Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 31 Disember 2016

Selepas Kantoi Bercuti Menggunakan Pesawat Kerajaan, Anak Najib 'Sorok' Instagram.

Tak serik-serik.

Macam taktahu pula yang semua mata rakyat tertumpu kepada keluarga Najib dan menteri-menteri Malaysia berikutan cuti akhir tahun. 

Rakyat Malaysia nak tahu di mana menteri-menteri kita bercuti dan adakah ketika bercuti mereka menggunakan aset kerajaan. Sebab itu la mereka memperhatikan setiap inci apa yang boleh diperhatikan. Kali ini Najib dan keluarga kantoi lagi. Macam tahun-tahun yang sudah. Seriously, Najib tak belajar ke dari pengalaman-pengalaman lepas?

Hehe.  

Selepas mahgrib tadi, Malaysiakini melaporkan pesawat kerajaan Airbus A319 terbang merentasi Australia yang kebetulan sama dengan tarikh percutian keluarga Najib Razak ke sana.
Pesawat itu, dengan nombor pendaftaran 9M-NAA, berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang Jaya pada 22 Disember pada pukul di 12.07 malam dan mendarat di Gold Coast, Australia pada 10.06 pagi hari yang sama.
Bagaimanapun pesawat itu hanya berhenti sebentar kerana ia berlepas dari Gold Coast pada pukul 11.47 pagi dan mendarat di Brisbane pada pukul 12.09 tengah hari.
Malaysiakini turut menyiarkan kronologi kegiatan internet Ashman, anak bongsu kesayangan Najib dan Rosmah.

Kronologi
Di bawah adalah kronologi ringkas jet kerajaan dan akaun Norashman di Instagram.
22 Dis - 9M-NAA berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang Jaya pada 12.07 pagi dan tiba di Gold Coast pada 10.06 pagi.
22 Dis - 9M-NAA berlepas dari Gold Coast pada 11.47 tengah hari dan tiba di Brisbane pada 12.09 tengah hari.
23 Dis - Norashman bermain golf di Gold Coast.
24 Dis - Norashman melawat Sea World Gold Coast.
26 Dis - 9M-NAA berlepas dari Brisbane pada 9.11 pagi dan tiba di Gold Coast pada 9.35 pagi.
26 Dis - 9M-NAA berlepas dari Gold Coast pada 12.22 tengah hari dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Perth pada 2.47 petang.
28 Dis - Norashman dilihat bermain gitar dalam sebuah bilik di Perth.
29 Dis - Norashman dilihat berbasikal di Perth.
30 Dis - Norashman bermain golf di Golf Meadow Springs & Country Club di Mandurah, sejam perjalanan dari Perth.
rujukan : Malaysiakini.
Susulan dari laporan tersebut, netizens mula menyuarakan ketidakpuasan ahti mereka terhadap Najib Razak yang menggunakan aset kerajaan untuk bercuti bersama keluarga.

Mereka juga mempersoalkan tentang kos dan siapa yang membayar semua perbelanjaan percutian tersebut.

Berikut antara respon-respon yang dipetik menerusi post berkenaan ;






Dan selepas laporan berkenaan viral, tinjauan kami ke atas account Instagram Ashman didapati dia telah bertindak 'lock' kesemua gambar-gambar yang dilaporkan oleh Malaysiakini. 

Netizens tidak lagi dapat mengakses kepada gambar-gambar percutian tersebut.

Selain itu netizens turut mempersoalkan kewajaran Najib untuk meneruskan percutian di kala rakyat di Pantai Timur sedang berdepan dengan musibah banjir. Menjadi tanda-tanya jika banjir itu akan mengulangi semula tragedi pada tahun 2014.



Umat Islam Ajak Boikot Mekdi Kerana Palestine, MP DAP Ajak Boikot Mekdi Kerana Kek - Memalukan!

Hak memboikot hak setiap insan. Atas alasan apa pun. Kau suka kau beli. Kau tak suka kau jangan beli. Kau nak makan, kau makan. Kau nak boikot ko boikot. Itu semua kau punya pasal. 

Cuma kat sini aku nak tunjukkan sikit sikap kemerengan perangai Nga Kor Ming neh. 

Kita kalau nak memboikot apa-apa benda pun biarlah munasabah sikit bila membabitkan sentimen orang ramai. Dulu pernah ada sentimen boikot mekdi sebab mekdi tempatan bayar yuran franschais pada mekdi antarabangsa dan mekdi antarabangsa dikatakan menderma kepada Israel untuk projek pembantaian umat Islam.

