Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 31 Disember 2018

Debat SPV Tabung Haji Pro Pembangkang Part 2.

KHALED NORDIN | Ada beberapa aset yang dipindah ke SPV (Urusharta Jamaah Sdn Bhd). Sebuah syarikat bawah Mof Inc.



Nilai keseluruhan aset yang akan dipindahkan ke SPV bernilai RM 19.9 billion. Sebagai ganti SPV akan isu sukuk zero coupon rate sebanyak RM 10.0 billion dan RCPS-I RM 9.9 billion dan bagi pada Lembaga Tabung Haji.

Yang warna merah dalam gambar tu bermaksud TH pegang associate shareholding. Maksudnya TH ada lebih 20% pegangan dalam dua syarikat iaitu TH Heavy Engineering Bhd dan Pelikan International Corp Bhd. Yang lain semuanya TH pegang minority shareholding.

Jadi kat bawah ialah syarikat-syarikat yang akan dipindah ke SPV berserta dengan percent ownershipnya:

- TH Heavy Engineering Bhd (29.80%)
- Pelikan International Corp Bhd (28.664%)
- Integrated Logistics Bhd (10.85%)
- Naim Holding Bhd (10.38%)
- Malakoff Corp Bhd (10.36%)
- Puncak Niaga Holding Bhd (9.84%)
- Adventa Bhd (9.38%)
- IJM Corp Bhd (9.16%)
- Icon Offshore Bhd (8.43%)
- Hap Seng Plantation Holding Bhd (8.13%)
- Dayang Enterprise Bhd (7.92%)
- UEM Sunrise (7.76%)
- CSC Steel Holding Bhd (7.387%)
- Eastern & Oriental Bhd (7.12%)
- KSL Holding Bhd (7.04%)
- Pintaras Jaya Bhd (6.84%)
- MCT Bhd (6.52%)
- Malaysia Marine & Heavy Engineering Holding Bhd (6.04%)
- Mah Sing Group Bhd (5.767%)
- Star Media Group Bhd (5.395%)


Kat atas ni baru aset ekuiti, belum lagi dicampurkan sekali dengan aset property. Antara property yang nak dijual ialah tanah TRX. Aset hartanah pula dijual dengan harga book value. Kalau nilai sekarang mestilah dah meningkat.

Mungkin ada lagi aset yang akan diumumkan untuk dijual kepada SPV. Mungkin Isnin ni sebab dalam tu tak ada Felda Global Ventures (FGV) Holding Bhd. Ikutkan, LTH ada 7.78% share dalam FGV.

Tambah lagi, syarikat macam Malakoff tu antara syarikat yang bagi dividen setiap tahun. TH pegang RCPS macam tu jeklah lepas ni. Kalau tak redeem tak dapatlah untung tu. Pegang pulak sukuk yang zero coupon rate yang tak ada pulangan setiap tahun.

Tak faham dengan kerajaan sekarang, dia yang manipulate market dengan kenyataan-kenyataan bodoh daripada menteri. Lepas tu dia jual. Dia salahkan asset tu underperforming. Lepas tu jual.

Tak apalah. Bak kata penyokong PH kelas bawahan.

"Baik pilih pemimpin bukan Islam yang tak mencuri, daripada pilih pemimpin Islam yang mencuri".

p/s : prepare for #tokongnomics.

Rujukan :

1. Tabung Haji commences sale of underperforming assets to SPV : http://www.theedgemarkets.com/article/tabung-haji-commences-sale-underperforming-assets-spv

BN Sibuk Tambah Aset, PH Sibuk Jual Aset - Najib Razak.

NAJIB RAZAK | Pada 2012, melalui gabungan SP Setia, Sime Darby dan KWSP, mereka telah membeli tanah Battersea dengan harga £600 juta (RM3 bilion) menewaskan bidaan dari kelab bola sepak Chelsea FC yang ingin membina stadium baru mereka di sana.

Pada masa itu, ada yang mengkritik kerajaan BN tentang pembelian ini dengan tuduhan-tuduhan harga terlalu mahal serta pelbagai tuduhan salah-laku atau rasuah.

Tetapi apabila penganalisa antarabangsa dan tempatan menjangka keuntungan projek ini buat konsoritum SP Setia, Sime Darby dan KWSP ialah sebanyak €9.7 bilion (RM50 bilion), penjual tanah ini pula dikritik oleh pihak-pihak di England dengan tuduhan mereka telah menjual dengan harga terlalu murah.
https://www.edgeprop.my/…/battersea-profit-seen-%E2%82%AC97…

Dan terbaru, satu laporan minggu lepas yang tidak dihebohkan kerajaan PH adalah mengenai pembelian Fasa 2 Projek Battersea di London oleh KWSP dan PNB dari SP Setia dan Sime Darby Properties dan ia adalah transaksi pembelian bangunan harga paling tinggi di dalam sejarah negara England dengan harga £1.6 billion (RM8.4billion).

Bangunan Fasa 2 ini merupakan sebahagian dari projek Battersea di tanah seluas 42 ekar di London yang sedang diusahakan oleh konsortium milik penuh Malaysia iaitu SP Setia Berhad (40%), Sime Darby Property Berhad (40%) dan KWSP (20%).

SP Setia dan Sime Darby Property adalah syarikat pembinaan milik PNB dan telah menjual Fasa 2 projek ini kepada PNB dan KWSP yang akan menikmati pulangan jangkamasa panjang.

Pembangunan di Fasa 2 ini adalah antara bangunan baru paling berprestij di London.

Antara yang telah menandatangani perjanjian untuk berpindah ke bangunan ini termasuk syarikat Apple yang akan memindahkan ibu pejabat England ke lokasi ini.

Fasa pertama yang dimajukan pada tahun 2014 sangat berjaya dan memberi keuntungan yang tinggi kepada konsortium Malaysia ini.

Hakikatnya, konsortium 100% milik Malaysia ini telah berjaya untuk memajukan projek hartanah terbesar serta paling berpresij di England dan sedang mengaut keuntungan yang amat besar dari projek ini.

Yang untung ialah syarikat-syarikat PNB dan KWSP - bukan kroni.

Yang untung ialah pencarum-pencarum ASN, ASB, KWSP - bukan kroni.

Saya juga pelik kerana PH tidak pernah menuduh England jual negara kepada Malaysia walaupun syarikat-syarikat Malaysia memiliki dan memajukan projek hartanah terbesar di England, malah ia adalah satu hartanah ikonik negara itu.
https://www.businessinsider.my/london-megaprojects-that-w…/…

Tidak pula PH tuduh saya telah jajah tanah negara penjajah kita dahulu.

Setiap perniagaan dan projek ada risiko untung atau rugi tetapi hari ini, PH sibuk menjual aset-aset negara, manakala kerajaan BN dahulu lebih berminat untuk meraih keuntungan dan menambah aset negara.

Malah, apabila kerajaan BN ke luar negara dahulu, kita lebih cenderung untuk memeterai surat perjanjian kerjasama perdagangan dengan negara luar berbanding menulis warkah tidak dibalas yang tiada faedah untuk rakyat.

Netizens Jawab TMJ, Tunjuk Bukti SUKMA2020 Dah Mesyuarat Banyak Kali..

SOSMED | Ini susulan dari dakwaan Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim yang berkicau mengenai peruntukan SUKMA 2020 di Johor baru-baru ini.

Pada awalnya baginda berkicau;

๐Ÿ‘‰ Johor akan menganjurkan SUKMA 2020

๐Ÿ‘‰ Kerajaan dah berjanji akan menyediakan peruntukan

๐Ÿ‘‰ Tetapi tiada mesyuarat mengenainya setakat ini (lapan bulan)

Bagaimanapun dakwaan TMJ itu dengan pantasnya disangkal oleh Amshar Aziz di Twitternya pada khamis lepas. 

Menurut Amshar dakwaan mengenai kerajaan tidak pernah membincangkan hala tuju dan perkembangan SUKMA2020 adalah tidak benar.

Bahkan pada 14 Disember 2018, adalah mesyuarat yang paling terbaru diadakan bagi membincangkan perihal SUKMA2020 katanya dalam bebenang tersebut.

Manakala netizen yang dikenali sebagai Telonoild Acerola
menunjukkan beberapa rekod ataupun bukti bahawanya mesyuarat mengenai penganjuran SUKMA 2020 sedang berjalan dari semasa ke semasa.

"Maklumlah duduk obersea lama sangat..

Lain kali sebelum melintas... Pandang-pandang dulu kiri kanan depan belakang.

Ataupun ikut lampu isyarat... Jangan kalau lampu merah pun buat magik jadi lampu hijau.

