Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 31 Disember 2018

Ini Bukti Bergambar Hidung Syed Saddiq Berdarah, Penyokong PPBM Pertahankan Menteri Cedera Betul Dan Bukannya Berlakon.

SOSMED | Lakonan. Drama. Itulah sindiran yang diterima oleh Menteri Belia Dan Sukan berikutan muncul di PAP (PERHIMPUNAN AGUNG PPBM) dengan wajahnya yang berbalut.

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dikecam netizens seperti berikut;

👉 Luka beralih tempat = maka terbukti Syed Saddiq berlakon sakit.

👉 Jatuh ketika berkayak, jatuh dalam air pun muka bertampal = logik ke?

👉 Ketika keluar dari kenderaan jalan elok je, bila masuk berjalan ke arah wartawan berkumpul, tetiba jalan terhencot-hencot = nampak sangat drama nak tagih simpati.

👉 Mula-mula dagu bertampal, lepas tu tampal tu dah hilang, tengok kat dagu satu parut pun takde, betul ke sakit? = memang drama sungguhlah.

📌 Tuduhan yang pertama, luka beralih tempat. Kejap kiri, kejap kanan. 



"Jatuh motor katanya. Kejap kiri, kejap kanan. Hebat menteri-menteri PH ni. Luka boleh berubah-ubah tempat. Hebat-hebat," tulis individu tersebut.

Selepas diperiksa, didapati gambar luka Syed Saddiq yang beralih kedudukan itu diambil menggunakan selfie mode - ini bermakna Syed Saddiq tidak menipu mengenai kedudukan lukanya. Perkara ini lebih jelas jika diperhatikan kedudukan kocek baju melayu Syed Saddiq.

Individu yang melakukan tuduhan itu dikesan telah memadamkan (atau menyembunyikan) post tersebut berikutan menerima serangan bertubi-tubi netizens yang beranggapan beliau terlalu bodoh teknologi dan berasal dari planet gua.

📌 Jatuh kayak, bukan jatuh motor.

Ya, ada juga pihak yang mempertikaikan kecederaan Syed Saddiq sebenarnya akibat bermain kayak dan bukannya kerana jatuh motor. Apakah asas kepada tuduhan itu? Ini berikutan menteri itu telah berkongsikan gambar beliau yang memegang dayung dengan wajah yang tercedera 4 hari lepas di Instagramnya. Namun pihak ketiga yang menyebarkan gambar tersebut berlaku tidak jujur dengan membuat tuduhan Syed Saddiq tercedera kerana bermain kayak. Tuduhan itu kini viral disana disini.


Sebenarnya di kapsyen gambar tersebut, dengan jelas Syed Saddiq memberitahu "dimana ada kemahuan disitu ada jalan. Walaupun luka, masih bersemangat (cekal) untuk satu pusingan lagi", yang membawa maksud, beliau bermain kayak dalam keadaan telah cedera terlebih dahulu tanpa menyatakan punca beliau tercedera. Tidak ada pula ditulisnya cedera kerana bermain kayak. Oleh kerana Syed Saddiq mempromosikan bermain kayak dalam keadaan tercedera, sudah tentulah jika beliau terjatuh ketika berkayak, akan ada video yang viral. Fikirkan.

📌 Jalan elok ketika keluar kenderaan, jalan terhincut-hincut ketika berada di depan wartawan.

Jawapan kepada tuduhan ini boleh dijawab oleh menteri sendiri. Pihak kami hanya akan berkongsikan rakaman video sahaja untuk penilaian pembaca (lihat diakhir artikel ini nanti).

📌 Selepas sehari berhimpun, tampalan didagu pun hilang, parut pun tiada.

Seorang individu yang dikenali sebagai Khay, membuat dakwaan, "jatuh motor luka kat dagu. Tampal plaster sebesar alam. Bila buka tiada parut, kudis langsung. Kau tampal kulit babi ke apa,?" soal individu tersebut dalam nada menghina.

Diruangan komen, kemudiannya netizens sambung mempertikaikan dan memperlekehkan Syed Saddiq berlakon dan wayang lebih.


Sedikit andaian penulis, berkenaan luka di dagu, ia mungkin kecederaan yang tidak serius disebabkan itulah parutnya tidak kelihatan dengan jelas. Tambahan pula, kesan kamera dan pencahayaan juga boleh memainkan peranan membuatkan parut/luka kecil tidak kelihatan jelas didalam gambar dan rakaman video. Masa penyembuhan juga mempengaruhi. Ini kerana Syed Saddiq berkata beliau jatuh motor 3 hari sebelum waktu perhimpunan agung tahunan PPBM bermula. Tak mustahil dalam masa 3 hari, lukanya kian mengecil dan memulih.

Bagaimanapun ini hanyalah andaian. Jawapan sebenar ada pada tuan punya badan.

Disebabkan kecaman bertubi-tubi yang diterima oleh Syed Saddiq itu jugalah, penyokong PPBM kemudiannya berkongsikan satu gambar yang dimuatnaik oleh salah seorang kakitangan Syed Saddiq.


Penyokong PPBM itu berkongsikan gambar Syed Saddiq yang berdarah hidungnya dengan niat mahu membuktikan kecederaan Syed Saddiq adalah benar-benar berlaku dan bukannya wayang seperti dakwaan sesetengah pihak.

"Akibat tangguh temujanji dengan doktor, hidung pun dah berdarah. Esok dahla big day! Doakan bos saya cepat sembuhnya," tulis individu berkenaan di gambar tersebut.

Nampaknya daripada menilai isi ucapan Ketua Pemuda PPBM dan berbahas mengenainya, netizens lebih berminat berdebat mengenai kecederaan yang dialami oleh Syed Saddiq samada ianya betul ataupun lakonan semata. Apa sudah jadi? 😅😅😅 - 31 Disember 2018.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...