Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 19 September 2012

Kenapa kita mesti BERTERIMA KASIH kepada BARISAN NASIONAL.

Kita kena berterima kasih pada BN. Sedikit sebanyak BN telah berjasa kepada kita juga. 55 tahun mereka mentadbir negara. Jangan bohong dan menafikan jasa2 bn terhadap kita. Jangan kita lupa. Jalan yang kita gunakan hari neh dibina ketika bn menjadi pentadbir. 

Sekolah yang kita pergi, juga dibina ketika bn menjadi pentadbir. Pendek kata kemudahan, kemajuan dan teknologi yang kita gunakan dan rasai hari neh adalah di atas gerak kerja oleh kerajaan bn selaku pentadbir.

Selama 55 tahun rakyat telah memberikan mandat kepada bn untuk mentadbir negara ini. Dalam masa itu, jika bn mahu, mereka boleh je tidak bina jalan. Tidak bina sekolah. Tidak bina hospital. Tidak bina universiti. Tidak bina segala2nya. 

Tetapi mereka tidak. Mereka bina. Ya, mereka buat pembangunan dan kemajuan terpilih tetapi still ya, mereka masih bina meskipun hanya sesetengah tempat jek dapat merasai kemudahan tersebut.

Universiti yang kita pergi, yang kita belajar, yang kita cari ilmu, adalah hasil gerak kerja dan usaha dari pentadbir bn. Kerana kita ke universiti, kerana kita diberikan ilmu, kerana itu kita menentang barisan nasional untuk terus jadi kerajaan. Ini juga adalah jasa bn dan wajar kita berterima kasih.

Budi telah pun kami balas. 

Rakyat telah berusaha balas budi bn setelah memilih bn menjadi pentadbir selama 55 tahun. Rakyat telah merasai bagaimana corak pemerintahan bn. Rakyat yang mengundi bn. Ini bermaksud rakyat sudah pun membalas budi mereka. Iaitu pada saat bn menang sebagai kerajaan ialah pada saat rakyat telahpun membalas budi bn.

Seterusnya bn kena balas budi rakyat. Buat kerja dan amanah yang dipertanggungjawabkan ke atas bahu kamu. Jangan lupa, bn dibayar gaji untuk melakukan kerja. Rakyat tidak pernah menyuruh bn melakukan ia secara percuma ataupun sukarela. BN perlu hidup. 

Untuk hidup BN perlu makan dan lunaskan pelbagai perkara yang menuntut untuk hidup dengan selesa. Segala keperluan yang BN perlukan untuk mentadbir negara ini dengan adil, amanah, jujur dan telus, telah rakyat luluskan.

Perintah la kamu, kepada kami dengan adil. Untuk itu kamu, kami bayar gaji. Kami beri elaun. Kamu tidak perlu runsing fikirkan masalah tol, minyak dan kemudahan untuk bergerak. Kami sediakan segala2nya untuk kamu. Kamu tidak perlu runsing untuk mencari dana. Kami sudi berikan kamu sedikit dari apa yang kami perolehi sebagai hasil untuk kemajuan dan kemakmuran kita bersama.

Jadi, kami sebagai rakyat sudah lama bahkan bertahun2 telah membalas budi kamu. Telah memberikan kamu kredit di atas kerja2 kamu. Telah memberikan kamu penghargaan di atas setiap usaha kamu. Kami menghargai apa yang kamu lakukan dan kami berterima kasih kepada kamu. Idea2 kamu sememangnya berhasil untuk kemudahan kami bersama.

Amanah bertukar khianat. 

Tetapi sayangnya kamu sudah sampai ke satu peringkat. Peringkat di mana kamu fikir segala2nya yang kamu buat adalah betul. Walaupun kamu mencuri, merompak, menyeleweng, menindas, melakukan kejahatan, kamu tetap merasakan kamu betul dan benar. Kamu, yang sepatutnya melayan kami dengan adil nampaknya sudah mula melupakan diri kamu dan tugas sebenar kamu.

Kami kekal seperti ini. Rakyat yang mahu diberikan layanan yang adil. Yang berubah itu kamu. Berbanding menjalankan tugas dengan adil, kamu menyeleweng dan merompak. Mungkin wang, pangkat dan kuasa telah mengaburi pendirian dan prinsip kamu.

