Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 21 Ogos 2013

Pemimpin Malaysia Mengiktirafkan Dua Aliran Syiah.


Adakah semua syiah sesat? Nampaknya bukan menurut pandangan sesetengah pemimpin di negara ini. Jika ya kenapa pula menteri kita mengakui ada aliran syiah yang mereka iktirafkan dan ia adalah sebahagian dari mahzab dan aliran yang diperakui oleh umat islam seluruh dunia menerusi deklarasi aman.

Baca ini ;

Deklarasi yang turut disokong beberapa pemimpin Malaysia, termasuk mantan perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 2005 antara lain mengiktiraf seseorang yang mengamalkan salah satu daripada empat mazhab Sunni (Hanafi, Maliki, Shafie dan Hanbali) serta dua aliran fikah Syiah (Ja'fari dan Zaydi).

Ia yang juga dikenali 'Mesej Amman' itu juga menyatakan tidak mungkin dan dibenarkan mengisytiharkan individu itu sebagai murtad dan tidak dibenarkan mencabuli darah, maruah dan hartanya.

"(Yang menjadi) kesalahan adalah mengembangkan ajaran agama kepada orang Islam di Malaysia. Maknanya tidak boleh mengembangkan kepada orang yang sudah beragama Islam.

"Semacam kita di Malaysia, yang mengamalkan (mazhab) Ahli Sunnah Wan Jamaah, (maka) tidak boleh orang lain cuba mengembangkan agama dia pula. Itu menjadi kesalahan.

"Yang tidak salahnya pula, kamu nak amal ajaran (agama atau mazhab) kamu, tidak menjadi kesalahan. Jadi maknanya di Malaysia, orang ramai macam-macam datang. Dia nak amal ajaran agama dia," katanya.

Rujukan :  http://www.malaysiakini.com/news/238837

Konsep dia apa?

Menurut Jamil Khir ;

1. Ko nak amal syiah, ko amal. Tapi ko hanya boleh amal, bukan sebarkan ajaran tersebut.

2. Malaysia tidak menghukum seseorang yang mahu amalkan aliran syiah.

3. Tetapi jika mereka menyebarkan ia, mereka akan dihukum.

4. Itupun jika mengembangkan ia kepada pengikut2 Islam [sunni] di negara neh.

5. Selain dari penganut islam [sunni] ko boleh sebarkan ajaran tersebut kepada mana2 pihak, betul tak?

Oke.

Bukan kah ini menimbulkan konflik? Dan membuatkan kita dalam keadaan yang mengelirukan.

Bagaimana jika pengikut2 syiah mengembangkang ajaran mereka kepada non muslim dan non muslim tertarik kepada syiah? Bukan kah akan wujud dua aliran di Malaysia kelak? Sunni dan Syiah?

Apa pun status seseorang warganegara Malaysia yang mengamalkan ajaran syiah tetapi tidak menyebarkan ajaran tersebut, adakah ia dibolehkan?

Nampak tak kekusutan di sini?

Haha.

Aku takde isu sangat bab2 aliran neh. Aku amek jalan tengah2 jek.  Kalau alim ulama kata ia sesat, terbukti sesat dan aku tengok ia pun memang semacam sesat, maka aku akan anggap sesat. Kalau ada alim ulama kata ia bukan la sesat mana, tidak terbukti sesat, maka aku pun akan anggap owhh ia bukanlah sesat mana. Maka alim ulama di Malaysia neh berdialog la. Selagi takde pendirian dan peraturan yang jelas dan tegas, selagi itu ia mengelirukan. 

Fikir2kan la ek.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...