Jumaat, 27 Mac 2015

Ini Jawapan Kastam Kepada 106 Soalan Berkaitan GST - Pajak Gadai, Caj Pinjaman Tertakluk GST (Part I).


Orang yang diamanahkan oleh Kastam untuk menjawab sebenarnya buat kerja sambil mengantuk. Aku akan terangkan selanjutnya pada episode kedua. Baca dulu jawapan dari soalan 1 sampai 54 untuk first episode.

Baca ;

Jawapan kepada 106 soalan (Jawapan ini berkaitan Jabatan Kastam Diraja Malaysia sahaja) 

1. Kerajaan telah menyusun dan mengumumkan senarai barangan dimana harga runcit akan berkurang dengan adanya implimentasi GST disebabkan perubahan dari SST kepada GST, bilakah kita boleh menjangkakan ia akan berlaku? 

KPDNKK telah menerbitkan dan mengedarkan 6 panduan harga pengguna mengikut zon kepada umum yang menunjukkan peratusan perubahan harga barang. Buku ini boleh diperolehi secara percuma dari ibu pejabat KPDNKK, pejabat KPDNKK negeri atau dimuat turun dari laman web KPDNKK melalui pautan http://ebook.kpdnkk.gov.my/

Apabila GST dilaksanakan dan bergantung kepada kesediaan peniaga untuk memindahkan penjimatan kos membuat (pass down the cost saving) lanjutan daripada tuntutan cukai input ke atas pembelian bagi tujuan perniagaan. Kenaikan harga barang dan perkhidmatan bukan disebabkan oleh cukai semata-mata. Kenaikan harga lazimnya berpunca daripada permintaan dan penawaran terhadap sesuatu barang dan perkhidmatan dalam pasaran. 

2. Adakah 10% SST akan dihapuskan selepas GST 6% dilaksanakan mulai 1 April ini? 

Ya, SST (Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan) dimansuhkan mulai 1 April 2015 Oleh itu dua cukai yang ada sekarang akan digantikan dengan satu sahaja. 

Nota tambahan: Cukai Jualan telah diperkenalkan sejak tahun 1972 (Akta Cukai Jualan 1972). Perintah Cukai Jualan 2012 menetapkan kadar Cukai Jualan adalah 10%, melainkan barangan dalam Jadual 1, misalnya bahanbahan mentah sebanyak 0%. Jadual 2, misalnya untuk makanan dan buahbuahan sebanyak 5%, Jadual 3, minuman berproses sebanyak 20% dan Jadual 4, untuk bahan petroleum dan diesel, berkadar spesifik. 

Cukai ini telah dimasukkan ke dalam kos harga barang dan pengguna membayar cukai tersebut tanpa disedari. Cukai Perkhidmatan telah diperkenalkan sejak tahun 1975 (Akta Cukai Perkhidmatan 1975) pada kadar 5%. Kadar ini kemudiannya dinaikkan kepada 6% pada tahun 2011. Kedua-dua Cukai Jualan dan Perkhidmatan akan digantikan dengan GST pada kadar 6%.

3. Bagi Syarikat-syarikat yang memperoleh pulangan mencecah RM500K tahun lepas tetapi tidak dijangka untuk mencapai jumlah tersebut pada tahun ini, adakah mereka harus mendaftar dan mengutip GST? 

Syarikat tersebut tidak perlu mendaftar dan tidak boleh mengenakan GST. 2 

4. Sama juga mengenai syarikat-syarikat yang berada pada garis sempadan, apa yang patut mereka lakukan dan bagaimana kerajaan bercadang untuk menangani isu ini supaya ia adil kepada mereka dan pengguna? 

5. Adalah difahamkan bahawa kes-kes yang berada pada garis sempadan digalakkan untuk mendaftar dan mengutip GST jika pulangan mereka tidak mencecah RM500K, kemudian bagaimana? 

