16 September 2012 - Ameno World
Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 22 September 2012

Senarai lokasi AES, start malam neh. - AWAS!


Bawa la laju2. Jangan risau. Ada AES ataupun takde AES pun takde beza bagi kita. Sebab? Sebelum korang jumpa AES, korang akan berkenalan dulu dengan papan tanda peringatan kat bawah neh ;



Hai papan tanda. Apa khabar?

Khabar baik. Kat depan tue ada kamera perangkap laju. Jaga2 tau. Nanti kena saman.

Okey papantanda. Muahh. Tenkiu ingatkan i. Lepas 3KM i laju balik oke.

kah kah kah

Macam aku cakap, ada kebaikan notis peringatan neh. Rujuk sini.

Dan malam neh adalah malam pertama sistem AES akan diuji oleh polis. Antara negeri2 yang telah pun di pasang dengan sistem neh ialah ;

1. Putrajaya

2. Kuala lumpur

3. Selangor

4. Perak.

Kawasan2 yang terpilih adalah kawasan2 yang seringkali berlaku kemalangan terutamanya kemalangan yang melibatkan kehilangan nyawa.

Negeri2 lain akan dipasang dengan sistem neh secara berperingkat. Sabar menunggu. Walaubagaimanapun, aku tak jamin bahawa notis peringatan ini benar2 dipasangkan di seluruh lokasi2 yang terdapat AES. Itu cuma apa yang disebarkan oleh kementerian penerangan. Kebenarannya aku sendiri pun tak sure.

So untuk lebih kepastian semak jadual kat bawah neh. Ia disediakan oleh JPJ. Diperolehi melalui laman facebook mereka.






Nasihat aku. Nak bawa melebihi had tue, janganlah. Ikutlah had yang dipatuhi. Kot ye pun nak berdegil apa bagai jangan buat depan2 kamera AES. Paling2 koman pun biarlah lepas 3KM oke?

kah kah kah

UMNO, tak payah la nak siasat Ustaz Fathul Bari.

Setuju dengan UFB. 

Kata2 dia sepatutnya dijadikan iktibar. Tak faham aku apa motif umno nak berdemo bagai dan hukum UFB? Jadi manusia cerdik la sket. Cuba fahamkan betul2 apa yang UFB ingin sampaikan. Tak perlu kot sampai nak siasat demo bagai seolah2 dia buat kesalahan besar.

Kenyataan UFB yang buat orang2 umno paneh dan sakit ahti ;


Bacaan penuh disini ==>  http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Minda_MenjawabfitnahfilemhinaNabi/Article/index_html

Kenyataan Nazri Aziz yang di anggap melampau oleh aku ;



Kurang ajo. Ulama muda bagi pendapat pun siasat. Cukup la tue. Kes kecik. Tutup buku sudah.

kah kah kah

Jumaat, 21 September 2012

Gambar-gambar demo perhimpunan bantah filem hina Nabi SAW.

Banyak gambar2 menarik. Demo tue berlangsung dengan aman. Meskipun umno terlari sket dari matlamat asal demo. Demo tue membawa maksud memprotes amerika dan sekutu rapat mereka israel yang terbabit langsung dan tidak langsung dalam pembikinan filem kontroversi yang menghina Nabi saw.

Namun, umno yang diketuai oleh kj, tak pepasal kaitkan ia dengan dap. Siap suruh pas keluar dari pakatan rakyat. Dan paling tak boleh blah bandingkan demo umno dengan demo pas. Konon nya demo umno disertai oleh parti komponen seperti mca dan mic. Berbanding pas.

Eley.

Apsal mic dan mca je? Lain2 parti komponen bn tak turut serta ka? Awat, depa tak bantah tue maksudnya sokong la ek? Kalau lah itu dijadikan modal umno, itu jugalah yang dijadikan modal pr. Sama jek beb.

kah kah kah

Jangan lupa juga. Ngeh Koo Ham dah minta maaf. Kalau dibanding dengan CSL, cerdik sket la perangai Ngeh Koo Ham neh. Tak sepatutnya kj yang cerdik menjadikan ia modal politik untuk balon pas. Sikit2 keluar pr, sikit2 keluar pr, pekata umno sendiri keluar dari bn dulu. Kan CSL dah banyak kali kritik islam. Dah keluar nanti baru kita slowtalk oke.

Dan bawah neh antara gambar2 ketika mereka memprotes bagi membantah penghinaan ke atas Nabi saw melalui satu filem yang bertajuk innocent of muslims. Memang ramai yang cintakan Nabi saw. Harap2 bukan fizikal je la. Layanz.


























s




Gambar diperolehi dari web malaysiakini dan rakan2 facebook.

