Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 20 Ogos 2013

Kenapa Saya Bantah Nama Peminjam PTPTN Di Masukkan Dalam CCRIS? - Baca Ini Dulu.


Apabila kita meminjam, ia menjadi tanggungjawab kita untuk membayar semula pinjaman yang telah di buat. Tiada sesiapa yang memaksa kita untuk meminjam PTPTN. Ia adalah keputusan yang kita sendiri buat, maka, apa2 saja akibat yang timbul dari keputusan tersebut, suka atau tidak suka, kita kena tanggung.

Pernah dengar dialog seperti di atas?

Pernah baca?

Mesti dah jemu, kan?

Baru2 ini, kerajaan telah pun membuat satu keputusan drastik bagi 'mengajar' peminjam PTPTN untuk bertanggungjawab.

Rujuk ;
Bermula bulan ini, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan bekerjasama dengan Bank Negara untuk menyenaraikan peminjam PTPTN dalam Sistem Rujukan Maklumat Kredit Berpusat (CCRIS).
Menurut Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh, mereka yang belum lagi membuat pembayaran balik pinjaman dengan PTPTN akan berhadapan dengan kesukaran untuk memohon pinjaman.
Bagaimanapun, beliau berkata ini bukan satu perkara yang perlu dibimbangkan oleh para graduan.
"Sistem ini berkuatkuasa kepada mereka yang enggan membuat pembayaran balik pinjaman mereka," kata Idris pada sidang media selepas menghadiri jamuan Rumah Terbuka PTPTN di sini.

Rujukan :  http://www.mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2013/8/19/mstar_berita/20130819141233&sec=mstar_berita

 
Sesiapa yang tidak bayar semula pinjaman PTPTN, maka namanya akan tersenarai dalam CCRIS. CCRIS neh ialah rujukan utama para banker sebelum meluluskan apa2 loan kepada peminjam. 

Sesiapa yang pernah meminjam bank dan pernah sangkut dalam apa2 bayaran sebelum neh, akan tercatat rekod dalam CCRIS.

Walaupun bayaran tersebut dah dijelaskan, tetap akan ada rekod. Sekali masuk, tak boleh keluar. Bezanya rekod buruk ataupun rekod telah dibersihkan. Melainkan pinjam + bayar ikut jadual. Bank tidak akan menyenaraikan mana2 peminjam dengan CCRIS jika sekadar lewat bayar tiap2 bulan. 

Tetapi jika bayaran terhenti ataupun tidak berlaku dalam tempoh masa yang panjang, maka nama anda akan dimasukkan dalam CCRIS. Sesiapa yang buat loan dengan bank, automatik mempunyai risiko bahawa nama akan listed dalam database CCRIS. CCRIS ini takde bahaya mana. Setakat tak bayar hutang PTPTN korang masih boleh hidup lagi kat Malaysia neh. Itupun kalau korang kaya raya. Tapi kalau korang jenis cukup2 makan, gaji pun mampu hidup, jangan la sesekali ada rekod dalam CCRIS. Ini kerana CCRIS akan memusnahkan harapan korang yang nak buat loan untuk beli rumah.

Sebab tue kerajaan kena beri peluang kepada peminjam2 PTPTN. Aku tak galakkan peminjam2 PTPTN tak bayar hutang. Tetapi apabila mereka tak bayar, ia mesti bersebab. 

Namun bukan pula salah jika kerajaan mendesak pembayaran semula dibuat. Jika difikir2kan, beli kereta boleh bayar, takan PTPTN tak boleh bayar?

Pendapat aku dari dulu ialah ;

Hutang PTPTN memang kena bayar. Sebab bukan korang je yang nak belajar. Ramai lagi di luar sana mahu belajar juga. Jika ramai yang tak bayar hutang PTPTN maka macam mana dorang nak belajar? Dorang pun susah juga. Bukan korang je. Kita, sama-sama susah.

Itu satu perkara.

Yang kedua. Jika taknak bayar, maka belajar rajin2. Kaum cina mendominasikan pendidikan percuma menerusi PTPTN. Kenapa?

Ia memang tamparan, tetapi ia juga hakikat dan fakta yang kita kena terima. Maka bersaingla untuk dapatkan biasiswa menerusi PTPTN.

Yang ketiga. Kita bukan mendorong pelajar2 untuk berhutang demi pelajaran. Kita juga bukan mahu mengalakkan jual beli ilmu. Pendidikan percuma aku sokong. Konsep PTPTN ialah semua pendidikan adalah berbayar sehingga terbukti sebaliknya, konsep yang aku dokong pula semua pendidikan adalah percuma sehingga terbukti sebaliknya. Bagi aku, itu lebih memberikan ruang dan peluang untuk rakyat di negara ini menjadi lebih berani untuk sambung belajar kerana cintakan ilmu berbanding belajar kerana mahu dapatkan kerjaya yang stabil supaya boleh bernafas di negara ini.

Tetapi sayangnya, kita telah gagal dalam PRU yang lepas. Namun kegagalan itu bukan bermaksud kita akan berhenti terus. Kita akan tetap memperjuangkan konsep pendidikan percuma namun dalam masa yang sama, bayarlah hutang jika kita telah pun meminjam. Jangan fikir pasal BN. Jangan. Sebaliknya ingatlah setiap pembayaran yang dibuat semula akan sampai kepada student lain, yang sama macam korang.

Mereka2 ini akan belajar. Jadi pandai. Kenal dunia. Kenal hakikat sebenar. Dan akhirnya akan bersama2, macam korang melawan kezaliman dan penindasan di negara ini.

