Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 21 Ogos 2013

Najib Mengelak, Shahrizat Mengaku - Berapa Banyak Penasihat Yang Najib Mahu?


Dalam berita dua hari neh, kita dapati Najib telah mengelak sebanyak 2 kali daripada menjawab soalan berkaitan Shahrizat dilantik sebagai penasihat kepada Perdana Menteri berkaitan wanita.

Pertama bila pemberita bertanya secara langsung kepada Najib. Najib takmo jawab. Kedua bila pemberita cuba mendapatkan pengesahan dari PMO. PMO tidak mahu mengulas mengenai hal tersebut.

Sehingga lah kementerian wanita mengeluarkan kenyataan bahawa Shahrizat bukan penasihat dalam kementerian tersebut.

Dan kini Shahrizat pula menjawab sendiri mengenai perlantikkan tersebut ;
Datuk Seri Shahrizat Jalil (gambar) mengesahkan pelantikannya sebagai penasihat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk menguruskan hal ehwal wanita.
Bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu akhirnya memberikan respon berhubung desas-desus pelantikannya yang mula dilaporkan oleh media semalam.
“Ya, saya adalah penasihat kepada Jabatan Perdana Menteri,” katanya dalam satu mesej kiriman ringkas (SMS) kepada The Malaysian Insider.

Rujukan :  http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/shahrizat-sahkan-dilantik-sebagai-penasihat-pm

Apa motif kewujudan kementerian wanita di negara ini? Jawapan dia menguruskan hal ehwal berkaitan wanita. Betul tak?

Sebab tue di lantik menteri, timbalan menteri dan pegawai2 khas. Mereka semua dibayar gaji.

Mereka2 ini akan focuskan segala macam masalah2 berkaitan wanita di dalam negara ini. Pendek kata kementerian wanita ialah kementerian yang khusus untuk menanggani permasalahan wanita di negara ini.

Jadi, kita sudah ada kementerian yang complete untuk amek tahu mengenai permasalahan wanita2 di negara ini rupanya.

So kenapa pula Najib perlu melantik Shahrizat untuk menasihatkan dia mengenai hal2 wanita? Najib = PM. PM dah lantik menteri wanita untuk uruskan hal wanita. Jika ada apa2 yang Najib perlu tahu pasal wanita maka Najib akan ring2 kementerian terbabit dan bincang2.

Kenapa pula mesti ada Shahrizat di tengah2?

Adakah ini satu lagi cara nak halalkan wang masuk kepada Shahrizat secara bulanan dengan mewujudkan jawatan khas macam dia?

Jawatan2 khas ini sudah terlalu banyak. Kita ada jawatan khas untuk Rais Yatim. Ada jawatan khas untuk Samy Vellu, ada jawatan khas untuk Ali Rustam, dan kini Shahrizat pula?

Oke. Rakyat di negara ini BODOH dan TULI. Kami akan buat2 tak nampak dan tatau.

Terima kasih di atas pengumuman jawatan itu ek, Shahrizat. Tahniah walaupun aku tak ikhlas. 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...