Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 30 Disember 2016

Kutuk-Kutuk Adam Rosly Guna Elektrik Curi Rupa2nya Jamal Pun Curi Elektrik Juga Eh?

Siapakah pemilik kepada syarikat Jamal Jaya (patut ditukar nama kepada Jamal Bengong)?

Jamal Samseng Terlibat Dalam Gerakan Merah

Sembang tak tengok kiri kanan. Time mengutuk orang kemain lagi dia. Rupa-rupanya dia pun buat benda yang serupa. Hipokrit betul la dia neh.

Kah Kah Kah

Sebelum neh Jamal dan pengikutnya pernah membongkarkan rumah ahli PKR iaitu Adam Rosly yang menggunakan elektrik curi bagi membekalkan tenaga di rumah banglonya.

Sungguh pun pendedahan telah dibuat namun sehingga hari kini kita tidak mengetahui jika TNB telah mengambil apa-apa tindakan. Bahkan satu laporan juga dibuat kepada SPRM bagi menyiasat sumber kekayaan Adam Rosly yang mampu beli banglo mewah pada usia muda. Setakat ini SPRM juga tidak memaklumkan apa-apa tentang perkembangan kes. 

Jamal sekarang neh memang rajin serang isu di Selangor. Ada spekulasi mengatakan dia melepaskan hasrat menjadi calon di Sungai Besar sebab dia akan beroleh manfaat yang lebih besar berbanding menjadi ahli parlimen semata-mata.

Tatau la ya ke tak bahawanya dia bakal menjadi MB Selangor jika BN menang bergaya di Selangor. Kalau betul memang whatthepark la. Tapi tak mustahil juga selepas melihat Donald Duck eh silap Donald Trump menang pilihanraya presiden. So tak boleh pandang ringan juga pada persepsi dan sentimen yang Jamal bawa di Selangor.

Kebetulannya Jamal bawa isu air dan isu perjudian haram yang memang makin menjadi-jadi sejak PR berpecah. Dua-dua isu neh agak mengacau pemikiran rakyat tentang pentadbiran di Selangor juga.



Tu tak masuk lagi isu-isu sampingan yang lain terutamanya yang membabitkan isu agama, bangsa dan perumahan. Baru-baru ini portal Free Malaysia Today ada melaporkan bagaimana seorang ibu tunggal terpaksa berhempas pulas semata-mata mahu membeli sebuah rumah mampu milik pada harga 170,000 di Selangor. Ya, 170,000 dengan keluasan 800 kaki persegi. Beratur, amek no. Seriyus la, zaman apa kita neh? Nampak macam berita remeh tetapi point dia ialah pembangkang gagal selesaikan masalah perumahan. 

So dalam dok mengutuk-mengutuk dan mengejek-ejek Jamal dengan tuala busuknya atau propaganda bangangnya jangan sampai kita abaikan sentimen yang dia bawa. Setiap hari dia sekarang sedang buat kecoh atas macam-macam masalah yang membiak di Selangor. Contohnya isu lesen perniagaan yang dia kata dia dah minta banyak kali tetapi PBT tak luluskan. Tahu tak bebudak bisnes melayu pun masuk komen cakap mereka pun lalui perkara yang sama. PBT taknak bagi lesen menjaja tepi jalan.

Sebab tu walaupun nampak macam bahlol, Jamal tu sebenarnya sedang serap sesuatu sentimen. Tengok disebalik aksinya itu. Aksi bodohnya itu sekadar propaganda bagi reach sasaran, mesej sebenar Jamal ialah disebalik aksi propagandanya itu.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...