Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 11 Ogos 2018

Didakwa Iktiraf LGBT, Ini Respon Mujahid.

KENYATAAN MEDIA

BERTEMU TIDAK BERMAKNA BERSETUJU

1. Merujuk kepada pertemuan saya bersama aktivis transgender Nisha Ayub semalam, ingin saya tegaskan bahawa pertemuan saya bersama Nisha tidak bermakna saya bersetuju dengan semua yang diperjuangkan mahupun mengiyakan perbuatan golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT). 



2. Nisha telah menghubungi saya sendiri untuk mengadakan pertemuan dan saya menerima kehadirannya dengan ikhlas memandangkan isu berkaitan transgender perlu diselami serta difahami khususnya yang berkaitan dengan peranan institusi agama bagi menangani fenomena ini. 

3. Nisha turut menegaskan beliau bukan ikon bagi komuniti LGBT sebaliknya beliau hanya seorang aktivis yang memperjuangkan nasib golongan mak nyah yang sering disisihkan serta memberi galakan agar mereka keluar daripada 'industri seks'. 

4. Pada pertemuan semalam juga, tiada langsung isu berkaitan hak sama rata melibatkan perkahwinan sama jantina dibangkitkan. Pertemuan itu lebih kepada perbincangan bagaimana untuk mengatasi masalah diskriminasi terhadap golongan mak nyah serta bagaimana untuk mengatasi masalah yang dihadapi mereka termasuk penghayatan soal-soal agama dan beribadat secara khusus. 

5. Berhubung isu gambarnya digantung dan diturunkan di pameran fotografi Georgetown, Nisha berkata beliau tidak dimaklumkan bahawa gambarnya digunakan dalam pameran tersebut. Malah beliau juga memberitahu bahawa beliau tidak kisah tentang penurunan gambar berkenaan. 

6. Apa yang paling utama ketika ini ialah, kita perlu hapuskan budaya benci dan diskriminasi kepada komuniti tersebut terutamanya di tempat kerja mahupun di tempat-tempat awam. Kita tidak boleh mengamalkan dasar pilih kasih dalam menjalankan kerja-kerja dakwah malah Islam juga tidak mengalakkan umatnya untuk menyakiti manusia yang lain. Hak mereka sebagai rakyat Malaysia tidak boleh dinafikan.

Rahmatan lil a'lamin

DATUK DR MUJAHID YUSOF RAWA
MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (AGAMA)

11 OGOS 2018

KASTAM Perlu Dedahkan Butiran 19.4b Yang Dituntut Peniaga Tapi Tak Dibayar Kerajaan..

Oleh : Syahir

Ketua Pengarah Kastam telah keluarkan kenyataan media berkenaan RM19.4 bilion yang kononnya dirompak oleh Kerajaan Barisan Nasional sebelum ini.

Menurut beliau sejak GST dilaksanakan pada 1 April 2015 sehingga 31 Mei 2018 sejumlah RM63.5 bilion "refund" atau kredit cukai input telah dibayar kepada peniaga.


KP Kastam juga menyatakan bahawa jumlah tuntutan berdasarkan kepada Borang GST-03 adalah berjumlah RM82.9 bilion. Tolak jumlah RM63.5 bilion adalah RM19.4 bilion yang dikatakan "dirompak" oleh BN. Ini bermakna Kastam membayar 76.5% daripada tuntutan refund oleh peniaga sepanjang pelaksanaan GST.

Refund kena "rompak" tapi, 76.5% atau RM63.5 bilion dah dibayar kepada peniaga. Memang baik hati juga perompak bernama Barisan Nasional ni.

Saya ucapkan terima kasihlah kepada KP Kastam kerana sahkan bahawa majoriti (76.5%) tuntutan refund GST ini memang dibayar oleh Kerajaan sebelum ini dan diterima oleh peniaga.

Saya juga ucapkan terima kasih kerana mengesahkan amalan tatacara kewangan kerajaan bahawa semua hasil GST dimasukkan ke dalam Kumpulan Wang Disatukan (consolidated fund) sebelum dipindahkan ke Tabung Amanah Pembayaran Semula Cukai Barangan dan Perkhidmatan (refund GST).

Tapi KP Kastam perlu menghuraikan daripada RM19.4 bilion atau 23.5% tuntutan refund yang belum dibayar, yang manakah disebabkan dokumen yang tidak lengkap, tuntutan yang meragukan dan tuntutan yang masih dalam peringkat audit atau penyiasatan?

KP Kastam juga perlu memperincikan butiran berapakah refund yang Kastam mohon kepada Mesyuarat Tabung Amanah Bulanan yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Perbendaharaan, dan berapakah yang diluluskan setiap bulan.

Ini kerana hanya memaklumkan angka besar refund berjumlah RM82.1 bilion tidak memberikan gambaran sebenar permohonan dan kelulusan yang dibuat oleh mesyuarat tabung amanah tersebut.

Saya juga berharap KP Kastam tidak berada di bawah apa-apa tekanan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng untuk mengeluarkan kenyataan demi kepentingan politik parti pemerintah.

Lim Guan Eng secara tidak langsung sebenarnya menuduh bahawa Kastam juga terlibat dalam "perompakan" RM19.4 bilion.

