Khamis, 3 Januari 2019

Dulu PH Yang Kempen Negara Berhutang 1 Trillion, Sekarang Buat-Buat Terkejut Pula..

Ahmad Fadhli Bin Shaari | Hutang 1 Trillion : Alasan Yang Sudah Lama Dirancang

Hari ini Menteri Kewangan menyatakan bahawa Pakatan Harapan memerlukan masa tiga tahun untuk memulihkan kewangan negara kerana terpaksa menanggung masalah skandal 1MDB, hutang negara 1 trillion dan kegagalan dasar kerajaan yang lepas.

Realitinya, semua masalah itu sudahpun diulang-ulang sejak sebelum PRU14 lagi. Pakatan Harapan seringkali pada hari ini samada di dalam parlimen mahupun di luar, mengulangi alasan hutang 1 trillion sebagai penyebab mereka gagal untuk melaksanakan janji manifesto.



Sedangkan sewaktu merangka manifesto Pakatan Harapan itu sendiri yang meletakkan garis masa 100 hari untuk janji-janji tertentu, mereka sudahpun mengetahui bahawa kerajaan Malaysia menanggung hutang RM1 trillion.

'Hutang 1 Trillion' inilah yang menjadi modal pimpinan Pakatan Harapan untuk berkempen di dalam pilihanraya umum yang lepas. Bahkan Tun Dr Mahathir sendiri pada tahun 2016 menyatakan bahawa Malaysia sedang berhutang sebanyak RM900 billion - satu angka yang secara logiknya pada tahun 2018 tidak mustahil mencecah RM1 trillion. (Rujuk : https://www.freemalaysiatoday.com/…/forget-vision-2020-say…/)

Kesimpulannya, pimpinan PH sewaktu merangka manifesto dalam sedar dan tahu bahawa hutang negara RM1 trillion. Tetapi mereka 'pura-pura terkejut' dan tidak sedikit di dalam dewan rakyat yang mendakwa bahawa 'kami tidak tahu hutang negara 1 trillion' sewaktu merangka manifesto.

Saya mohon, azam tahun 2019 ini, janganlah berbohong.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...