Aku sungguh pun tak fikir macam tu (aku fikir lain sikit, aku fikir mekdi tempatan bayar yuran franchais dan apa2 yang mekdi antarabangsa nak buat dengan duit tu dah bukan tanggungjawab mekdi tempatan lagi so tak wajar nak salahkan mekdi tempat cuma aku setuju boikot atau jaga sikit pemakanan kerana mekdi neh fast food. Fast food terbukti mendatangkan lebih banyak keburukan berbanding kebaikan ke atas tubuh badan manusia) aku tetap meraikan hak orang nak boikot. Aku takde la sindir-sindir macam sesetengah makhluk binawe tu.

Aku pun sejujurnya meraikan jugak hak Nga Kor Ming dan geng2 bengap dia neh nak memboikot. Sungguhpun aku meraikan, aku tetap nak pinpoint kebodohan dia sebab dia membayangkan isu kek neh atas tajuk agama. Kononnya ia berpunca atas sentimen puak radikal keagamaan.

Nah, tengok.  
 


 Religious radicalism abah kau. 

Sedangkan isu neh begitu simple sahaja. Premis mekdi hanya nak mewartakan pensijilan halal ke atas semua makanan-makanan yang dibawa masuk ke premis mereka. That's. 

Mekdi melakukan pengumuman, notis, maklumat tersebut secara bertulis semata-mata. Ia tak sampai ke tahap sportcheck beg satu persatu pelanggan dia la bodoh. Tang mana radikalnya? Sakai betul puak2 neh mainkan sentimen anti Islam. Seolah2 keji sangat pula Islam neh dibuatnya. 

Sebenarnya. Nga Kor Ming patut imbas kembali cerita octoberfest.

Masih ingat? Premis yang menjual arak dan memestakan penjualan arak?

Apakah boleh seorang muslim datang ke premis itu dengan bawa makanan sendiri, bawa minuman sendiri dan menghalang premis tersebut agar berhenti jual arak sebab kita nak makan dan minum bekalan kita dalam keadaan halal dan bersih?

Boleh ke? Tak boleh kan. Itu premis dia. Dia nak jual arak ke nak buat fest itu ini ke hak dia la. Sebab bisnes dia berlesen dan selagi mana dia tak langgar apa-apa undang-undang siapa kita nak persoalkan dia.

Cukup kita halang diri kita dari join benda tu sebab ia bercanggahan dengan polisi agama kita. Dan cukup kita tak mempromosikan arak sebagai satu gaya hidup sebab minum arak ialah mendorong ke arah gaya hidup yang tidak sihat. Di mana-mana negara pun setuju dengan amalan minum arak tidak baik untuk kesihatan. Bukan sesuatu yang muslim je sokong bahkan diiktiraf dalam bidang kesihatan juga.

Kita bicara secara tenang. Tanpa perlu kecoh-kecoh. Bukan dia paksa kita pergi ke premis dia pun kan.

Dalam isu McDonalds. Konsep yang sama digunapakai. Itu premis dia maka hak dia la nak mengenakan apa-apa peraturan pun. Jika kita ada masalah dengan peraturan tersebut kita jauhkan aje diri kita dari berkunjung ke tempat tersebut.

Isu McDonalds neh isu picisan yang sangat bodoh dibandingkan dengan isu Octoberfest. Macam isu Octoberfest kita persoalkan kepada ahli politik yang mempromosikan gaya hidup tidak sihat (aku takde masalah dengan pengiklanan di premis peribadi).

Isu McDonalds ialah isu kek. Yang mana McDonalds menetapkan setiap kek yang dibawa masuk untuk sambutan harijadi perlu la mempunyai logo halal. 

Selepas polisi tersebut diwar-warkan sebilangan manusia menjadi meroyan. Kononnya tertindas dan dizalimi Mcdonalds sebab tak dapat bawa kek sendiri masuk ke premis. Hak ala. Makanan fast food neh memang patut kena boikot doe. Jaga sikit tubuh badan dan kesihatan masing2. Jika sebab kek halal tu kau nak kurangkan atau boikot mekdi bagus juga. Hari2 badan kau menyelap suruh kau jaga badan elok2. Ko buat donno je. Bagus rupanya tindakan mekdi neh. Aku puji.