Adalah lebih baik Ketua Pengarah Kastam menghuraikan butiran yang lebih mendalam demi menjaga kepentingan awam dan bukannya kepentingan politik parti pemerintah.

Rujukan : Kenyataan Media Jabatan Kastam Diraja Malaysia 10 Ogos 2018: https://www.facebook.com/196384887097432/posts/1898739066861997/

Lim Guan Eng, Menteri Paling Bodoh Bagi Ogos 2018 & Ini Adalah Sebabnya - Syahir.

Oleh : Syahir

Menteri Kewangan kebanggaan rakyat Malaysia Lim Guan Eng bolehlah saya kategorikan Menteri Paling Bodoh bagi bulan Ogos 2018 walaupun bulan Ogos masih berbaki lebih 20 hari.

Pertama dia cakap hasil kutipan GST yang masuk ke dalam consolidated fund atau Kumpulan Wang Disatukan adalah satu rompakan oleh Kerajaan Barisan Nasional sebelum ini.




Lim Guan Eng tak faham Perlembagaan Persekutuan. Perkara 97 Perlembagaan Persekutuan menetapkan bahawa semua hasil atau pendapatan kerajaan tidak kira bagaimana jua cara mesti dimasukkan ke dalam Kumpulan Wang Disatukan atau consolidated fund.

Kedua dia tuduh Kerajaan Barisan Nasional sebelum ini merompak kredit cukai input GST atau refund kepada peniaga sejumlah RM19.4 bilion tanpa mengemukakan apa-apa bukti.

Yang dia cakap rekod Kastam yang disahkan. Siapa yang sahkan?


Di dalam Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan yang diaudit oleh Jabatan Audit Negara merekodkan bahawa kutipan GST bagi barangan dan perkhidmatan tempatan (tak masuk import) menurun RM1 billion daripada RM25.9 bilion kepada RM24.9 bilion kerana pindahan ke Tabung Bayaran Balik GST meningkat dengan ketara.


Tidak ada butiran berapa jumlah kutipan GST dipindahkan ke Tabung Bayaran Balik GST, ini tugas Lim Guan Eng untuk bentangkan di Dewan Rakyat.

Di dalam Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan 2017 juga merekodkan jumlah wang di dalam Tabung Bayaran Balik GST atau Kumpulan Wang Bagi Bayaran Balik Cukai Barang dan Perkhidmatan pada 31 Disember 2017 berjumlah RM1 bilion berbanding RM300 juta pada 31 Disember 2016.

Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan ini disediakan oleh Jabatan Akauntan Negara dan diaudit oleh Jabatan Audit Negara. Semua wang masuk dan keluar direkodkan mengikut kod hasil dan perbelanjaan yang ditetapkan melalui Arahan Perbendaharaan.

Kes refund GST lambat bukanlah benda baru tetapi dah lama menjadi isu sejak GST dilaksanakan tetapi hanya terhad kepada peniaga yang perlu menuntut refund daripada Kastam bagi senarai barangan yang berkadar sifar.

Bagi barangan yang dikenakan GST berkadar standard 6%, peniaga boleh menolak terus cukai yang mereka kutip setelah mereka menjual barangan mereka dan hanya menghantar bakinya kepada Kastam.

Contohnya, pengilang menjual t-shirt bernilai RM10.00 dan mengutip GST 60 sen daripada pemborong.

Pemborong yang menjual kepada peruncit dengan harga RM20.00 akan mengutip GST RM1.20.

Daripada RM1.20 itu, pemborong akan terus menolak atau offset GST 60 sen yang dibayar kepada pengilang sebelum itu dan menghantar baki 60 sen kepada Kastam.

Untuk barangan berkadar sifar seperti makanan asas, peniaga tidak boleh mengutip GST daripada peniaga lain atau pengguna jadi mereka perlu tuntut daripada Kastam.

Menurut Lim Guan Eng, daripada RM19.4 bilion refund yang didakwa dirompak dan tidak dikembalikan kepada peniaga, sejumlah RM9.2 bilion tuntutan tahun 2018, RM6.8 bilion tahun 2017 dan RM2.8 bilion tahun 2016.

Tahun 2018 jumlah refund tinggi kenapa?

Kerana kebodohan Pakatan Harapan mengumumkan pemansuhan GST berkuatkuasa 1 Jun 2018.

Peniaga-peniaga yang sebelum ini telah membeli stok mereka dan dikenakan GST, tidak boleh mengutip GST daripada peniaga atau pengguna di dalam rantaian bekalan. Maka mereka tidak boleh offset GST yang telah dibayar kepada peniaga sebelumnya.

Refund hanya boleh dikutip atau dituntut selepas barangan tersebut dijual. Maka peniaga pun tersangkut dengan stok yang sudah dibayar GST, dan tak boleh kutip GST untuk offset GST tersebut. Mereka hanya boleh tuntut GST daripada Kastam, sebab itu jumlah refund GST pada tahun 2018 meningkat, bukan sebab ianya dirompak.

Peniaga yang tuntut refund GST juga bukannya semua jujur.

Ada banyak kes peniaga kemukakan tuntutan palsu dan dituduh di mahkamah. Lim Guan Eng mesti dedahkan berapa banyak perniagaan yang didapati membuat tuntutan palsu ini.