Nota kaki : cuba tengok tarikh-tarikh... Ada tak meeting dlm masa 8 bulan nie??,"
tulisnya dalam satu kenyataan di Facebook sambil berkongsikan 10 gambar sebagai bukti.













Dalam perkembangan berkaitan, tinjauan pihak kami mendapati TMJ telah memadamkan ciapannya mengenai dakwaan tersebut. - 31 Disember 2018.

Debat SPV Tabung Haji Pro Pembangkang Part 1.

NAJIB SHAARI | i) Aset TH yang dipindahkan ke SPV Urusharta Jamaah Sdn Bhd;



1 - Naim Holdings Bhd . 24juta Unit 3%
2 - Malakoff Corp Bhd . 500juta Unit 10%
3 - Integrated Logistic Bhd . 20juta Unit 9%
4 - Dayang Enterprise Bhd . 76juta Unit 8%
5 - Pintaras Jaya Bhd . 11juta unit 7%
6 - Eastern and Oriental Bhd . 94juta unit 7%
7 - Hapseng Plantation Bhd . 66 juta unit 8%
8 - UEM Sunrise Bhd . 348juta unit 8%
9 - IJM Corp Bhd . 227juta unit 6%
10 - Pelikan International Bhd . 157juta unit 30%
11 - Icon Offshore Bhd . 103juta unit 9%
12 - TH Heavy Engineering Bhd . 334juta unit . 30% .
13 - Parkson Berhad . 105juta unit . 10%
14 - Lion Industry. 44juta unit . 6%
15 - MCT Berhad . 133juta unit . 9%
16 - KSL Berhad. 71juta unit . 7%
17 - MMHE Berhad . 105juta unit . 7%
18 - Mahsing Berhad . 139juta unit . 6%
19 - Adventa Berhad . 14juta unit . 9%
20 - CSC Steel Berhad . 27juta unit . 7%


Kalau kita perhatikan, kebanyakkan company yang dipindahkan ni semuanya TH pegang less than 10%. Ada 2 je TH pegang 30%. If TH pegang less than 10%, apa benda yang TH boleh buat untuk pulihkan company tu?

TH literally a minority shareholder dalam company tersebut and literally TH can do nothing about the company performance. If benda tu beralih masuk SPV pon, SPV tu pon tak boleh do anything to improve company tu punya performance.

So timbul persoalan, apa function equity diatas selain daripada THHeavy dan Pelikan dimasukkan dalam SPV Urusharta Jamaah Sdn Bhd tu ?

More to come from me. Watch this space.

ii) Korang dah tahukan aset milik TH yang dipindahkan ke SPV UrusHarta Jamaah Sdn Bhd?

Okay jom kita tengok performance asset-asset tersebut. 


Alang-alang aku tak dapat tidur dah, bagi korang sekali tak boleh tidur.

1 - Naim Holdings Bhd - YOY Profit Growth, QOQ Profit Growth , Profit Growtb Continously for 3 Quarter, Last Quarter profit highest in 2 year. 


2 - Malakoff Corp Bhd - Divident yield 7% pa , Paid divident almost 40sen per unit since listing date 2015 (TH bought Malakoff at RM1.80 sen).


3 - Integrated Logistic Bhd - Underperform.


4 - Dayang Enterprise Bhd - YOY Profit Growth, QOQ Profit Growth, Profit Growtb Continously for 3 Quarter, Last Quarter profit highest in 2 year. 


5 - Pintaras Jaya Bhd - Divident yield 9% pa.


6 - Eastern and Oriental Bhd - Divident yield 3% pa.


7 - Hapseng Plantation Bhd - Divident yield 5% pa.


8 - UEM Sunrise Bhd - YOY profit growth, Divident yield 2%.


9 - IJM Corp Bhd - Divident yield 3% pa. 


10 - Pelikan International Bhd - YOY profit growth , profit making company. 


11 - Icon Offshore Bhd - Order book this year RM300million.

Ada 6-7 company yang constantly bayar divident setiap tahun. Harus diingat RCPS yang TH pegang tidak beri divident. Divident untuk 6-7 company ni pergi ke SPV tanpa perlu SPV membayarnya kembali kepada TH. TH melopong je lah tengok divident tu.

Ada 2-3 company yang improving every year. Kita boleh tengok ada company profit growth YOY, QOQ, mencatatkan keuntungan tertinggi untuk quarter result. Kalau kedepan mula bayar divident samalah macam kes diatas. SPV tidak perlu membayar kembali kepada TH dan TH melopong je lah tengok.

Ada 1 company order book (dapat kontrak) bernilai RM300juta untuk 2018 dan dijangkan akan memberi kesan positif terhadap company tersebut.

YOY : Year on Year
QOQ : Quarter on Quarter
PA : Per annum (setahun)
Dividen Yield : Pulangan dividen

Najib Luah Perasaan, Kata PH Tidak Faham Keperluan Rakyat B40.

NAJIB RAZAK | KERAJAAN TIDAK FAHAM KEPERLUAN RAKYAT B40

Penoreh getah kita keluar sebelum matahari terbit lagi.

Petani dan pekebun kecil sawit kita di ladang dari subuh hingga ke senja.


Nelayan kita mulakan hari sejak awal pagi lagi bawa pulang hasil laut.

Jiran-jiran kita yang bekerja di pejabat hantar anak ke sekolah dan kemudiannya masuk kerja sampai malam baru pulang.

Ada yang kerja sebagai kerani, sebagai penghantar dokumen, ada yang bekerja eksekutif.

Ramai bekerja 6-7 hari seminggu, ada yang buat kerja sampingan.

Setiap kali ada Jobs Fair, saya lihat kebanyakannya anak muda yang mahu dapatkan kerja.

Saya tahu sebab masa zaman BN, kita buat banyak Jobs Fair, kita wujudkan program Skim Latihan 1Malaysia bantu anak muda dapat pekerjaan baik.

Saya juga tahu ada yang ketika menunggu keputusan interview, mereka akan membuat kerja sampingan seperti jualan online, jadi pemandu e-hailing sementara.

Bukalah Facebook dan Instagram. Ramai anak muda juga sedang berusaha gigih jadi usahawan dengan perniagaan mereka sendiri.

Anak-anak Malaysia tidak malas. Anak-anak Malaysia sentiasa cuba cari pendapatan untuk menyara diri dan keluarga.

Tiada orang yang memilih untuk jadi miskin.

Kadang kala ada yang tidak dapat keluar dari kemiskinan atas banyak faktor, antaranya akibat kesempitan hidup, mereka hanya mampu memikir untuk mengisi perut hari demi hari sahaja.

Ada yang walaupun berkebolehan, mereka kekurangan peluang atau modal.

Jika kita lihat di setiap masyarakat di seluruh dunia, akan ada 3 lapisan masyarakat iaitu golongan kaya (T20), pertengahan (M40) dan miskin (B40).

Ini ekonomi dan matematik asas.

Wujudnya kerajaan adalah untuk memastikan antaranya

1) jurang pendapatan dikurangkan

2) membantu golongan miskin dengan keperluan asas dan memberi peluang kepada mereka untuk menaikkan taraf hidup

Itulah sebabnya ketika saya Perdana Menteri, kita bukan sahaja memberikan BR1M.

Kita buka juga peluang dan beri modal kepada mereka jadi usahawan untuk mencari pendapatan yang lebih banyak melalui pelbagai program, misalnya 1AZAM, MARA, TEKUN dan macam-macam lagi.

Rakyat memerlukan kerajaan sebagai "social support system" atau sistem sokongan kebajikan dan sememangnya itulah fungsi kerajaan.

Hari ini, rakyat sudah mula gelisah dengan apa yang bakal mereka hadapi pada tahun 2019.

Sejak Lim Guan Eng menjadi Menteri Kewangan, sudah banyak bantuan dan sokongan kepada rakyat ditarik balik.

Dia tidak faham keperitan hidup dan keperluan golongan B40.

Keadaan ekonomi juga semakin tidak stabil dan lembab.

Kerajaan macam inikah yang rakyat nak bergantung harap pada?

Gambar Pertemuan Azmin, Hishammudin Di Maghribi Undang Teori Konspirasi..

POLITIK | "Keluarga kami bersatu semula," itulah kapsyen yang ditulis oleh anak Azmin Ali ketika berkongsikan satu gambar percutian keluarga di Maghribi pada ahad.

Gambar itu memaparkan dua keluarga iaitu keluarga Azmin Ali dan keluarga Hishammudin Hussien yang dilihat sedang bercuti di kawasan yang sama. 

