Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 28 Mac 2015

Najib Juga Bebas Kritik Rosmah Mansur Tanpa Disiasat - 'Rosmah Mansur' Bukan Pengukur Malaysia Negara Demokrasi.

MP BN kata demokrasi di negara ini subur. Buktinya simple. Rakyat Malaysia bebas mengkritik Rosmah Mansur. Bahkan selepas mengkritik Rosmah Mansur, tiada apa-apa tindakan susulan pun terhadap perbuatan tersebut. Jadi, rakyat Malaysia memang bebas bersuara. Itu kata menteri Abdul Rahman Dahlan.

Baca laporan oleh Malaysiakini ;

Di tengah-tengah tindakan keras polis, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan hari ini menegaskan bahawa kebebasan bersuara hidup subur di negara ini, dengan berkata malah rakyat boleh mengkritik isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor.

"Apakah ada kebebasan bersuara di negara ini? Saya fikir ada," katanya sambil bertanya apakah perkara yang rakyat mahu suarakan tetapi tidak boleh bercakap.

"Anda mahu bercakap mengenai ketidakcekapan kerajaan, rasuah, skandal? Anda boleh bercakap tentang apa sahaja di negara ini.

"Malah anda juga boleh bercakap mengenai isteri perdana menteri, dan Rosmah (sebaliknya) tidak buat apa-apa pada anda," kata Abdul Rahman, yang juga ahli Parlimen Kota Belud Umno, dalam satu persidangan pelajar di Kuala Lumpur hari ini.

Maaf, menteri. Sebenarnya point kau neh dah merepek sangat. Kalau rakyat kena siasat sebab mengkritik Rosmah Mansur maka Najib juga perlu disiasat kerana baru-baru neh Najib sendiri secara lantang dan terbuka mengutuk, mengkritik, menghina dan mempersendakan Rosmah Mansur secara fizikal. Ia dilaporkan secara meluas di beberapa media. Bukan cerita tipu pun.

Tengok laporan2 berita berkaitan ;



Obes? Gemuk? Cara hidup tak sihat? Bukan Rosmah Mansur pun gemuk ke? Bahkan dah masuk ke tahap obesiti juga. Malahan Najib sendiri perut membuncit. Lepas tue nak kutuk-kutuk kegemukan musuh utama negara. Tengok berapa ramai pemimpin-pemimpin negara yang gemuk-gemuk? Kalau musuh utama negara kenapa lantik depa jadi menteri dan wakil rakyat? Tak reti urus mentaliti tapi sibuk nak urus negara? Kalau KJ logik juga nak bercakap. Sebab dia fit. Bukan macam PM.

KAH KAH KAH

Secara tak langsung Najib sebenarnya dah mengkritik Rosmah Mansur sebab Rosmah Mansur gemuk. Kritikan Najib bernas sebenarnya. Cuma aku nak nyatakan. Jika nak buktikan negara neh mengamalkan demokrasi tulen sebab takde sesiapa tahan sesiapa bila mengkritik Rosmah maksudnya jika perlu disiasat, maka Najib juga perlu disiasat sebab dia pun kritik Rosmah bebas sebebas bebasnya. Samada tahan atau tidak ditahan selepas mengkritik Rosmah, itu bukan penanda aras negara neh mengamalkan demokrasi tulen. Tolak bab kritik fizikal, peribadi, maki, super impose, fitnah tue semua aku tak raikan sebagai kebebasan bersuara.

Cuma yang nak ditekankan kat sini ialah bila kritikan dilakukan ke atas pihak tertentu atas isu tertentu, rakyat tidak bebas berpendapat dan menyatakan kebenaran. Maka negara ini sebenarnya tidak demokratik.

Di kaca TV, boleh ke rakyat bersuara menolak GST?

Di kata TV, boleh ke rakyat mempersoalkan kenapa Najib beli pesawat baru?

Di media massa arus perdana, boleh ke rakyat mendesak kerajaan dedahkan siapa guna pesawat rasmi negara untuk pusing dunia?

Di twitter, boleh ke pengguna media sosial mengkritik PDRM mempunyai reputasi rasuah yang cemerlang dan terbilang tanpa rasa takut dan tag KPN?

Semua tue rakyat tak boleh buat. Atau terhalang untuk buat.

Media arus perdana hanya bersedia laporkan pendirian dan idelogi kerajaan dengan mengenepikan pendapat rakyat. Saluran TV kerajaan lagi la macam haram. Dibiayai guna duit pembayar cukai tapi balik-balik hanya bawa aspirasi kerajaan bukan aspirasi kepelbagaian rakyat di negara neh.

Mari kita berdepan dengan realiti dan terima fakta.

Malaysia bukan demokrasi dan tidak demokratik. Rosmah Mansur bukan pengukur betapa demokrasinya negara ini. Jika rakyat akan disiasat kerana mengkritik Rosmah Mansur (tanda matinya demokrasi bagi MP BN) maka Najib la yang terlebih dahulu perlu disiasat.

Mat Sabu Ditangkap, PDRM Akan Tangkap Peserta Demo #KitaLawan, DAP Enggan Sertai Demo Langgar Majlis Kahwin Anak Najib.

Semalam beberapa pimpinan PR dan aktivis rakyat telah ditahan polis. Antaranya Mat Sabu dan Hishamuddin Rais selepas Rafizi dan Tian Chua. Cara penahanan Mat Sabu dan Hishamuddin Rais juga dipersoalkan kerana ;

- Polis menutup muka ketika menahan Mat Sabu
- Membawanya terus ke Dang Wangi dari Penang
- Lengkap dengan senjata
- Datang secara berkumpulan

Alasan penahanan Mat Sabu dipercayai ada kaitan dengan perhimpunan #Kitalawan yang dianjurkan pada petang ini (sabtu/28-3).

Manakala Hishamuddin Rais pula ;

- Ditahan oleh sekumpulan lelaki yang bermotorsikal selepas keluar dari teksi
- Selepas dikepung, TT (nama pena Hishamudin Rais) ditarik menuju ke sebuah kereta berwarna silver dan ditolak masuk
- Gagal melawan, TT akhirnya dibawa pergi ke balai polis Dang Wangi
- Ketika menahan TT, anggota yang terlibat juga dilaporkan membawa senjata

Penahanan Hishammudin Rais juga dipercayai ada kaitan dengan himpunan #Kitalawan.

Menurut maklumat dari facebook ZUNAR, Rafizi ketika ditahan polis sebenarnya berkeadaan lemah dan disyaki menghidapi denggi. Dan polis akan mendapatkan perintah reman bagi terus membolehkan mereka menahan pihak2 yang ditangkap bermula petang semalam hingga awal pagi sabtu.

Penahanan Rafizi pula dikaitkan dengan satu kenyataan yang mana PDRM menganggap Rafizi mahu merempuh penjara bagi mengeluarkan Anwar Ibrahim secara paksa.

Rujuk sini.

Selain dari penahanan malam tadi, PDRM juga telah menahan beberapa aktivis dan ADUN PR di Dataran Merdeka atas alasan melakukan keganasan (yela sangat).

Lihat ;

 

Ahli kumpulan haram?
Mengganas?
Membelasah penguatkuasa DBKL?

Alahai.

Nak karang drama pun biarlah logik sikit. Satu haram aku tak percaya point2 KPN kau neh. Sedap2 aje menuduh orang mengganas. Kalau kita teliti betul2, keganasan itu tidak datang dari rakyat sebaliknya dari kerajaan. Contohnya. Bila kerajaan meluluskan premis judi. Dari situ kerajaan mendorong kepada keganasan kerana premis judi akan mewujudkan kegiatan kongsi gelap bermaharajalela. Untuk beri pinjam (kepada penjudi), jaga kawasan (ugut orang), lakukan aktiviti rekruit ahli (pekerja kongsi gelap), dan terlibat dalam jual beli dadah dan pelacuran.

Ini bukan tuduhan tetapi fakta realiti.

Di mana ada aktiviti perjudian, disitu ada apa yang aku sebutkan di atas. Mana-mana negara tidak akan terselamat selagi mana kau sihatkan aktiviti judi atas nama permit dan perniagaan. Memang bodoh la kerajaan kau sampai tak reti nak fikir benda2 macam neh.

