Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 31 Disember 2018

Mati Dalam PAS Atau Mati Dalam Iman?

Wanji Wanhussin Wanji | HASRAT MATI DALAM PAS ADALAH "AQIDAH"?

1. Pak Subki Latif, seorang penulis terkenal dalam PAS menulis dalam Harakah bahawa Almarhum Ustaz Mustaffa Daharun, Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan dari Jempol mati dalam PAS.





2. Membaca tulisan itu, saya teringat kepada Husam Musa. Ketika ramai pemimpin PAS keluar parti dan tubuh Parti AMANAH Negara, Husam sahaja yang tidak keluar PAS.

3. Ketika itu, ada sebilangan rakan tidak berpuas hati dengan sikap Husam. Walaubagaimanapun, akhirnya Husam tidak keluar, tetapi dikeluarkan. Dalam bahasa kurang sopan, dipecat. Lepas itu baru beliau masuk Parti AMANAH Negara.

4. Semasa ramai rakan-rakan bercakap berkenaan sikap Husam sebelum dipecat, saya hanya cakap bahawa Husam nak mati dalam PAS. Sebab, mati dalam PAS salah satu kesempurnaan iman bagi mereka yang menganut fahaman PAS.

5. Walaupun saya cakap begitu dengan tujuan menyindir, sebenarnya kepercayaan itu sememangnya wujud. Sebab, dalam satu forum lama, saya masih ingat Allahyarham Ustaz Hasan Shukri pernah bercerita kepada saya berkenaan bekas pemimpin PAS, Ustaz Hasan Adli yang ramai dakwa beliau mati bukan dalam PAS. Tidak lama kemudian, saya dengar Ustaz Ahmad Awang menegaskan bahawa Ustaz Hasan Adli mati dalam PAS.

6. Semasa PAS belum keluar dari Pakatan Rakyat, Dr Mujahid yang kini menteri agama pernah dijemput oleh PSM dalam satu forum. Memandangkan Dr Mujahid tidak dapat hadir, saya diminta untuk ganti.

7. Dalam forum, saya mengkritik cara faham Islam versi PAS. Pada masa tu, walaupun sudah tiada jawatan dalam PAS, tetapi saya masih lagi ahli PAS.

8. Ketika itu, sudah banyak kritikan cara faham Islam PAS yang saya lakukan. Tidak dinafikan, ada sebilangan yang mengkritik dan menghina saya. Kini, ada sebilangan mereka ada yang sudah keluar PAS dan masuk Parti AMANAH Negara.

9. Selepas saya kritik cara faham Islam PAS dalam forum PSM itu, Dr Jayakumar bertanya kepada saya dalam sesi soal - jawab, mengapa saya - pada masa itu - masih tidak keluar PAS.

10. Dengan nada sinis, bergurau dan ketawa kecil saya menjawab, saya mahu masuk syurga. Jawapan saya itu, satu dewan ketawa.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...