Ameer Azmin Ali berkongsikan gambar tersebut di Twitternya malam semalam bagaimanapun gambar tersebut kini tidak lagi boleh diakses oleh netizens berikutan telah dipadamkan.


Sementara itu dalam perkembangan berkaitan, Ahli Majlis Tertinggi PPBM, Datuk Rais Husin menulis di Twitternya, "dilaporkan bahawa 'perbincangan sengit' sedang berlangsung di Maghribi ke arah membentuk semula landskap politik Malaysia di antara dua orang yang bercita-cita ingin menuntut kepimpinan Malaysia! ๐Ÿคฆ๐Ÿป♂️ Tak sudah-sudah!," katanya dalam kenyataan itu yang dipercayai ditujukan kepada Azmin Ali dan Hishammudin Hussien.


Terdahulu, Nurul Izzah pernah menegur Rais Husin untuk tidak bercakap bagi pihaknya ketika mengulas isu perletakkan jawatannya sebagai Naib Presiden PKR baru-baru ini.

Kebanyakan kem yang pro Anwar dilihat tidak membantah perletakkan jawatan Nurul Izzah kerana sedia maklum dengan strategi parti yang mahu menyerap masuk Rafizi ke dalam barisan kepimpinan pusat.

Perkara itu kemudiannya mendorong bantahan Azmin Ali dalam satu kenyataan yang dibuat secara terbuka terhadap Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Azmin menegur Anwar untuk meneliti semula perlantikan jawatan utama kepimpinan parti yang dianggapnya sebagai tidak mencerminkan prinsip FAIR AND JUST REPRESENTION terhadap aspirasi anggota dan tidak akan membantu parti maju ke hadapan.

 
Meskipun nama tidak disebutkan tetapi kenyataan Azmin dipercayai ditujukan kepada Rafizi dan kem pro Anwar yang dianggapnya sebagai PUNCA PERPECAHAN DALAM PARTI.

Azmin juga menegur perlantikan MPP haruslah berdasarkan merit dan bukannya berdasarkan imbuhan dan sogokan politik bagi meraih sokongan undi di dalam MPP.

Anwar kemudiannya membalas kenyataan tersebut itu secara ringkas di Twitternya, "Kalaulah sesetengah orang tu tumpukan perhatian lebih kepada membangunkan ekonomi berbanding politiking," kicaunya.

Azmin Ali ialah Menteri Ekonomi, maka ramai percaya ciapan itu ditujukan khusus kepada Azmin Ali yang secara terbuka mengkritik tindakan Presiden tanpa menggunakan saluran tertutup.

Sehari selepas itu, gambar Azmin dan Hishammudin pula disebarkan oleh anak Azmin sendiri. Sesetengah pemerhati beranggapan ini adalah suatu tindakan memeras ugut Anwar untuk berdiam diri daripada mengkritik Azmin ataupun tindakan yang lebih berani mungkin akan dilakukan oleh pemimpin itu.

Sebelum ini The Star pernah melaporkan ada perbincangan diantara Azmin Ali dan Hishammudin Hussien yang sedang mengumpul sokongan buat Tun Mahathir. Perkara itu dilaporkan pada 16 Disember lepas dan didedahkan oleh Datuk Alwi Che Ahmad yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO.

Kata Alwi, UMNO sedang berpecah disebabkan sokongan terhadap dua kem berlainan di dalam kerajaan.

Satu kumpulan yang diketuai oleh Hamzah Zainuddin manakala satu yang lain diketuai oleh Zahid Hamidi.

Hamzah menyokong kepimpinan Tun Mahathir semata-mata mahu menghalang Anwar naik menjadi Perdana Menteri. Hamzah dengan bantuan Hishammudin Hussien yang turut membantah Anwar sebagai Perdana Menteri berjaya mendapatkan sokongan 38 MPs UMNO untuk menandatanggani Surat Akuan Bersumpah bagi menyokong kepimpinan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri untuk menghalang percubaan usul undi tidak percaya (andai itu berlaku).

38 Ahli Parlimen UMNO itu bagaimanapun tidak mempunyai niat untuk keluar parti atau melompat masuk ke PPBM, bahkan tidak berminat, katanya lagi.

Manakala Zahid dengan kerjasama Nazri pula bersedia memberikan sokongan kepada Anwar andai pemimpin UMNO tidak diburu sepertimana yang sedang berlaku sekarang.

Nazri juga dipetik sebagai berkata, Anwar berjanji tidak akan membatalkan UMNO dan bersedia mengagihkan peruntukan sama rata diantara wakil rakyat kerajaan dan pembangkang (bagi tujuan berkhidmat kepada rakyat).

Berang dengan kempen terbuka Nazri yang mengakui sedia bekerjasama dengan Anwar yang juga membuka ruang kerjasama dengan DAP, UMNO Ampang kemudiannya mempertikaikan tindakan Nazri.

Hamzah juga mengambil satu langkah drastik dengan mengumumkan keluar dari UMNO dan lebih ramai akan mengikut jejak langkahnya jika Zahid tidak meletakkan jawatan yang mana akhirnya menyaksikan Zahid akur dengan tuntutan tersebut.

Menurut Alwi, kebanyakan yang menyokong kem Mahathir bukanlah kerana menyokong Mahathir tetapi semata-mata enggan melihat Anwar menjadi Perdana Menteri atas faktor ketidakpercayaan dan ketidakyakinan (Anwar dianggap pro DAP).

Laporan The Star itu juga buat pertama kalinya mendedahkan Azmin turut hadir dalam satu pertemuan rahsia yang berlangsung di rumah Hishammuddin Hussien.

Azmin tidak menjawab kepada laporan itu, Hishammuddin tidak menafikan wujudnya pertemuan namun menolak andaian pertemuan itu adalah rahsia.

"Tiada pertemuan rahsia. Dia kawan saya selama 30 tahun. Kami bertemu selalu (sepanjang masa). Semua (pihak) mengetahui hal ini," ciapnya membalas laporan The Star. - 31 Disember 2018.

Mati Dalam PAS Atau Mati Dalam Iman?

Wanji Wanhussin Wanji | HASRAT MATI DALAM PAS ADALAH "AQIDAH"?

1. Pak Subki Latif, seorang penulis terkenal dalam PAS menulis dalam Harakah bahawa Almarhum Ustaz Mustaffa Daharun, Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan dari Jempol mati dalam PAS.





2. Membaca tulisan itu, saya teringat kepada Husam Musa. Ketika ramai pemimpin PAS keluar parti dan tubuh Parti AMANAH Negara, Husam sahaja yang tidak keluar PAS.

3. Ketika itu, ada sebilangan rakan tidak berpuas hati dengan sikap Husam. Walaubagaimanapun, akhirnya Husam tidak keluar, tetapi dikeluarkan. Dalam bahasa kurang sopan, dipecat. Lepas itu baru beliau masuk Parti AMANAH Negara.

4. Semasa ramai rakan-rakan bercakap berkenaan sikap Husam sebelum dipecat, saya hanya cakap bahawa Husam nak mati dalam PAS. Sebab, mati dalam PAS salah satu kesempurnaan iman bagi mereka yang menganut fahaman PAS.

5. Walaupun saya cakap begitu dengan tujuan menyindir, sebenarnya kepercayaan itu sememangnya wujud. Sebab, dalam satu forum lama, saya masih ingat Allahyarham Ustaz Hasan Shukri pernah bercerita kepada saya berkenaan bekas pemimpin PAS, Ustaz Hasan Adli yang ramai dakwa beliau mati bukan dalam PAS. Tidak lama kemudian, saya dengar Ustaz Ahmad Awang menegaskan bahawa Ustaz Hasan Adli mati dalam PAS.

6. Semasa PAS belum keluar dari Pakatan Rakyat, Dr Mujahid yang kini menteri agama pernah dijemput oleh PSM dalam satu forum. Memandangkan Dr Mujahid tidak dapat hadir, saya diminta untuk ganti.

7. Dalam forum, saya mengkritik cara faham Islam versi PAS. Pada masa tu, walaupun sudah tiada jawatan dalam PAS, tetapi saya masih lagi ahli PAS.

8. Ketika itu, sudah banyak kritikan cara faham Islam PAS yang saya lakukan. Tidak dinafikan, ada sebilangan yang mengkritik dan menghina saya. Kini, ada sebilangan mereka ada yang sudah keluar PAS dan masuk Parti AMANAH Negara.

9. Selepas saya kritik cara faham Islam PAS dalam forum PSM itu, Dr Jayakumar bertanya kepada saya dalam sesi soal - jawab, mengapa saya - pada masa itu - masih tidak keluar PAS.