So kerajaan la yang sebenarnya mengganas dan membelasah rakyat dengan polisi bangang depa.

Dan dibantu pula oleh agensi keselamatan, agensi perundangan dan agensi agama yang berperanan membetulkan, menghalalkan, mensucikan, membenarkan tindakan kerajaan.

Kalah lah kau sebagai rakyat di negara neh.
Kau solat tak tinggal.
Bekerja bagai nak mati.
Doa tak henti.
Bila ada duit lebih kau pergi haji.
Kau buat benda baik, yang jahat kau tinggal.
Juga tak akan membuatkan kau mampu melawan kezaliman kerajaan.
Sebagai rakyat, kau, aku dan kita semua memang akan kalah. Sampai bila-bila dalam melawan penindasan. Bukan kerana Allah tak dengar doa rakyat. Tetapi kerana kita tak bersatu. 

Akan sentiasa ada penyokong kerajaan yang mengutuk semua tindakan rakyat yang tertindas macam kita. Percaya cakap aku. Membenarkan penindasan itu pada mereka lebih baik daripada memahami penindasan yang dialami oleh rakyat.

Sebab tue bila 6 orang ditahan kerana protes, takde orang nak heran dan peduli sangat. Protes pun boleh menjadikan kau penjenayah kat negara neh.


Selepas menahan beberapa individu yang terkait dengan himpunan #Kitalawan, polis juga mengeluarkan amaran akan menahan sesiapa sahaja yang didapati memberikan tindak tanduk yang membolehkan individu tersebut ditahan dalam perhimpunan #Kitalawan.

KPN mendakwa telah menerima banyak laporan berhubung protes #Kitalawan dan polis akan menahan mana-mana peserta demo yang bakal menimbulkan kekacauan.

Tindakan keras PDRM pada aku ada kaitan dengan satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Fariz Musa. Fariz Musa baru2 neh telah menyatakan perhimpunan #Kitalawan akan berarak ke KLCC untuk 'meraikan' majlis persandingan anak Najib.

Tindakan ini sebenarnya satu bentuk provokasi (bacaan Najib).

Untuk rekod. Tindakan itu tidak direstui oleh DAP. Maka, DAP tidak akan menyeru ahli mereka untuk turun berdemo. Namun tidak akan menghalang penglibatan ahli2 DAP ke atas himpunan tersebut. Selain dari DAP, PAS juga tidak buka apa-apa mulut bagi menyatakan apa-apa respon. PAS mengambil pendirian berdiam diri. 

Kau nak demo kat majlis perkahwinan orang. Yang hadir tue VVIP dalam dan luar negara. Pemimpin2 ternama pasti ada. Cuba bayangkan apa yang mereka fikir bila ada sekumpulan rakyat Malaysia berdemo ketika majlis perkahwinan anak perempuan PM Malaysia?

Ini akan memberikan bad impression pada imej Najib selaku PM. 
Jika ada wartawan luar, pasti mereka akan melaporkan hal berkenaan. Secara negatif. Itu sudah tentu.

Jadi bagi mengekang perkara2 yang tidak sepatutnya, maka PDRM telah bertindak awal2. Tahan yang dorang boleh tahan. Reman yang dorang mampu reman. Halang yang dorang perlu halang. 

Sebenarnya. Jika diulas dari segi strategi politik, ia memang satu strategi yang baik kerana berjaya cuakkan Najib. Makanya, jika ada peserta demo yang terlepas dan tiba di majlis perkahwinan anak Najib dengan banner, pasti suasana akan menjadi kecoh dan haru biru.

Tapi jika diulas dari segi adab dan moral, majlis perkahwinan orang, kita kena hormat. Musuh atau kawan jangan sibuk cari pasal. Bagi dia ruang untuk urus hal peribadi. Lepas tue sambung la gaduh macam biasa.

Tapi, persoalannya, di saat rakyat tertekan, tertindas, keliru, rungsing, dihimpit masalah akibat polisi yang double standard dan menganiaya, kau rasa semua rakyat mampu ke menyerap tekanan dengan memaparkan sikap dan pendirian yang sama?

Sesetengahnya mungkin mampu bersabar.
Tetapi sesetengahnya pula mungkin sudah hilang arah.
Sesetengahnya mungkin mampu redha dan berdoa.
Tetapi sesetengahnya pula mungkin sudah tidak peduli tentang moral dan rasa hormat.
Setiap dari kita dibesarkan dengan persekitaran dan pengalaman yang berbeza. Ada yang kurang menderita dari kita dan ada yang lebih menderita dari kita. Pengalaman itulah yang akan menentukan cara kita berfikir dan mengambil tindakan. Pada aku 'menceroboh' majlis perkahwinan orang zalim macam Najib tidak perlu. Tetapi jika ada yang berpendapat itu langkah yang betul, aku takan menghukum niat dia. Seperti aku, dia juga tertindas dengan keadaan sekarang.

Jumaat, 27 Mac 2015

Anwar Bukan Lagi Ahli Parlimen, Permohonan Pengampunan Ditolak - DAP Negeri Isytihar Keluar PR.


Sebenarnya aku berpendapat PR secara tidak rasminya sudah terbubar. PR sedang menuju kehancuran 'rumahtangga' dan kini Anwar pula disahkan telah hilang kelayakkan sebagai ahli parlimen seperti yang dilaporkan oleh portal UMNO.

Baca ;

Menurut Ketua Bahagian Guaman dari Pejabat Peguam Negara, Amarjeet Singh, petisyen permohonan maaf yang telah diberi oleh keluarga Anwar kepada Yang Dipertuan Agong telah ditolak dan dengan ini Anwar tidak lagi menjadi ahli parlimen Permatang Pauh.
“Pendirian kami ialah keputusan telah dibuat dan perlembagaan telah bercakap dengan sendirinya” katanya kepada pemberita.
Dengan pelupusan petisyen itu, Perlembagaan boleh dikatakan mempunyai pendirian yang jelas berkaitan dengan isu ini. Afidavit yang disahkan oleh Ketua Pengarah bahagian undang-undang Jabatan Perdana Menteri telah dihantar kepada pemohon. Afidavit itu menyeru bahawa Anwar harus kekal dalam tahanan.
Bagaimanapun peguam-peguam Anwar seperti N. Surendran, Latheefa Koya dan Dr Dheeraj Bhar mengatakan mereka masih menunggu pengumuman rasmi dari Lembaga Pengampunan yang akan diumumkan pada hari rabu depan (1 April 2015).
Keputusan itu telah disampaikan kepada peguam Anwar dalam bentuk afidavit yang dikeluarkan oleh Datuk Nursiah Arshad, Ketua Pengarah Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri yang juga salah seorang urus setia Lembaga Pengampunan.
Sumber : The Star.
Rujukan : sini.
Memang timingnya selari aku tengok.
- Anwar gagal memohon pengampunan diraja.
- Anwar hilang kelayakan sebagai MP dan perlu berada dalam penjara untuk 5 tahun.
- PR pula semakin bergolak dan tadi DAP Sarawak isytihar keluar PR kerana isu hudud.
- Semalam TG Haron Din beri gambaran bahawa PAS dan DAP secara teorinya 'sudah tidak bersama/bersatu/berada dalam satu pakatan lagi'.
- DAP pula sibuk dengan kempen 'reject Hadi' dalam PR.
- Kempen itula yang sebenarnya tikam 'Mat Sabu' dari belakang apabila lebih ramai yang sokong Hadi atas sentimen simpati.
- PKR pula semakin tertekan dengan tindakan PDRM ke atas pemimpin2 mereka apabila lebih ramai disiasat atas dakwaan menghasut dengan tangkapan terbaru melibatkan ahli parlimen Pandan, Rafizi Ramli.
Apa lagi yang boleh kita fikirkan selain berpendapat bahawa PR sebenarnya sudah 'lupus/hancur'?
Pendapat aku sekarang neh better PAS dan DAP bercerai elok-elok.
Dah tak mampu nak bergerak dalam satu ikatan better gerak asing-asing. Tapi tak perlu convert jadi musuh abadi. Anggap aje sudah tiada persefahaman untuk duduk semeja.
Meskipun berbeza dalam banyak perkara at least bila soal-soal membabitkan kepentingan rakyat jelata, mungkin DAP dan PAS boleh sependapat di parlimen bagi menyuarakan hak rakyat tertindas.
Aku berpendapat PAS dan DAP perlu damage control atau mengurangkan lebih banyak kerosakan yang bakal terbit akibat dari perpecahan ini dengan bercerai cara damai dan elok tanpa membabitkan peranan media. Sekurang-kurangnya masih ada sedikit maruah tersimpan untuk dihormati dari penyokong, ahli dan rakyat untuk parti dia dan parti kamu. Jangan buangkan semua maruah-maruah parti korang untuk dipijak-pijak orang.
Fikir2kan la ek

Ini Jawapan Kastam 106 Soalan Berkaitan GST - Baju Sekolah, Tandas Awam, Parking Tertakluk GST Oleh Syarikat Berdaftar. (Part II)


Ini adalah episode kedua dalam artikel Kastam jawab 106 soalan berkaitan GST oleh kumpulan anti GST. Episode pertama disini.