 

Sebab itu bukan semua tuntutan refund GST ini diberi oleh Kastam.

Lim Guan Eng mesti jawab soalan Khairy Jamaluddin dalam Dewan Rakyat berapa daripada RM19.4 bilion refund tersebut adalah disebabkan tuntutan yang masih dikaji oleh Kastam kerana dokumen yang tidak lengkap dan tuntutan yang meragukan dan berapa yang disebabkan GST yang dimansuhkan.

Tuduhan duit refund GST RM19.4 bilion dirompak oleh Barisan Nasional adalah tudahan tanpa bukti yang tidak berasas yang sengaja dimainkan Kerajaan kerana mereka mahu menutup banyak kelemahan mereka seperti tidak mampu menunaikan janji.

Tatkala isu hutang negara RM1 trilion semakin perlahan, mereka timbulkan isu baru yang direkacipta untuk terus memburukkan parti pemerintah yang lalu.

Lim Guan Eng kata nak siasat RM19.4 bilion yang dirompak, silakan siasat. Siasat melalui badan bebas, lebih baik Suruhanjaya Diraja.

Saya yakin akhirnya Lim Guan Eng akan terbukti salah kerana kebodohan dia sendiri.

Rujukan :
1. Hansard Parlimen - 7 Ogos 2018: http://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-07082018.pdf

2. Hansard Parlimen - 8 Ogos 2018: http://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-08082018.pdf

3. Perlembagaan Persekutuan: http://www.agc.gov.my/…/PERLEMBAGAAN%20PERSEKUTUAN%20ULANG%…

4. Laporan Audit Ketua Negara 2017 ke atas Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan 2017: http://www.parlimen.gov.my/…/CMD.6.2018%20-%20LKAN2017%20Si…

5. Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan 2017: http://www.parlimen.gov.my/…/ST.63.2018%20-%20PENYATA%20KEW…

6. Didakwa lagi tuntutan palsu GST - Berita Harian: https://www.bharian.com.my/…/didakwa-lagi-tuntutan-palsu-gst

Rabu, 8 Ogos 2018

18b Hasil GST 'Lesap', BN Tak Amanah, Rompak Wang Kata Menteri.

Oleh : Malaysiakini

Menteri Kewangan Lim Guan Eng mendedahkan kekurangan RM18 bilion dalam tabung bayaran balik GST dan mendakwa pentadbiran terdahulu menyalahgunakan wang tersebut.

 
Pendedahan itu berikutan tuduhan pentadbiran terdahulu telah 'merompak' dana bayaran balik GST itu.

Ketika membentangkan RUU Akta Cukai Barangan dan Perkhidmatan (Mansuh) 2018 petang tadi, Lim berkata jumlah keseluruhan bayaran balik GST adalah sebanyak RM19.4 bilion semenjak pelaksanaan cukai itu sehingga ke 31 Mei 2018.

"Jumlah wang baki yang sedia ada dalam tabung bayaran balik (GST) RM 1,486 juta, saya nak tegaskan ini jumlah wang yang disahkan selepas pemeriksaan dan audit dalaman oleh jabatan kastam, menandakan bahawa kekurangan kira-kira RM 18 bilion," jelas beliau.

Lim berkata ini berdasarkan audit dalaman dan pemeriksaan jabatan kastam.

"Tunggakan sebesar ini... berlaku bukan saja kerana garis panduan tidak dipatuhi, tetapi ia dianggap... kerajaan dulu untuk menyelewengkan jumlah wang baki yang sedia ada," tambahnya.

Menurut perangkaan jabatan kastam, jumlah bayaran balik GST untuk 2017 adalah sebanyak RM9.18 bilion, pada 2016 (RM6.78 bilion) dan pada 2015 (RM610 juta).

"Tunggakan bayaran balik adalah disebabkan kelemahan aliran tunai kerajaan persekutuan akibat kekurangan disiplin fiskal, pembaziran berleluasa dan pertambahan hutang yang besar," maklum Lim.

Beliau mendakwa pentadbiran terdahulu memalsukan akaun dan menyalahgunakan dana dalam akaun bayaran balik GST untuk menutup defisit dasar kewangan kerajaan.

"Apa yang dilakukan oleh pentadbiran terdahulu merupakan pemalsuan akaun dan penyelewengan tunggakan bayaran balik cukai (GST) untuk kegunaan lain atau menutup defisit supaya menunjukkan keadaan akaun baki semasa kelebihan.

"Kami kesal bahawa tunggakan ini berlaku kerajaan lama masukkan kutipan GST ke dalam akaun amanah yang dikhaskan untuk melunaskan tuntutan cukai.

"Kerajaan BN telah merompak akaun amanah tersebut,"
dakwa Lim. - 8 Ogos 2018.

Kos RM3j Sebulan Selanggara Equanimity Ibarat Berpesta Setiap Hari Di Atas Kapal! - Pakar.

Oleh : Bernama

Berbelanja RM3 juta sebulan bagi kerja-kerja penyelenggaraan sebuah kapal layar mega adalah seumpama mengadakan pesta mewah setiap hari di atas kapal sedangkan utiliti kapal layar digerakkan setiap waktu, seorang pakar kapal layar mewah memberitahu Bernama, Rabu.


