Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 27 Mac 2015

KPN Dedahkan Kebodohan Sendiri Di Media Massa - Kan Dah Kantoi.

Ada satu kempen di laman sosial yang dilakukan oleh NGO GHAH iaitu Gerakan Hapus Akta Hasutan. Kempen tersebut ialah menyeru pengguna media sosial terutamanya pengguna twitter agar membuat laporan (report ke twitter) ke atas account twitter Ketua Polis Negara Khalid Abu Bakar sehingga la account berkenaan ditutup.

Alasan GHAH ialah kerana ;

- KPN berat sebelah. Hanya siasat twitter dari pembangkang.

- KPN tidak adil dalam melakukan siasatan jika babitkan BN.

- KPN terlalu menyibuk siasat komen orang di twitter (ambil peduli secara keterlaluan).

Ketika kempen tersebut dilancarkan, KPN ada memberikan respon. Katanya. Dia tidak berat sebelah. Siasatan lebih banyak terarah ke pembangkang sebab 'pihak' itu je yang suka buat masalah. Memang la nampak macam dorang je yang kena. Jika pihak kerajaan lakukan hal yang sama, siasatan juga akan dijalankan. Dengan adil dan saksama. Telus. 

"Masalahnya, pihak itu saja yang banyak buat kecoh. Jadi, memanglah nampak banyak sangat saya mengambil tindakan.

"Cuba tunjuk apa tweet yang dikeluarkan di pihak kerajaan yang perlu saya ambil tindakan? Cuba beri saya satu tweet BN yang kata begitu begini? Kalau ada, kita akan ambil tindakan yang sama.

"Saya pun dah muak buat penjelasan berat sebelah atau tak berat sebelah. Dah berkali-kali kita cakap,"
Sumber.

Tambah KPN lagi. Jika account twitternya ditutup pun tiada masalah. Sebab apa? Sebab ini. Lihat ;


Amboi.. amboi.. amboi.

KPN kau kata ada 126,000 polis yang berupaya pantau semua posting di twitter dan media sosial apa semua. Setiap masalah. Walaupun (andaikata) ketiadaan account twitter KPN tetap tak memberikan apa-apa masalah disebabkan pemantauan yang sama turut dilakukan oleh anggota polis yang lain. Bukan KPN je.

Secara tak langsung. KPN kau neh dia bayangkan dia lebih banyak habiskan masa dia untuk baca komen2 di twitter dan memikirkan adakah komen2 itu patut disiasat ataupun tidak.

Dan apa? KPN kata dia adil? Saksama? Telus? What the hell.

Ini apa? At least bagi la respon bila aku tag PDRM kan.

Baca ;



Buat aku tertanya2. Ini account fake ke ori ke dah lari ke apa malaon yang keluarkan kenyataan sebarangan seperti di atas.

Bukan tak ditag. Sudah ditag. Tapi haram le polis kau nak respon.

Tapi kalau geng2 blog UMNO yang tag. Peh. Siap retweet suruh siasat kau. Walaupun benda tue tak betul. Nampak sangat biasnya. 

Berbalik kepada tajuk utama.

Kat atas. KPN dedahkan ada anggota yang ramai untuk memantau apa yang berlegar di laman sosial. Namun dalam waktu yang sama kenyataan ini dikeluarkan 2 hari yang lepas. Dilaporkan oleh The Star.

Versi paper kat bawah ;


Versi online disini.

Lebih banyak pegawai polis diperlukan bagi menjaga keselamatan kata KPN ko la kan. Populasi penduduk semakin meningkat saban tahun. Tetapi anggota yang ada tidak mencukupi bagi menjaga keselamatan negara. Standard ini juga jauh dari apa yang ditetapkan oleh INTERPOL. Selain dari masalah jumlah anggota polis, masalah seperti logistik (cuai), anggota juga berhadapan dengan masalah berkaitan perumahan yang mendesak polis terpaksa menyewa berbanding memiliki rumah sendiri. Namun Khalid berpendapat masalah ini akan diselesaikan oleh kerajaan secara berperingkat. Sungguh pun kekurangan anggota tetapi PDRM tiada masalah untuk menjalankan tugas seperti biasa.


Lebih kurang macam tue la serba sedikit kandungan artikel di atas.

Perasan tak? KPN ko kata dia ada 126,000 anggota yang berupaya pantau media sosial meskipun tanpa penglibatan accountnya (andai diremove) namun dalam masa yang sama komplen kekurangan tenaga kerja bagi menjaga keselamatan negara.

Bukan kah ini memberikan gambaran yang KPN kurang cekap dalam mengutamakan tugas yang penting?
 
Gagal membahagikan skop tugas dengan tepat?

Dah tahu pantau twitter tue tak penting maka tak perlu la beria2 kerah.
Dah tahu pantau tahap keselamatan negara tue lebih penting awat tak beria2 jaga?
Pelik betul. Buat satu kenyataan yang jelas memperbodohkan diri sendiri.

Mula2 komplen kekurangan anggota.
Lepas tue puji PDRM tak pernah ada masalah untuk menjalankan tugas meskipun kekurangan anggota. Maka ia bukan la masalah pun sebenarnya. So bekerja je la dengan jumlah anggota yang ada. Sibuk2 nak tambah buat apa kalau dah tak mendatangkan apa2 masalah. 

Tapi part perumahan tue. Reti juga KPN kau bangkitkan hak anggota ek. Tahu juga dia yang anggota sekarang susah nak beli rumah ek. Sebab? Harga rumah mahal + gaji polis kecik. Betul tak? Itupun ada ahti nak heret mereka dalam kancah politik. Kadang2 kesian gak aku tengok. Makan maki je 24 jam.

Tapi kan. Yang penting sebenarnya bukan jumlah anggota. Kalau ko nak kawal keselamatan negara. Kau kena kaji apa faktor2 yang meningkatkan kadar jenayah. Bila kau tahu punca maka kau tahu la nak settle macam mana.

Tapi jujur aku cakap. Polis sendiri memainkan peranan meningkatkan kadar jenayah kat negara neh. Bukan tipu2 oke. Tanya diri sendiri. Seberapa ramai anggota yang terlibat dalam rasuah? Takyah tipu2 dan takyah la nak hukum2 aku sebab berkata jujur. Lue tahu, aku tahu, kita tahu dan Allah maha mengetahui. Mengaku sudahla KPN oi. PDRM tak bermula dengan bersih untuk melayakkan mereka 'membersihkan' jenayah pun.

KAH KAH KAH
 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...