Jawapan kastam memang banyak kecuaian, menipu, mislead dan mengarut. Tapi aku akan buktikan di episode akhir bagi tajuk diskusi ini. 

Baca sambungan jawapan kastam kepada kumpulan anti GST dulu ;

55. Kenapakah tambang pengangkutan awam naik sebanyak 23%-67% yang sepatutnya berkurangan setelah dipotong dari SST? 

Kenaikan tambang pengangkutan awam yang didakwa meningkat dari 23% ke 67% tiada kaitan dengan pelaksanaan GST. Berdasarkan kajian, kesan GST ke atas kos perkhidmatan pengangkutan awam adalah minimum memandangkan pengangkutan awam dikecualikan daripada GST dan kadar GST adalah lebih rendah daripada SST. Kadar kenaikan tambang teksi sudah diusul kepada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat dan dikaji sejak beberapa lama dahulu iaitu sebelum pelaksanaan GST. 

58. Jabatan Kastam Diraja telah dilabel sebagai salah satu agensi kerajaan paling korup. Bagaimana kerajaan boleh meletakkan kepercayaan kepada pejabat Kastam untuk mengutip GST? 

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merupakan Agensi yang dipertanggungjawab untuk mentadbir cukai jualan dan cukai perkhidmatan sejak dikuatkuaskan pada 1970an.SST akan dimansuhkan dan dugantikan oleh GST mulai 1 APRIL 2015 maka sewajarnya GST ditadbir urus oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) juga. Jabatan sentiasa mengambil langkah membendung amalan tidak berintegriti di kalangan anggota jabatan dengan melaksanakan nilai-nilai murni,pusingan kerja (job rotation) dan mengenakan tindakan disiplin ke atas pegawai yang tidak mematuhi etika kerja dan peraturan-peraturan penjawat awam. 

60. Kerajaan tidak boleh melaksanakan GST tanpa mekanisme kawalan dan auditan bersedia, dan tidak mempunyai mekanisme tersebut ketika ini. Bayangkan jumlah penipuan dan duit kopi yang akan diperolehi oleh juruaudit kerajaan sekiranya berlaku. Apakah langkah-langkah yang diambil untuk mengelakkan perkara ini? 

GST merupakan sistem berasaskan penilaian kendiri (self assessment) dengan itu memerlukan sistem pengurusan risiko yang komprehensif dan mantap bagi memantau pembayaran cukai oleh mereka yang berdaftar. Sistem ini mengurangkan interaksi antara pegawai jabatan dengan peniaga dan sekaligus mengurangkan peluang penyelewengan di kalangan juruaudit. Sistem ini juga dibina lengkap dengan kelulusan berperingkat agar semua tindakan direkodkan dan dikawal oleh para penyelia.

61. Kebanyakan peruncit tidak langsung pernah merekodkan transaksi buat kali pertama. Bagaimana kerajaan dapat melaksanakan GST (kecuali pada supermarket dan retailers) kebanyakan perniagaan di Malaysia adalah dalam tunai dan tidak mengeluarkan invois dan sistem data. Hanya mereka yang mempunyai rekod yang baik dapat mengisi data mereka dengan baik kerana tiada kepakaran audit. Jadi mengapa perlu GST? 

GST tidak boleh dikaitkan dengan amalan perniagaan. GST pada hakikatnya membantu peniaga memperbaiki sistem rekod penjualan dan pembelian yang lebih efisyen (good business practice) bagi memudahkan mereka mengenalpasti kos sebenar yang ditanggung dan keuntungan sebenar yang diperolehi. 

63. Bagi satu barangan yang dikecualikan GST, pekedai telah kenakan GST. Apakah yang patut saya lakukan? Bagaimana saya boleh mendapat kembali wang saya? 

Hanya pekedai yang sudah berdaftar yang ada hak kenakan GST kepada harga barang. Pengguna boleh menyemak status pekedai sama ada berdaftar GST atau tidak melalui laman sesawang Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berikut http://gstmalaysiainfo.com/bagaimana-cara-untukmenyemak-status-gst/ 

Pengguna boleh melaporkan kepada JKDM kes pekedai yang tidak berdaftar GST tetapi mengenakan GST kepada harga barang. Aduan boleh dibuat melalui hotline 1-300-888-500, helpdesk atau di link berikut: http://aduan.customs.gov.my 

Pengguna juga boleh memfailkan aduan kepada Tribunal Tuntutan Pengguna untuk mendapatkan wangnya kembali, 

64. Berapa jumlah syarikat untuk yang mempunyai pendapatan lebih daripada RM500,000 sebelum GST telah menutup perniagaan mereka untuk elak GST? 

Tiada maklumat dan diluar bidang kuasa JKDM. 

66. Adakah barangan keagamaan seperti kitab suci dan barang sembahyang dikenakan GST? 

Kitab suci tidak dikenakan GST tetapi barang sembahyang tertakluk kepada GST, sama seperti sekarang ia dikenakan cukai jualan 

67. Adakah perkhidmatan LRT dan Komuter akan dikenakan cukai GST? 

Perkhidmatan LRT dan Komuter dikecualikan dari GST.

68. Adakah kos penyelenggaraan untuk flat kos rendah dan apartment dikecualikan GST? 

Kos penyelengaraan untuk semua perumahan di bawah hakmilik strata adalah dikecualikan dari GST. 

69. Adakah perkhidmatan bas sekolah akan dikenakan cukai GST? 

Perkhidmatan bas sekolah dikecualikan dari GST. 

70. Bolehkah kadar 6% GST itu dinaikkan bila –bila masa? Apakah kriteria untuk meningkatkannya? 

Cukai jualan telah diperkenalkan pada tahun 1972 manakala cukai perkhidmatan pada tahun 1975. Sejak dari itu, kenaikan kadar cukai jualan hanya berlaku sekali sahaja selepas 10 tahun pelaksanaannya iaitu pada tahun 1982 dari kadar 5% kepada 10%. Manakala kenaikan kadar cukai perkhidmatan dari 5% kepada 6% hanya berlaku pada tahun 2011 selepas 36 tahun pelaksanaannya. Jika dibandingkan dengan negara-negara yang telah melaksanakan CBP seperti Australia, Jepun dan Singapura, didapati kenaikan kadar cukai hanya berlaku setelah beberapa tahun pelaksanaan CBP. Keadaan ini dipengaruhi oleh faktor seperti kestabilan ekonomi, kemantapan sistem CBP, penerimaan rakyat yang sangat tinggi serta impak terhadap pengguna mempengaruhi kenaikan kadar cukai 

71. Bagi barangan dan perkhidmatan yang akan wujud pada masa depan, adakah GST akan dikenakan dan bagaimana ia ditentukan? 

Sama ada barang dan perkhidmatan yang akan wujud pada masa depan akan tertakluk kepada GST bergantung kepada kategori barang dan perkhidmatan tersebut sama ada ianya tertakluk kepada GST. Jika kategori barang dan perkhidmatan tersebut tidak tersenarai di dalam Perintah CBP (Pembekalan Berkadar Sifar) 2014 atau Perintah CBP (Pembekalan Dikecualikan) 2014 maka ia tertaluk kepada GST. 