10. Dengan nada sinis, bergurau dan ketawa kecil saya menjawab, saya mahu masuk syurga. Jawapan saya itu, satu dewan ketawa.

Anwar Bakal Disembelih Oleh Azmin.

Wanji Wanhussin Wanji | ANWAR BAKAL "DISEMBELIH" OLEH AZMIN

1. Seorang kawan saya berbangsa cina, suatu hari bertanya kepada saya berkenaan Azmin Ali. Saya menyatakan, andai kamu orang cina berbangga dengan kehebatan Sun Tzu dalam seni perang, kami dari kalangan orang melayu ada Azmin Ali.


2. Antara hujah saya, Sun Tzu pernah mengeluarkan teori menarik dalam perang, iaitu kemampuan membunuh musuh politiknya menggunakan pisau musuh. Demikian juga kelebihan pada politik Azmin Ali.

3. Semasa Khalid Ibrahim menjadi MB, orang yang mula-mula bangkit keraguan terhadap pengurusan kewangan kerajaan Selangor adalah Azmin Ali. Tetapi, pada masa itu, orang tidak ambil port sangat. Akhirnya, yang kempen untuk jatuhkan Khalid Ibrahim adalah Rafizi dan Saifuddin Nasution.

4. Lebih menarik, walaupun nak dicadangkan nama lain sebagai MB Selangor selepas kejatuhan Tan Sri Khalid Ibrahim, tetapi yang jadi MB adalah Azmin Ali. Rafizi dan Saifuddin Nasution pula terpalit dengan "kotoran" serangan terhadap Khalid Ibrahim.

5. Kebijaksanaan politik cara Azmin Ali lebih terserlah, apabila beliau pandai memposisikan diri dan pandai mengambil peluang untuk keuntungan politik beliau. Disamping bijak memanfaatkan testimonial untuk kelangsungan politik beliau.

6. Kalau kita mahu melariskan barang jualan kita, antara mekanismanya adalah testimonial. Iaitu, barangan kita dipegang oleh seorang artis terkenal. Demikian juga, kebijaksanaan Azmin Ali dalam testimonial politik, iaitu beliau selalu mengungkapkan bahawa beliau adalah orang yang paling setia dengan Anwar Ibrahim. Dengan ungkapan itu, beliau semakin berjaya membina keyakinan ahli PKR terhadap karakter dirinya.

7. Bukan sekadar dalaman PKR, malahan setelah beliau menjadi Menteri, beliau cuba buktikan kepada awam bahawa beliau ada kelebihan berbanding Anwar Ibrahim. Itu dapat dilihat dalam ucapan beliau dalam parlimen dan sebarang ucapan beliau yang dihadiri Anwar sama.

8. Kebijaksanaan Azmin dalam politik juga dapat dilihat, apabila beliau amat pandai untuk menentukan masa bila nak bercakap, dan masa bila dia perlu berdiam diri. Ini berbeza dengan Anwar Ibrahim dan Rafizi Ramli.

9. Sebab itu, semasa pemilihan sedang berlaku - Rafizi melawan Azmin - beliau banyak diam. Apabila Rafizi banyak sangat bercakap menyebabkan lahir persepsi bahawa Rafizi kelihatan seperti meroyan. Dari satu sisi, beliau berjaya mencipta imej buruk pada musuh politik beliau.

10. Selepas beliau diumumkan menang jawatan Timbalan Presiden PKR, ucapan beliau nampak macam sindir Rafizi, tetapi sebenarnya beliau sindir Anwar Ibrahim. Kita dapat dengar, apabila nada suara beliau agak lain sikit ketika sebut pada nama "Ibrahim".

11. Yang lawan beliau dalaman parti yang kalah, semuanya berbinkan Ibrahim - Khalid Ibrahim dan Zaid Ibrahim. Bermakna, yang bakal kalah lepas ini adalah Anwar Ibrahim. Tetapi, dia sebut nama Rafizi kerana dia amat halus dalam menyindir.

12. Azmin tak akan mau musuh beliau dari kalangan orang-orang yang banyak mulut. Maka dengan sebab itu, semalam beliau nyatakan yang beliau tak setuju Rafizi berada dalam jawatankuasa tertinggi PKR. Mungkin kita kata beliau tak suka berdebat, tetapi sebenarnya, beliau tak mau masa beliau terbuang dalam agenda melaksanakan apa yang beliau mahu.

13. Semasa pemilihan PKR berlaku, beliau kata beliau tak ada masalah bekerjasama dengan Rafizi. Itu ucapan politik beliau sahaja. Sepertimana ucapan politik beliau yang beratus kali beliau kata, beliau setia dengan Anwar Ibrahim.

14. Dalam jangka masa yang begitu lama, beliau sudah berjaya membina pengaruh dalaman PKR. Lebih menarik, apabila beliau berjaya mengurangkan rasa hormat dan pengaruh Anwar dalam PKR. Dia berjaya menampilkan beberapa sikap Anwar yang akhirnya, kelemahan Anwar dilihat ramai.

15. Kejayaan itu amat terserlah, apabila sudah ada serangan terbuka yang dilakukan oleh beberapa pemimpin PKR terhadap Anwar. Dengan bantahan beliau semalaman, itu lambang beliau dah bersedia untuk menunjukkan perlawanan beliau terhadap Anwar.

16. Anwar Ibrahim kena ingat bahawa dia bakal dihabiskan oleh Azmin. Dua anak Ibrahim (Khalid Ibrahim dan Zaid Ibrahim) telah dia muziumkan. Kini tinggal satu lagi anak Ibrahim yang perlu dia muziumkan, iaitu Anwar Ibrahim.

17. Di atas kertas, calon PM adalah Anwar. Tetapi dari sudut perancangan tersusun, Azmin Ali adalah PM Malaysia selepas Tun M.

18. Sebelum ini, PM yang paling lama adalah Tun M, iaitu semasa PM ke 4 lalu. Selepas ini, PM yang paling lama adalah Azmin Ali.

19. Kalau Anwar Ibrahim nak selamat, dia lawan Azmin Ali itu sendiri memberi bahaya pada masa depan politik Anwar.

20. Sebelum ini, saya tulis berkenaan PKR, pasti akan ada pemimpin PKR pesan kat saya yang saya terlalu baru dalam PKR. Jadi tak layak tulis berkenaan PKR. Saya harap, tulisan ini tidak ada pemimpin PKR yang pesan macam tu kat saya lagi

Sekian.

Ini Bukti Bergambar Hidung Syed Saddiq Berdarah, Penyokong PPBM Pertahankan Menteri Cedera Betul Dan Bukannya Berlakon.

SOSMED | Lakonan. Drama. Itulah sindiran yang diterima oleh Menteri Belia Dan Sukan berikutan muncul di PAP (PERHIMPUNAN AGUNG PPBM) dengan wajahnya yang berbalut.

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dikecam netizens seperti berikut;

๐Ÿ‘‰ Luka beralih tempat = maka terbukti Syed Saddiq berlakon sakit.

๐Ÿ‘‰ Jatuh ketika berkayak, jatuh dalam air pun muka bertampal = logik ke?

๐Ÿ‘‰ Ketika keluar dari kenderaan jalan elok je, bila masuk berjalan ke arah wartawan berkumpul, tetiba jalan terhencot-hencot = nampak sangat drama nak tagih simpati.

๐Ÿ‘‰ Mula-mula dagu bertampal, lepas tu tampal tu dah hilang, tengok kat dagu satu parut pun takde, betul ke sakit? = memang drama sungguhlah.

๐Ÿ“Œ Tuduhan yang pertama, luka beralih tempat. Kejap kiri, kejap kanan. 



"Jatuh motor katanya. Kejap kiri, kejap kanan. Hebat menteri-menteri PH ni. Luka boleh berubah-ubah tempat. Hebat-hebat," tulis individu tersebut.

Selepas diperiksa, didapati gambar luka Syed Saddiq yang beralih kedudukan itu diambil menggunakan selfie mode - ini bermakna Syed Saddiq tidak menipu mengenai kedudukan lukanya. Perkara ini lebih jelas jika diperhatikan kedudukan kocek baju melayu Syed Saddiq.

Individu yang melakukan tuduhan itu dikesan telah memadamkan (atau menyembunyikan) post tersebut berikutan menerima serangan bertubi-tubi netizens yang beranggapan beliau terlalu bodoh teknologi dan berasal dari planet gua.

๐Ÿ“Œ Jatuh kayak, bukan jatuh motor.