1. KJ, ibrahim ali, hasan ali pun turut berdemo.

2. Kemain semangat 3 orang tue. 

3. Ada juga yang bakar2 bendera. Bendera US dan bendera Israel dibakar tanda protes.

4. Alamakla ada geng2 syiah plak.

5. Nampaknya geng2 syiah pun protes marah Nabi SAW kena hina. Good.

6. Tapi di satu sudut yang lain, cara mereka mempromosikan fahaman mereka secara terbuka dilihat tidak bagus kepada pas. 

7. Tak pasal2 nanti orang kaitkan ia dengan pas. Almaklumlah syiah itu sendiri menghasilkan pelbagai interpresi.

8. Aku takmo ulas bab akidah or sesat menyesatkan. Aku tak minat. Biar alim ulama yang arif buat kerja tue. Cuma aku nak pesan sket. Di malaysia kami mengamalkan fahaman sunni. Tiada larangan terhadap syiah. Aku tahu tue. Tapi kalau korang mempromosikan syiah or mengajak orang convert dari sunni ke syiah, itu salah. Please, ikutlah peraturan yang ditetapkan supaya sesama kita tak berbalah oke.

9. Abby Abadi pun join sekali. 

10. Ramai yang berarak. Di anggarkan hampir 10ribu orang. Gabungan pas + umno. Mereka tak berkumpul di lokasi yang sama tetapi bertembung ketika berkumpul.

Syabas di ucapkan kepada peserta2 demo. Demo berlangsung dengan aman tanpa provokasi daripada memana pihak pun.  Harap2 kita seme cintakan Nabi saw bukan sekadar dengan demo jek beb. Mesti disusuli amalan. Sedikit demi sedikit. Don't worry. Yang penting cuba, berbanding tak buat apa2. Oke, bai.

Rosmah Mansur nak jadi wakil rakyat di pahang?

Uik.

Betul ka? Benda neh dikeluarkan oleh satu blog. Blog tue kalau sekali imbas baca memang macam pro pakatan rakyat. Tapi ada juga ura2 yang mengatakan sebenarnya bukan. Shabudin yang juga pemilik blog tersebut pernah menulis dua buku mengenai najib.

Buku2 tersebut ialah ;

1. Kesilapan2 najib

dan 

2. Najib perdana menteri terakhir.

Bayangkan ek. Zunar lukis kartun. Terbitkan buku. Tapi KDN ambush sana sini. Berbanding dengan penulisan shabudin. KDN tak ambush pula. Terang2 buku hentam najib kaw2. Dengan nama dengan wajah lagi. 

So ada la yang cakap actually buku2 shabudin tue ditaja oleh umno sendiri. Untuk menilai sejauh mana sokongan dan persepsi rakyat terhadap najib dan bn. Betul ke tak betul aku pun tatau. Aku dengar apa yang orang sampaikan kat aku jek. Selebihnya pandai2 la korang nilai sendiri. 



Terkini isu rosmah mansur nak jadi wakil rakyat. Boleh jadi betul dan boleh jadi tak betul. Mungkin nak collect persepsi dan respon awal rakyat terhadap perkara tersebut. Jika respon positif, maybe rosmah dibolehkan menjadi wakil rakyat.

Ingatlah. 

Wakil rakyat = menteri = mengetuai kementerian = duduk dalam kabinet.

So kalau lepas neh bn menang, rosmah mansur = wakil rakyat, boleh ka kita persoalkan campurtangan rosmah mansur terhadap kerajaan? Mana boleh bhai. Dia bukan isteri pm semata2. Dia dah jadi wakil rakyat dah. Bahkan di lantik jadi menteri. Rosmah mansur serba boleh. Apa yang dia tak boleh? Seme benda dia boleh.

Boleh jadi laporan awal neh adalah untuk meninjau sejauh mana penerimaan rakyat terhadap perkara tersebut. Persepsi aku la. Terbukti memang tak la. Pandai2 la korang hadam dan analisis sendiri.

Bacaan mengenai rosmah mansur bakal jadi wakil rakyat, rujuk sini.

Jet Peribadi Anwar Ibrahim yang cantik dan mahal.

Inilah gunanya ada rm3billion dalam account beb. Ko ada? Takde? Padan arh muka. Ternganga sudey.

kah kah kah

Baru2 neh anwar ibrahim terlihat menaiki jet peribadi untuk pergi ke sabah. Anwar ibrahim tidak hadir secara berseorangan. Dia bersama2 azmin ali, pembantu2 dia dan beberapa pemimpin pkr dan pr. Datang ke sabah untuk berkempen. Biasalah. Bila lagi nak kempen kan. 

Gambar jet peribadi anwar ibrahim yang cantik dan mahal boleh diperlihatkan kat bawah neh ;


Gambar neh aku dapat dari blogger umno aka paparazi umno. Klik sini. Gila kawwww. Di mana ada anwar. Disitu ada paparazi umno. Tak tension ke apa anwar ibrahim tue?

kah kah kah

Tapi satu kesilapan yang paparazi umno lakukan ialah dorang sebenarnya tersilap tangkap gambar jet. Yang di atas tue sebenarnya jet aku. Kepala hangok korang. Patut ka jet peribadi aku dikatakan jet peribadi anwar ibrahim? Aku pun dibayar beriban2 untuk tulis kat blog neh oleh pkr. So aku pun mampu gak pakai jet peribadi. Tue yang paling cikai aku mampu, tahu tak?