Hehe.

Berbalik kepada citer kek. 

Cuba kita semua fikir sejenak.

Berapa kali agaknya bebudak neh sambut harijadi di mekdi sampai sanggup buat gerakan nak boikot?

Berapa kali agaknya bebudak neh pergi mekdi bawa kek? 

Berapa kali agaknya bebudak neh sebenarnya benar2 makan kat dalam mekdi pun? Ntah2 banyak yang drive thru je.

Sembang bikin bimbang saja la puak-puak nak boikot neh pun. Aku pun ada terfikir-fikir juga sebenarnya. Apasal la pepuak neh bengang sangat dengan mekdi. Takan la dorang sampai fikir ke tahap yang mekdi akan periksa satu persatu kek yang dibawa pelanggan? Seriyus ke kau ingat macam tu? Ko silap la kalau kau ingat macam tu.

Kalau kau nak tahu, premis makanan berjenama neh tak kisah la mekdi ke ataupun bukan mekdi, memang menjadi kelaziman dorang menghalang apa-apa makanan luar masuk ke premis mereka tau. Tetapi sungguh pun begitu, di premis restoran keluarga kita melihat masih terdapat pihak-pihak yang ada je rajin bawa makanan luar. Contoh paling mudah dilihat di rangkaian fastfood KFC. Ada tak KFC sediakan satu polis khas untuk periksa beg pelanggan-pelanggan mereka? Takde kan. So point aku ialah, sama seperti larangan membawa masuk makanan dari luar, maka membawa masuk kek hanya logo halal adalah sebahagian dari makluman, notis atau pemberitahuan yang mekdi kena buat sebagai peringatan awal atau kita sebut POLISI perniagaan. Benda tu takde effect apa pun kalau ko lihat dari sudut yang cool dan bertenang. Jangan terpedaya dengan semangat racist yang cuba dimainkan oleh sesetengah pihak. 

Macam kau nak bawa kek dari rumah. Yang kau bake sendiri atau family kau bake. Kau rasa mekdi akan periksa diri kau ke sebelum kau masuk atau dia tiba-tiba datang dan halau kau dari premis bila nampak kau makan kek? Tak wei. Even dorang pun takan kisah nak check kek ko berlogo halal ke tidak. Melainkan kau terang2 mengaku "hello mekdi, ini kek babi, air babi, dan roti babi, ai nak makan dalam premis you.. so you nak buat apa? You jangan halau ai oke, ai akan lapor pbb ai kena tindas di negara ini sebab tak dapat kek dalam mekdi. Habis satu dunia kutuk you nanti". Takanlah ko bodoh sangat nak buat macam tu kan? Btw, hmm tak mustahil juga puak2 neh memang boleh bodoh sampai ke tahap tu. 

KAH KAH KAH!

Aku bukan backup Mekdi. Cuma aku stand atas tajuk je. Hak setiap premis mengenakan apa-apa polisi selagi mana polisi tersebut tak membebankan pelanggan dia. Ataupun menyusahkan pelanggan dia.

Dalam isu kek, nampak sangat benda neh polisi atas kertas. Iaitu tidak la sampai mekdi akan sediakan setiap polis di pintu masuk untuk periksa kau semua bawa kek ke tidak dan sebagainya. So untuk isu picisan macam neh, kot ye pun nak sangat makan kek yang mak kau buat dalam premis mekdi tak perlu la sampai wujudkan satu gerakan boikot bersepadu. Kelakar la wei. Sampai ulang-ulang main kat wall ko. Ahli parlimen DAP pula tu. Takan isu neh penting kot pada kau? Orang miskin pun belum tentu pernah jejak mekdi. Ini kau yang kaya raya boleh pula merengek macam hapa dok meroyan tak dapat makan kek dalam mekdi. Kritikal ke isu? Siapa yang mampos? Siapa tertindas? Siapa yang kena halau neh woi?


Bak kata Zuan Ismael. Orang muslim boikot mekdi atas tajuk kemanusiaan. Ada manusia dibunuh. Ada manusia kena bom. Isu neh begitu kritikal kerana kita bincang tentang tajuk penindasan dan bagaimana wang keuntungan hasil penjualan makanan fast food disalurkan untuk membiayai sebuah organisasi yang membunuh nyawa manusia macam nyawa ikan (aku ada pandangan berbeza, tapi aku sedang sampaikan point individu tersebut). Dan wakil rakyat DAP gila bengong neh boleh pula mempromosikan kempen boikot mekdi sebab tak dapat makan kek. Btw, berapa banyak kali kau nak makan kek kau akan pergi ke mekdi atau berapa banyak kali kau semua asal sambut harijadi mesti di mekdi? Mati ke tak dapat kek kat mekdi tu sebenarnya neh? 


