Saya membaca dengan teliti kecaman tuan terhadap Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang berkenaan kenyataan TGHH tentang Tabung Haji [1]. Sebelum saya jawab berkenaan 3 point tuan berkenaan TH yang kebanyakannya diambil dari firma audit PWC, izinkan saya memahamkan tuan tentang maksud sebenar TGHH.
Daripada awal TGHH dan PAS sentiasa konsisten agar apa apa tuduhan terhadap institusi kewangan Islam ini diselesaikan melalui suruhanjaya bebas / diraja atau melalui medium mahkamah. Tidak ada sebarang usaha daripada mana mana pihak hatta dari UMNO sekalipun agar skandal tersebut ditutup (jika ada). Malahan UMNO sendiri mahukan Suruhanjaya Diraja ditubuhkan bagi menyiasat sebarang salah laku pengurusan lama. [2]
Pendirian TGHH hanyalah mahu agar segala skandal ini (jika ada) dibicara dan diselesaikan di mahkamah dan bukannya di media bagi menjaga imej TH [3]. Jadi dimana salahnya?
Dan saudara sebagai Naib Presiden (lantikan) sebuah parti dalam kerajaan seharusnya mencerminkan langkah wajar dengan memulihkan keyakinan pendeposit terhadap institusi ini melalui sokongan terhadap apa2 proses undang2 dan siasatan. Sebarang usaha 'pendakwaan secara media' adalah perkara yang tidak wajar dibuat oleh saudara yang telahpun memiliki kuasa. Itu kerja pembangkang.
Pendakwaan secara media (media trial) hanya akan meruntuhkan keyakinan pendeposit dan pelabur.
Sekarang kita fokus kepada 3 point yang saudara sebut dalam tulisan saudara:
1. Saudara menyebut bahawa TH mengalami kerugian pelaburan RM549 juta yang mana sebahagian besarnya adalah daripada penyelewengan.
Jawapan: Saudara, penyelewengan apa? Pelaburan mana? Anak syarikat mana yang terlibat? See, inilah contoh "media trial" yang kami meluat dari dahulu hingga sekarang. Kalau ada penyelewengan, mana dakwaan dan keputusan mahkamahnya? Sejak bila saudara jadi Hakim?
2. Saudara menyebut bahawa keuntungan penjualan Bank Islam (BIMB) oleh TH sebanyak RM533 juta adalah helah perakaunan sebab TH kemudiannya beli balik pegangan saham Bank Islam tersebut.
Jawapan: Saudara, faham ke tidak walaupun beli semula, pegangan saham TH ke atas BIMB meningkat kepada 53.4% (sebelum ini 51%). Benda ni semua recorded dan kita patut puji TH sebab berjaya naikkan pegangan mereka selepas buat pelaburan kali ke 2 dalam BIMB.
3. Dividen RM436 juta anak syarikat kepada TH belum dibayar setakat 30 Sept 2018. Bila dividen belum dibayar, maknanya pendapatan TH tiada.
Jawapan: Saya tak berapa faham dengan pendirian saudara dalam isu ini. Dividen itu, apa jadi pun perlu dibayar sebab TH ada pegangan. Soal belum dibayar itu bukannya penyelewengan dari TH. Yang pengurusan baru perlu lakukan adalah meminta anak2 syarikat tersebut untuk bayar segera kepada TH.
Kenapa pendirian saudara ni pelik? Sebab apabila SPV mengambil alih aset dan ekuiti TH bernilai RM19.9bilion baru2 ini, TH pun tidak mendapat apa2 secara zahir memandangkan sukuk RM10b itu hanya boleh ditunaikan selepas 7 tahun. Dengan kata lain, duit jual tu tak masuk akaun pun lagi. Dah tu macammana kita boleh kata akaun TH dah comel selepas jual pegangan dan aset mereka kepada SPV?
Saudara,
Saudara dan saya orang Kemaman. Kita sekampung saja. Tetapi saudara diberikan nikmat kuasa yang orang Kemaman lain tidak ada. Sepatutnya saudara perjuangkan hak pendeposit dan bukannya bermain kata di media.
Contohnya, pejuangkanlah agar saham2 yang sudah dilepaskan kepada SPV tetapi berpotensi tinggi dan konsisten bagi dividen seperti Malakoff, Hap Seng dan Pintaras dapat dikembalikan semula kepada TH apabila nilaian saham mereka meningkat semula.
Perjuangkanlah agar aset2 berharga macam tanah TRX tidak dilepaskan secara harga modal (sukuk) tetapi cadangkan agar tanah tersebut dibangunkan secara PFI (Private Fund Initiatives) dengan TH diberikan pegangan dalam hartanah tersebut agar pendapatan itu dapat dinikmati pendeposit secara berterusan. Apa nak hairan dengan pelabur. Khalid Samad kata Syeikh Qatari ada modal 400bilion dolar kan?
Perjuangkanlah agar RCPS-i yang diberikan oleh SPV itu ada dividen. Bukannya kosong. Pintaras, Hap Seng dan Malakoff konsisten bagi dividen melebihi 4.5% setahun. Takkan munasabah diganti dengan RCPS-i yang zero dividen?
Perjuangkanlah agar sukuk RM10bilion yang diberi oleh SPV kepada TH sebagai timbalbalas pindahmilik aset itu dijamin oleh kerajaan. On paper, sekiranya SPV tersebut bangkap dan jahanam dalam masa 7 tahun, TH takkan dapat apa2 sebab tiada government guarantee.
Saudara ada banyak kerja. Pujuk Izzah, pastikan DSAI jadi PM sebagai contohnya. Banyak. Tapi berpolitik dalam media sosial bukan salah satu daripadanya.
Sekian
Abdul Rahim Hilmi Zakariya
Pendeposit TH sejak 1990
Rujukan:
[1] https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2259445074089987&id=145165568851292
[2] https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2229025110480833&id=100001200986490
[3] https://www.malaysiakini.com/news/457888