Ya, ada juga pihak yang mempertikaikan kecederaan Syed Saddiq sebenarnya akibat bermain kayak dan bukannya kerana jatuh motor. Apakah asas kepada tuduhan itu? Ini berikutan menteri itu telah berkongsikan gambar beliau yang memegang dayung dengan wajah yang tercedera 4 hari lepas di Instagramnya. Namun pihak ketiga yang menyebarkan gambar tersebut berlaku tidak jujur dengan membuat tuduhan Syed Saddiq tercedera kerana bermain kayak. Tuduhan itu kini viral disana disini.


Sebenarnya di kapsyen gambar tersebut, dengan jelas Syed Saddiq memberitahu "dimana ada kemahuan disitu ada jalan. Walaupun luka, masih bersemangat (cekal) untuk satu pusingan lagi", yang membawa maksud, beliau bermain kayak dalam keadaan telah cedera terlebih dahulu tanpa menyatakan punca beliau tercedera. Tidak ada pula ditulisnya cedera kerana bermain kayak. Oleh kerana Syed Saddiq mempromosikan bermain kayak dalam keadaan tercedera, sudah tentulah jika beliau terjatuh ketika berkayak, akan ada video yang viral. Fikirkan.

๐Ÿ“Œ Jalan elok ketika keluar kenderaan, jalan terhincut-hincut ketika berada di depan wartawan.

Jawapan kepada tuduhan ini boleh dijawab oleh menteri sendiri. Pihak kami hanya akan berkongsikan rakaman video sahaja untuk penilaian pembaca (lihat diakhir artikel ini nanti).

๐Ÿ“Œ Selepas sehari berhimpun, tampalan didagu pun hilang, parut pun tiada.

Seorang individu yang dikenali sebagai Khay, membuat dakwaan, "jatuh motor luka kat dagu. Tampal plaster sebesar alam. Bila buka tiada parut, kudis langsung. Kau tampal kulit babi ke apa,?" soal individu tersebut dalam nada menghina.

Diruangan komen, kemudiannya netizens sambung mempertikaikan dan memperlekehkan Syed Saddiq berlakon dan wayang lebih.


Sedikit andaian penulis, berkenaan luka di dagu, ia mungkin kecederaan yang tidak serius disebabkan itulah parutnya tidak kelihatan dengan jelas. Tambahan pula, kesan kamera dan pencahayaan juga boleh memainkan peranan membuatkan parut/luka kecil tidak kelihatan jelas didalam gambar dan rakaman video. Masa penyembuhan juga mempengaruhi. Ini kerana Syed Saddiq berkata beliau jatuh motor 3 hari sebelum waktu perhimpunan agung tahunan PPBM bermula. Tak mustahil dalam masa 3 hari, lukanya kian mengecil dan memulih.

Bagaimanapun ini hanyalah andaian. Jawapan sebenar ada pada tuan punya badan.

Disebabkan kecaman bertubi-tubi yang diterima oleh Syed Saddiq itu jugalah, penyokong PPBM kemudiannya berkongsikan satu gambar yang dimuatnaik oleh salah seorang kakitangan Syed Saddiq.


Penyokong PPBM itu berkongsikan gambar Syed Saddiq yang berdarah hidungnya dengan niat mahu membuktikan kecederaan Syed Saddiq adalah benar-benar berlaku dan bukannya wayang seperti dakwaan sesetengah pihak.

"Akibat tangguh temujanji dengan doktor, hidung pun dah berdarah. Esok dahla big day! Doakan bos saya cepat sembuhnya," tulis individu berkenaan di gambar tersebut.

Nampaknya daripada menilai isi ucapan Ketua Pemuda PPBM dan berbahas mengenainya, netizens lebih berminat berdebat mengenai kecederaan yang dialami oleh Syed Saddiq samada ianya betul ataupun lakonan semata. Apa sudah jadi? ๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜… - 31 Disember 2018.

Sabtu, 29 Disember 2018

Dulu BRIM Dedak Tapi Sekarang..

KHAIRY JAMALUDDIN | Dedak BaSaH
Menteri Kewangan mengumumkan bahawa BR1M atau nama Malaysia Baharunya, Bantuan Sara Hidup (BSH) akan dipercepatkan agihannya iaitu pada 28 Januari 2019 berbanding cadangan awal selepas Tahun Baru Cina pada bulan Februari.

Sebelum PRU-14, pemimpin Pakatan Harapan berulangkali menyatakan bahawa BR1M adalah rasuah, sogokan dan ada sehingga menggelar bantuan kepada rakyat ini sebagai dedak. Perdana Menteri juga pernah menyatakan bahawa BR1M adalah ‘polisi malas’ kerajaan terdahulu sebab kononnya tidak menyelesaikan masalah ekonomi rakyat.


Selepas menjadi kerajaan, BR1M yang telah sedikit sebanyak membantu rakyat ini diangkat semula oleh Pakatan Harapan sebagai polisi mereka. Mungkin sebab tidak mahu dikatakan copy & paste atau dikatakan ‘polisi malas’, mereka copy, paste & edit kepada nama baru iaitu BSH (baca BaSaH). Database yang akan digunakan pula adalah database yang diwujudkan oleh kerajaan terdahulu. Cakaplah apa sekalipun, konsepnya masih sama iaitu ianya adalah bantuan kepada rakyat berbentuk cash transfer.

Ada yang cakap tak bagi salah, bagi pun salah. Saya rasa lebih salah kalau tak bagi. Tapi bila meneruskan polisi ini, mungkin terasa sedikit ludah yang jatuh dari langit. Kalau mudah lupa boleh rujuk pada video dibawah. Pakatan Harapan juga pernah kata database BR1M terlalu besar, banyak penerima yang memang tidak layak terima disenaraikan. Akhirnya Kerajaan Pakatan Harapan telah cedok dan guna senarai yang sama.

Selain tukar nama, apa lagi yang kerajaan Pakatan Harapan edit? Dulu BN turut beri BR1M pada golongan bujang, dalam manifesto turut berjanji untuk naikkan jumlah yang akan diterima. Tapi bawah Pakatan Harapan, bukan sahaja tak naik bantuan untuk semua penerima, tapi dihapuskan terus bantuan untuk bujang.

Kehadapan Kekanda Guan Eng, Kalau nak copy & paste polisi BN, ambil semua lah. Bagilah BaSaH ni kepada penerima bujang juga macam BR1M dulu. Adinda tidak boleh tidur kerana bimbangkan keadaan Kekanda yang semakin tiada idea baharu untuk membantu rakyat.

Yang pastinya, kalau dulu bantuan ini dipanggil rasuah, kini ianya ikhlas. Kalau dulunya sogokan, kini adalah bantuan. Kalau dulunya dedak, kini menjadi dedak BaSaH. Semuanya kini telah menjadi halal dalam Malaysia Baharu ini.

Tapi tidak mengapa, sebagai Ahli Parlimen Barisan Nasional sudah tentu saya menyambut baik keputusan ini kerana terbukti legasi dari polisi kerajaan Barisan Nasional ini adalah baik sehingga perlu diteruskan oleh kerajaan Pakatan Harapan.

 

Tanpa Hudud Dan PAS, PH Tetap Bergaduh Juga - Timmy Say.

TIMMY SAY | Sebelum berpecahnya Pakatan Rakyat (PR), Penasihat DAP Lim Kit Siang sudah membayangkan kemungkinan pakatan yang dibarisi oleh DAP, PAS dan PKR akan berpecah dan membawa haluan masing-masing jika PAS berdegil mahu melaksanakan hukum hudud di Kelantan.


Hakikatnya “kedegilan” PAS untuk melaksanakannya tidak pernah padam sejak Allahyarham Nik Abdul Aziz menjadi menteri besar Kelantan pada 1990, malah menjadi matlamat kerajaan negeri itu sehingga hari ini.

Beralaskan persepsi yang dimainkan itu, PAS dan hudud sering dituduh sebagai punca perbalahan PR sehingga menyebabkan pecahnya gabungan pembangkang itu. Persepsi itu dimainkan sehingga ramai yang percaya jika gabungan pembangkang tanpa “pak lebai” PAS yang inginkan hudud, sudah tentu gabungan pembangkang itu akan aman damai dan utuh.

Tapi tak apa. PR sudah pun terkubur.

Kini ada Pakatan Harapan (PH). Di dalamnya, DAP kini sedang berkawan dengan PPBM, yang diketuai Tun Dr Mahathir Mohamad yang sememangnya tidak bersetuju dengan hudud dan PAS; Amanah yang juga kurang bersetuju dengan hudud dan bermusuh dengan PAS dan PKR, sahabat lamanya daripada PR yang sudi bersama DAP meninggalkan PAS.