Pengarah operasi Mega Yacht Club of Vanuatu Ltd, Nicholas de Souza, berkata jumlah itu juga adalah lebih daripada mencukupi untuk pengambilan anak kapal dengan gaji yang tinggi dan kapten kapal kanan secara tetap.

"Dan (jumlah itu cukup untuk) mengambil kakitangan perkhidmatan tambahan sehingga 25 orang tetapi untuk berbelanja RM3 juta… ia tentunya pesta setiap hari atau pesta amat besar setiap minggu," katanya.

Beliau menyatakan demikian ketika diminta mengulas satu laporan berita bahawa kos menyelenggara sebuah kapal layar yang amat besar menelan belanja kira-kira RM3 juta sebulan.

Equanimity, yang dikaitkan dengan kontroversi susulan dakwaan bahawa ia dibeli dengan menggunakan dana daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Kapal sepanjang 91.5 meter itu tiba di Pelabuhan Klang semalam selepas kerajaan Indonesia, yang merampasnya awal tahun ini, bersetuju untuk menyerahkan penjagaannya kepada pihak berkuasa Malaysia.

Dengan kepanjangannya, de Souza berkata, Equanimity dianggap sebagai sebuah kapal layar dalam kelas mega dan tidak ada marina di Langkawi, setakat ini, mempunyai kapasiti untuk menerima kehadiran kapal yang bersaiz sebegitu.

Dengan pengalaman menguruskan beberapa kapal layar mega di beberapa negara, beliau berkata anggaran kos penyelenggaraan Equanimity adalah melebihi perbelanjaan biasa mana-mana kapal layar mewah yang beliau ketahui.

"(Angka yang dilaporkan) boleh membuat krew dan tetamu kapal menikmati kemewahannya, lebih daripada tinggal di hotel enam bintang untuk tempoh masa yang lama," katanya.

Menurut beliau, walaupun kos boleh berbeza-beza dari satu tempat ke tempat lain, perbelanjaan penyelenggaraan asas untuk kapal layar mewah di Langkawi hanya mencecah kira-kira RM75,000 sebulan melibatkan krew minimum dan bayaran tempat parkir.

"Sekiranya ia (Equanimity) (dikekalkan) di sini, ia (memperuntukkan RM3 juta sebulan) akan (mencukupi) seperti mendapat semua krew di hotel kelas tinggi, yang lain memerhati dari atas kapal setiap masa dan menghiburkan tetamu hampir setiap hari," tambah beliau. - 8 Ogos 2018.

17 Pegawai Keselamatan Disyaki Mencuri RM3.5j Dari Pejabat Najib.

Oleh : Malaysiakini
Pegawai-pegawai keselamatan di Jabatan Perdana Menteri yang direman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini didakwa mencuri wang tunai berjumlah RM3.5 juta daripada pejabat bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak pada malam pilihan raya umum ke-14 lalu.

Sumber memberitahu Malaysiakini seramai 17 anggota keselamatan mengambil wang itu - yang dikatakan SPRM sebahagian dana pilihan raya Umno- apabila mengetahui "BN tewas pilihan raya."

"Para anggota keselamatan adalah sebahagian daripada pasukan bertugas malam itu untuk menyediakan kawalan keselamatan di jabatan berkenaan.

"Mereka yang ditangkap adalah orang yang pada masa itu ditugaskan untuk menjaga bangunan utama di mana terletaknya pejabat perdana menteri.

"Dipercayai apabila mereka mengetahui BN akan kalah pilihan raya, mereka memutuskan untuk mengambil sesuatu untuk diri mereka sendiri dan masuk ke pejabat bekas perdana menteri,"
kata seorang sumber.

Wang itu, tambah sumber berkenaan, tidak disimpan dalam peti keselamatan.

Pihak berkuasa mengesyaki kumpulan berkenaan telah menyapu bersih semua wang tunai yang didapati di pejabat berkenaan.

Sumber lain berkata pihak berkuasa mula curiga terhadap penglibatan suspek apabila mereka dilihat menayangkan kemewahan mereka secara mendadak, termasuk membeli motosikal baru.

Ketika dihubungi Malaysiakini, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Azam Baki mengesahkan anggota keselamatan berkenaan sedang disiasat, namun enggan mengulas lanjut.

Terdahulu hari ini, SPRM memperoleh perintah tahanan reman selama lima hari terhadap suspek, berusia antara 31 dan 51 tahun di Mahkamah Majistret Putrajaya bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Dilaporkan SPRM telah merampas wang tunai berjumlah RM840,700 daripada suspek, bersama sembilan motosikal bernilai RM90,000. - 8 Ogos 2018.

Selasa, 7 Ogos 2018

Surat Terbuka Doktor Kepada Marina Mahathir Dipadamkan Facebook.

Laman sosial hari ini kecoh apabila surat terbuka viral seorang doktor yang dikenali sebagai Nur Ilyani Mohamed Nawawi kepada Marina Mahathir telah dipadamkan Facebook.

Surat itu menjawab dakwaan Marina kononnya golongan LGBT disisihkan dari menerima rawatan, bekerja dan belajar di negara ini.

Marina dipetik sebagai berkata, komuniti LGBT menghadapi diskriminasi dalam kehidupan seharian mereka berdasarkan kepada anggapan dan stigma daripada anggota masyarakat.