72. Adakah perkhidmatan tandas awam dikenakan cukai GST? 

Perkhidmatan tandas awam yang dibekalkan oleh orang berdaftar GST tertakluk kepada GST.

73. Adakah pakaian sekolah dikenakan GST? 

Pembelian pakaian sekolah dari orang berdaftar GST tertakluk kepada GST sama seperti sekarang ia dikenakan cukai jualan. 

74. Adakah alat-alat tulis yang digunakan di sekolah dikenakan GST? 

Pembelian alat tulis dari orang berdaftar GST tertakluk kepada GST sama seperti sekarang ia dikenakan cukai jualan. 

75. Dalam konteks mewujudkan masyarakat celik IT, adakah GST dikenakan bagi pembelian komputer? 

Pembelian komputer dari orang berdaftar GST tertakluk kepada GST. 

78. BRIM merupakan kaedah yang digunakan oleh kerajaan untuk membantu golongan miskin untuk menghadapi kesan GST. Bolehkan kita membatalkan GST supaya kerajaan tidak perlu membayar BRIM? 

Tidak. Sebenarnya BR1M telah diperkenalkan sebelum GST dilaksanakan lagi. 

79. Syarikat yang mempunyai auditor dalaman akan mampu untuk menanggung kos pentadbiran GST jika dibandingkan dengan syarikat kecil yang tidak mempunyai auditor dalam. Bagaimanakah kerajaan dapat membantu syarikat-syarikat kecil dengan pertambahan kos pentadbiran ini? 

Kerajaan telah memberi bantuan dari segi handholding program (latihan percuma), bantuan dalam bentuk e-voucher untuk membantu PKS membeli perisian perakaunan patuh GST. PKS juga boleh datang pada bila-bila masa untuk mendapatkan konsultasi dan khidmat nasihat. Mereka juga layak mendapat elaun modal yang dipercepatkan dan insentif lain. Panduan-panduan GST juga disediakan untuk PKS memahami GST yang boleh dimuat turun dari laman web sesawang seperti berikut : 

a) Panduan Umum - http://gst.customs.gov.my/ms/rg/Pages/rg_gg.aspx 
b) Panduan Industri - http://gst.customs.gov.my/ms/rg/Pages/rg_ig.aspx 
c) Panduan Spesifik - http://gst.customs.gov.my/ms/rg/Pages/rg_sg.aspx16 

80. Oleh kerana barangan makanan adalah zero rated adakah ia bermakna tidak akan ada peningkatan harga barangan makanan? 

Sepatutnya barang yang dikelaskan dalam barang kategori berkadar sifar tidak akan naik sekiranya faktor-faktor lain yang menentukan harga (cth. kadar pertukaran matawang, cuaca, perubahan permintaan dan penawaran) tidak berubah (Ceteris paribus). Ini adalah kerana cukai yang dikenakan semasa era SST menjadi kos kepada peniaga. Tetapi selepas era GST cukai input boleh dituntut kembali. Ini bermakna tidak akan ada elemen cukai di dalam barangan yang dikelaskan sebagai barang berkadar sifar. 

81. Jika pengembalian semula GST ditangguhkan, adakah kerajaan akan membayar pampasan kepada syarikat untuk memastikan kos tidak dipindahkan kepada pengguna? 

Pulang balik GST akan dibayar oleh kerajaan dalam tempoh 14 hari sekiranya penyata dikemukakan secara atas talian atau 28 hari sekiranya penyata dikemukakan secara manual dengan syarat permohonan adalah lengkap. Namun pembayaran pulang balik tidak akan dibayar sekiranya Ketua Pengarah Kastam mempunyai alasan yang kukuh nilai yang dituntut bukanlah nilai yang sepatutnya dituntut dan tiada pampasan akan diberi. 

83. Beras dikecualikan GST, namun kos pengeluaran dan kos pengangkutan akan ada GST. Bukankah ia akan meningkatkan harga beras? 

Beras adalah barang berkadar sifar. Iaitu tiada GST dikenakan. Tetapi semua GST yang dibayar ke atas input termasuk pengangkutan oleh pengeluar yang berdaftar GST boleh dituntut daripada kerajaan. Ini bermaksud GST bukanlah kos kepada pembekal beras yang berdaftar GST. 

84. Sistem zakat mengambil cukai dari kaya untuk menolong yang miskin. Manakala GST adalah bertentangan iaitu cukai korporat dikurangkan satu peratus, cukai jualan barangan mewah dihapuskan dan GST dikenakan kepada semua. Bukankah ini bertentangan dengan sistem zakat dan haram? 

Model GST di Malaysia adalah bersifat progresif bukan regresif. Iaitu bebanan cukai kepada golongan yang berpendapatan rendah adalah kurang berbanding dengan golongan berpendapatan tinggi.

85. Adakah tol akan dikenakan GST? 

Tidak, tol merupakan pembekalan dikecualikan dari GST. 

- Adakah tambah nilai Touch N Go dikenakan GST? 

Tidak, tambah nilai Touch N Go merupakan pembekalan dikecualikan dari GST 

- Adakah parkir kereta akan dikenakan GST? 

Ya, Jika perkhidmatan parkir kereta disediakan oleh orang berdaftar GST. 

86. Dikatakan pendidikan dikecualikan GST, namun mengapa kelas tuisyen dikenakan GST? 

Hanya pendidikan asas dikecualikan dari GST tetapi tuisyen merupakan kelas tambahan. Namun, pusat tuisyen yang berdaftar GST boleh menuntut GST yang dibayar ke atas input untuk tujuan perniagaan.Ini bermaksud GST bukanlah kos kepada pusat tuisyen yang berdaftar GST. 

87. Adakah servis kereta akan dikenakan GST? 

Ya, Jika perkhidmatan servis kereta disediakan oleh orang berdaftar GST. 

88. Sesetengah syarikat mengiklankan mereka akan menyerap cukai GST, adakah tindakan ini sah dan bukankah ia bertentangan dengan semangat GST? 

Sekiranya syarikat menyerap cukai GST, ia tidak bertentangan dengan semangat GST. Perundangan meminta peniaga memaparkan harga termasuk GST (GST inclusive price). 

90. Adakah perkhidmatan gunting rambut dikenakan GST? 

Kebanyakan kedai gunting rambut adalah dibawah nilai ambang RM500,000. Oleh itu hanya kedai gunting rambut yang berdaftar GST sahaja yang akan mengenakan GST. 

91. Mengapakah makanan yang dikategorikan sebagai makan golongan miskin seperti maggi mee dan sardin dikenakan GST? 

Sekarang pun Maggi mee dan sardin yang ditinkan adalah tertakluk kepada cukai jualan. Namun, peniaga yang berdaftar GST boleh menuntut GST yang dibayar ke atas input untuk tujuan perniagaan

94. Adakah pihak kastam ada melakukan pengiraan bagaimanakah harga 1000 barangan biasa selepas 1 April 2015? 

Untuk membatalkan sebarang SST, kurangkan harga barangan pertengahan zero rated dan kemudian tambah GST untuk mendapatkan harga barangan yang berpatutan selepas GST diperkenalkan. Kajian akan dibuat selepas pelaksanaan GST 

95. Jadi anda boleh memberikan kami senarai harga 1000 barangan biasa untuk KL-PJ untuk semasa dan selepas GST? Jika anda menyerahkan kepada peniaga untuk menentukannya sendiri, mereka mungkin akan melebihkannya untuk GST. 

Dibawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011, peniaga dilarang mengaut keuntungan melampau. Tindakan dibawah bidang kuasa KPDNKK. 

96. Adakah anda akan mengawal 350000 syarikat yang telah pun didaftarkan dengan GST? Bagaimana pula 1 juta syarikat kecil yang kemungkinan besar akan menggunakan GST sebagai alasan untuk menaikkan harga barang? 

Ya. JKDM akan mengaudit syarikat yang berdaftar GST.Bagi mengawal kenaikan harga barang KPDNKK akan membuat pemantauan harga dari semasa ke semasa ke atas syarikat dan peniaga. 

98. Bagaimanakah orang awam dapat membuat aduan jika mereka mengesyaki pegawai penguatkuasa kastam menerima rasuah dari ahli perniagaan? 