Yang sebenarnya gambar2 jet peribadi anwar ibrahim ada kat bawah neh. Tengok betul2. Seme neh jet anwar ibrahim oke ;








Sebenarnya ada banyak. Tapi aku tak larat nak letak gambar jet2 peribadi anwar ibrahim satu persatu kat sini. Korang nak tengok seme, google jek. Seme gambar2 jet peribadi yang terpapar tue anwar ibrahim yang punya.

So, paparazi umno, apa lagi. Bawa la blog neh masuk utusan dan tv3. Aku pun nak glamer macam papa gomo jugaaaaa

kah kah kah

Khamis, 20 September 2012

Papan tanda yang anda dan saya mesti hafal.


Aku mengalami kesukaran untuk memahami kenapa. Kenapa agaknya jabatan pengangkutan jalan buat perkara seperti itu. Sebenarnya, ikutkan pemikiran aku, aku setuju dengan idea A.E.S iaitu satu sistem = perangkap laju yang diaplikasikan untuk mengajar pesalah2 trafik. 

Aku setuju. Memang setuju. 

Cuma aku tak boleh terima cara ia dilaksanakan. Idea yang baik tetapi tidak disusuli dengan pelaksanaan yang betul, pun tak guna juga. Daripada harga alat dan sistem, daripada syarikat yang dibekalkan tender, daripada cara ia diproses dan diuruselia sehinggalah kepada pemasangan papan tanda, terus terang aku cakap bermasalah.

Projek ini, tender ini, idea ini, bermasalah sejak awal.

Kerana apa?

Tukang pelaksana idea = tukang perancang = ialah mereka2 yang bermasalah.

Terkini mereka melaksanakan satu langkah. Langkah itu ialah memasang papan tanda AES. Jika dinilai dari sudut undang2, ini idea bahlol. Tetapi jika dinilai dari sudut pemikiran mereka2 yang seringkali langgar peraturan jalanraya plus bn haters, idea neh idea yang bagus. 

Kerana apa?

1. Mereka akan alert di lokasi2 mana yang ada perangkap AES.

2. Mereka akan berhati2 di kawasan tersebut.

3. Mereka tidak akan membiarkan diri mereka di saman.

Jadi, adakah ini akan menyelesaikan masalah? Akan mengubah gaya pemanduan mereka? Mungkin ya jika 100%  jalanraya di malaysia dipasangkan dengan sistem tersebut. Tetapi itu tidak akan berlaku. Ini kerana sejak awal lagi PDRM bukan mahu mengubah dan menghukum mereka2 yang seringkali memandu melebihi had laju sebaliknya PDRM hanya mahu buat wang dan tolong rakyat buang wang. 

Bagaimana papan tanda ini mampu mengubah dan menghukum mereka2 yang benar2 suka memandu laju? Jika 1 atau 2 kilometer, ko dah ingatkan mereka ;

Heyy di depan tue ada perangkap laju, please slow down your vehicle dude, in order to prevent you from being summoned. 

Seriously? Ada perangkap di hadapan? Oke fine, i will slow down my car.

Then after 3km, ko fikir dorang akan apa? Akan terus memandu mengikut had laju yang ditetapkan? Adakah ko benar2 berfikir seperti itu? Seriously ??????


Kemon.

Ko tidak berfikir. Pesalah trafik berfikir. Selepas 3km mereka akan memandu seperti biasa. Sambil bersiul mungkin. Dan sesetengahnya sambil tersenyum. Mengutuk kebodohan dan kebangangan korang. Undang2 dibuat bukan untuk menjadi perhiasan.

Tetapi mungkin juga ia akan dijadikan modal politik oleh PDRM. 


Hai, malaysians. You all yang menentang AES [which is kita menentang cara ia dilaksanakan, not the idea itself] nampaknya boleh sorokkan muka dalam guni. Kerana setelah kita melaksanakan sistem neh, nampaknya di kawasan2 aka jalan2 tertentu, kadar kemalangan, langgar lampu isyarat dan langgar had laju telah berkurangan sebanyak 50%. Bravo PDRM kerana melaksanakan idea yang pr kutuk kaw2.

Helllooo..

Ada papan tanda di hadapan yang alert i pasal kamera blablablbala tue ???


Sistem A.E.S memerlukan banyak penambahbaikkan. Aku setuju jika PR kekalkan sistem neh setelah mengambilalih putrajaya. Namun harus lakukan beberapa pindaan sehingga mencapai matlamat yang disasarkan. Iaitu membentuk pemanduan berhemah. Bukan membentuk keuntungan. Pemandu malaysia perlu diajar. Mereka harus dibimbing untuk menjadi berhemah. Jalanraya bukan untuk kegunaan peribadi. Ia hak kita bersama.