"Di Malaysia, komuniti LGBT agak berbeza daripada apa yang anda lihat di Barat. Saya fikir semua orang telah diwarnai oleh apa yang mereka lihat di Barat.

"Masyarakat LGBT di Malaysia tidak meminta hak tambahan, mereka minta hak yang sama seperti orang lain.

"Setakat yang saya tahu, dan saya mempunyai sejarah panjang mengetahui komuniti ini, mereka tidak begitu agresif dalam menuntut hak mereka.

"Seperti yang anda lihat, sebahagian besar daripada mereka terpinggir, dan jika anda dipinggirkan, anda pada asasnya tidak mempunyai daya,"
katanya, memetik laporan Malaysiakini. 



Doktor itu kemudiannya membalas kenyataan Marina dengan memberitahu, profesion doktor sepertinya di Malaysia sebenarnya memberikan khidmat yang terbaik bagi merawat pesakit termasuklah terhadap golongan LGBT.

Tiada diskriminasi dilakukan melainkan LGBT tidak dibenarkan menderma darah kerana faktor risiko kesihatan yang sangat tinggi.

Untuk rekod bukan sahaja di Malaysia, ia adalah garis panduan yang terpakai di seluruh dunia mengenai larangan LGBT menderma darah khususnya MSM (Men Sex Men). 

Menurut portal Independent.uk, LGBT dilarang menderma darah kerana risiko HIV dan Hepatatis B. Bagaimanapun satu peraturan baru digubal pada tahun 2011, bahawanya gay boleh menderma darah jika tidak melakukan sebarang hubungan seksual selama 12 bulan dengan mana-mana lelaki.

Perkara yang sama turut dinyatakan di portal redcrossblood. Peraturan itu bagaimanapun sedikit berbeza dengan lesbian dimana golongan lesbian dibenarkan menderma darah tidak seperti MSM.

Portal itu turut menjelaskan LGBTQ perlu menjalani saringan sebelum dibenarkan menderma darah meskipun setiap unit darah penderma akan diperiksa semula bagi mengesan jangkitan dan virus, ini kerana terdapat sesetengah penyakit tidak dapat dikesan dari awal jika jangkitan baru sahaja di peringkat permulaan.

Berikut adalah kandungan penuh surat terbuka tersebut;

"Kehadapan Cik Puan Marina bt Mahathir,

1) Saya adalah seorang doktor perubatan dan saya tidak mengiktiraf perlakuan seks bebas apatah lagi songsang.

2) Adakah anda bersetuju kini golongan yang mendominasi carta penghidap HIV adalah di kalangan komuniti LGBT?

3) Sehingga kini, walaupun pesakit yang hadir mendapatkan rawatan dari saya tergolong dari kalangan LGBT, saya tetap melayan mereka sebagai pesakit dan memberikan rawatan yang terbaik buat mereka. Apatah lagi jika mereka berada di hujung usia. Maka, hak apakah yang anda sedang perjuangkan?

4) Adakah Cik bersetuju jika ada darah yang didermakan oleh golongan LGBT didermakan kepada salah seorang ahli keluarga Cik? (Buat masa sekarang penganut LGBT tidak dibenarkan mendermakan darah disebabkan gaya hidup yang berisiko tinggi). Adakah itu kesamarataan yang Cik mahukan?

5) Jika kalian melaungkan hak, maka kami juga mahu melaungkan hak untuk hidup aman damai serta bebas dari gaya hidup songsang.

6) Akan tetapi, jika kalian mula mempromosi gaya hidup sebegini di media, kalian sudah mula mengganggu gugat keamanan & ketenteraman kehidupan kami untuk mendapat akses yang murni di media-media.

7) Kami juga punya hak untuk memastikan pemikiran anak-anak kami dan sanak saudara kami agar terselamat daripada terjerumus ke dalam pemikiran & perbuatan songsang ini. Na'uzubillah.

8 ) Akhirnya, jika kalian rasa itu bukan satu dosa dan itu adalah hak peribadi, maka buatlah tapi pastikan kalian bukan berada di bumi Tuhan!

Nur Ilyani Mohamed Nawawi
Pasir Mas
6/8/2018

#NormalisasiDosa #NoLGBTIQ"
- 7 Ogos 2018.

IKSIM Nafi 7.4juta 'Hilang', Mahu Ambil Tindakan Jika Ada Pihak Panjangkan Kenyataan Mujahid.

Kenyataan Mujahid Berbaur Fitnah, Berdasarkan Laporan Audit Tidak Bertauliah Separuh Masak - IKSIM.
Merujuk kepada sessi penggulungan oleh YB Mujahid Yusof Rawa, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri di Parlimen petang tadi berkenaan laporan Audit Dalam oleh Pasukan Audit Dalam Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) ke atas Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSIM) ternyata ia bersifat FITNAH.

 
Yang Berhormat Menteri telah membuat satu bentuk dakwaan berdasarkanlaporan Pasukan audit dalam MAIWP yang bukan juruaudit bertauliah. Malah dapatan mereka masih bersifat separuh masak kerana belum dijalankan “exit conference”.