Sekiranya perolehan tahunan sesebuah syarikat tidak mencapai nilai ambang (threshold RM500,000), syarikat tersebut mempunyai pilihan sama ada terus kekal dengan status tidak berdaftar atau boleh mendaftar secara sukarela. Selepas pendaftaran diluluskan, syarikat perlu terus kekal dalam sistem GST untuk tempoh tidak kurang dari 2 tahun. 

6. Mengapa kerajaan mengurangkan peratusan cukai korporat daripada 25% kepada 24% kerana itulah hasil penting kerajaan dan mencaj GST 6%? 

Tujuan utama GST ialah untuk mempelbagaikan sumber pendapatan negara. Satu dari kaedah untuk mencapai tujuan tersebut ialah mengurangkan pengantungan kepada cukai-cukai langsung (direct taxes) seperti cukai korporat. Pengurangan cukai korporat dapat menggalakkan pelabur asing untuk membuka perniagaan di Malaysia dan menwujudkan peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia. 

7. Adakah gaji minimum akan dikaji semula dan dinaikkan gaji yang mencukupi untuk kelangsungan hidup, sebelum melaksanakan GST? Berapakan kenaikan itu? 

Adalah menjadi dasar kerajaan dibawah ETP untuk mencapai status negara berpendapatan tinggi, yakni pendapatan per kapita dari RM23,700 pada tahun 2009 kepada RM48,000 pada tahun 2020.Oleh itu Kerajaan akan menjalankan Kajian gaji minima secara berterusan dan bergantung kepada kedudukan ekonomi negara. 

8. Mengapa tidak dikekalkan senarai barangan dan perkhidmatan yang dikenakan SST sama dengan GST? 

Mengapa ia perlu diperluaskan kepada barangan dan perkhidmatan yang tiada cukai sebelum ini? GST merupakan langkah penyusunan semula sistem percukaian Negara. Ini secara tidak langsung melibatkan perluasan skop cukai dan menghapuskan elemen cukai berganda yang ada dalam SST.Pengguna akan membayar harga yang lebih berpatutan bagi kebanyakan barang dan perkhidmatan berbanding dengan SST.

9. Apakah mekanisma yang akan diambil kerajaan untuk mengekangkan kenaikan harga akibat GST? 

Kerajaan akan mengambil langkah-langkah yang tegas bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan dengan menggunakan GST sebagai alasan untuk menaikkan harga barang bagi tujuan membuat keuntungan secara berlebihan. Antara langkah-langkah yang akan diambil oleh Kerajaan adalah melaksanakan sepenuhnya Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011, memperhebatkan penguatkuasaan melalui penubuhan Majlis Harga Negara, penerbitan Panduan Harga Pengguna, di samping menjadikan pasaraya sebagai penanda aras harga (price setter). Bagi memastikan peniaga mematuhi peraturan yang ditetapkan, pengenaan denda dan penalti yang lebih berat akan dikenakan. 

10. Mengapa barangan harian seperti tin sardin dikenakan GST 6%, manakala udang galah dikecualikan GST? 

 Udang galah diklafikasikan sebagai bahan makanan asas dibawah “crustaceans” yang berkadar sifar. Manakala tin sardin diklasifikasikan sebagai bahan makanan yang telah diproses dan dikenakan kadar GST 6%. 

11. Bagaimana hasil daripada GST akan digunakan untuk orang awam? Sila nyatakan. 

Semua hasil negara termasuk hasil daripada GST dimasukkan ke dalam Kumpulan Wang Disatukan (Consolidated Fund). Dana dari Consolidated Fund digunakan untuk pentadbiran dan kemajuan negara. Pecahan untuk perbelanjaan untuk orang awam dalam Bajet 2015 adalah seperti berikut: 

 program perguruan dan pembelajaran - RM60.0 bilion 
 perkhidmatan dan kemudahan kesihatan - RM23.3 bilion 
 Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) - RM4.9 bilion 
 kemudahan dan infrastruktur - RM4.5 bilion
 biasiswa kerajaan - RM3.0 bilion 
 keluarga miskin, kanak-kanak, warga emas, orang kurang upaya - RM1.2 bilion 
 bantuan buku 1Malaysia - RM325 juta 

12. Bank Dunia mengatakan bahawa cukai pengguna seperti GST adalah regresif dan memberi kesan paling teruk kepada yang miskin. Dalam keadaan sedemikian, mengapa kerajaan mahu melaksanakan GST? 