Namun dalam masa yang sama aku memuji sedikit kebodohan PDRM. Oleh kerana sistem AES belum lagi mencapai tahap yang ia patut dilaksanakan, maka eloklah papan tanda peringatan ini digunakan. Walaupun idea ini kurang cerdik tetapi ada maafnya lagi. 

Sekurang2nya ia mengajar kami, rakyat malaysia untuk berhati2 di jalan2 tertentu. Walaupun kami tak mampu halang duit kami dari sampai ke tangan2 pemerintah yang zalim, tetapi yang neh insya-Allah, kami mampu halang. Bai.

Video umno report polis atas twitter Ngeh Koo Ham.

 

Cuba keluar dari kelompok kepartian ketika melakukan penilaian. Aku bukan nak bekap Ngeh Koo Ham tapi isu neh dah overboard. Sebenarnya dia bukan menghina. Aku heran pasai apa ramai orang gunakan term menghina walaupun dia sebenarnya mempersoalkan.

Nak marah or nak bidas dia sebab dia mempersoalkan protes di twitter dia, lantak ko la. Tapi jangan sampai menuduh dia melakukan apa2 perkara yang dia tak buat. Bila masa plak dia sokong filem innocent of muslims? Jauh sekali dia menghina islam.

Nak anggap dia takde sensitiviti itu mungkin betul. Tapi nak anggap dia hina islam tak tepat langsung. Aku tak faham macam mana seseorang itu boleh membiarkan seseorang yang lain mempengaruhi pemikiran dia tanpa dia terlebih dahulu melakukan siasatan sendiri samada benar atau tak benar Ngeh Koo Ham menghina islam ataupun tidak?

Aku meraikan kebebasan memberikan pendapat. Aku meraikan juga rakyat malaysia bebas berdemo. Seseorang berhak berdemo atas apa2 isu sekali. Jika umat islam mahu berdemo atas isu menghina Nabi saw dipersilakanlah. Tindakan Ngeh Koo Ham memperlekehkan cause demo itu memang bermasalah.

Seperti yang kita sedia maklum, demo tidak boleh menyelesaikan masalah. Ia sekadar mampu memberikan impak, mencetuskan suasana dan membantu perkara yang kita bantah itu tersebar luas melalui peranan media massa yang melaporkan. Strategi marketing. Boleh jadi ia mampu membentuk sokongan dan boleh jadi sebaliknya.

Itu yang BERSIH buat. Itu juga yang gerakan mahsuh ISA buat. Itu juga yang ANTI-LYNAS buat. Dan itu juga lah yang PAKATAN RAKYAT buat. Jika berdemo itu buang masa dan blablablabla.. maka apa sebab pakatan rakyat berdemo atas cause2 lain pula? Berdemo bersih tak buang masa tapi demo bantah filem penghinaan ke atas Nabi saw, buang masa?

Sebab tu orang marah. Dan tak pelik kenapa umno balon Ngeh Koo Ham sebab dia melalut atas isu yang tak sepatutnya. Walaupun aku tak setuju dengan pendirian Ngeh Koo Ham tapi tak bererti aku boleh menerima pula tuduhan2 yang tak relevant [benda yang dia tak buat] ke atas dia.

Benda neh simple jek. Cakap benda betul. Jika nak marah Ngee Koo Ham sebab mengatakan demo protes filem hina islam itu buang masa dipersilakanlah. Tapi jangan meleret sehingga menuduh dan menfitnah dia ke atas benda yang dia tak lakukan.

Ingatlah, filem hina Nabi saw itu tak pernah betul, namun menuduh orang melakukan perkara yang dia tak buat, juga bukan tindakan yang tepat. Renungkan.

Tingkahlaku BODOH yang kita tak patut tiru.

Kadang2 tanpa sedar kita terbuat benda bodoh. Tanpa sedar. Benda bodoh. Maksudnya tak sengaja. Tapi kadang2 ada sesetengah orang buat benda bodoh dalam keadaan sedar. Benda bodoh. Dalam keadaan sedar plus waras.

Tak salah kalau' bodoh. Yang salah 'jadi' bodoh. Kegiatan bodoh kali neh dikesan dilakukan oleh umno pulau pinang. Cawangan mana tah.

Tengok dulu gambar kat bawah neh ;


Ini apa?

Ini ialah mereka2 yang diupah untuk mengosongkan rumah.

Atas kes apa?

Isu berkenaan roboh dan halau. Tanah tersebut dikatakan telah dibeli oleh bekas adun umno.

So salah ke dorang halau penduduk tersebut? 

Sapa betul, sapa salah aku sendiri pun tak berapa pasti. Tapi penduduk yakin bahawa bekas adun umno tersebut telah memiliki tanah itu secara salah. Berlaku transaksi yang meragukan mengenai perjalanan jual beli tanah. Kiranya ada bukti la.