Pihak IKSIM telah memberikan kerjasama penuh kepada pihak Audit Dalam (MAIWP) sejak dari awal dan masih menunggu “exit conference” yang telah ditangguhkan sebanyak 3 kali oleh pihak MAIWP setelah pihak IKSIM menjawab semua soalan-soalan yang dikemukakan.

Pihak IKSIM menyeru supaya semua pihak berpegang kepada etika kerja yang betul dan tidak melangkaui prosedur dengan mengemukakan pelbagai bentuk dakwaan sebelum semua proses audit lengkap sepenuhnya.

RM 7.4 Juta dana yang dibangkitkan oleh YB Menteri adalah berpunca dari prosedur kerja dan tatacara perakuanan yang berbeza di antara MAIWP dan prosedur yang digunapakai oleh IKSIM. 


Setiap ringgit yang diuruskan perbelanjaan oleh IKSIM mempunyai rekod terperinci dan boleh disemak dalam masa beberapa minit. Akan tetapi pasukan Audit MAIWP menganggap perbezaan itu sebagai kesilapan.

Untuk makluman, IKSIM bukan anak syarikat MAIWP. IKSIM telah diaudit BERSIH sejak ditubuhkan oleh juruaudit bertauliah. IKSIM tertakluk di bawah Akta Syarikat dan MAIWP pula di bawah Akta 505.

Pihak IKSIM ingin mengingatkan semua pihak bahawa kenyataan dan dakwaan yang telah dibuat berdasarkan laporan audit separuh masak oleh YB Mujahid Yusof Rawa di luar Parlimen sebentar tadi tidak diberikan imuniti. Justeru sesiapa yang memanjangkannya boleh terjebak dengan tindakan undang-undang.

Tak Perlu Layan Tuntutan Royalti Jika Kelantan Tak Selesai Isu Orang Asli Kata Ketua Pemuda PH.

Kenyataan Media Pemuda Pakatan Harapan Negeri Kelantan: Isu Blockade - Kerajaan Persekutuan Perlu Campurtangan

4 hari lepas, Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar R Sivarasa telah membuat lawatan ke Pejabat JAKOA Gua Musang dan seterusnya membuat kunjungan ke Blockade Kaleg dan Cawas.

 
Lawatan dan tinjauan ini dilakukan selepas beliau menerima aduan dari wakil Jaringan Orang Asli Kelantan berkenaan masalah yang dihadapi Masyarakat Orang Asli di Gua Musang, Kelantan berkaitan aktiviti Pembalakan dan Perladangan didalam kawasan yang menjadi tuntutan Tanah Adat Mereka.

Hasil lawatan dan tinjauan, Timbalan Menteri telah mengeluarkan kenyataan meminta perhatian Kerajaan Negeri Kelantan supaya menyelesaikan perkara berbangkit supaya semua pihak mendapat hak masing-masing.

Selang 2 hari selepas lawatan Timbalan Menteri, Malaysia dikejutkan dengan berita sekumpulan hampir 50 individu merobohkan Blockade Kaleg apabila video kejadian tersebut viral di Media Sosial. Individu berkaitan berkemungkinan orang upahan syarikat perladangan.

Pemuda Pakatan Harapan(PH) Negeri Kelantan mengambil serius kejadian yang berlaku ini dan menganggap ianya sebagai satu perbuatan yang KURANG AJAR memandangkan ianya berlaku selang 2 hari sahaja dari tarikh lawatan dan tinjauan Timbalan Menteri.

Kami Pemuda PH Kelantan sebelum ini telah terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam membantu perjuangan Masyarakat Orang Asli suku Kaum Temiar menuntut Hak Tanah Adat Mereka.

Isu ini bukanlah isu baru. Malah ianya telah berlanjutan lebih dari 5 tahun sebelum Pakatan Harapan dan Pemuda Pakatan Harapan ditubuhkan.

Sepanjang krisis ini berlangsung, wakil-wakil Masyarakat Orang Asli telah lebih dari 10 kali secara rasmi dan tidak rasmi memohon supaya diadakan rundingan bagi menyelesaikan krisis ini.

Jemputan supaya MB, TMB dan wakil-wakil Kerajaan Negeri Kelantan tampil melihat sendiri kerosakan yang berlaku akibat aktiviti pembalakan dan perladangan melampau juga sudah banyak kali dibuat tetapi pihak Kerajaan Negeri hanya berdiam diri.

Pemuda Pakatan Harapan Kelantan dengan ini menuntut supaya;

1. Kerajaan Negeri Kelantan terutama MB, TMB dan barisan EXCO Kerajaan Negeri Kelantan tampil membuat rundingan melibatkan wakil-wakil Masyarakat Orang Asli, Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan, JAKOA, wakil-wakil Syarikat Perladangan dan semua pihak terlibat dengan kadar segera.

2. Kementerian Kemajuan Luar Bandar harus campurtangan secara lebih serius mengikut bidangkuasa Kerajaan Persekutuan bagi menyelesaikan krisis ini.

Kedua-dua tuntutan diatas dibuat bersesuaian dengan tuntutan Masyarakat Orang Asli yang masih belum ditunaikan oleh Kerajaan Negeri Kelantan.