Sepatutnya, gabungan PH utuh sebab di dalamnya tiada lagi PAS dan agenda hudud. Tetapi malangnya, ia tidak begitu.

Beberapa hari lepas, Lim Kit Siang memberikan amaran lagi. Katanya, DAP tidak akan teragak-agak meninggalkan kerajaan campuran PH jika usaha mencapai tujuan Malaysia Baru diketepikan.

Dari mana datangnya asap ini? Di mana apinya?

Terdapat 4 keputusan kerajaan PH muktahir ini yang dilihat bercanggah dengan perjuangan DAP.

Pertamanya, kegagalan kerajaan PH mengiktiraf Sijil Peperiksaaan Bersepadu Sekolah Persendirian Cina (UEC) sebagaimana yang dijanjikan di dalam manifesto pilihan raya gabungan politik itu.
Kedua, kegagalan kerajaan PH untuk bertegas dalam meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).

Ketiga, pendirian Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang menolak untuk mengadakan pilihan raya kerajaan tempatan atas alasan ia akan menimbulkan kepada konflik perkauman sejurus tercetusnya insiden rusuhan kuil di USJ25, Subang Jaya.

Perkara keempat yang mencetuskan ketegangan antara DAP dan PPBM baru-baru ini ialah penhijrahan “katak politik” yang menjadi-jadi daripada Umno kepada PPBM, meskipun DAP tidak pernah membantah penghijrahan orang PAS ke Amanah satu ketika dulu.

Akan tetapi, apakah yang dimaksudkan oleh Kit Siang mengenai istilah Malaysia Baru? Apakah tanpa UEC, ICERD dan pilihan raya kerajaan tempatan, maka Malaysia Baru dianggap gagal di mata beliau?

Kalau ditanyakan kepada rakyat tentang Malaysia Baru, sudah pasti kebanyakan mereka percaya Malaysia Baru ialah sejenis strategi pusingan-U pentadbiran PH yang entah ke mana berdasarkan prestasi 8 bulan pertamanya.

Perkara paling menjelekkan ialah tanggungjawab kerajaan PH terhadap manifesto yang digunakan untuk memenangi pilihan raya umum ke-14 yang menyaksikan hampir kesemua yang ditulis menjadi sekadar kertas rujukan, bukannya janji yang perlu ditunaikan.

Tapi percayalah, asap Kit Siang ini bukan sebarang asap. Ada anak api yang sedang membara.

Dalam pada itu, Rafizi Ramli menggunakan anak api ini untuk melancarkan serangan pertama terhadap Dr Mahathir dengan mengatakan populariti beliau menurun sebanyak 20% semenjak PH menawan kerajaan.

Bakal perdana menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pula menggunakan peletakan jawatan mengejut anaknya Nurul Izzah daripada semua jawatan penting untuk melancarkan serangan terhadap Ahli Parlimen Umno yang sedang melompat ke arah PPBM.

Menariknya, punca sebenar Nurul meletak jawatan masih misteri. Mengapa beliau enggan terus berkhidmat sehingga bapanya menjadi PM sebelum mengundurkan diri akan terus menjadi tanda tanya.
Apakah ini protes terhadap Dr Mahathir atau bapanya sendiri?

Perang dalaman PH kini tertumpu pada desakan terhadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri P Waytha Moorty supaya meletak jawatan kerana ramai yang tidak berpuas hati dengan cara beliau mengendalikan isu ICERD dan insiden rusuhan kuil USJ25.

Isu ini sudah menjadi pertarungan utama antara PPBM dan DAP.
Para pemimpin PPBM, termasuk orang kuat Dr Mahathir, Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq dan Datuk A Kadir Jasin telah secara terbuka mendesak Waytha supaya meletak jawatan, manakala para pemimpin DAP pula, termasuk anak mendiang Karpal Singh iaitu Ramkarpal setia mempertahankannya bersama peguam Siti Kasim.

Bagaimana pula dengan pendirian PKR dan Amanah? Bagaimana pula pendirian Anwar dalam isu ini? Fraksi Timbalan Presiden PKR Azmin Ali, Dr Afif Bahardin telah menyatakan pendirian untuk menyokong PPBM dan turut serta mendesak Waytha meletak jawatan.

Bagaimanakah kesudahan episod ini? Apakah Waytha dapat kekal dalam Kabinet, atau beliau meletakkan jawatan atau dipecat oleh Dr Mahathir?

Nasib yang menimpa Waytha akan menentukan siapakah yang berkuasa dalam PH, membuka mata rakyat, sekali gus mencorakkan perbalahan politik dalaman pakatan itu selanjutnya.

Harga Getah Terus Jatuh, Penoreh Tertekan, Apa Tindakan Kerajaan?

KHAIRY JAMALUDDIN | Harga Getah

Harga getah terus menunjukkan trend kejatuhan. Pekebun kecil getah merupakan kumpulan yang terus terhimpit apabila pendapatan harian mereka terjejas teruk akibat masalah ini. Ada daripada mereka kehilangan hampir 60% hasil pendapatan mereka.

Kerajaan Barisan Nasional sebelum ini telah melaksanakan beberapa bentuk bantuan dalam membantu nasib pengusaha kebun getah seperti Insentif Pengeluaran Getah (IPG) dan juga Bantuan Musim Tengkujuh (BMT).

 
Menerusi kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh pemimpin kerajaan Pakatan Harapan termasuklah ketika pembentangan Belanjawan 2019, saya difahamkan bantuan IPG akan dinaikkan dengan penetapan harga baru RM2.50 sekilogram berbanding ketika ini RM2.20, namun tiada lagi peruntukan bagi BMT bermula tahun hadapan. Ini bermakna, pekebun kecil tidk akan mendapat apa-apa bentuk bantuan apabila tidak boleh turun menorah pada musim tengkujuh.

Dulu bila harga getah jatuh ada BN bantu?

Selain daripada insentif tetap ini, kerajaan Barisan Nasional dalam membantu penoreh getah menghadapi kejatuhan harga getah sebelum ini juga telah beberapa kali mengaktifkan insentif Bantuan Khas Kejatuhan Harga Getah dengan bayaran one-off sebanyak RM500 kepada pekebun kecil seperti yang pernah dibuat pada tahun 2013, 2014 dan 2016 dengan peruntukan sebanyak RM492.4 juta. Saya merasakan, sudah tiba masanya kerajaan Pakatan Harapan mengaktifkan semula bantuan ini dalam kadar segera bagi memastikan golongan pekebun kecil ini kembali bernafas.

Pilihan raya sudah berlalu, Pakatan Harapan sudah hampir 8 bulan diangkat menjadi kerajaan. Sudah tiba masanya Kerajaan Pakatan Harapan mengetepikan permainan politik ‘kerajaan tiada wang’ atau berterusan menyanyikan rentak 1MDB dan fokus membantu golongan ini.

Ini realiti akar umbi.

Ladang Solar Terbesar Di Malaysia Sudah Beroperasi Tetapi Tak Dihebohkan PH..

NAJIB RAZAK | Ladang Solar terbesar di Malaysia yang dimilik TNB sudah beroperasi di Kuala Langat, Selangor hampir dua bulan dahulu tetapi berita ini tidak akan dihebohkan oleh Kerajaan PH.

Cerita ini yang saya pernah tulis beberapa bulan dahulu ada kaitan dengan Lynas. Baca seterusnya:

Terdapat perkembangan di seluruh dunia di mana ‘ladang’ solar kini dibina di empangan air bagi menjana elektrik.


Ia mengurangkan kegunaan tanah fizikal, kawasan empangan air itu sendiri sudah mempunyai sistem keselamatan dan dipantau, sistem penyejukan semulajadi dari empangan itu sendiri dapat meningkatkan keberkesanan penjana elektrik solar dan mengurangkan penyejatan hingga 80 peratus.

Beberapa tahun dahulu, TNB telah memulakan projek rintis secara kecilan di loji rawatan air Sungai Labu di Sepang, Selangor dan saya berpendapat kerajaan perlu melihat teknologi ini dalam skala lebih besar. Malaysia ada banyak empangan, tasik dan kawasan takungan air yang boleh digunakan.

Sebenarnya, Malaysia kini dalam kedudukan baik sebagai peneraju tenaga boleh diperbaharui dan teknologi hijau. Inisiatif ini dimulakan ketika pentadbiran saya melalui perlaksanaan Pelan Induk Teknologi Hijau di mana terdapat banyak insiatif lain turut dilaksanakan.

Ramai yang tidak tahu, Malaysia kini adalah pengeluar ketiga terbesar di dunia bagi panel solar selepas China dan Taiwan. Sebelum 2008, semua ini tidak wujud.