Orang awam boleh membuat aduan kepada Ketua Pengarah Kastam (KPK) di link: 

http://aduan.customs.gov.my 

atau terus kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di link : 

www.sprm.gov.my/laporkanrasuah 

Adakah pegawai penguatkuasa akan memakai tanda nama? Pegawai penguatkuasa adalah dikehendaki untuk memakai tanda nama sepanjang waktu bertugas. 

99. Berapakah jumlah jam dalam seminggu yang akan diambil untuk memasukkan segala data yang diperlukan untuk memasukkan input GST di dalam sistem komputer sekiranya perniagaan hanya mempunyai pulangan sebulan RM50k? 

Bergantung kepada berapa banyak transaksi yang berlaku.

100. Jika seseorang itu tidak celik komputer dan memerlukan perkhidmatan luar untuk melakukan kerja-kerja memasukkan data GST ini, berapa kos yang ditanggung beliau dalam seminggu. 

Ia bukanlah satu keperluan untuk memasukkan input GST melalui sistem komputer tetapi rekod perniagaan masih boleh disimpan secara manual selagi ianya mematuhi akta dan peraturan GST. IT biasanya dapat memudahkan urusan perniagaan berkaitan dengan GST. 

101. Kastam seringkali menyatakan beras adalah cukai sifar. Adakah ini bermakna pesawah dapat mengutip kembali GST yang mereka bayar untuk baja dan racun serangga? Bagaimanakah mereka dapat melakukannya kerana mereka adalah petani kecil dengan jumlah pendapatan yang sedikit, mereka ini tidak berdaftar dengan kastam untuk GST? 

Untuk pekebun kecil, Skim Kadar Rata disediakan bagi membolehkan petani kecil mendapat kembali GST yang telah dibayar oleh petani tersebut. 

102. Jadi jika petani kecil tidak dapat menuntut kembali peningkatan harga barangan input, kemudian adakah pengilang beras akan menaikkan harga beras yang dibeli oleh mereka? 

Ini adalah kerana harga beras di pengilang adalah ditetapkan oleh kerajaan. Jika tiada peningkatan harga beras di pengilang, maka petani kecil akan menderita pengurangan jumlah pendapatan mereka. Jika terdapat kenaikan harga, adalah ia akan mengakibatkan peningkatan harga beras? Subsidi beras akan dikekalkan oleh kerajaan. Beras termasuk barang kawalan harga oleh KPDNKK. 

103. Bolehkah pengilang beras menuntut kembali input cukai bagi elektrik yang digunakan? Dan bagi pertukaran “spare parts” dan pembungkusan plastic? Sekiranya beras tidak cukai sifar, adakah harga di peringkat pengilang akan naik? Tidakkah ini akan dipindahkan kepada pengguna pada akhirnya? 

Pembekalan beras adalah pembekalan berkadar sifar. Jadi, pengilang beras yang berdaftar boleh menuntut semua GST yang dibayar ke atas input untuk tujuan perniagaan. 20 

104. Dari kilang kepada pemborong, adakah syarikat pengangkutan akan mengenakan GST kepada pemborong? Adakah pemborong dapat menuntut kembali sebagai cukai input? Jika pemborong dapat menuntut pelepasan cukai input, bukankah itu merupakan satu kekurangan kepada syarikat pengangkutan kecil yang tidak didaftar dengan GST? 

Untuk syarikat ini, mereka tidak dapat memindahkan GST yang dibayar kepada pembelinya kerana mereka juga tidak boleh mengutip GST. Ya. Syarikat pengangkutan yang berdaftar GST akan mengenakan GST kepada pemborong.Pemborong boleh menuntut kembali GST yang dibayar sebagai input tax jika ia berdaftar GST. Bagi syarikat pengangkutan kecil yang tidak berdaftar, GST yang telah dibayar ke atas input akan terkandung dalam harga yang dijual. 

105. Adakah ubatan berikut cukai sifar? Sulperazone (antibiotic yang digunakan untuk jangkitan yang serius), Simvastatin(untuk mengurangkan kolestrol), ubatan anti HIV Ubat-ubatan yang tersenarai di dalam senarai Ubat-Ubatan Penting Kebangsaan (NEML) adalah berkadar sifar. 

321 entiti kimia meliputi 4215 jenama berkadar sifar. 

106. Banyak doktor persendirian menyewa ruang klinik dari hospital swasta. 

Adakah pihak hospital akan mengenakan cas GST untuk penyewaan ini/Bagaimana pula perkhidmatan yang “dibeli” oleh doktor-doktor persendirian ini dari hospital. Sebagai contoh: ujian, xray, ubatan? Tidakkah semua ini dikenakan GST? Hospital swasta akan mengenakan GST ke atas penyewaan ruang klinik. Ubatan yang berada dalam senarai NEM tidak dikenakan GST. Perkhidmatan dan X-ray dikecualikan dari GST.

Ini Jawapan Kastam Kepada 106 Soalan Berkaitan GST - Pajak Gadai, Caj Pinjaman Tertakluk GST (Part I).


Orang yang diamanahkan oleh Kastam untuk menjawab sebenarnya buat kerja sambil mengantuk. Aku akan terangkan selanjutnya pada episode kedua. Baca dulu jawapan dari soalan 1 sampai 54 untuk first episode.

Baca ;

Jawapan kepada 106 soalan (Jawapan ini berkaitan Jabatan Kastam Diraja Malaysia sahaja) 

1. Kerajaan telah menyusun dan mengumumkan senarai barangan dimana harga runcit akan berkurang dengan adanya implimentasi GST disebabkan perubahan dari SST kepada GST, bilakah kita boleh menjangkakan ia akan berlaku? 

KPDNKK telah menerbitkan dan mengedarkan 6 panduan harga pengguna mengikut zon kepada umum yang menunjukkan peratusan perubahan harga barang. Buku ini boleh diperolehi secara percuma dari ibu pejabat KPDNKK, pejabat KPDNKK negeri atau dimuat turun dari laman web KPDNKK melalui pautan http://ebook.kpdnkk.gov.my/

Apabila GST dilaksanakan dan bergantung kepada kesediaan peniaga untuk memindahkan penjimatan kos membuat (pass down the cost saving) lanjutan daripada tuntutan cukai input ke atas pembelian bagi tujuan perniagaan. Kenaikan harga barang dan perkhidmatan bukan disebabkan oleh cukai semata-mata. Kenaikan harga lazimnya berpunca daripada permintaan dan penawaran terhadap sesuatu barang dan perkhidmatan dalam pasaran. 

2. Adakah 10% SST akan dihapuskan selepas GST 6% dilaksanakan mulai 1 April ini? 

Ya, SST (Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan) dimansuhkan mulai 1 April 2015 Oleh itu dua cukai yang ada sekarang akan digantikan dengan satu sahaja. 

Nota tambahan: Cukai Jualan telah diperkenalkan sejak tahun 1972 (Akta Cukai Jualan 1972). Perintah Cukai Jualan 2012 menetapkan kadar Cukai Jualan adalah 10%, melainkan barangan dalam Jadual 1, misalnya bahanbahan mentah sebanyak 0%. Jadual 2, misalnya untuk makanan dan buahbuahan sebanyak 5%, Jadual 3, minuman berproses sebanyak 20% dan Jadual 4, untuk bahan petroleum dan diesel, berkadar spesifik. 

Cukai ini telah dimasukkan ke dalam kos harga barang dan pengguna membayar cukai tersebut tanpa disedari. Cukai Perkhidmatan telah diperkenalkan sejak tahun 1975 (Akta Cukai Perkhidmatan 1975) pada kadar 5%. Kadar ini kemudiannya dinaikkan kepada 6% pada tahun 2011. Kedua-dua Cukai Jualan dan Perkhidmatan akan digantikan dengan GST pada kadar 6%.

3. Bagi Syarikat-syarikat yang memperoleh pulangan mencecah RM500K tahun lepas tetapi tidak dijangka untuk mencapai jumlah tersebut pada tahun ini, adakah mereka harus mendaftar dan mengutip GST? 