Secara am, GST boleh diiktirafkan sebagai cukai regresif tetapi model GST boleh diubahsuai untuk dijadikan sistem cukai progresif dengan kaedah kadar-sifar, pengecualian dan pelepasan. Pengalaman dari Vietnam dan Ethiopia telah membuktikan keberkesanan GST yang telah diubahsuai. 4 Malaysia yang agak lewat melaksanakan GST berpeluang untuk meniru model GST progresif yang telah dilaksanakan di negara-negara lain. Berdasarkan kajian telah dilakukan oleh IMF, model GST Malaysia adalah progresif kerana kebanyakkan barang dan kemudahan asas tidak dikenakan GST. Bank Dunia juga telah memberi pengiktirafan GST di Malaysia adalah yang paling terbaik di dunia. 

13. Masih terdapat 17000 firma yang menunggu untuk didaftarkan untuk GST, ini adalah jumlah yang besar untuk berurusan dalam masa dua minggu sebelum pelaksanaan GST ini. Bagaimanakah anda kerajaan dapat menyelesaikan perkara ini? 

Angka tersebut telah berkurangan dan kebanyakkannya adalah permohonan oleh peniaga yang nilai ambangnya kurang daripada RM 500,000. 

14. Tidakkah anda terfikir, jika kerajaan menghukum dan mendenda perniagaan yang tidak berdaftar di bawah GST, akan berpindah ke negara lain untuk melabur? 

Setiap Negara mempunyai undang- undang yang perlu dipatuhi. Hanya syarikat yang tidak mematuhi undang- undang akan dikenakan tindakan. 

15. Perniagaan di Malaysia adalah baik dan membuat keuntungan besar jadi mengapa kadar cukai korporat mereka sedang dikurangkan? 

Ini adalah salah satu strategi kerajaan untuk meningkatkan daya saing dan menggalakkan pelabur asing kekal di Malaysia. Strategi ini juga telah dilaksanakan oleh negara-negara lain seperti Thailand, Singapura, dan lainlain. 

16. Menurut laporan juruaudit agung tahunan ini, kerajaan hilang wang setiap tahun kerana ketirisan. Apakah jaminan bahawa hasil GST tidak akan dikendalikan mengikut nasib yang sama? 

GST adalah salah satu strategi untuk mengekang ketirisan hasil Negara. 

17. Adakah kaum kerabat seperti sultan/raja dan keluarga mereka membayar cukai? 

Di bawah Perintah Cukai Barang dan Perkhidmatan (Pelepasan) 2014, Yang Di Pertuan Agong, sultan-sultan, Undang-Undang Negeri Sembilan, YDP Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak diberi pelepasan dari GST untuk 5 semua barangan, kecuali petrol, untuk kegunaan peribadi dan rasmi. Namun kaum kerabat sultan / raja tidak terkecuali daripada membayar cukai. 

18. Sebelum pelaksanaan GST, rakyat akan mempunyai kecenderungan untuk menyimpan barang-barang yang boleh menyebabkan kekurangan makanan atau barang keperluan bekalan. Apakah tindakan kerajaan untuk mencegah kejadian ini? 

Rakyat tidak perlu menyimpan stok makanan berlebihan kerana barang keperluan asas dikenakan GST pada kadar sifar. Walaubagaimana pun, jika peniaga-peniaga menyimpan barang secara berlebihan untuk tujuan memanupulasikan harga, KPDNKK akan mengambil tindakan dibawah Akta Bekalan Barangan 1961. 

19. Adakah kerajaan akan menubuhkan satu jawatankuasa untuk mengawasi dan mengawal pengurusan GST untuk mengelakkan pembaziran seperti projek KLIA2 yang bermula dengan RM1.5 bilion dan berakhir dgn RM4.5 bilion? 