Yang kelakar juga.  


Benda macam neh pun jadi isu. Aiyohh. Tak sesuai la dengan status dia sebagai ahli politik. Dah la agak mislead point pada gambar tu. Tambahan pula, DAP pun turut mempropagandakan agama untuk mendapatkan sokongan pengundi. Aku mengata kau. Kau mengata aku. Rupa2nya dua kali lima. Choii.

Cadangan aku kepada puak2 sotong yang tak pernah merasa susah dan dizalimi ikut erti kata sebenar-benarnya, berbalik la lawan isu-isu yang babitkan kepentingan orang miskin. Contohnya isu perumahan. Kenapa taknak bahas kaw-kaw sampai ke tindakan boikot beli rumah bagi mendesak semua pihak yang terbabit secara bersepadu? Sebab bisnes kapitalis kan? Nampak tak korang punya idelogi dan pemikiran tu macam mana? Malu doe. Negara lain berperang sebab ditindas. Kita berperang sebab isu makan kek. Jijik sial.

Kenaikan RON 95, Jadi Terbuktilah Kerajaan Menipu Bila Kata Ringgit Jatuh Tak Beri Kesan - Di Mana Subsidi Petrol Bersasar Yang Dijanjikan?

Lokman Nor Adam, Pengarah Komunikasi Strategik - baru naik pangkat nampaknya, menyatakan kerajaan tak boleh tidak terpaksa menaikkan harga jualan petrol 95 bagi bulan Januari.

Dan ini adalah apa yang kami petik menerusi berita Sinar Harian yang menyiarkan laporan Bernama.

Kenaikan Harga Minyak

** Klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas.

Dalam kenyataan tersebut, Lokman Nor Adam memberikan alasan >> dengan pengukuhan dollar Amerika berbanding ringgit Malaysia kini, ia mengakibatkan kos pembelian minyak juga meningkat. Ia beri kesan kepada penetapan harga bahan api di Malaysia.

What the park!

Guna ayat bunga-bunga untuk cover situasi sebenar. Hakikatnya, dengan kejatuhan nilai ringgit dan paling buruk di Asia pula tu (rujuk sini) ia menyebabkan apa-apa benda yang kita import akan menjadi mahal (naik mendadak disebabkan pertukaran matawang). Jika sebelum neh 1 dollar misalnya 3.80 sekarang 1 dollar boleh dapat 4.50. Jika kita nak beli 1 dollar kita kena ada 4.50. Kalau 1 barrel minyak dijual pada 10 dollar contohnya = nilai dalam dollar walaupun kekal tetapi kita terpaksa keluarkan lebih banyak ringgit untuk tukar kepada nilai dollar. Kat sini la kos kita meningkat.


Boleh juga kita nak kaitkan dengan faktor luaran seperti perlantikan Donald Trump sebagai presiden baru tetapi tak boleh kita nak salahkan faktor luaran sebagai punca kepada kejatuhan nilai ringgit 100%. Ia mempengaruhi tetapi bukan satu-satunya sebab.


Kegagalan kerajaan uruskan ekonomi dengan baik juga menjadi punca. Tak payah nak blame orang lain sangat la. Kesalahan diri sendiri taknak tengok ke?

Lagipun, apa la sangat setakat beli minyak mahal-mahal kan kejatuhan nilai ringgit baik untuk negara dan sapa tak nampak kebaikan ringgit jatuh dia orang gila bak kata menteri sewel kau tu.

Nazri Aziz

Rakyat Malaysia tak patut merasa sedih dan gusar sebab kerajaan pernah menjanjikan pada tahun 2014 mereka nak perkenalkan satu mekanisme bagus terdunia untuk orang2 miskin beli minyak dengan harga subsidi.

Dah lupa ke?

Mekanisme Subsidi Petrol

Kata janji dilafazkan pada akhir tahun 2014, tahun pertama dorang hapuskan subsidi petrol. Kita tunggu tahun 2015. Krik krik krik. Kita tunggu lagi tahun 2016. Last day dah neh. Krik krik krik. Tahun depan PRU. Bila kau nak laksanakan mekanisme subsidi petrol bersasar tu setannnn?

