Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 31 Disember 2018

BN Sibuk Tambah Aset, PH Sibuk Jual Aset - Najib Razak.

NAJIB RAZAK | Pada 2012, melalui gabungan SP Setia, Sime Darby dan KWSP, mereka telah membeli tanah Battersea dengan harga £600 juta (RM3 bilion) menewaskan bidaan dari kelab bola sepak Chelsea FC yang ingin membina stadium baru mereka di sana.

Pada masa itu, ada yang mengkritik kerajaan BN tentang pembelian ini dengan tuduhan-tuduhan harga terlalu mahal serta pelbagai tuduhan salah-laku atau rasuah.

Tetapi apabila penganalisa antarabangsa dan tempatan menjangka keuntungan projek ini buat konsoritum SP Setia, Sime Darby dan KWSP ialah sebanyak €9.7 bilion (RM50 bilion), penjual tanah ini pula dikritik oleh pihak-pihak di England dengan tuduhan mereka telah menjual dengan harga terlalu murah.
https://www.edgeprop.my/…/battersea-profit-seen-%E2%82%AC97…

Dan terbaru, satu laporan minggu lepas yang tidak dihebohkan kerajaan PH adalah mengenai pembelian Fasa 2 Projek Battersea di London oleh KWSP dan PNB dari SP Setia dan Sime Darby Properties dan ia adalah transaksi pembelian bangunan harga paling tinggi di dalam sejarah negara England dengan harga £1.6 billion (RM8.4billion).

Bangunan Fasa 2 ini merupakan sebahagian dari projek Battersea di tanah seluas 42 ekar di London yang sedang diusahakan oleh konsortium milik penuh Malaysia iaitu SP Setia Berhad (40%), Sime Darby Property Berhad (40%) dan KWSP (20%).

SP Setia dan Sime Darby Property adalah syarikat pembinaan milik PNB dan telah menjual Fasa 2 projek ini kepada PNB dan KWSP yang akan menikmati pulangan jangkamasa panjang.

Pembangunan di Fasa 2 ini adalah antara bangunan baru paling berprestij di London.

Antara yang telah menandatangani perjanjian untuk berpindah ke bangunan ini termasuk syarikat Apple yang akan memindahkan ibu pejabat England ke lokasi ini.

Fasa pertama yang dimajukan pada tahun 2014 sangat berjaya dan memberi keuntungan yang tinggi kepada konsortium Malaysia ini.

Hakikatnya, konsortium 100% milik Malaysia ini telah berjaya untuk memajukan projek hartanah terbesar serta paling berpresij di England dan sedang mengaut keuntungan yang amat besar dari projek ini.

Yang untung ialah syarikat-syarikat PNB dan KWSP - bukan kroni.

Yang untung ialah pencarum-pencarum ASN, ASB, KWSP - bukan kroni.

Saya juga pelik kerana PH tidak pernah menuduh England jual negara kepada Malaysia walaupun syarikat-syarikat Malaysia memiliki dan memajukan projek hartanah terbesar di England, malah ia adalah satu hartanah ikonik negara itu.
https://www.businessinsider.my/london-megaprojects-that-w…/…

Tidak pula PH tuduh saya telah jajah tanah negara penjajah kita dahulu.

Setiap perniagaan dan projek ada risiko untung atau rugi tetapi hari ini, PH sibuk menjual aset-aset negara, manakala kerajaan BN dahulu lebih berminat untuk meraih keuntungan dan menambah aset negara.

Malah, apabila kerajaan BN ke luar negara dahulu, kita lebih cenderung untuk memeterai surat perjanjian kerjasama perdagangan dengan negara luar berbanding menulis warkah tidak dibalas yang tiada faedah untuk rakyat.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...