Kerajaan telah menubuhkan Public Account Committee (PAC). untuk mengawasi dan mengawal projek-projek kerajaan bagi mengelak pembaziran termasuk pengurusan GST. 

20. Polisi Kesihatan Kebangsaan Malaysia 2006 menyatakan semua jenis ubat perlu dikecualikan cukai untuk memastikan pesakit mempunyai akses kepada ubat-ubatan. Ini bercanggah dengan keadaan semasa di mana GST dikenakan. Bagaimana pula sekarang cukai GST akan dikenakan kepada ubat-ubatan? 

Terdapat kira-kira 4215 jenis ubat-ubatan tidak dikenakan GST seperti yang disenaraikan dalam Senarai Ubat Penting Kebangsaan yang boleh diperolehi di dalam Portal GST.

Senarai ubatan berkadar sifar boleh dilihat melalui link berikut :  

http://www.customs.gov.my/ms/pg/pg_odr/P.U.%20(A)%20272%20-%20Butiran%202,%20Jadual%20Pertama%20-%20Senarai%20Ubat%20Penting%20Kebangsaan.pdf 

Hanya ubatan yang tidak termasuk didalam senarai tersebut dikenakan GST. 

21. Adakah pembelian rumah akan dikenakan cukai GST? Bagaimana dengan rumah kos rendah? 

Pembelian semua jenis rumah kediaman termasuk rumah kos rendah tidak dikenakan GST.

22. Adakah penggunaan kad kredit akan dikenakan Cukai GST? 

Cukai perkhidmatan RM50 terhadap pemegang kad utama dan RM25 bagi setiap kad tambahan yang telah dikenakan mulai 1 Januari 2010 akan dihapuskan mulai 1 April 2015. GST hanya dikenakan ke atas yuran tahunan kad kredit dan caj perkhidmatan jika dikenakan. GST juga tidak akan dikenakan ke atas caj bayaran lewat dan caj kewangan. 

Nota 1: Caj bayaran lewat merujuk kepada caj apabila pemegang kad gagal membayar jumlah yang sepatutnya sekurang-kurangnya bayaran bulanan minimum sebelum tarikh tamat tempoh. 

Nota 2: Caj kewangan adalah caj yang dikenakan ke atas pemegang kad terhadap baki yang belum dijelaskan pada atau sebelum tarikh tamat tempoh. 

23. Adakah ini bermaksud, pengguna perlu bayar Cukai GST 6% bagi apaapa barangan yang dibeli menggunakan kad kredit dan selepas itu bila hendak membayar bil kad kredit, 6% lagi cukai GST perlu dibayar kerana menggunakan kad kredit? 

Perkhidmatan kad kredit dan kad caj tidak dikenakan GST, begitu juga jumlah transaksi menggunakan kad kredit dan kad caj tidak dikenakan GST. Pembayaran bil kad kredit juga tidak dikenakan GST. GST hanya dikenakan ke atas yuran tahunan kad kredit dan caj perkhidmatan jika dikenakan. 

24. Adakah pengeluaran wang di ATM akan dikenakan cukai GST?Bagaimana 6% akan dikira? Perkhidmatan pengeluaran wang di ATM di bank yang sama tidak dikenakan GST. 

Hanya perkhidmatan MEPS ia itu pengeluaran wang di ATM antara bank dikenakan GST. GST 6% di kenakan pada caj RM1 untuk perkhidmatan MEPS. 

25. Adakah petrol dan diesel akan dikenakan cukai GST? 

Pembekalan Ron 95 dan Diesel kepada pengguna tidak dikenakan GST 

26. Adakah LPG (natural gas) akan dikenakan cukai GST? 

 Pembekalan Liquefied Petroleum Gas (LPG) bersukatan 14kg ke bawah tidak dikenakan GST. 

27. Adakah penggunaan khidmat pajak gadai akan dikenakan cukai GST? 

GST dikenakan ke atas caj perkhidmatan untuk urusan pajak gadai.2

28. Adakah cukai GST akan dikenakan apabila kita buat pinjaman perumahan atau sewa-beli kenderaan? 

GST dikenakan ke atas caj perkhidmatan untuk urusan pinjaman perumahan atau sewa beli kenderaan. Namun perkhidmatan pinjaman perumahan dan pinjaman kenderaan yang dibekalkan oleh agensi kerajaan tidak dikenakan GST. 