Kilang solar pertama di Malaysia bermula pada 2008, dan sejak itu banyak kilang solar memulakan operasi termasuk di Pulau Pinang, Ipoh, Sarawak, Kedah, Melaka dan Cyberjaya, sekaligus mewujudkan berpuluh ribu peluang pekerjaan dan nilai eksport berbilion setahun.

Salah satu keperluan untuk mengeluarkan panel solar dan teknologi tenaga bersih adalah nadir bumi, bernama Neodymium.

Nadir bumi ini juga penting jika negara mahu melibatkan diri dalam pengeluaran kereta elektrik sebagaimana diinginkan Tun Mahathir. Enjin dalam kereta elektrik ini memerlukan magnet yang diperbuat dari nadir bumi ini.

Kilang Lynas di Kuantan adalah pengeluar kedua terbesar Neodymium di dunia. Lynas juga mengeluarkan nadir bumi lain bagi penggunaan produk berteknologi tinggi termasuk elektronik. https://asmic.akademisains.gov.my/…/Rar…/RE_Report_Malay.pdf

Lynas penting kerana ia adalah perbekalan bagi nadir bumi di dunia, di luar China. Sebelum ini, China yang menguasai 95 peratus perbekalan nadir bumi pernah mengehadkan eksport kerana mahu mengutamakan permintaan negara itu.

Ini menyebabkan kebimbangan kepada pengeluar barangan elektronik, telefon pintar dan tenaga baharu di seluruh dunia. Melalui Lynas, ia adalah pembekal alternative yang membantu mempromosikan pelbagai industri berkaitan untuk memindahkan pengeluaran mereka ke Malaysia.

Loji Lynas di Kuantan telah beroperasi dengan selamat selama 6 tahun dan mematuhi panduan keselamatan selain menyediakan beribu peluang pekerjaan di Kuantan dan menjana pelaburan dalam industri lain juga.

Setakat ini tiada laporan Wolverine atau Profesor X berkeliaran di jalan-jalan Kuantan atau sekitarnya. Yang ada mungkin Nobita seorang.

Mengimbau kembali, saya gembira kita tidak tunduk kepada tekanan besar Pakatan untuk menghentikan projek Lynas kerana ia banyak memberi kelebihan kepada negara untuk menjadi peneraju teknologi tenaga baharu dan sektor teknologi tenaga diperbaharui.

Siapa Bunuh Adib Lebih Penting Dari Bagaimana Adib Meninggal.

Mohamad Hasan | Saya telah membaca menerusi Keratan Ahkbar bahawa YB Menteri Dalam Negeri menyatakan bahawa Peguam Negara telah mengarahkan satu Inquest Kematian dibuat untuk menentukan punca kematian Arwah Adib, Anggota Bomba yang meninggal dunia yang disyaki telah dipukul semasa kejadian Rusuhan di Kuil Hindu USJ Subang.

PERTAMA, saya terpanggil untuk bertanya kenapa Menteri KDN yang memberi pernyataan akhbar tersebut dan BUKAN Peguam Negara sendiri?

Ini memberi percepsi kepada Rakyat Malaysia bahawa Menteri KDN campur tangan terhadap urusan siasatan polis dan pendakwaan Peguam Negara.

 
KEDUA, mengapa Peguam Negara mengarahkan satu Inquest Kematian dibuat WALHAL Pihak Polis sedang atau masih menyiasat kes kematian Arwah Adib ini sebagai Kes Bunuh di bawah Seksyen 302 Kanun keseksaan?

Adakah Peguam Negara sudah tidak percaya dengan kredibiliti dan kecekapan pihak polis melakukan tugas siasatan kes bunuh ini?

Sudah tentu satu tindakan menyiasat "punca kematian" dan menyiasat "siapa yang menyebabkan kematian" Arwah Adib merupakan Objectif yang BERLAINAN?

Kenapa pihak Kerajaan menerusi Peguam Negara cuba memesongkan pandangan Rakyat yang menunjukkan seakan-akan kematian Arwah Adib terbela walhal pembunuh Adib masih Bebas?

Saya amat simpati dengan keluarga Arwah Adib yang sehingga kini tertanya-tanya siapakah pembunuh anak mereka?

Saya meminta pihak polis menyelesaikan siasatan file kes ini dengan SEGERA dan pihak Pejabat Peguam Negara sebagai Pendakwaraya perlu tegas menerusi siasatan Pegawai Penyiasat Polis bagi menentukan samada Arwah Adib dibunuh, siapa tertuduhnya dan BUKAN menggunakan Prosiding Inquest Kematian oleh sebuah Mahkamah Koronor bagi tujuan BAGAIMANA Arwah Adib meninggal dunia dan BUKAN mencari Pembunuhnya.

Rakyat sekarang melihat samada Kerajaan ini mematuhi Rule of Law atau hanya menggunakan prosidur undang-undang bagi melenggah-lenggahkan Keadilan.

Bayar Zakat 1j, Ini Penjelasan PTTPN.

MALAYSIAKINI | Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menjelaskan bahawa ia menunaikan kewajipan membayar zakat perniagaan tanpa menjejaskan pinjaman kepada pelajar. 



Berikut adalah penjelasan penuh PTPTN:
Zakat perniagaan ialah zakat yang wajib dikeluarkan hasil daripada harta perniagaan sama ada yang melibatkan barangan atau perkhidmatan. Zakat perniagaan merupakan suatu tanggungjawab yang wajib ditunaikan ke atas mereka yang telah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

Justeru itu, PTPTN sememangnya wajib mengeluarkan zakat ke atas keuntungan pelaburan yang dibuat bagi semua pelaburan termasuk bagi deposit yang diterima melalui Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) dengan penuh rasa tanggungjawab.

SSPN merupakan Skim Simpanan yang patuh syariah menggunakan konsep “Wakalah Bil Istithmar”, yakni konsep simpanan untuk pelaburan. Melalui konsep ini, PTPTN telah diwakilkan oleh pendeposit untuk melabur bagi pihak mereka.

Asas yang digunakan oleh PTPTN ialah PTPTN memenuhi semua syarat yang ditetapkan yang mewajibkan PTPTN mengeluarkan zakat sepertimana yang digariskan oleh pusat zakat. Sebagaimana ditetapkan, pembayaran zakat PTPTN adalah 2.5% daripada hasil bersih pelaburan tahunan. Hasil pelaburan yang diperolehi adalah tambahan pendapatan dan bahagian peratusan wajib zakat adalah minimum iaitu 2.5% daripada pendapatan bersih pelaburan.

Berkenaan pembayaran zakat ini, pada tahun 2017 PTPTN telah mendapatkan pandangan daripada Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Lembaga Zakat Selangor sebelum ia dilaksanakan. Malah pada tahun ini PTPTN telah mengadakan perbincangan dengan beberapa Lembaga Zakat negeri sebelum bayaran zakat.

PTPTN mengucapkan terima kasih kepada semua pusat zakat negeri kerana memberi kerjasama yang baik dalam usaha PTPTN untuk membayar zakat yang sekaligus dapat mengeratkan hubungan kerjasama dalam membantu dan meringankan beban golongan asnaf terutama dalam aspek pendidikan.

PTPTN telah mengeluarkan zakat semenjak tahun berakhir 2016 lagi dan diteruskan bagi tahun berakhir 2017, melibatkan semua negeri di Malaysia. Majlis penyerahan zakat telah diadakan di negeri Melaka, Pulau Pinang, Johor, Pahang, Negeri Sembilan, Sarawak dan Kedah.

Ia akan turut diadakan di negeri-negeri lain yang turut menerima agihan zakat, sekiranya dianjurkan oleh pihak berkuasa agama negeri berkenaan. Bayaran zakat yang dibuat oleh PTPTN adalah wajib bagi hasil pelaburan PTPTN dan bayaran zakat ini dilaksanakan agar pendapatan yang diperolehi dibersihkan dan diberkati oleh Allah SWT. PTPTN juga berharap pembayaran zakat ini yang merupakan kewajipan agama tidak dipolemikkan.

Pembayaran zakat ini sebenarnya tidak menjejaskan pinjaman yang akan diberikan kepada pelajar kerana bayaran zakat adalah berdasarkan keuntungan pelaburan terutama deposit SSPN dan bukan dari dana untuk pemberian pinjaman.

PTPTN menyeru agar pembayaran zakat yang diwajibkan ke atas PTPTN tidak dijadikan isu atau dipolemikkan kerana ini adalah kewajipan agama. PTPTN akan terus komited dalam memastikan dana yang mencukupi tersedia untuk memberi pinjaman kepada generasi akan datang dan dalam masa yang sama dana PTPTN diberkati sesuai dengan tuntutan agama.

