Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 18 September 2012

Ahli Parlimen DAP persoal protes filem hina Nabi SAW.

Khairy wants muslim protest against Sam Bacile. For Islam or for his political gains?Are muslims wasting too much time & energy on this?



Ayat pertama mempersoalkan niat khairy. Aku fikir itu pandangan peribadi dia. Mungkin dia berpendapat eleyy umno demo pertahankan islam konon walhal tindak tanduk sebaliknya.. tapi bila maksud ayat kedua, dia mempersoalkan umat islam. 

Lainlah kalau dia tulis umat umno. Atau muslim umno. Dia tulis muslims. Muslims = referring to muslim malaysia. Dalam context ayat dia tue la. Pandangan aku dalam benda neh simple jek. Cukup simple. Dan ia terpakai untuk seme situasi. 

UMNO nak demo?

Lantak ko la.

PAS nak demo?

Lantak ko la.

BERSIH nak demo?

Lantak ko la.

DAP nak demo?

Lantak ko la.

ANTI LYNAS nak demo?

Lantak ko la.

PERKASA nak demo?

Lantak ko la.

Ngeh Koo Ham nak demo?

Lantak ko la.

Pendek kata, sesiapa nak demo, atas apa2 cause sekalipun, lantak ko la. Benda dah termaktub dalam perlembagaan. Kita tak suka orang halang or mempersendakan kenapa kita nak berdemo. Oleh kerana itu jangan kita persendakan or halang orang pula. Hormat saja.

Meskipun ayat seterusnya dalam twitter Ngeh Koo Ham seolah2 terpaksa self defense dan memutarbelitkan statement asal dia, aku fikir itu dah terlewat. Ini kerana orang cenderung menafsirkan bahawa kata2 dia selepas itu adalah kata2 penafian setelah dia dihentam teruk.

Begini jek. Kita tak suka orang pongpang2 halang time kita berdemo. Kita juga tak suka orang pongpang2 persendakan dan kutuk2 demo kita begitu begini. Buang masa la. Duduk rumah lagi bagus. Ada effect ka ramai2 berkumpul protes atau apa seme.

So jangan buat orang. Jangan buat perangai yang kita tak suka orang buat kat kita, dengan buat kat orang lain. Jangan buat langsung. Hari neh kita potpet2 cakap buang masa berdemo, esok lusa time kita nak berdemo, dorang juga akan potpet2 bagi alasan yang sama. 

Sapa yang mulakan? Setahu aku alasan buang masa ketika pr nak berdemo itu alasan yang digunapakai oleh orang2 umno. Tak sangka pula rupanya ada MP DAP berfikiran yang sama. Adakah anda pasti anda berada di parti yang betul Ngeh Koo Ham? Sila check semula oke.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...