Mohon jawab sikit la. Kalau tak dapat jawab pun takpe. Cuma jangan jadi sotong pondan bapuk block-block blog orang ya. Hehe.

Jumaat, 30 Disember 2016

Sarawak Report Buat Derk Je Kat Tuntutan PAS, PAS Akan Teruskan Saman SR Ataupun Tidak?

Oleh : Shabudin Dot Com.

Menarik sekali untuk menunggu perkembangan seterusya berkenaan saman Pas terhadap Sarawak Report berkaitan artikel yang mendakwa kepimpinan kanan parti itu menerima RM90 juta daripada Najib Razak.

Pada 13 Disember, Pas sudah menghantar notis tuntutan tujuh hari yang mengandungi tiga permintaan kepada Sarawak Report:-

- menarik balik artitel berkaitan dakwaan RM90 juta yang disiarkan pada 6 Ogos 2016.

-  membuat permohonan maaf mengikut terma yang dipersetujui oleh parti.

- membuat akujanji untuk tidak menyiarkan tuduhan palsu di masa depan.
Laporan Sarawak Report Tentang Skandal 1MDB
Tempoh tuntutan itu telah berakhir pada 20 Disember lalu di mana Claire Brown dan Sarawak Report tidak mengendahkan langsung tuntutan yang diminta Pas itu, sekaligus memberi makna beliau bersedia untuk berdepan dengan Pas dan Hadi Awang di mahkamah.

Hari ini pula sudah 30 Disember, sepuluh hari telah berlalu daripada tarikh tuntutan itu berakhir.

Namun,  masih tidak kedengaran khabar berita sama ada Pas mahu meneruskan saman atau sebaliknya.

Claire Brown, ketika ditanya mengesahkan masih tidak menerima sebarang writ saman atau apa-apa dokumen yang menunjukkan beliau dan Pas akan bertemu di mahkamah.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Zaid Ibrahim dalam blognya minggu lalu ada menasihatkan Pas agar tidak cuba-cuba mahu membawa kes itu ke mahkamah.



Kata Zaid, kos guaman bagi saman fitnah di London adalah terlalu mahal iaitu £250 ribu atau bersamaan RM1.5 juta dan wang itu sebaiknya digunakan oleh Pas untuk kegunaan PRU 14 akan datang.

Selain itu, tambah beliau, jika kes dibawa ke mahkamah, Claire sudah tentu akan memanggil Najib untuk memberi keterangan di mana keadaan itu boleh meruntuhkan hubungan kemesraannya dengan Hadi Awang dan Pas yang terjalin selama ini.

Sediakah Najib hadir ke mahkamah?

Apakah notis tuntutan Pas itu akhirnya sama seperti tuntutan penjelasan Najib kepada WSJ berkaitan dakwaan kemasukan RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadinya sebelum ini, tetapi tidak berani pun diteruskan sehingga ke mahkamah?

Akhirnya, saman atau tidak?

Kutuk-Kutuk Adam Rosly Guna Elektrik Curi Rupa2nya Jamal Pun Curi Elektrik Juga Eh?

Siapakah pemilik kepada syarikat Jamal Jaya (patut ditukar nama kepada Jamal Bengong)?

Jamal Samseng Terlibat Dalam Gerakan Merah

Sembang tak tengok kiri kanan. Time mengutuk orang kemain lagi dia. Rupa-rupanya dia pun buat benda yang serupa. Hipokrit betul la dia neh.

Kah Kah Kah

Sebelum neh Jamal dan pengikutnya pernah membongkarkan rumah ahli PKR iaitu Adam Rosly yang menggunakan elektrik curi bagi membekalkan tenaga di rumah banglonya.

Sungguh pun pendedahan telah dibuat namun sehingga hari kini kita tidak mengetahui jika TNB telah mengambil apa-apa tindakan. Bahkan satu laporan juga dibuat kepada SPRM bagi menyiasat sumber kekayaan Adam Rosly yang mampu beli banglo mewah pada usia muda. Setakat ini SPRM juga tidak memaklumkan apa-apa tentang perkembangan kes. 

Jamal sekarang neh memang rajin serang isu di Selangor. Ada spekulasi mengatakan dia melepaskan hasrat menjadi calon di Sungai Besar sebab dia akan beroleh manfaat yang lebih besar berbanding menjadi ahli parlimen semata-mata.