Ini membabitkan pihak baitumal dan pihak baitumal sendiri tidak pernah menyatakan apa2 persetujuan kepada sebarang urusan pindah milik dan jual-beli tanah. Untuk rekod, kes neh dah berlarutan selama 10 tahun.

Dan, tv3 siap mainkan isu neh dalam berita mereka. Mereka memberitakan perkara tersebut seolah2 ia ada kaitan dengan dap dan ketidakcekapan dap mentadbir penang sehingga menghalau orang melayu dari rumah. Tapi ketahui lah ;

Sapa yang beli tanah tersebut?

Bekas adun umno

Sapa yang halau?

Lelaki yang pakai baju umno = ahli / penyokong umno. 

Macam mana ko tahu?  

Lihat gambar seterusnya ;


Fikir tak apa yang aku fikir? 

1. Ko dah tahu yang pada hari tersebut korang nak pergi halau penduduk keluar dari kawasan tempat tinggal dorang.

2. Ko dah aturkan masa, dah tetapkan jadual.

3. So pasai apa ko bangang2 nak pakai juga baju umno dan tutup ia gunakan cat?

4. Tak boleh ka pakai baju lain?

Nak halau orang = taknak orang detect benda neh ada kaitan dengan umno = pakai baju umno yang ditutup dengan cat?

Ermmm.. oke aku terpaksa cakap. 

BANGANG.

Dari awal lagi korang dah buat plan. Dari awal lagi korang dah tahu benda neh pasti melibatkan media, polis dan orang awam. Bahkan akan ada tukang yang tangkap gambar. Pasai apa korang bodoh2 juga pergi pakai baju umno? 

Tak faham betul aku. Tergeliat otak aku berfikir. Macam mana dorang boleh sebangang neh. Benda paling mudah yang dorang boleh buat untuk mengelakkan ia dikaitkan dengan umno ialah pakai je baju lain.

Buat apa susahpayah ko cat bagai? Itupun tutup tak habis. Buat apa susah payah pakai baju tue juga? Last2 tetap juga kantoi. Ini BANGANG terlatih. Maksudnya dilatih untuk menjadi BANGANG. Macam sekumpulan orang di atas. Dan janganlah kita tiru. Heh.  

Bacaan lanjut disini.

Rabu, 19 September 2012

Perang antara kementerian dengan individu yang dapat blackberry klon.

Aku meraikan perbezaan pendapat. Aku juga meraikan perbezaan hujah. Dalam erti kata lain, jika apa yang terpapar di berita yang aku petik dan ulas melalui blog neh, dan ia adalah salah, fitnah dan mislead maksud, dipersilakan menjelaskan perkara yang sebenar melalui ruangan komen. Aku akan betulkan apa yang salah. Jika terbukti. Of course.

Komen dan hujah balas tidak akan ditutup. Ini jaminan yang aku bagi. Jika aku berkira2 dan hanya mahukan komen yang memuji plus membodek dah lama dah aku filter komen2 dalam neh. Namun aku meraikan perbezaan pendapat. 

Dan disebabkan itu penyokong2 umno di dalam neh semakin bersikap terbuka dalam melontarkan hujah. Ini kerana mereka semakin mempercayai aku sebagaimana aku juga semakin mempercayai mereka akan berikan hujah balas yang berkaitan topic / permasalahan yang dibincangkan.

Isu lelaki yang ditipu oleh pihak penganjur vs pihak penganjur = kementerian kesihatan nampaknya semakin bercelaru. Disini pihak yang mewakili penganjur memohon agar posting blog disini dibuang kerana ia mendorong salah faham dan seolah2 ia telah menjadi isu politik.

Jika begitu, mari la kita berbincang tanpa mengatakan ia isu politik bagi menghormati pihak yang mewakili pihak penganjur. Namun posting mengenai isu neh tidak akan dibuang. Jangan risau, pihak penganjur akan diberikan peluang sama rata sepertimana individu yang ditipu untuk menegakkan hujah masing2. 

Ini jaminan aku.

Ini respon balas daripada pihak yang ditipu ;