Syarikat tersebut tidak perlu mendaftar dan tidak boleh mengenakan GST. 2 

4. Sama juga mengenai syarikat-syarikat yang berada pada garis sempadan, apa yang patut mereka lakukan dan bagaimana kerajaan bercadang untuk menangani isu ini supaya ia adil kepada mereka dan pengguna? 

5. Adalah difahamkan bahawa kes-kes yang berada pada garis sempadan digalakkan untuk mendaftar dan mengutip GST jika pulangan mereka tidak mencecah RM500K, kemudian bagaimana? 

Sekiranya perolehan tahunan sesebuah syarikat tidak mencapai nilai ambang (threshold RM500,000), syarikat tersebut mempunyai pilihan sama ada terus kekal dengan status tidak berdaftar atau boleh mendaftar secara sukarela. Selepas pendaftaran diluluskan, syarikat perlu terus kekal dalam sistem GST untuk tempoh tidak kurang dari 2 tahun. 

6. Mengapa kerajaan mengurangkan peratusan cukai korporat daripada 25% kepada 24% kerana itulah hasil penting kerajaan dan mencaj GST 6%? 

Tujuan utama GST ialah untuk mempelbagaikan sumber pendapatan negara. Satu dari kaedah untuk mencapai tujuan tersebut ialah mengurangkan pengantungan kepada cukai-cukai langsung (direct taxes) seperti cukai korporat. Pengurangan cukai korporat dapat menggalakkan pelabur asing untuk membuka perniagaan di Malaysia dan menwujudkan peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia. 

7. Adakah gaji minimum akan dikaji semula dan dinaikkan gaji yang mencukupi untuk kelangsungan hidup, sebelum melaksanakan GST? Berapakan kenaikan itu? 

Adalah menjadi dasar kerajaan dibawah ETP untuk mencapai status negara berpendapatan tinggi, yakni pendapatan per kapita dari RM23,700 pada tahun 2009 kepada RM48,000 pada tahun 2020.Oleh itu Kerajaan akan menjalankan Kajian gaji minima secara berterusan dan bergantung kepada kedudukan ekonomi negara. 

8. Mengapa tidak dikekalkan senarai barangan dan perkhidmatan yang dikenakan SST sama dengan GST? 

Mengapa ia perlu diperluaskan kepada barangan dan perkhidmatan yang tiada cukai sebelum ini? GST merupakan langkah penyusunan semula sistem percukaian Negara. Ini secara tidak langsung melibatkan perluasan skop cukai dan menghapuskan elemen cukai berganda yang ada dalam SST.Pengguna akan membayar harga yang lebih berpatutan bagi kebanyakan barang dan perkhidmatan berbanding dengan SST.

9. Apakah mekanisma yang akan diambil kerajaan untuk mengekangkan kenaikan harga akibat GST? 

Kerajaan akan mengambil langkah-langkah yang tegas bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan dengan menggunakan GST sebagai alasan untuk menaikkan harga barang bagi tujuan membuat keuntungan secara berlebihan. Antara langkah-langkah yang akan diambil oleh Kerajaan adalah melaksanakan sepenuhnya Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011, memperhebatkan penguatkuasaan melalui penubuhan Majlis Harga Negara, penerbitan Panduan Harga Pengguna, di samping menjadikan pasaraya sebagai penanda aras harga (price setter). Bagi memastikan peniaga mematuhi peraturan yang ditetapkan, pengenaan denda dan penalti yang lebih berat akan dikenakan. 

10. Mengapa barangan harian seperti tin sardin dikenakan GST 6%, manakala udang galah dikecualikan GST? 

 Udang galah diklafikasikan sebagai bahan makanan asas dibawah “crustaceans” yang berkadar sifar. Manakala tin sardin diklasifikasikan sebagai bahan makanan yang telah diproses dan dikenakan kadar GST 6%. 

11. Bagaimana hasil daripada GST akan digunakan untuk orang awam? Sila nyatakan. 

Semua hasil negara termasuk hasil daripada GST dimasukkan ke dalam Kumpulan Wang Disatukan (Consolidated Fund). Dana dari Consolidated Fund digunakan untuk pentadbiran dan kemajuan negara. Pecahan untuk perbelanjaan untuk orang awam dalam Bajet 2015 adalah seperti berikut: 

 program perguruan dan pembelajaran - RM60.0 bilion 
 perkhidmatan dan kemudahan kesihatan - RM23.3 bilion 
 Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) - RM4.9 bilion 
 kemudahan dan infrastruktur - RM4.5 bilion
 biasiswa kerajaan - RM3.0 bilion 
 keluarga miskin, kanak-kanak, warga emas, orang kurang upaya - RM1.2 bilion 
 bantuan buku 1Malaysia - RM325 juta 

12. Bank Dunia mengatakan bahawa cukai pengguna seperti GST adalah regresif dan memberi kesan paling teruk kepada yang miskin. Dalam keadaan sedemikian, mengapa kerajaan mahu melaksanakan GST? 

Secara am, GST boleh diiktirafkan sebagai cukai regresif tetapi model GST boleh diubahsuai untuk dijadikan sistem cukai progresif dengan kaedah kadar-sifar, pengecualian dan pelepasan. Pengalaman dari Vietnam dan Ethiopia telah membuktikan keberkesanan GST yang telah diubahsuai. 4 Malaysia yang agak lewat melaksanakan GST berpeluang untuk meniru model GST progresif yang telah dilaksanakan di negara-negara lain. Berdasarkan kajian telah dilakukan oleh IMF, model GST Malaysia adalah progresif kerana kebanyakkan barang dan kemudahan asas tidak dikenakan GST. Bank Dunia juga telah memberi pengiktirafan GST di Malaysia adalah yang paling terbaik di dunia. 

13. Masih terdapat 17000 firma yang menunggu untuk didaftarkan untuk GST, ini adalah jumlah yang besar untuk berurusan dalam masa dua minggu sebelum pelaksanaan GST ini. Bagaimanakah anda kerajaan dapat menyelesaikan perkara ini? 

Angka tersebut telah berkurangan dan kebanyakkannya adalah permohonan oleh peniaga yang nilai ambangnya kurang daripada RM 500,000. 

14. Tidakkah anda terfikir, jika kerajaan menghukum dan mendenda perniagaan yang tidak berdaftar di bawah GST, akan berpindah ke negara lain untuk melabur? 

Setiap Negara mempunyai undang- undang yang perlu dipatuhi. Hanya syarikat yang tidak mematuhi undang- undang akan dikenakan tindakan. 

15. Perniagaan di Malaysia adalah baik dan membuat keuntungan besar jadi mengapa kadar cukai korporat mereka sedang dikurangkan? 

Ini adalah salah satu strategi kerajaan untuk meningkatkan daya saing dan menggalakkan pelabur asing kekal di Malaysia. Strategi ini juga telah dilaksanakan oleh negara-negara lain seperti Thailand, Singapura, dan lainlain. 

16. Menurut laporan juruaudit agung tahunan ini, kerajaan hilang wang setiap tahun kerana ketirisan. Apakah jaminan bahawa hasil GST tidak akan dikendalikan mengikut nasib yang sama? 

GST adalah salah satu strategi untuk mengekang ketirisan hasil Negara. 

17. Adakah kaum kerabat seperti sultan/raja dan keluarga mereka membayar cukai? 

Di bawah Perintah Cukai Barang dan Perkhidmatan (Pelepasan) 2014, Yang Di Pertuan Agong, sultan-sultan, Undang-Undang Negeri Sembilan, YDP Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak diberi pelepasan dari GST untuk 5 semua barangan, kecuali petrol, untuk kegunaan peribadi dan rasmi. Namun kaum kerabat sultan / raja tidak terkecuali daripada membayar cukai. 

18. Sebelum pelaksanaan GST, rakyat akan mempunyai kecenderungan untuk menyimpan barang-barang yang boleh menyebabkan kekurangan makanan atau barang keperluan bekalan. Apakah tindakan kerajaan untuk mencegah kejadian ini? 

Rakyat tidak perlu menyimpan stok makanan berlebihan kerana barang keperluan asas dikenakan GST pada kadar sifar. Walaubagaimana pun, jika peniaga-peniaga menyimpan barang secara berlebihan untuk tujuan memanupulasikan harga, KPDNKK akan mengambil tindakan dibawah Akta Bekalan Barangan 1961. 