Pemuda PH Kelantan juga ingin mencadangkan supaya Kerajaan Persekutuan memberi tekanan kepada Kerajaan Negeri dengan tidak melayan apa-apa tuntutan dari Kerajaan Negeri termasuklah tuntutan bayaran Royalti sehingga perkara ini diselesaikan terlebih dahulu.

Tidak ada gunanya berlembut dengan sebuah Kerajaan yang menzalimi rakyat sendiri lebih-lebih lagi terhadap Masyarakat Orang Asli yang sudah sekian lama hidup dalam kemunduran dan serba kekurangan.

Pemuda PH Kelantan juga tekad untuk bertindak dengan lebih serius dalam membantu Masyarakat Orang Asli menuntut Hak Tanah Adat mereka selain akan terus komited memperjuangkan isu penjagaan hutan dari dimusnahkan pihak-pihak yang rakus dan berkepentingan.

Mohd Khairul Amin Ab Rahman
Ketua Pemuda Pakatan Harapan
Negeri Kelantan

Dan Ini Sebabnya Mahathir Mahu Buat Kereta Nasional Ketiga..

Oleh : Adam Mukhriz

KERETA NASIONAL KETIGA

Orang ramai tak faham. Kenapa Tun M nak buat kereta lagi. Ye lah PROTON dah ada. Kenapa nak buat kereta lagi. Negara ni hidup kerana PROTON. Itu korang tak boleh nafi. Sebab tanpa PROTON entah entah korang masih lagi tanam sayur paling tinggi pun keje gomen. So sedar diri sebelum korang kutuk PROTON tu. 



 
Ketika Dr Mahathir dapat kuasa kali pertama. Duit negara nak bayar gaji pun tak cukup. Dia buat PROTON. Akhirnya kerana PROTON lah negara kita jadi negara industri. 

Dari situ lah wujud orang buat getah cermin buat skru yang akhirnya berkembang dan terus berkembang.

Orang tak faham industrilisasi. Orang tak faham tanpa INDUSTRI negara kita tak akan maju. Bila Tun M berhenti Pak Lah pergi patah balik kepada PERTANIAN dan datang kepada Najib buat servis. Matikan industrilisasi. Jual-dapat cash cepat. Tu je kepala botak berjambul dia boleh fikir.

Sepatutnya Tun M fokus kepada pengangkutan awam. Alahai bongoknya habis tu kalau buat pengangkutan awam tak boleh buat kereta? 


Berapa ribu orang boleh pergi kerja dengan pengangkutan awam kalau industri tak ada? Semua ni jalan seiring lah. Apa payah sangat. 

Lagipun nak tanya korang naik public transport ke? Public transport gomen buat swasta bangunkan industri. Walaupun aku yakin 3rd national car tak pakai duit gomen memandangkan hampir semua ahli kabinet tak bersetuju dengan cadangan tu.

Habis tu kenapa Tun M tak bangun kan PROTON. PROTON is no longer buat kereta. Kita import dan tukar logo. PROTON akan jadi PERODUA. Sehingga semua model yang akan dikeluarkan adalah model rebadge dari Geely. LOTUS kita dah tak ada. MV AGUSTA dah tak ada. Apa lagi tinggal pada PROTON? Kepakaran yang disia sia kan. 


Dan aku pasti kalau kereta ketiga tu wujud, niche market dia tak sama dengan PROTON. Mungkin ke arah kereta hibrid atau kereta elektrik.

Apa pun korang kena faham Tun M nak capai negara maju cepat sebelum dia tutup mata. Cara paling cepat ialah rancakkan industri berat. Yang akan memberi ratusan ribu peluang kerja melalui chain yang ada. 


Dari sini lah akan jadi Asian Tiger. Tapi orang tetap tak akan faham. Tetap mengatakan PROTON itu gagal. Sedangkan ia mencatat kerugiaan bukannya gagal. Kalau Proton gagal dah lama lingkup. 

Ratusan ribu akan merana hilang kerja. Sebab tu Turki dan Indonesia nak belajar dengan kita buat kereta! Tak kan dia nak belajar dengan org yang gagal?

Walau bagaimana pun, PROTON tetap dihati. Aku salahkan Najib Razak sebab jual PROTON dengan harga murah. Aku salahkan dia seumur hidup aku. Bahana dia banyak yang kita kena tanggung! 


Kalau aku ada banyak duit aku dah lama beli saham PROTON sebab aku yakin PROTON mampu bangkit suatu hari nanti denfan cara dan tangan yang betul.

Komunis Juga Penjajah - Tuan Guru Hadi Awang.

KOMUNIS JUGA PENJAJAH

Saya tertarik kepada polemik berkenaan adakah kumpulan komunis itu juga pejuang kemerdekaan yang perlu disenaraikan dalam perjuangan menentang penjajah dahulu?

 
Sebelum menghukum hendaklah dibaca dan dikaji sejarah dan kefahamannya. Kalangan ilmuan pengkaji sejarah bersepakat bahawa teori komunis adalah ijtihad manusia Yahudi German bernama Karl Marx. Dia bukan Melayu, bukan Cina, bukan India dan bukan juga dari kalangan penduduk asal di hutan rimba tanah air kita.