Zukifli Draman · Sekolah menegah kebangsaan tengku bariah
JUJUR SAYA LAH MANGSA KEADAAN...EVENT MANAGER YANG MENIPU SEMUA PENGUJUNG SELURUH RAKYAT MALAYSIA!!!!!!!!!!!! ...KINI DIADAKAN.... TAPI YG DI ANJURKAN OLEH KEMENTERIAN KESIHATAN.. DIA BERKUNJUNG ...DI KEMAMAN DI RASMIKAN MENTERI BESAR TERENGGANU( DATUK AHMAD SAID) JELAS EVENT MANAGER MEMBUAT HELAH2 PALSU...DAN KINI DIA MELAPORKAN DIRI PADA AKHBAR..SINAR HARIAN! MEGATAKAN MOHD ZUKIFLI YANG MEN FITNAH DIA..OK..!! SAYA TIDAK GENTAR...KITA JAWAB DI MAKAMAH NANTI SIAPA YANG BETUL SIAPA YANG SALAH!!!!DEMI ALLAH S.W.T DIALAH PENIPU BESAR..NEGARA!!!BUKAN SAYA SEORANG RAMAI LAGI KENA TIPU...MEMANG BETUL2 JELAS SAYA ADA BUKTI!!!!YANG SOKONG EVENT MANAGER ORANG DIA..JUGA..!!!!PENJELASAN SEMUA ORANG KEMAMAN..YANG TELAH BERSATU.
Ini jawapan balas dari pihak yang mewakili pihak penganjur ;

hormat · 2 hours ago

Salam, saya minta penulis blog mengeluarkan berita ini dari blog. kerana isu ini tiada kena-mengena dengan politik mahupun apa2 spekulasi. saya berada di tempat kejadian ketika budak ini datang dan complaint mengenai hadiah cabutan bertuah ini. walhal pihak penganjur tidak pernah mengatakan model apa blackberry yang akan dijadikan hadiah. isu ini tidak patut dikaitkan dgn politik kerana amatlah memalukan apabila melihat komen2 yang kurang bijak yang cuba mengaitkan dengan politik. budak ini tidak puas hati sbb dia tak dapat jual hadiah PERCUMA yang dia dapat. itu sahaja. pihak penganjur juga telah membuat laporan balas (sila rujuk Sinar Harian ms 54 hari ni) dan budak ini boleh dikenakan tindakan undang2 kerana memfitnah. kami ada bukti budak ini isi kupon cabutan bertuah (terlalu banyak) sedangkan setiap orang cuma dibenarkan mengisi satu kupon sahaja. DAN sekali lagi dijelaskan tiada isu politik atau cubaan meraih undi. Cabutan bertuah diadakan secara suka-suka untuk memeriahkan event. ape kes budak ni dahlah cabutan bertuah percuma, dapat hadiah pastu nak complaint? pihak penganjur minta dia pulangkan hadiah tapi dia paksa bayar wang ringgit (logik tak?). polis kat kemaman tak ambil tindakan sbb budak tu tak rugi sesen pon. tapi pihak penganjur boleh saman budak ini atas fitnah yg telah menjatuhkan reputasi pihak penganjur. sekali lagi saya mohon admin buang entri ini.


Read more: http://amenoworld.blogspot.com/2012/09/budak-neh-kena-tipu-dengan-bn.html#ixzz26u2UVrMC

Siapa betul? 

Siapa salah? 

Siapa bohong? 

Siapa jujur? 

Kita jangan pilih. Ikut jek perjalanan kes sehingga terbukti pesalah sebenar. Simple.

Kenapa kita mesti BERTERIMA KASIH kepada BARISAN NASIONAL.

Kita kena berterima kasih pada BN. Sedikit sebanyak BN telah berjasa kepada kita juga. 55 tahun mereka mentadbir negara. Jangan bohong dan menafikan jasa2 bn terhadap kita. Jangan kita lupa. Jalan yang kita gunakan hari neh dibina ketika bn menjadi pentadbir. 

Sekolah yang kita pergi, juga dibina ketika bn menjadi pentadbir. Pendek kata kemudahan, kemajuan dan teknologi yang kita gunakan dan rasai hari neh adalah di atas gerak kerja oleh kerajaan bn selaku pentadbir.

Selama 55 tahun rakyat telah memberikan mandat kepada bn untuk mentadbir negara ini. Dalam masa itu, jika bn mahu, mereka boleh je tidak bina jalan. Tidak bina sekolah. Tidak bina hospital. Tidak bina universiti. Tidak bina segala2nya. 

Tetapi mereka tidak. Mereka bina. Ya, mereka buat pembangunan dan kemajuan terpilih tetapi still ya, mereka masih bina meskipun hanya sesetengah tempat jek dapat merasai kemudahan tersebut.

Universiti yang kita pergi, yang kita belajar, yang kita cari ilmu, adalah hasil gerak kerja dan usaha dari pentadbir bn. Kerana kita ke universiti, kerana kita diberikan ilmu, kerana itu kita menentang barisan nasional untuk terus jadi kerajaan. Ini juga adalah jasa bn dan wajar kita berterima kasih.

Budi telah pun kami balas. 

Rakyat telah berusaha balas budi bn setelah memilih bn menjadi pentadbir selama 55 tahun. Rakyat telah merasai bagaimana corak pemerintahan bn. Rakyat yang mengundi bn. Ini bermaksud rakyat sudah pun membalas budi mereka. Iaitu pada saat bn menang sebagai kerajaan ialah pada saat rakyat telahpun membalas budi bn.