Bukan kami mengkhianati kamu tetapi kami la yang telah dikhianati. Kepercayaan kami telah dibalas dengan penipuan demi penipuan. Pelbagai skandal dan penyelewengan yang terdedah. 

Kami merayu agar diberikan pembelaan dan pengadilan. Tetapi kami tidak dapat apa yang kami mahukan. Kamu telah menekan kami dengan kuasa kamu. Dengan pangkat dan kedudukan kamu, akhirnya satu persatu dari kami tertindas samada kamu sengaja mahupun tidak sengaja.

Berterima kasih kepada BN.

Sebab tue kami akhirnya memilih untuk berterima kasih kepada kamu. Terima kasih bn. Terima kasih mentadbir kami selama 55 tahun. Terima kasih sebab memberikan kami beberapa kemajuan dan pembangunan. Terima kasih juga sebab mendirikan hospital dan sekolah.

Terima kasih juga kerana wujudkan peluang pekerjaan. Terima kasih juga kepada beberapa polisi2 yang memihak kepada rakyat. Terima kasih juga kerana membawakan beberapa teknologi kepada kami. Terima kasih untuk segala2nya. Terima kasih di atas jasa kamu terhadap kami. Yang baik akan terus kami kenang sebagai perkara yang baik.

Yang buruk tetap buruk sampai bila2.

Tetapi yang buruk tetaplah perkara yang buruk. Rasuah dan penyelewengan. Cukai yang melampaui batas. Mengutamakan kroni yang tak boleh buat kerja dan sedara mara sendiri, yang mana tidak mahir dan tidak berpengalaman dalam pengagihan projek.

Bina jalan rm500 juta guna duit pembayar cukai tapi letak tol, bina sekolah tetapi paksa kami belajar maklumat palsu, berikan kami hospital tetapi perlukan beribu2 untuk mengubati penyakit tertentu, halang kami merokok tetapi menjual rokok.

Ajar kami benci rasuah tetapi sendiri merasuah dan terima rasuah, suruh kami taat kepada pemimpin tetapi sendiri tak taat kepada Allah swt, suruh kami hidup dengan serdahana tetapi sendiri bermewah2an gunakan wang pembayar cukai, nasihat kami untuk membalas budi tetapi diri sendiri lupakan budi pengundi. 

Buat projek express guna nama untuk kepentingan rakyat tetapi seme kerana nak bagi duit kat kroni, buat bangunan tinggi2 tetapi rakyat marhaen terpinggir darinya, buat tempat cantik2 tetapi hanya golongan kaya raya yang mampu memilikinya, buat rumah, buat kereta tetapi cukai dan harga keterlaluan sehingga rakyat rasa terdesak dengan bebanan hutang, berikan kami pendidikan tetapi terpaksa kami balas dengan riba dan faedah.

Tutup buku.

Di kesempatan ini, kami mahu menutup segala ruang dan peluang daripada bekerjasama dengan kamu. Kami sudah cukup dengan kamu selama 55 tahun. Biarlah kita bawa haluan masing2. Jangan lagi dikawal peti undi. Jangan lagi dikawal SPR. Biarkanlah dia bebas supaya kami boleh bebas dari kamu.

Minta maaf. Jika kami sebagai rakyat ada melakukan kekasaran dan keganasan terhadap kamu, izinkan kami minta maaf. Maafkanlah di atas kesilapan kami. Mungkin ada di antara kami yang tidak menghargai jasa2 kamu, dan kami minta maaf. 

Tetapi marilah kita mengakhiri perhubungan dan perpisahan kita secara baik. Lepaskanlah kami. Lepaskan kami daripada penderitaan tersebut. Kami sudah tidak tertanggung lagi. Jika kamu masih ada sedikit rasa belas kasihan dan ihsan terhadap rakyat marhaen seperti kami, lepaskanlah kami. Itu adalah perkara terakhir yang kamu boleh buat untuk kami setelah kami terseksa di bawah pemerintahan kamu. Fikirkan.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...