddin.

Individu yang mengkritik Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Abdul Aziz kerana melantik anaknya sebagai pegawai khas perlu melihat diri mereka sendiri terlebih dahulu, kata Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata, mereka yang mengkritik Nazri, tidak mungkin dapat menjadi seperti menteri itu terutamanya ketika berada di Parlimen.

"Mereka yang mencabar Nazri perlu lakukan seperti apa yang dia buat di Parlimen. Secara bersendirian beliau melawan pembangkang. Kamu fikir boleh buat begitu?" tanya Khairy di Twitternya.

Ketua Pemuda Umno itu berkata lagi, mereka yang mengkritik Nazri juga perlu "mengukur baju di badan sendiri" - peribahasa Melayu yang membawa maksud supaya seseorang itu perlu tahu kebolehan diri sendiri.

Kenyataan Khairy itu dibuat selepas beberapa kumpulan prokerajaan melahirkan rasa tidak puas hati di atas keputusan Nazri melantik anaknya Muhammad Nedim sebagai pegawai khas.

Nama Nedim pada mulanya disenaraikan di laman web Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan sebagai "pegawai khas" tetapi kemudiannya ditukar kepada "pegawai khas kepada Ahli Parlimen Padang Rengas (isu-isu GenY)".

Antara kumpulan yang mengkritik Nazri ialah NGO Jaringan Melayu Malaysia (JMM) dan beberapa blogger Unit Media Baru Pemuda Umno yang mengatakan bahawa pelantikan itu sebagai "nepotisme" dan "mencemarkan imej Umno".



Rujukan :  http://www.malaysiakini.com/news/238694

Apa peranan kita? Mudah.

UMNO sama UMNO gaduh, kita dok tepi tepuk tangan.

KJ gaduh dengan proksi Mahathir = kita tepuk tangan.

Proksi Mahathir gaduh dengan Nazri = kita tepuk tangan.

Najib lawan Mahathir = kita tepuk tangan.

Mahathir panas ahti dengan penolakan Najib atas idea swastakan MAS = kita tepuk tangan.

Senang je kan peranan kita? Tepuk tangan jek. Ingatkan PKR, DAP dan PAS je berani berbeza pendapat secara terbuka.. rupanya dalam UMNO pun apa kurangnya. Lagi nak kutuk2 PR. Dasar tak reti cermin diri.

KAH KAH KAH

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...