Tatau la ya ke tak bahawanya dia bakal menjadi MB Selangor jika BN menang bergaya di Selangor. Kalau betul memang whatthepark la. Tapi tak mustahil juga selepas melihat Donald Duck eh silap Donald Trump menang pilihanraya presiden. So tak boleh pandang ringan juga pada persepsi dan sentimen yang Jamal bawa di Selangor.

Kebetulannya Jamal bawa isu air dan isu perjudian haram yang memang makin menjadi-jadi sejak PR berpecah. Dua-dua isu neh agak mengacau pemikiran rakyat tentang pentadbiran di Selangor juga.



Tu tak masuk lagi isu-isu sampingan yang lain terutamanya yang membabitkan isu agama, bangsa dan perumahan. Baru-baru ini portal Free Malaysia Today ada melaporkan bagaimana seorang ibu tunggal terpaksa berhempas pulas semata-mata mahu membeli sebuah rumah mampu milik pada harga 170,000 di Selangor. Ya, 170,000 dengan keluasan 800 kaki persegi. Beratur, amek no. Seriyus la, zaman apa kita neh? Nampak macam berita remeh tetapi point dia ialah pembangkang gagal selesaikan masalah perumahan. 

So dalam dok mengutuk-mengutuk dan mengejek-ejek Jamal dengan tuala busuknya atau propaganda bangangnya jangan sampai kita abaikan sentimen yang dia bawa. Setiap hari dia sekarang sedang buat kecoh atas macam-macam masalah yang membiak di Selangor. Contohnya isu lesen perniagaan yang dia kata dia dah minta banyak kali tetapi PBT tak luluskan. Tahu tak bebudak bisnes melayu pun masuk komen cakap mereka pun lalui perkara yang sama. PBT taknak bagi lesen menjaja tepi jalan.

Sebab tu walaupun nampak macam bahlol, Jamal tu sebenarnya sedang serap sesuatu sentimen. Tengok disebalik aksinya itu. Aksi bodohnya itu sekadar propaganda bagi reach sasaran, mesej sebenar Jamal ialah disebalik aksi propagandanya itu.

Bahagian Operasi Khas SPRM Yang Siasat Kes FELDA, Derma 2.6b, Skandal Air Sabah, SRC Kini Dikecilkan - Kenapa Agaknya?

Memetik laporan dari Malaysiakini ;


Saiz bahagian Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang mengendalikan kes-kes berprofil tinggi seperti yang berkaitan dengan 1MDB dan Felda, didakwa sedang dikecilkan.
Difahamkan bahagian berkenaan ditubuhkan kurang daripada lima tahun lalu untuk menyiasat kes-kes berprofil tinggi yang melibatkan ahli-ahli politik, atau rasuah yang melibatkan jumlah lebih RM1 juta.
Satu sumber yang biasa dengan perkembangan tersebut membayangkan bahawa bahagian yang bertanggungjawab untuk menangani beberapa kes besar sebelum ini, sedang dikecilkan atau sedang berdepan dengan penyusunan semula.
Ia tidak diketahui sama ada langkah itu dipersetujui atau disokong oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baru, Datuk Dzulkifli Ahmad, kata sumber itu dengan syarat tidak mahu namanya disiarkan.
Antara kes-kes yang dikendalikan bahagian berkenaan termasuk kes SRC International Sdn Bhd, bekas anak syarikat 1MDB yang kini di bawah Kementerian Kewangan.
Kes-kes lain termasuk pembelian hartanah hotel oleh Felda London di bawah pengerusinya sekarang, Tan Sri Isa Samad, dan kes rasuah infrastruktur air di Sabah.
Felda telah pun dilaporkan dibersihkan daripada salah laku.
Ia tidak diketahui sama ada pengecilan bahagian itu ekoran langkahnya untuk menyiasat SRC International.
Siasatan Tentang Skandal 1MDB

Tolong jangan bagi alasan kerana masalah kewangan sebab tu kena kecikkan team. Atau jangan bagi alasan kakitangan terlalu ramai.



Isunya bahagian tersebut dah terlibat dalam beberapa siri siasatan yang berprofil tinggi.

Sudah tentu kakitangan yang berada dalam bahagian tersebut dah menyimpan bermacam jenis rahsia individu-individu berpengaruh dalam politik tanahair.

Kita tunggu respon susulan dari SPRM.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...