29. Adakah kita boleh mengandaikan yang barangan yang tidak dinyatakan dalam buku panduan GST, kerajaan tidak akan dikenakan cukai GST? 

Buku panduan yang dikeluarkan adalah sebagai panduan peniaga kedai runcit dan pengguna sahaja dan ianya tidak meliputi keseluruhan barangan. Hanya barangan yang disenaraikan dalam Perintah CBP (Pembekalan Berkadar Sifar) 2014, Perintah CBP (Pembekalan Dikecualikan) 2014 dan pelepasan Perintah CBP ( Pelepasan) 2014 yang tidak dikenakan GST. 

30. Adalah dikatakan barangan zero-rated dan barangan yang akan dikecualikan boleh dikaji semula oleh kementerian yang berkenaan bersama Kastam. Apakah kayu ukur atau pun kriteria untuk sesuatu barangan untuk dijadikan zero-rated @ dikecualikan cukai GST? Bagaimanakah proses kaji semula akan dilakukan? 

Pertimbangan dibuat berdasarkan sama ada barang atau perkhidmatan tersebut adalah merupakan barangan keperluan asas rakyat Malaysia atau perkhidmatan kritikal. Kajian semula dilakukan mengikut keperluan. 

31. Adakah perkhidmatan kesihatan swasta dikenakan cukai GST? Kalau ada pengecualian, aspek apa yang ada pengecualian? 

Perkhidmatan kesihatan swasta yang menepati syarat yang ditetapkan di bawah Perintah CBP (Pembekalan dikecualikan) 2014 adalah dikecualikan GST. 

32. Adakah pendidikan swasta dikenakan Cukai GST? Kalau ada pengecualian, aspek apa yang ada pengecualian? 

Pendidikan swasta yang menepati syarat yang ditetapkan di bawah Perintah CBP (Pembekalan dikecualikan) 2014 adalah dikecualikan GST.

33. Siapakah yang mendapat manfaat paling besar dan yang paling rugi apabila GST dilaksanakan? 

Pada keseluruhannya, rakyat dan negara akan mendapat manfaat paling besar dari pelaksanaan GST melalui kemudahan prasarana, infrastruktur, pendidikan, dan kesihatan. 

34. Mengapa organisasi bukan berlandaskan keuntungan perlu dicukai dalam sistem GST walhal mereka bukanlah entiti komersial? 

Organisasi yang membekalkan pembekalan bercukai sahaja dan melebihi nilai ambang 500 ribu yang perlu berdaftar dengan GST. 

35. Badan amal dan agensi awam antarabangsa adalah dikecualikan cukai dan adakah mereka boleh mendapatkan pengecualian cukai selepas GST? 

Perolehan barang, kecuali petroleum oleh Badan Amal Swasta (Private Charitable Entity) dan Orang yang berhak untuk keistimewaan diplomatik di bawah Ordinan Diplomatik 1949 dan Akta Keistimewaan Diplomatik (Konvensyen Vienna) 1966 (Person Entitled To Diplomatic Privileges Under The Diplomatic Ordinance 1949 and Diplomatic Privileges (Vienna Convention) Act 1966) diberikan pelepasan cukai tertakluk kepada syaratsyarat yang ditetapkan di bawah Perintah CBP (Pelepasan) 2014. 

36. Adakah mana-mana negara yang melaksanakan GST Berjaya mengurangkan jurang antara kaya-miskin? 

Tiada kaĵian sedemikian pernah dibuat. 

37. Sila terangkan apakah manfaat GST pada jangka masa pendek untuk isi rumah yang berpendapatan kurang dari RM3000 sebulan. 

Penambahan amaun BRIM memberi kesan yang besar kepada tanggungan isi rumah yang berpendapatan rendah. 

