Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 18 Ogos 2013

Isu Bersolat Depan Tandas, Selesai.

Masih ingat lagi pasal kes umat islam bersolat berhadapan tandas disebabkan tiada surau / ruang solat disediakan untuk umat islam menunaikan solat fardhu?

Rujuk sini.

Individu yang mula2 up isu ini di laman sosial ;


Berikut ialah penyelesaian yang dicapai ;
Selepas berita umat Islam terpaksa solat di depan tandas di sebuah pusat perniagaan, Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK) mengeluarkan peruntukan RM200,000 untuk membina sebuah surau baru di situ.

Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Wan Khair-Il Anuar Wan Ahmad berkata, selepas perbincangan dibuat, peruntukan  itu akan dikeluarkan, lapor Sinar Harian.

Katanya, ia akan dilaksanakan dalam masa terdekat apabila sebut harga pembinaan surau dikeluarkan pada minggu hadapan.

Sebelum ini, Harakahdaily menyiarkan bagaimana pelanggan dan peniaga di sebuah pusat perniagaan itu terpaksa solat di depan tandas.

Ini kerana, tiada kemudahan surau di kawasan terdekat. Walaupun ada Masjid Ubudiah namun ia agak jauh untuk pelanggan dan peniaga pergi ke sana. 

"Kita akan buat penelitian terhadap isu ini kerana kemungkinan sabotaj juga ada. Mungkin mereka sengaja solat di kawasan itu dan memuat naik gambar tersebut dalam laman sosial untuk beri tanggapan tertentu.

"Sebuah bilik solat ada disediakan di atas pentas dan paip air untuk berwuduk juga disediakan," katanya.

Menurut wakil rakyat itu, pihaknya akan melihat secara menyeluruh dan perancangan rapi akan dibuat bagi memastikan pembangunan di Kuala Kangsar berjalan lancar selepas ini.

"Saya harap Yang Dipertua MPKK melihat isu ini secara menyeluruh kerana kawasan ini merupakan tempat tumpuan umum," katanya.

Sabotaj?

Dalam pada itu, pihak yang membuat laporan hal ini, Mohd Farhan Madzlan menolak andaian wakil rakyat BN ini bahawa ia ada unsur sabotaj.

"Unsur sabotaj ke atau unsur RM200,000. Tiba-tiba baru nak buat surau.. orang dah start solat mengadap tandas tu dah bertahun.. siapa yang pergi ke arena square semua tahu ceritanya.. kecuali yang tak solat la," tulis beliau dalam Facebooknya.

Beliau mengulas dakwaan wakil rakyat ini yang mendakwa liputan solat depan tandas ini mungkin ada unsur sabotaj.

Tahniah di ucapkan pada pihak2 yang prihatin. Meskipun kos surau itu agak meragukan dan tinggi bagi aku, tetapi kira baguslah juga.. dapat juga mereka kemudahan surau seperti yang mereka inginkan. Harap2 dah dapat surau tue, boleh la gunakan ia dengan sebaik2nya. Jangan sampai jadi kes penganut buddha pinjam lagi sudah la ek.

Hehe.

Oke bai.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...