Ahad, 22 Mac 2015

PKR Umum Tidak Akan Sokong RUU Hudud Di Parlimen.

Bukan perkara rahsia lagi yang DAP dan PKR tidak sokong hudud. Yang membezakan PKR dan DAP ialah alasan kenapa mereka tidak sokong kepada pelaksanaan hudud. Pada DAP, sentimen agama dan kepercayaan mungkin akan diambilkira.
Pada PKR, sentimen politik mungkin menjadi punca utama. Jika dahulu PKR memaklumkan bahawa mereka menyakini parti mereka tiada kemampuan (berkredibliti/berkelayakan) untuk menjalankan undang2 itu.
Namun sekarang alasan mereka berubah kepada PAS tidak membincangkan isu hudud dengan parti mereka.
Yang sebenarnya, hudud ialah agenda parti PAS solely. PAS tiada keperluan pun nak bincang dengan PKR dan DAP tapi still PAS bawa untuk perbincangan bersama. Itu yang jadinya PAS tidak masukkan hudud dalam manifesto PR. Dan kenapa ianya tidak dimasukkan dalam manifesto PR kerana PAS pada ketika itu berpendirian pentingnya menyelesaikan masalah kemiskinan, penganguran, tangga gaji dan soal-soal penting berkaitan permasalahan rakyat.
Tetapi selepas Langkah Kajang, segala2nya tentang hudud dan aspirasi pelaksanaannya berubah. Dan itupun secara mendadak.
Langkah Kajang ialah satu projek yang tidak melibatkan peranan PAS sejak dari awal. PKR tidak meminta pandangan PAS. Tetapi PAS mendengar pandangan PKR dan DAP dalam soal hudud.
Walaupun tidak terlibat dari awal akhirnya PAS tetap turun berkempen dalam LANGKAH KAJANG. Ini la titik tolak kepada perpecahan dalaman PR ketika ini.
Maka, dari apa yang aku perhatikan, pelaksanaan hudud tadinya tue dibuat bukan atas sentimen agama sebaliknya atas sentimen emosi bagi membalas dan mencabar semula tindakan DAP dan PKR yang membelakangkan peranan PAS dalam isu-isu tertentu selepas Langkah Kajang.
Untuk pelaksanaan hudud seperti ini aku memang takan sokong.
Apabila rakyat diseret oleh PKR, DAP dan PAS dalam agenda politik mereka, kita tak memasal dihuru-harakan pemikiran kita. Seolah2 memang sengaja PR berbuat begini bagi memastikan BN kekal berkuasa.
Untuk sokong hudud, aku sedang tunggu Umar versi Malaysia lahir. Kerana itulah Umar yang paling layak melaksanakan hudud. Dengan Umar yang itu, Malaysia yang huru hara ini akan menjadi damai. Umar versi Malaysia, di manakah anda. Mari kita sama-sama cari.
Baca ;
PKR hari ini mengumumkan bahawa ia tidak akan menyokong rang undang-undang persendirian mengenai hudud yang akan dibawa oleh PAS sekiranya dibentangkan di Parlimen.

Ini kerana, parti itu berkata, PAS telah mengambil keputusan secara "unilateral" (sebelah pihak) tanpa pemberitahuan kepada rakan-rakan parti komponen Pakatan Rakyat dan ia bercanggah dengan keputusan Mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat pada 8 Februari lalu.

Keputusan itu dibuat sebagai tindak balas berhubung penghantaran notis oleh Ahli Parlimen Marang yang juga Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang kepada Setiausaha Dewan Rakyat pada 18 Mac lalu yang akan membentangkan pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II di Parlimen.

Rang Undang-undang persendirian itu bertujuan untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 yang akan memberi kesan kepada pindaan Kanun Jenayah Syariah II 1993 iaitu berkaitan pelaksanaan hukuman hudud di Kelantan.

"Kami tidak dimaklumkan tentang isi kandungan rang Undang-undang persendirian tersebut. Ia dicadangkan secara “unilateral” tanpa pemberitahuan kepada rakan-rakan parti komponen Pakatan Rakyat dan bercanggah dengan keputusan Mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat pada 8 Februari 2015.

"Sekiranya Rang Undang-undang Persendirian tersebut berkaitan dengan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II Kelantan, PKR tetap dengan pendirian asal iaitu untuk tidak menyokong berdasarkan prinsip Fiqh Al-Awlawiyyat, Maslahat Ummah dan Maqasid Syariah," kata parti itu dalam kenyataan media bersamanya hari ini.

Kenyataan media itu ditandatangani oleh semua pemimpin PKR iaitu Presidennya, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail; Timbalannya Azmin Ali; Naib preside Nurul Izzah Anwar dan Shamsul Iskandar Md Akin, Rafizi Ramli; Ketua Wanita Zuraida Kamaruddin dan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad.

Setelah PKR mengiystiharkan pendirian mereka, kini parti itu menggesa supaya BN memberi penjelasan sama ada menyokong rang Undang-undang persendirian tersebut atau tidak.

Ia berikutan, rang undang-undang persendirian hanya boleh dibahaskan sekiranya diluluskan oleh kerajaan.

"Mengikut Peraturan Tetap Dewan Rakyat, sebarang rang undang-undang hanya akan dibahaskan dengan restu pihak kerajaan.

"Hakikatnya, tidak ada seorang pimpinan tertinggi Umno atau Barisan Nasional pun yang telah membuat kenyataan terbuka dan jelas mengenai pendirian mereka berkenaan rang udang-undang Persendirian tersebut jika di bawa ke Parlimen, termasuklah Datuk Seri Najib  Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Justeru, PKR menggesa kerajaan Umno-BN untuk menjelaskan sama ada ia merestui rang undang-undang persendirian tersebut dibahas dan diundi di Parlimen," kata kenyataan itu lagi.

DAP sebelum ini telah memutuskan tidak akan menyokong rang undang-undang itu di Parlimen.

PKR mempunyai 29 kerusi di Dewan Rakyat tetapi hanya 28 ahli Parlimen sahaja yang boleh mengundi memandangkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang menjalani hukuman ppenjara.

Malah terdapat juga seorang ahli Parlimen Bebas, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang sebelum ini merupakan wakil rakyat PKR.

DAP dan PAS masing-masing mempunyai 37  dan 21 kerusi di Parlimen. -Mkini.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...