Seterusnya bn kena balas budi rakyat. Buat kerja dan amanah yang dipertanggungjawabkan ke atas bahu kamu. Jangan lupa, bn dibayar gaji untuk melakukan kerja. Rakyat tidak pernah menyuruh bn melakukan ia secara percuma ataupun sukarela. BN perlu hidup. 

Untuk hidup BN perlu makan dan lunaskan pelbagai perkara yang menuntut untuk hidup dengan selesa. Segala keperluan yang BN perlukan untuk mentadbir negara ini dengan adil, amanah, jujur dan telus, telah rakyat luluskan.

Perintah la kamu, kepada kami dengan adil. Untuk itu kamu, kami bayar gaji. Kami beri elaun. Kamu tidak perlu runsing fikirkan masalah tol, minyak dan kemudahan untuk bergerak. Kami sediakan segala2nya untuk kamu. Kamu tidak perlu runsing untuk mencari dana. Kami sudi berikan kamu sedikit dari apa yang kami perolehi sebagai hasil untuk kemajuan dan kemakmuran kita bersama.

Jadi, kami sebagai rakyat sudah lama bahkan bertahun2 telah membalas budi kamu. Telah memberikan kamu kredit di atas kerja2 kamu. Telah memberikan kamu penghargaan di atas setiap usaha kamu. Kami menghargai apa yang kamu lakukan dan kami berterima kasih kepada kamu. Idea2 kamu sememangnya berhasil untuk kemudahan kami bersama.

Amanah bertukar khianat. 

Tetapi sayangnya kamu sudah sampai ke satu peringkat. Peringkat di mana kamu fikir segala2nya yang kamu buat adalah betul. Walaupun kamu mencuri, merompak, menyeleweng, menindas, melakukan kejahatan, kamu tetap merasakan kamu betul dan benar. Kamu, yang sepatutnya melayan kami dengan adil nampaknya sudah mula melupakan diri kamu dan tugas sebenar kamu.

Kami kekal seperti ini. Rakyat yang mahu diberikan layanan yang adil. Yang berubah itu kamu. Berbanding menjalankan tugas dengan adil, kamu menyeleweng dan merompak. Mungkin wang, pangkat dan kuasa telah mengaburi pendirian dan prinsip kamu.

Bukan kami mengkhianati kamu tetapi kami la yang telah dikhianati. Kepercayaan kami telah dibalas dengan penipuan demi penipuan. Pelbagai skandal dan penyelewengan yang terdedah. 

Kami merayu agar diberikan pembelaan dan pengadilan. Tetapi kami tidak dapat apa yang kami mahukan. Kamu telah menekan kami dengan kuasa kamu. Dengan pangkat dan kedudukan kamu, akhirnya satu persatu dari kami tertindas samada kamu sengaja mahupun tidak sengaja.

Berterima kasih kepada BN.

Sebab tue kami akhirnya memilih untuk berterima kasih kepada kamu. Terima kasih bn. Terima kasih mentadbir kami selama 55 tahun. Terima kasih sebab memberikan kami beberapa kemajuan dan pembangunan. Terima kasih juga sebab mendirikan hospital dan sekolah.

Terima kasih juga kerana wujudkan peluang pekerjaan. Terima kasih juga kepada beberapa polisi2 yang memihak kepada rakyat. Terima kasih juga kerana membawakan beberapa teknologi kepada kami. Terima kasih untuk segala2nya. Terima kasih di atas jasa kamu terhadap kami. Yang baik akan terus kami kenang sebagai perkara yang baik.

Yang buruk tetap buruk sampai bila2.

Tetapi yang buruk tetaplah perkara yang buruk. Rasuah dan penyelewengan. Cukai yang melampaui batas. Mengutamakan kroni yang tak boleh buat kerja dan sedara mara sendiri, yang mana tidak mahir dan tidak berpengalaman dalam pengagihan projek.

Bina jalan rm500 juta guna duit pembayar cukai tapi letak tol, bina sekolah tetapi paksa kami belajar maklumat palsu, berikan kami hospital tetapi perlukan beribu2 untuk mengubati penyakit tertentu, halang kami merokok tetapi menjual rokok.

Ajar kami benci rasuah tetapi sendiri merasuah dan terima rasuah, suruh kami taat kepada pemimpin tetapi sendiri tak taat kepada Allah swt, suruh kami hidup dengan serdahana tetapi sendiri bermewah2an gunakan wang pembayar cukai, nasihat kami untuk membalas budi tetapi diri sendiri lupakan budi pengundi. 

Buat projek express guna nama untuk kepentingan rakyat tetapi seme kerana nak bagi duit kat kroni, buat bangunan tinggi2 tetapi rakyat marhaen terpinggir darinya, buat tempat cantik2 tetapi hanya golongan kaya raya yang mampu memilikinya, buat rumah, buat kereta tetapi cukai dan harga keterlaluan sehingga rakyat rasa terdesak dengan bebanan hutang, berikan kami pendidikan tetapi terpaksa kami balas dengan riba dan faedah.