19. Adakah kerajaan akan menubuhkan satu jawatankuasa untuk mengawasi dan mengawal pengurusan GST untuk mengelakkan pembaziran seperti projek KLIA2 yang bermula dengan RM1.5 bilion dan berakhir dgn RM4.5 bilion? 

Kerajaan telah menubuhkan Public Account Committee (PAC). untuk mengawasi dan mengawal projek-projek kerajaan bagi mengelak pembaziran termasuk pengurusan GST. 

20. Polisi Kesihatan Kebangsaan Malaysia 2006 menyatakan semua jenis ubat perlu dikecualikan cukai untuk memastikan pesakit mempunyai akses kepada ubat-ubatan. Ini bercanggah dengan keadaan semasa di mana GST dikenakan. Bagaimana pula sekarang cukai GST akan dikenakan kepada ubat-ubatan? 

Terdapat kira-kira 4215 jenis ubat-ubatan tidak dikenakan GST seperti yang disenaraikan dalam Senarai Ubat Penting Kebangsaan yang boleh diperolehi di dalam Portal GST.

Senarai ubatan berkadar sifar boleh dilihat melalui link berikut :  

http://www.customs.gov.my/ms/pg/pg_odr/P.U.%20(A)%20272%20-%20Butiran%202,%20Jadual%20Pertama%20-%20Senarai%20Ubat%20Penting%20Kebangsaan.pdf 

Hanya ubatan yang tidak termasuk didalam senarai tersebut dikenakan GST. 

21. Adakah pembelian rumah akan dikenakan cukai GST? Bagaimana dengan rumah kos rendah? 

Pembelian semua jenis rumah kediaman termasuk rumah kos rendah tidak dikenakan GST.

22. Adakah penggunaan kad kredit akan dikenakan Cukai GST? 

Cukai perkhidmatan RM50 terhadap pemegang kad utama dan RM25 bagi setiap kad tambahan yang telah dikenakan mulai 1 Januari 2010 akan dihapuskan mulai 1 April 2015. GST hanya dikenakan ke atas yuran tahunan kad kredit dan caj perkhidmatan jika dikenakan. GST juga tidak akan dikenakan ke atas caj bayaran lewat dan caj kewangan. 

Nota 1: Caj bayaran lewat merujuk kepada caj apabila pemegang kad gagal membayar jumlah yang sepatutnya sekurang-kurangnya bayaran bulanan minimum sebelum tarikh tamat tempoh. 

Nota 2: Caj kewangan adalah caj yang dikenakan ke atas pemegang kad terhadap baki yang belum dijelaskan pada atau sebelum tarikh tamat tempoh. 

23. Adakah ini bermaksud, pengguna perlu bayar Cukai GST 6% bagi apaapa barangan yang dibeli menggunakan kad kredit dan selepas itu bila hendak membayar bil kad kredit, 6% lagi cukai GST perlu dibayar kerana menggunakan kad kredit? 

Perkhidmatan kad kredit dan kad caj tidak dikenakan GST, begitu juga jumlah transaksi menggunakan kad kredit dan kad caj tidak dikenakan GST. Pembayaran bil kad kredit juga tidak dikenakan GST. GST hanya dikenakan ke atas yuran tahunan kad kredit dan caj perkhidmatan jika dikenakan. 

24. Adakah pengeluaran wang di ATM akan dikenakan cukai GST?Bagaimana 6% akan dikira? Perkhidmatan pengeluaran wang di ATM di bank yang sama tidak dikenakan GST. 

Hanya perkhidmatan MEPS ia itu pengeluaran wang di ATM antara bank dikenakan GST. GST 6% di kenakan pada caj RM1 untuk perkhidmatan MEPS. 

25. Adakah petrol dan diesel akan dikenakan cukai GST? 

Pembekalan Ron 95 dan Diesel kepada pengguna tidak dikenakan GST 

26. Adakah LPG (natural gas) akan dikenakan cukai GST? 

 Pembekalan Liquefied Petroleum Gas (LPG) bersukatan 14kg ke bawah tidak dikenakan GST. 

27. Adakah penggunaan khidmat pajak gadai akan dikenakan cukai GST? 

GST dikenakan ke atas caj perkhidmatan untuk urusan pajak gadai.2

28. Adakah cukai GST akan dikenakan apabila kita buat pinjaman perumahan atau sewa-beli kenderaan? 

GST dikenakan ke atas caj perkhidmatan untuk urusan pinjaman perumahan atau sewa beli kenderaan. Namun perkhidmatan pinjaman perumahan dan pinjaman kenderaan yang dibekalkan oleh agensi kerajaan tidak dikenakan GST. 

29. Adakah kita boleh mengandaikan yang barangan yang tidak dinyatakan dalam buku panduan GST, kerajaan tidak akan dikenakan cukai GST? 

Buku panduan yang dikeluarkan adalah sebagai panduan peniaga kedai runcit dan pengguna sahaja dan ianya tidak meliputi keseluruhan barangan. Hanya barangan yang disenaraikan dalam Perintah CBP (Pembekalan Berkadar Sifar) 2014, Perintah CBP (Pembekalan Dikecualikan) 2014 dan pelepasan Perintah CBP ( Pelepasan) 2014 yang tidak dikenakan GST. 

30. Adalah dikatakan barangan zero-rated dan barangan yang akan dikecualikan boleh dikaji semula oleh kementerian yang berkenaan bersama Kastam. Apakah kayu ukur atau pun kriteria untuk sesuatu barangan untuk dijadikan zero-rated @ dikecualikan cukai GST? Bagaimanakah proses kaji semula akan dilakukan? 

Pertimbangan dibuat berdasarkan sama ada barang atau perkhidmatan tersebut adalah merupakan barangan keperluan asas rakyat Malaysia atau perkhidmatan kritikal. Kajian semula dilakukan mengikut keperluan. 

31. Adakah perkhidmatan kesihatan swasta dikenakan cukai GST? Kalau ada pengecualian, aspek apa yang ada pengecualian? 

Perkhidmatan kesihatan swasta yang menepati syarat yang ditetapkan di bawah Perintah CBP (Pembekalan dikecualikan) 2014 adalah dikecualikan GST. 

32. Adakah pendidikan swasta dikenakan Cukai GST? Kalau ada pengecualian, aspek apa yang ada pengecualian? 

Pendidikan swasta yang menepati syarat yang ditetapkan di bawah Perintah CBP (Pembekalan dikecualikan) 2014 adalah dikecualikan GST.

33. Siapakah yang mendapat manfaat paling besar dan yang paling rugi apabila GST dilaksanakan? 

Pada keseluruhannya, rakyat dan negara akan mendapat manfaat paling besar dari pelaksanaan GST melalui kemudahan prasarana, infrastruktur, pendidikan, dan kesihatan. 

34. Mengapa organisasi bukan berlandaskan keuntungan perlu dicukai dalam sistem GST walhal mereka bukanlah entiti komersial? 

Organisasi yang membekalkan pembekalan bercukai sahaja dan melebihi nilai ambang 500 ribu yang perlu berdaftar dengan GST. 

35. Badan amal dan agensi awam antarabangsa adalah dikecualikan cukai dan adakah mereka boleh mendapatkan pengecualian cukai selepas GST? 

Perolehan barang, kecuali petroleum oleh Badan Amal Swasta (Private Charitable Entity) dan Orang yang berhak untuk keistimewaan diplomatik di bawah Ordinan Diplomatik 1949 dan Akta Keistimewaan Diplomatik (Konvensyen Vienna) 1966 (Person Entitled To Diplomatic Privileges Under The Diplomatic Ordinance 1949 and Diplomatic Privileges (Vienna Convention) Act 1966) diberikan pelepasan cukai tertakluk kepada syaratsyarat yang ditetapkan di bawah Perintah CBP (Pelepasan) 2014. 

36. Adakah mana-mana negara yang melaksanakan GST Berjaya mengurangkan jurang antara kaya-miskin? 

Tiada kaĵian sedemikian pernah dibuat. 

