Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 4 Januari 2019

Sepentas Dengan UMNO Demi Islam - Ustaz Idris Ahmad.

Idris Ahmad | Pengalaman Sepentas Dengan Umno.

1.Sudah dua kali saya sepentas dengan pemimpin Umno di dalam siri penerangan.




2. Kali pertama 28/12/18 anjuran PAS Kuala Kedah bersama Datuk Hashim Jahaya Ketua Umno Kuala Kedah dan Datin Noor Hasnita Ketua Wanita Kuala Kedah.

3. Kali kedua 31/12/18 di Jasin bersama Datuk Seri Razali Ibrahim Ahli Majlis Tertinggi Umno

4.Saya tidak terbayang penglibatan dan minat politik saya dengan PAS sejak berumur 14 tahun, sewaktu krisis politik di Kelantan 1977. Tiba-tiba boleh sepentas dengan pemimpin Umno.

5. Saya penyokong tegar dilahir dalam keluarga PAS. Menentang Umno sejak sekolah, di universiti dan sewaktu menjadi pensyarah ITM lagi

6. Sewaktu di Universiti pernah diambil tindakan di bawah AUKU kerana demo menentang tindakan UTM membuang pelajar yang memakai purdah. Menteri Pendidikan waktu itu DS Anuar Ibrahim.

7. Sewaktu menjadi pensyarah di ITM, apabila hendak dilantik menjadi Ko Ordinator UIS ( subjek pendidikan Islam ), tersangkut kerana saya orang PAS tegar.

8. Walau pun selepas itu dilantik juga, kerana merit tinggi di pihak saya.

9. Tiba- tiba boleh sepentas dengan musuh tradisi saya.

10.Kenapa saya boleh berbuat demikian?

11.Semua kerana Islam.

12.Dengan siapa PAS berkawan, Islam tetap menjadi batas sempadan.

13.Apabila kerjasama tidak menguntungkan Islam, PAS akan tarik handbrake walau pun nampak rugi dari segi politik.

14. Pada saya medan untuk bercakap Islam terbuka dengan luas di hadapan ahli dan penyokong Umno.

15. Memperkenalkan Islam sebagai cara hidup yang lengkap dan menjelaskan untuk mengangkat martabat melayu mesti Islam sebagai tonggak. Melayu tidak ke mana jikalau tanpa Islam.

16.Menjelaskan peranan Islam di dalam menyelesaikan kemelut negara dan permasalahan masyarakat.

17.Meyakinkan bahawa Islam selamat melayu selamat. Islam selamat, negara selamat. Islam selamat, cina, India dan bangsa lain akan selamat.

18.Yakinlah tidak rugi bersama Islam walau pun dicerca, akhirnya kebenaran akan terserlah.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...