38. Berapa lamakah masa yang diambil oleh pembekal, pemborong dan peruncit untuk mendapatkan kembali GST yang ditanggung dalam proses input? 

Pulangbalik cukai akan dibuat dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh penyata GST dikemukakan secara atas talian atau 28 hari bekerja bagi penyata yang diterima secara manual dengan syarat syarikat mengemukakan maklumat yang lengkap.

39. Apakah strategi kerajaan untuk memastikan harga barangan yang berpatutuan sementara perniagaan memperoleh kembali GST? 

GST bukan merupakan kos kepada peniaga. Cukai input yang dibayar oleh peniaga dibenarkan untuk dibuat pelarasan dengan cukai output yang dipungut oleh syarikat. Langkah kerajaan adalah: 

 Menjalankan Operasi Catut supaya peniaga-peniaga tidak mengambil kesempatan menaikkan harga secara tidak berpatutan. 

http://gstmalaysiainfo.com/operasi-banteras-pencatutandiperhebat-sebelum-pelaksanaan-gst/o http://gstmalaysiainfo.com/ops-catut-fasa-kedua-mula-2-april/ 

 Menyediakan talian komputer untuk pengguna membuat aduan terhadap mana-mana peniaga yang menaikkan harga dengan tidak munasabah. 

http://gstmalaysiainfo.com/gst-lapor-salah-laku-peniaga-menerusiez-complaint/ 

 Menyediakan kemudahan melalui komputer untuk penggunapengguna menyemak sama ada mana-mana penjual berhak mengenakan GST. 

http://gstmalaysiainfo.com/bagaimana-cara-untuk-menyemakstatus-gst/ 

40. Ekonomi dipacu oleh kuasa memberi rakyat, dengan GST kuasa membeli akan berkurangan. Adakah itu bermakna kita sedang mengalami kemelesetan ekonomi? Adakah anda mempunyai strategi untuk meningkatkan kuasa membeli? 

Dengan GST kuasa membeli tidak akan berkurangan ini adalah kerana sebahagian besar barang makanan asas dan perkhidmatan kritikal kepada rakyat adalah tidak dikenakan GST. GST menggantikan cukai jualan dan cukai perkhidmatan dengan kadar yang lebih rendah dan peniaga berdaftar layak untuk menuntut balik cukai input yang dibayar. Ini dapat mengurangkan kos dalam menjalankan perniagaan dan mengimbangi harga barang dan perkhidmatan di pasaran. Selain itu, bagi meringankan tanggungan cukai dengan perlaksanaan GST, kerajaan telah memperuntukkan penambahan bayaran BRIM kepada isirumah yang pendapatan kurang daripada RM4000 sebulan. Kerajaan juga telah memberi rebat cukai pendapatan sebanyak 1%-3% kepada golonggan berpendapatan sederhana dan tinggi. Semua langkah di atas akan meningkatkan kuasa membeli rakyat.

41. Syarikat yang perniagaannya untuk satu tahun yang kurang daripada RM500,000 tidak perlu mendaftar kepada pihak Kastam dan membayar GST. Bagaimana pula jika suatu barangan yang sama dibekalkan oleh satu syarikat lain yang mempunyai jumlah bisnes melebihi RM500,000 yang berdaftar dengan Kastam dan syarikat yang dikecualikan itu? 

42. Adakah barangan yang sama dari syarikat yang lain akan dikenakan cukai berbeza? 

Barang yang dijual oleh perniaga berdaftar dikenakan GST. Manakala, barang yang sama juga dijual oleh peniaga yang tidak berdaftar GST tidak dikenakan GST tetapi dalam harga barang tersebut telah dimasukkan unsur GST. Oleh itu, harga atas barang berkenaan yang dijual oleh kedua-dua peniaga ini adalah tidak jauh berbeza dengan andaian lain-lain kos peniagaan dan margin keuntungan adalah sama. 

43. Apakah kadar inflasi sekarang dan kadar inflasi selepas 1 April 2015? Adakah pihak kerajaan sudah membuat anggaran ini? 