37. Sila terangkan apakah manfaat GST pada jangka masa pendek untuk isi rumah yang berpendapatan kurang dari RM3000 sebulan. 

Penambahan amaun BRIM memberi kesan yang besar kepada tanggungan isi rumah yang berpendapatan rendah. 

38. Berapa lamakah masa yang diambil oleh pembekal, pemborong dan peruncit untuk mendapatkan kembali GST yang ditanggung dalam proses input? 

Pulangbalik cukai akan dibuat dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh penyata GST dikemukakan secara atas talian atau 28 hari bekerja bagi penyata yang diterima secara manual dengan syarat syarikat mengemukakan maklumat yang lengkap.

39. Apakah strategi kerajaan untuk memastikan harga barangan yang berpatutuan sementara perniagaan memperoleh kembali GST? 

GST bukan merupakan kos kepada peniaga. Cukai input yang dibayar oleh peniaga dibenarkan untuk dibuat pelarasan dengan cukai output yang dipungut oleh syarikat. Langkah kerajaan adalah: 

 Menjalankan Operasi Catut supaya peniaga-peniaga tidak mengambil kesempatan menaikkan harga secara tidak berpatutan. 

http://gstmalaysiainfo.com/operasi-banteras-pencatutandiperhebat-sebelum-pelaksanaan-gst/o http://gstmalaysiainfo.com/ops-catut-fasa-kedua-mula-2-april/ 

 Menyediakan talian komputer untuk pengguna membuat aduan terhadap mana-mana peniaga yang menaikkan harga dengan tidak munasabah. 

http://gstmalaysiainfo.com/gst-lapor-salah-laku-peniaga-menerusiez-complaint/ 

 Menyediakan kemudahan melalui komputer untuk penggunapengguna menyemak sama ada mana-mana penjual berhak mengenakan GST. 

http://gstmalaysiainfo.com/bagaimana-cara-untuk-menyemakstatus-gst/ 

40. Ekonomi dipacu oleh kuasa memberi rakyat, dengan GST kuasa membeli akan berkurangan. Adakah itu bermakna kita sedang mengalami kemelesetan ekonomi? Adakah anda mempunyai strategi untuk meningkatkan kuasa membeli? 

Dengan GST kuasa membeli tidak akan berkurangan ini adalah kerana sebahagian besar barang makanan asas dan perkhidmatan kritikal kepada rakyat adalah tidak dikenakan GST. GST menggantikan cukai jualan dan cukai perkhidmatan dengan kadar yang lebih rendah dan peniaga berdaftar layak untuk menuntut balik cukai input yang dibayar. Ini dapat mengurangkan kos dalam menjalankan perniagaan dan mengimbangi harga barang dan perkhidmatan di pasaran. Selain itu, bagi meringankan tanggungan cukai dengan perlaksanaan GST, kerajaan telah memperuntukkan penambahan bayaran BRIM kepada isirumah yang pendapatan kurang daripada RM4000 sebulan. Kerajaan juga telah memberi rebat cukai pendapatan sebanyak 1%-3% kepada golonggan berpendapatan sederhana dan tinggi. Semua langkah di atas akan meningkatkan kuasa membeli rakyat.

41. Syarikat yang perniagaannya untuk satu tahun yang kurang daripada RM500,000 tidak perlu mendaftar kepada pihak Kastam dan membayar GST. Bagaimana pula jika suatu barangan yang sama dibekalkan oleh satu syarikat lain yang mempunyai jumlah bisnes melebihi RM500,000 yang berdaftar dengan Kastam dan syarikat yang dikecualikan itu? 

42. Adakah barangan yang sama dari syarikat yang lain akan dikenakan cukai berbeza? 

Barang yang dijual oleh perniaga berdaftar dikenakan GST. Manakala, barang yang sama juga dijual oleh peniaga yang tidak berdaftar GST tidak dikenakan GST tetapi dalam harga barang tersebut telah dimasukkan unsur GST. Oleh itu, harga atas barang berkenaan yang dijual oleh kedua-dua peniaga ini adalah tidak jauh berbeza dengan andaian lain-lain kos peniagaan dan margin keuntungan adalah sama. 

43. Apakah kadar inflasi sekarang dan kadar inflasi selepas 1 April 2015? Adakah pihak kerajaan sudah membuat anggaran ini? 

Kadar inflasi semasa dalam lingkungan 3%, Kerajaan telah menggangarkan bahawa kadar inflasi akan meningkat sebanyak 1% selepas pelaksanaan GST. 

44. Apakah justifikasi menetapkan permulaan kadar GST pada 6%? Kenapa ianya tidak dimulakan pada kadar yang lebih rendah? 

GST menggantikan cukai jualan dan cukai perkhidmatan (SST) yang dikenakan pada kadar 5%, 6%, 10% dan spesifik. Pelaksanaan GST perlu mengambilkira kutipan hasil di bawah (SST) dan bantuan-bantuan yang perlu disalurkan kepada rakyat yang kurang berkemampuan. Disamping itu, model GST Malaysia juga perlu menentukan impak minimal kepada Rakyat secara keseluruhan dengan mengenakan GST pada kadar sifar untuk barangan dan perkhidmatan asas yang digunakan oleh rakyat. Kadar 6% merupakan antara yang terendah di dunia. 

45. Adakah pembelian yang dibuat oleh pihak Kerajaan ataupun GLC juga dikenakan GST? 

Pembelian barang selain petroleum dan kereta oleh Kerajaan Persekutuan dan negeri tidak tertakluk kepada GST melalui pelepasan di bawah Perintah CBP (Pelepasan) 2014. Namun, perolehan perkhidmatan oleh Kerajaan Persekutuan dan negeri tertakluk kepada GST. Semua pembelian barang dan perkhidmatan oleh Government-Linked Company (GLC) tertakluk kepada GST. 11 

46. Untuk mematuhi regim GST, semua jualan dan belian mestilah direkodkan dan penyimpanan invois dan resit adalah amat penting untuk perniagaan. Bagaimana pula jika sesuatu perniagaan dan pembeli membuat transaksi tanpa rekod demi untuk mengelakkan kesukaran ini. Maka adakah GST ini akan menyebabkan pasaran gelap bermaharajalela? Bagaimana kerajaan akan mengawal perkara ini? 

GST merupakan salah satu cara untuk mengurangkan pasaran gelap kerana peniaga yang mempunyai rekod jualan dan pembélian yang kemaskini melayakkan peniaga untuk mendapat pelbagai kemudahan seperti menuntut cukai input dan pinjaman bank. Jika orang berdaftar membeli dari pasaran gelap, mereka tidak layak untuk menuntut apa-apa cukai input dan ini akan meningkatkan kos perniagaannya. 

48. Adakah pengecualian GST akan diberikan kepada golongan berikut: OKU, warga emas, penganggur, miskin tegar? 

Model GST Malaysia telah mengambilkira keperluan ke semua golongan rakyat dengan tidak mengenakan cukai ke atas barangan asas dan perkhidmatan asas yang dikecualikan termasuklah pengangkutan awam, kesihatan dan pendidikan. Selain itu, bagi keperluan OKU, pembelian peralatan bantuan seperti kaki palsu, kerusi roda, tongkat, alat bantuan pendengaran dan sebagainya layak untuk diberikan pelepasan daripada pembayaran GST melalui Perintah GST (Pelepasan) 2014. Kementerian Kewangan akan membuat kajian dan pertimbangan dari semasa ke semasa jika terdapat lain-lain keperluan kritikal kepada rakyat yang tidak berkemampuan. 

52. Adakah menteri-menteri juga akan membayar GST seperti rakyat biasa kerana banyak perbelanjaan mereka disubsidi oleh pembayar cukai? 

Menteri-menteri adalah tidak terkecuali daripada membayar GST ke atas setiap perbelanjaan mereka seperti rakyat biasa. 

54. Hanya insurans hayat sahaja dinyatakan bebas cukai GST. Bagaimana pula dengan insurans kemalangan diri, penyakit kritikal, perubatan dan kesihatan? 

Secara umum perkhidmatan insuran adalah tertakluk kepada GST. Namun, insuran hayat dikecualikan daripada dikenakan GST kerana ia berbentuk simpanan dan pelaburan untuk masa hadapan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...