Buat kerajaan pula. Ia satu perkara yang sangat berat untuk menyenaraikan peminjam2 PTPTN dalam database CCRIS. Kesan nya sangat besar terutamanya kepada anak2 melayu muslim di negara ini. Meskipun kerajaan mahu mengajar peminjam2 yang engkar dalam membuat bayaran balik, tetapi CCRIS bukan caranya.

Seperti yang kita sedia maklum, kebanyakkan peminjam2 ialah melayu. Mereka ini tak la kaya mana. Beli kereta pun sebab keperluan, bukan disebabkan kehendak. Kadang2 memang mereka nak bayar hutang PTPTN tetapi mereka terpaksa dahulukan hutang2 yang lain. Bukan tidak mahu bayar cuma belum lagi mampu untuk bayar disebabkan perlukan kenderaan untuk bergerak pergi kerja. Itu satu contoh.

Tiada kenderaan sendiri, ia sukar untuk bergerak pergi kerja disebabkan sistem pengangkutan di negara neh tak la membantu sangat apatah lagi kalau ia membabitkan kawasan luar bandar. Sedih mengenangkan benda tue. Bercakap dah banyak kali. Sampai kena marah dan maki. Kalau la kerajaan faham, ia lebih mudah untuk kita. Itu tak masuk lagi kos sara hidup yang tinggi di negara ini. Lepas habis belajar nak kumpul duit kahwin lagi, nak tangung kos hidup harian lagi. RM50 nampak macam sikit pada kita tapi percayalah time sesak2 RM50 tue memang besar nilainya.

Oleh itu, dengan menyenaraikan nama2 mereka yang tidak membayar pinjaman PTPTN menerusi database CCRIS amatlah tidak digalakkan disebabkan ia akan membantutkan peluang mereka untuk memiliki rumah sendiri. Kalau yang dah ada rumah sendiri mungkin boleh menarik nafas lega. Tapi bagaimana pula yang belum?

Melayu. Seperti yang kita lihat sendiri. Nak beli rumah kat kawasan bandar? Mampu ke?

Rumah baru pun cecah RM400K paling rendah. Maka lari la mereka ke pinggir bandar. RM280K sebuah. Rumah teres setingkat. Bulan2 kena bayar berapa hah? 

Maka lari la mereka ke appartment. RM200K pula. Kawasan bandar. Maka lari la mereka sekali lagi ke kawasan pinggir bandar. Rumah kos rendah. RM60k dan kebawah. Untuk luluskan loan beli rumah pula. Bukan benda mudah. Sebelum beli rumah subsale, kena ada deposit 3% + 10%. Dah kena tunggu kumpul deposit lagi. Bekerja la untuk beberapa tahun. Nak beli rumah. Untung sabut dapat rumah baru. Tapi rumah baru kos rendah pun ada banyak songehnya.

Sekali time minta loan tetiba sangkut pula nama kat CCRIS. Ah sudah. Kes PTPTN. Macam mana keadaan mereka neh?

Kita tak boleh desak orang yang dah terdesak.

Kalau mereka dah berdiri di tepi bangunan tinggi, di tengah jalan, adakah kita suruh mereka terjun bangunan atau bunuh diri? Adakah duit kita dapat balik dengan cara itu?

Nyawa hilang, duit pun hilang. Bahkan kita jadila kerajaan yang musnahkan masa depan seseorang.

Kan lebih baik, jika kerajaan focuskan kepada minta duit, bukan tekankan situasi dorang yang dah lebih tertekan?

Maksudnya apa? Ini idea aku. Buatlah cross check. Untuk database PTPTN sendiri. Sesiapa yang dah tamat belajar, selepas 3 tahun jika gagal membayar pinjaman, PTPTN akan buat cross check. Bagi masa. Jangan la lepas keluar terus nak collect hutang. Bagi la mereka masa untuk merangkak dan terokai alam pekerjaan. Bukan semua nya akan terus berjaya. Apatah lagi peluang pekerjaan pun terhad di negara ini. Itu tak masuk lagi bab gaji yang rendah.

Then selepas itu baru la tuntut hutang.

Siasat la peminjam2 korang. Tengok pekerjaan dia, tengok kewangan dia, rasa2nya jika dia mampu bayar tapi taknak bayar boleh la buat agreement dengan majikan tempat dia bekerja bahawa gaji dia akan dipotong secara automatik untuk bayar loan PTPTN. 

Memang. Ia memerlukan modal lebih untuk PTPTN lakukan benda seperti ini. Tapi buatlah. Ia lebih baik untuk dapatkan duit daripada tekan mereka sampai ke satu tahap yang mereka sendiri pun mungkin tak takut lagi.

Tak takut lagi tue takpe sangat. Apa yang paling dirisaukan ialah tindakan kita mungkin akan menyusahkan mereka di masa hadapan. Ibu bapa yang baik tidak akan masukkan batu dalam beg sekolah anak masing2. Ya, anak2 perlu bersekolah, perlu belajar tetapi jangan sukarkan dorang dengan memasukkan batu. Jika mereka jalan lambat, kita pimpin. Jika mereka salah, kita betulkan. Jika mereka tidak mahu bayar hutang, maka kita wujudkan persekitaran untuk 'memudahkan' mereka bayar hutang samada mereka suka ataupun terpaksa. Dapatkan duit biarpun lambat ia lebih baik daripada kita menjadi punca kepada mereka tak dapat beli rumah di negara ini.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...