Ahad, 22 Mac 2015

Ini Bukti PAS Menipu Dalam Melaksanakan Hukum Hudud.


Selesaikan masalah kemiskinan. 
Selesaikan masalah penganguran.
Selesaikan masalah gaji minima.
Kalau gaji tue kecik, dia mencuri. Kita tak boleh nak laksanakan.
Utamakan apa yang utama dulu.

Ini soal jawab dengan presiden PAS, Hadi Awang dengan wartawan sempena PRU.

Hadi Awang mengulas dari segi konteks pemerintahan Terengganu.
Tetapi apa beza pula Terengganu dan Kelantan.
Akidah kita sama.
Hudud kita juga sama.
Kerana kita berpaksikan kepada agama dan tuhan yang sama.

Dalam video klip di bawah, Hadi mengulas apa yang akan berlaku tentang hukum hudud jika PAS diberikan peluang untuk mentadbir negeri.

Dengan menggunakan point2 yang sama, 

Apakah masalah KEMISKINAN, GAJI MINIMA EVEN GAJI GURU2 PASTI sendiri termasuklah masalah penganguran berjaya di selesaikan di Kelantan untuk Kelantan laksanakan hudud?

Bukan aku yang bercakap dalam video tue. Tapi presiden PAS. Penting untuk aku tahu sebab aku nak fahamkan adakah PAS beria-ria kepada hudud kerana sentimen agama atau sentimen partisan.

Jika atas sentimen agama kenapa ianya contradiks dari apa yang pernah dilafazkan tuan guru Hadi Awang? Sentimen agama mendorong menyelesaikan masalah kemiskinan. Sudahkah ianya diselesaikan di Kelantan untuk membolehkan undang2 itu dijalankan?

Dengar sini.
Aku takde masa nak dengar point-point yang bersifat alih isu atau menuduh.
Aku nak tahu apa yang menyebabkan point Hadi berubah dulu dan sekarang.
Aku tak peduli la kalau kau semua nak lawan DAP dan PKR.
Aku cuma taknak disebabkan korang semua saling bercakaran antara satu sama, kau heret rakyat sebagai objek untuk mencapai matlamat pertelingkahan sesama sendiri. Itu tidak betul. Jika emosi dan ego parti kau lebih penting berbanding menyelesaikan masalah rakyat, maka apakah hudud yang kau nak bawa neh sebenarnya hudud yang memang benar2 selaras dengan apa yang diaspirasikan oleh Islam?

Mohon beri jawapan.

Lihat video ;



Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...