Tutup buku.

Di kesempatan ini, kami mahu menutup segala ruang dan peluang daripada bekerjasama dengan kamu. Kami sudah cukup dengan kamu selama 55 tahun. Biarlah kita bawa haluan masing2. Jangan lagi dikawal peti undi. Jangan lagi dikawal SPR. Biarkanlah dia bebas supaya kami boleh bebas dari kamu.

Minta maaf. Jika kami sebagai rakyat ada melakukan kekasaran dan keganasan terhadap kamu, izinkan kami minta maaf. Maafkanlah di atas kesilapan kami. Mungkin ada di antara kami yang tidak menghargai jasa2 kamu, dan kami minta maaf. 

Tetapi marilah kita mengakhiri perhubungan dan perpisahan kita secara baik. Lepaskanlah kami. Lepaskan kami daripada penderitaan tersebut. Kami sudah tidak tertanggung lagi. Jika kamu masih ada sedikit rasa belas kasihan dan ihsan terhadap rakyat marhaen seperti kami, lepaskanlah kami. Itu adalah perkara terakhir yang kamu boleh buat untuk kami setelah kami terseksa di bawah pemerintahan kamu. Fikirkan.

Selasa, 18 September 2012

Persamaan antara Anwar, Najib dan Obama.


Kesian.

Penat you buat posting pongpang2 kutuk dan kaitkan bas anwar ibrahim dengan barrack obama. Last2 sekali tak berhasil. 

Kenapa ek?








Sumber gambar : sini


Wowww...

Dia pun ada la. Lori. Bas? Coming soon kot?

Kah kah kah

Delete balik posting oke. Esok lusa bila bn dah buat bas untuk jelajah malaysia camne arh korang nak spin isu untuk mengatakan tindakan najib tue takde kaitan dengan barrack obama walaupun apa yang najib buat sama seperti apa yang barrack dan anwar ibrahim pernah buat.

Dengar nasihat aku oke? Delete sebelum terlewat dan dimalukan.

kah kah kah

Psttt tiru benda baik takpe, tiru benda buruk? Baru boleh komplen der.. 

Ahli Parlimen DAP persoal protes filem hina Nabi SAW.

Khairy wants muslim protest against Sam Bacile. For Islam or for his political gains?Are muslims wasting too much time & energy on this?



Ayat pertama mempersoalkan niat khairy. Aku fikir itu pandangan peribadi dia. Mungkin dia berpendapat eleyy umno demo pertahankan islam konon walhal tindak tanduk sebaliknya.. tapi bila maksud ayat kedua, dia mempersoalkan umat islam. 

Lainlah kalau dia tulis umat umno. Atau muslim umno. Dia tulis muslims. Muslims = referring to muslim malaysia. Dalam context ayat dia tue la. Pandangan aku dalam benda neh simple jek. Cukup simple. Dan ia terpakai untuk seme situasi. 

UMNO nak demo?

Lantak ko la.

PAS nak demo?

Lantak ko la.

BERSIH nak demo?

Lantak ko la.

DAP nak demo?

Lantak ko la.

ANTI LYNAS nak demo?

Lantak ko la.

PERKASA nak demo?

Lantak ko la.

Ngeh Koo Ham nak demo?

Lantak ko la.

Pendek kata, sesiapa nak demo, atas apa2 cause sekalipun, lantak ko la. Benda dah termaktub dalam perlembagaan. Kita tak suka orang halang or mempersendakan kenapa kita nak berdemo. Oleh kerana itu jangan kita persendakan or halang orang pula. Hormat saja.

Meskipun ayat seterusnya dalam twitter Ngeh Koo Ham seolah2 terpaksa self defense dan memutarbelitkan statement asal dia, aku fikir itu dah terlewat. Ini kerana orang cenderung menafsirkan bahawa kata2 dia selepas itu adalah kata2 penafian setelah dia dihentam teruk.

Begini jek. Kita tak suka orang pongpang2 halang time kita berdemo. Kita juga tak suka orang pongpang2 persendakan dan kutuk2 demo kita begitu begini. Buang masa la. Duduk rumah lagi bagus. Ada effect ka ramai2 berkumpul protes atau apa seme.

So jangan buat orang. Jangan buat perangai yang kita tak suka orang buat kat kita, dengan buat kat orang lain. Jangan buat langsung. Hari neh kita potpet2 cakap buang masa berdemo, esok lusa time kita nak berdemo, dorang juga akan potpet2 bagi alasan yang sama. 

Sapa yang mulakan? Setahu aku alasan buang masa ketika pr nak berdemo itu alasan yang digunapakai oleh orang2 umno. Tak sangka pula rupanya ada MP DAP berfikiran yang sama. Adakah anda pasti anda berada di parti yang betul Ngeh Koo Ham? Sila check semula oke.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...