Saya Mengaku Bersalah Kerana Jadikan Rakyat & Kerajaan Kroni Baru PLUS Sejak 2011 - Najib Razak.

NAJIB RAZAK | Ada yang tanya mengapa konsesi tol lebuhraya Utara Selatan PLUS telah dipanjangkan ke tahun 2038 berbanding tahun penamatan 2018 seperti di dalam perjanjian konsesi asal tahun 1987 pada masa PM ke-4.

Pada tahun 1999 di bawah PM ke-4 juga, konsesi PLUS dirunding untuk kali pertama dan tempoh konsesi ini dipanjangkan 12 tahun dari tahun 2018 kepada tahun 2030.

Perjanjian tambahan tahun 1999 ini juga membenarkan PLUS untuk menaikkan tol dengan kadar kenaikan 10% setiap 3 tahun.

 
Kali terakhir tol lebuhraya PLUS dinaikkan ialah pada tahun 2005. Selepas itu, tol lebuhraya PLUS tidak pernah naik sehingga hari ini.

Khazanah dan KWSP membeli PLUS dengan sepenuhnya pada tahun 2011 semasa saya Perdana Menteri.

Pada masa itu, jumlah hutang pampasan yang perlu dibayar oleh kerajaan kepada PLUS kerana tidak membenarkan kenaikan kadar tol sejak tahun 2005 ialah sebanyak RM6.5 bilion, seperti ditakluk dalam perjanjian tambahan tahun 1999.

Oleh itu, perjanjian konsesi dirunding sekali lagi pada tahun 2011.

Hutang pampasan RM6.5 bilion dari kerajaan tidak perlu dibayar lagi dan kadar kenaikan tol diturunkan dari 10% setiap 3 tahun kepada 5% setiap 3 tahun tetapi tempoh konsesi tol dilanjutkan 8 tahun lagi kepada tahun 2038.

Kadar kenaikan tol baru ini hanya 1.7% setahun dan dari setiap Ringgit tol yang dikutip, 51 sen akan beralih kepada kerajaan melalui Khazanah Nasional dan 49 sen kepada KWSP - bukan lagi kepada pihak swasta.

Saya mengaku bersalah kerana telah menjadikan kerajaan dan rakyat sebagai kroni baru untuk lebuhraya tol PLUS pada tahun 2011.

Hanipa Maidin Sindir Presiden PAS Isu Tabung Haji Agenda Jatuhkan Islam..

HANIPA MAIDIN | Tabung Haji dan  "fatwa" agenda jatuhkan imej Islam.

1. Media lapor ada agamawan kata isu tabung haji digunakan secara tersirat untuk jatuhkan imej Islam.

2. Tak tahu nak kata apa lagi. Bagi kita, yang beliau kata itulah yang sebenarnya jatuhkan imej Islam. Tapi kita siapa.

3. Alasan beliau adalah Tabung Haji diserang di media bukan di mahkamah. So, itu salah. Dan secara mudah ada agenda tersirat nak jatuhkan imej Islam. Dulu beliau pernah disaman kes fitnah atas isu pil kuda.. dia menang di court, meskipun mahkamah kata kata-kata yang dikeluarkan adalah fitnah. Tak kira keputusan mahkamah..bila agamawan kata, kita kena wala' sheikh. Jika media kata, ia agenda.


4. Dulu bila kes DoJ dengan 1MDB di " fatwa" ia campurtangan asing. Habis ramai agamawan pun ulang "mantera" yang sama.

Bagi puak-puak ni ,lain tak ada.Bila institusi Islam dikritik, ipso facto ia agenda. Ia konspirasi. Ia "grand design" untuk jatuhkan Islam.

5. Sebab tu tak boleh kritik. Kritik Tabung Haji ..agenda jatuhkan imej islam. Kritik sekolah tahfiz yang hanya ada satu pintu je semasa terbakar.. nak runtuhkan pendidikan Islam walaupun murid murid terkorban kerana keculasan manusia.. Tak pe sheikh.. itu syahid.

Kritik parti Islam.. lawan ulamak. Keluar parti islam..rosak aqidah. Kritik mahkamah syaria atau RUU 355.. lawan hukum Islam. Kritik pemimpin Islam yang korup dan rasuah.. ia sebahagian agenda Yahudi atau DAP. Maka keluar "fatwa" lebih baik Melayu/Islam yang korup dari Cina yang makan khinzir.

6. Justeru kita kena buat apa lihat itu semua? Mulut kena zip dan otak kena letak kat lutut. Dengar dan taat macam kerbau kena ikat tali. Kena kata " let it be". Enta tahu apa? Enta jebon dan tak suci.

Isu Tol, Sekali Lagi PH Copy Paste Dasar Najib..

NAJIB RAZAK | Kita ketepikan sementara janji PH untuk memansuhkan semua tol kerana manifesto bukan kitab, bagai dikata.

Kini, saya ingin beri sedikit fakta mengenai langkah kerajaan PH untuk tidak menaikkan tol jalanraya tahun depan dengan membayar pampasan RM1 bilion.

1. Kebanyakan konsesi-konsesi tol di negara hari ini - terutama yang dituduh sebagai berat sebelah, diberi pada masa PM dahulu yang itu dan bukan ketika pentadbiran saya.

2. Tol untuk lebuhraya-lebuhraya milik PLUS seperti lebuhraya Utara-Selatan, jambatan Pulau Pinang, NKVE daan sebagainya tidak pernah naik sepanjang tempoh 10 tahun saya menjawat sebagai Menteri Kewangan.

3. Malah kerajaan BN pada masa saya membeli balik dengan sepenuhnya syarikat PLUS pada tahun 2011 dari kini PLUS dimilik 51% Khazaah Nasional dan 49% oleh KWSP. Ya, KWSP, sekali lagi ia menguntungkan pencarum.

4. Apabila kewangan negara mengizinkan, saya telah berusaha untuk menghapuskan tol sedikit demi sedikit dan kita berjaya untuk menghapuskan beberapa tol secara berperingkat.

Ini juga berlaku di Sarawak di mana hari ini Sarawak dan Sabah tidak ada sebarang tol lebuhraya lagi. Ini dapat dilakukan kerana ia dibina ketika pentadbiran saya dan tak perlu kita terikat kepada konsesi.

Kita juga buat lebuhraya-lebuhraya utama seperti Pan-Borneo dan CSR yang langsung tak ada tol.

5. Selama tempoh 10 tahun ini kadar tol lebuhraya-lebuhraya bukan milik PLUS hanya pernah naik untuk satu tahun sahaja iaitu pada tahun 2016 kerana ketika itu hasil negara mengalami tekanan akibat kejatuhan harga minyak dunia sebanyak 80% ke tahap di bawah US$30 satu tong pada masa itu.

6. Setiap tahun bagi tol tidak dinaikkan sepanjang 9 tahun itu, kita perlu membayar pampasan.

7. Dan setiap tahun kerajaan BN membayar pampasan, DAP marah saya dan tuduh saya hanya mahu memperkayakan syarikat kroni tol yang kaya.

8. Saya dimarahi dan diserang setiap tahun oleh DAP apabila membayar pampasan. Saya juga dimarah pada akhir tahun 2015 kerana membenarkan kadar tol dinaikkan untuk tahun 2016.

9. Saya dimarah lagi oleh DAP tahun lepas kerana membayar pampasan RM2.2 bilion untuk menghapuskan sepenuhnya empat tol di Johor, Selangor dan kedah.

Tiap-tiap tahun, DAP marah.

10. Hari ini, PH sangat bangga dengan keputusan mereka untuk membayar pampasan RM1 bilion supaya kadar tol lebuhraya tidak naik tahun depan. Dan menariknya, Menteri Kewangan adalah dari DAP, parti yang menjadikan acara tahunan untuk marah pada saya.

11. Hari ini kita lihat kerajaan PH banyak membuat pusingan U dan ‘copy-paste’ dasar kerajaan BN yang mereka selalu kritik dan marah sebelum ini.

12. Oleh itu, saya juga copy-paste kenyataan dahulu Menteri Kewangan kita yang marah saya membayar pampasan RM400 juta pada tahun 2014 untuk tidak menaikkan tol. https://tinyurl.com/ydbr6s75

Saya copy-paste dari dia dan membuat sedikit ubahsuai sahaja untuk membalas pengumumannya.

Memang tidak sah jika PH tidak membuat U-Turn.

Tetapi jangan tajam sangat. Nanti jadi V-Turn pula.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...