Kerajaan Pakatan Harapan mengumumkan hari ini bahawa pelaksanaan Automatic Price Mechanism (APM) bagi harga runcit minyak akan ditangguh untuk beberapa hari. Bermakna harga runcit RON95 akan kekal pada paras RM2.20 setiap liter.
Dengan kenyataan terbaru ini, bermakna rakyat telahpun dipaksa untuk membayar cukai kepada kerajaan untuk tempoh 8 minggu berturut-turut memandangkan purata harga minyak semasa adalah di bawah paras RM2.20.
Kenyataan ini adalah jelas bertentangan dengan kenyataan yang dibuat oleh Menteri Kewangan baru-baru ini. Walaupun dikatakan harga runcit RON95 akan hanya kekal untuk beberapa hari sahaja, kenyataan ini sekaligus membuktikan bahawa kerajaan Pakataan Harapan hanya pandai membuat pengumuman sedangkan tiada perancangan rapi dalam melaksanakan sesuatu dasar.
Selain itu, alasan kerajaan Pakatan Harapan bahawa penangguhan ini terpaksa dilakukan kerana adanya penentangan daripada pengusaha stesen minyak di seluruh negara. Sekali lagi jelas menunjukkan tiada konsultasi dan perbincangan lanjut dibuat antara kerajaan dan pemegang taruh (dalam kes ini, pengusaha stesen minyak) dalam penentuan dasar berkaitan harga minyak ini.
Jika dahulu kerajaan Barisan Nasional ditekan dan dituduh kononnya selalu menyebelahi pengusaha stesen minyak, kini kerajaan Pakatan Harapan bukan sahaja menyebelahi pengusaha stesen minyak, malah menghukum rakyat yang telah menjadikan mereka sebagai kerajaan dengan membayar harga yang lebih tinggi dari harga pasaran.
(Kredit gambar: The Star)
ii) Masih belum boleh buat keputusan. Hari itu buat pengumuman harga minyak akan turun pada 1 Januari. Sekarang tangguh pula sebab nak berunding dengan pemilik-pemilik stesen minyak. Ini lah masalah bila buat pengumuman sebelum teliti semua aspek. Rumah dah siap pahat masih berbunyi.
Patut rakyat bayar RM1.90 untuk seliter RON95. Tapi masih bayar RM2.20. Bermakna setiap liter rakyat memberi ‘subsidi’ 30 sen kepada kerajaan.
Dulu minta rakyat derma kepada Tabung Harapan. Sekarang senyap-senyap kutip ‘subsidi’ dari rakyat. Kerajaan apa ini? - 3 Januari 2019.