Kadar inflasi semasa dalam lingkungan 3%, Kerajaan telah menggangarkan bahawa kadar inflasi akan meningkat sebanyak 1% selepas pelaksanaan GST. 

44. Apakah justifikasi menetapkan permulaan kadar GST pada 6%? Kenapa ianya tidak dimulakan pada kadar yang lebih rendah? 

GST menggantikan cukai jualan dan cukai perkhidmatan (SST) yang dikenakan pada kadar 5%, 6%, 10% dan spesifik. Pelaksanaan GST perlu mengambilkira kutipan hasil di bawah (SST) dan bantuan-bantuan yang perlu disalurkan kepada rakyat yang kurang berkemampuan. Disamping itu, model GST Malaysia juga perlu menentukan impak minimal kepada Rakyat secara keseluruhan dengan mengenakan GST pada kadar sifar untuk barangan dan perkhidmatan asas yang digunakan oleh rakyat. Kadar 6% merupakan antara yang terendah di dunia. 

45. Adakah pembelian yang dibuat oleh pihak Kerajaan ataupun GLC juga dikenakan GST? 

Pembelian barang selain petroleum dan kereta oleh Kerajaan Persekutuan dan negeri tidak tertakluk kepada GST melalui pelepasan di bawah Perintah CBP (Pelepasan) 2014. Namun, perolehan perkhidmatan oleh Kerajaan Persekutuan dan negeri tertakluk kepada GST. Semua pembelian barang dan perkhidmatan oleh Government-Linked Company (GLC) tertakluk kepada GST. 11 

46. Untuk mematuhi regim GST, semua jualan dan belian mestilah direkodkan dan penyimpanan invois dan resit adalah amat penting untuk perniagaan. Bagaimana pula jika sesuatu perniagaan dan pembeli membuat transaksi tanpa rekod demi untuk mengelakkan kesukaran ini. Maka adakah GST ini akan menyebabkan pasaran gelap bermaharajalela? Bagaimana kerajaan akan mengawal perkara ini? 

GST merupakan salah satu cara untuk mengurangkan pasaran gelap kerana peniaga yang mempunyai rekod jualan dan pembélian yang kemaskini melayakkan peniaga untuk mendapat pelbagai kemudahan seperti menuntut cukai input dan pinjaman bank. Jika orang berdaftar membeli dari pasaran gelap, mereka tidak layak untuk menuntut apa-apa cukai input dan ini akan meningkatkan kos perniagaannya. 

48. Adakah pengecualian GST akan diberikan kepada golongan berikut: OKU, warga emas, penganggur, miskin tegar? 

Model GST Malaysia telah mengambilkira keperluan ke semua golongan rakyat dengan tidak mengenakan cukai ke atas barangan asas dan perkhidmatan asas yang dikecualikan termasuklah pengangkutan awam, kesihatan dan pendidikan. Selain itu, bagi keperluan OKU, pembelian peralatan bantuan seperti kaki palsu, kerusi roda, tongkat, alat bantuan pendengaran dan sebagainya layak untuk diberikan pelepasan daripada pembayaran GST melalui Perintah GST (Pelepasan) 2014. Kementerian Kewangan akan membuat kajian dan pertimbangan dari semasa ke semasa jika terdapat lain-lain keperluan kritikal kepada rakyat yang tidak berkemampuan. 

52. Adakah menteri-menteri juga akan membayar GST seperti rakyat biasa kerana banyak perbelanjaan mereka disubsidi oleh pembayar cukai? 

Menteri-menteri adalah tidak terkecuali daripada membayar GST ke atas setiap perbelanjaan mereka seperti rakyat biasa. 

54. Hanya insurans hayat sahaja dinyatakan bebas cukai GST. Bagaimana pula dengan insurans kemalangan diri, penyakit kritikal, perubatan dan kesihatan? 

Secara umum perkhidmatan insuran adalah tertakluk kepada GST. Namun, insuran hayat dikecualikan daripada dikenakan GST kerana ia berbentuk simpanan dan pelaburan untuk masa hadapan.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...