Isnin, 23 Mac 2015

Aktivis Anti-GST Ditahan, KASTAM Hanya Jawab 1 Soalan Dan Cabut.

Kemaskini. 

Jam 2 petang.

Wakil pengarah Kastam akhirnya turun. Ya, turun. Tetapi nak tahu apa yang mereka buat selepas turun dan berunding dengan peserta demo?

Ini dia ;


Sardin kena GST. Kenapa? Sebab parlimen yang tentukan begitu.

Jilaka. 

Sebagai KASTAM dan organisasi yang menguatkuasakan pelaksanaan GST, KASTAM sepatutnya lebih peka dan bertanggungjawab. Apa yang ditentukan di parlimen bukan sesuatu yang tidak boleh dilawan. Kastam boleh menyuarakan bantahan rakyat kepada pihak tertinggi seperti PM dalam usaha menjadikan pelaksanaan GST tidak membebankan rakyat marhaen.

Ini jawapan bodoh kau bagi aku dengar pun rasa nak lempang.

Dan selepas menjawab 1 dari 106 soalan yang belum sempat dikemukakan, wakil KASTAM berkata bahawa ;

- Kita akan terima semua soalan tersebut.

- Dan kita akan jawab di kemudian hari.

Namun jawapan tersebut tidak memuaskan ahti peserta2 demo. Mereka mahukan jawapan2 tersebut dijawab direct di hadapan mereka bagi sesi soal jawab. Takde guna nak tengok depa jawab kat forum ka tv ka apa ka sebab sama je macam sebelum2 neh. Hujah syok sendiri. Nak jawab, jawab depan2 rakyat supaya kita boleh berbahas. Maka, peserta demo memutuskan untuk tidak berganjak dari lokasi demo duduk dan bantah lawan GST.

Dalam perkembangan yang berkaitan, salah seorang aktivis rakyat, Khalid Mohd Ismath telah ditahan oleh pasukan FRU di Kastam Kelana Jaya. Maklumat lanjut mengenai penahanan akan diupdate kelak. Pokoknya, penahanan itu adalah satu proses percubaan untuk menunjukkan kepada dunia bahawa aktivis rakyat adalah pengganas yang menceroboh bangunan kastam. Korang tengokla. Aku dah masak dengan propa2 kerajaan kau neh. 

---------------

Nak laksanakan GST. Bila orang awam datang untuk bertanya dan meluahkan pandangan, KASTAM tutup pintu. Ini apa punya perangai yang kau tunjuk neh? Sepatutnya kau buka pintu dan anjur forum secara terbuka untuk soal jawab GST. Ke sebab takde buku kat tangan, tak mampu jawab soalan2 spontan dari orang awam yang memaksa KASTAM tutup pintu?

Baikla.

Seperti yang kita sedia maklum, pada 23/3 satu protes aman anjuran rakyat Malaysia anti-GST (anti kerana GST dilaksanakan dalam keadaan menekan dan menindas rakyat) 'akan' diadakan. 23/3 hari ini la. Isnin. Jam 2 petang bertempat di pejabat KASTAM Kelana Jaya.

Tapi entah macam mana, tanpa angin tanpa ribut tetiba pejabat KASTAM KELANA JAYA tutup pintu dan panggil polis semua untuk kepung dan jaga bangunan mereka agar kumpulan protes tak mampu memasuki bangunan tersebut.

Relax dulu.

Tujuan kumpulan protes ialah ;

- Serahkan memo bantahan

- Berunding dan menghuraikan point2 kenapa tidak bersetuju tentang GST

- Mahu meminta lebih penjelasan tentang perkara2 berkaitan GST

Disebabkan sikap negatif KASTAM itu, demo yang dijadualkan pada jam 2 petang diawalkan kepada jam 11 pagi.



Dan ketika ini, peserta-peserta demo sedang berasak-asak di pejabat KASTAM melakukan protes dan bantahan umum.

Lihat gambar2 kejadian.



Kastam menggunakan PDRM untuk menjadi benteng untuk menjarakkan diri mereka daripada persoalan-persoalan rakyat.

Mana boleh.

Sepatutnya kau raikan pertanyaan. Di forum kau sembang kencang. Nak tanya pun susah. Semua geng2 kau jek conquer dan selamatkan reputasi kau. Di kaca tv lagi kau sembang kencang. Tanya dah jadi mustahil. So untuk mendapatkan maklumat tentang GST, perlu rakyat turun sendiri dan berbahas dengan agensi KASTAM. Rakyat terpaksa rempuh dan langgar penghadang polis bukan kerana mereka kurang ajar atau biadap atau mahu menukar demo aman kepada demo ganas tetapi terdesak untuk berbuat demikian apabila KASTAM tidak mengambil pendirian untuk bersikap terbuka dan berhadapan dengan peserta demo.

GST mempengaruhi hidup kau dan aku.
Bukan setakat di mesin MEPS.
Bahkan kau bayar bil pun kau akan diGSTkan.
Beli barang, langgan internet, beli kad topup semua ada.
Kalau takde GST, tambang pula naik. KTM, bas, teksi semua cukup.
Tangguh2 kepala bana. Sapa yang syok tambang tangguh dia bodoh.
Tangguh bukan batal. Tangguh bermaksud naik cuma naik lewat sikit. Tapi naik tetap naik. Itu tak masuk lagi elektrik. Elektrik kau pun ada GST sekarang. Elektrik ialah 'bahan kegunaan harian'. Ia adalah keperluan dan kerajaan kau mencukai elektrik, petrol dan macam2 lagi sampai tak tersebut oleh kita semua. Sebab perkara ini begitu mempengaruhi hidup kau, aku dan kita semua, maka ianya penting pada kita untuk mendapatkan kepastian dari KASTAM sendiri. Betul atau tidak GST tidak akan membebankan kehidupan kita apabila kita terpaksa bayar lebih untuk mendapatkan sesuatu perkhidmatan dan barangan berbanding sebelum pelaksanaan GST. Tapi KASTAM tutup pintu. Kenapa tutup? Takut ke. Kalau takut kenapa? Protes tersebut masih lagi berlangsung. Ada yang akan turun pada jam 2 petang. Korang yang berdekatan dan berkelapangan jangan tunggu2 lagi. P terjah ramai2. Ini ialah protes rakyat bukan protes partisan. Partisan tengah gaduh sesama sendiri. Tak boleh buat apa dah. Kita terpaksa turun sendiri dan bantah bagi mempertahankan hak sendiri. Terus jalan.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...