Teorinya yang ekstrem membela rakyat marhaen yang miskin sehingga menasionalisasikan (merampas dan memilik negarakan harta) sangat menarik pemikiran ramai rakyat Asia yang tertindas. Namun mereka terlepas pandang teorinya yang menolak adanya Tuhan yang dipercayai oleh semua agama, lebih-lebih lagi agama Islam yang lengkap pengajarannya melibatkan ekonomi, politik dan seluruh aspek kehidupan manusia sejagat. Maka Islam menjadi musuhnya paling ketat. Bahkan ramai daripada kalangan ilmuan dan pemimpin Barat menganggap Islam lebih bahaya daripada komunis, walaupun mereka juga berperang menentang komunis sehingga hari ini.

Walaupun komunis itu tidak membawa bala tenteranya seperti negara Barat yang menjajah kita, tetapi fahamannya menjajah pemikiran rakyat pelbagai kaum yang direkrut menjadi bala tenteranya. Memang mereka juga menentang penjajah Barat, tetapi mereka juga adalah bala tentera penjajah pemikiran komunis, di mana bahayanya lebih besar dari bala tentera penjajah Barat yang berkulit putih itu. Ini kerana fahaman komunis itu membunuh akidah secara ekstrem. Adapun penjajah Barat secara lebih terang-terangan dapat dilihat wajahnya.

Di sinilah saya memahami mengapa pemimpin generasi awal daripada PAS seperti Almarhum Dr. Burhanuddin Al-Helmy dan lain-lain yang menentang penjajah British tidak bersama komunis ke dalam hutan. Bahkan mereka juga menyokong ISA kerana menentang komunis, bukannya menangkap ikut suka hati.

Kita juga membaca bagaimana tanah air umat Islam yang dijajah oleh komunis itu menerima akibat yang lebih dahsyat daripada penjajah Barat, di mana kesannya masih nyata pada hari ini. Walaupun ideologi komunis telah dikuburkan oleh penganutnya sendiri.

Saya dapati ijtihad pemimpin kita yang sama-sama menentang penjajah Barat, tiba-tiba menentang komunis adalah tepat kerana menentang musuh yang lebih berbahaya hendaklah diutamakan. Inilah petunjuk Allah kepada Rasulullah S.A.W dalam menghadapi percaturan antarabangsa pada zamannya di antara Rom dan Parsi yang menjadi sebab turun Surah Ar-Rum yang bermula dengan firman Allah:

غُلِبَتِ الرُّومُ (2) فِي أَدْنَى الْأَرْضِ وَهُم مِّن بَعْدِ غَلَبِهِمْ سَيَغْلِبُونَ (3) فِي بِضْعِ سِنِينَ لِلَّهِ الْأَمْرُ مِن قَبْلُ وَمِن بَعْدُ وَيَوْمَئِذٍ يَفْرَحُ الْمُؤْمِنُونَ (4) بِنَصْرِ اللَّهِ يَنصُرُ مَن يَشَاءُ وَهُوَ الْعَزِيزُ الرَّحِيمُ (5)

“Orang-orang Rom telah dikalahkan. (2); Di negeri yang dekat sekali dan mereka sesudah kekalahannya itu akan mengalahkan lawannya. (3); Dalam masa tidak sampai sepuluh tahun. Kepada pentadbiran Allah jualah terpulang segala urusan, sebelum berlakunya dan sesudah berlakunya; dan pada ketika berlakunya (kemenangan Rom) itu, orang-orang yang beriman akan bergembira. (4); Dengan kemenangan yang diberi Allah. Ia memberi kemenangan kepada sesiapa yang dikehendakiNya, dan Dialah jua yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani. (5)”. (Surah Ar-Rum: 2-5)

Allah mewahyukan ayat-ayat ini apabila Rasulullah S.A.W dan para sahabatnya berdukacita Rom dikalahkan oleh Parsi, walaupun kedua-dua kuasa besar itu bermusuh terhadap Islam, tetapi Parsi yang beragama Majusi lebih besar bahaya daripada Rom. Al-Quran adalah petunjuk kepada umat Islam dalam segala aspek.

Maka kita mengharapkan mereka yang menjadi mangsa kekejaman komunis itu mendapat kelebihan para syuhada’ kerana menentang musuh Islam yang lebih besar dan mereka yang berpihak kepada komunis itu diampunkan dosa kerana kejahilannya. Inilah dia Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS).

“Sejahtera Bersama Islam”

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

Ahad, 5 Ogos 2018

MB Perak Nafi Terlibat Dalam Majlis Wanita Berpakaian Seksi.

KENYATAAN MEDIA - MENTERI BESAR, KERAJAAN NEGERI TIADA KAITAN DENGAN MAJLIS TAMPILKAN WANITA BERPAKAIAN SEKSI.
 
Assalamualaikum WBT dan selamat petang,
Saya terpanggil untuk membuat satu kenyataan media menafikan pembabitan saya, Pejabat Menteri Besar Perak dan juga mana-mana jabatan atau agensi kerajaan negeri Perak dalam satu majlis 'amal' yang menampilkan seorang penyanyi wanita yang tampil berpakaian seksi, seperti yang tersebar di media sosial.



Dalam klip video berdurasi 1 minit 24 saat itu, seorang penyanyi wanita kelihatan tampil membuat persembahan tarian dan nyanyian dengan pakaian seksi pada satu majlis makan malam.

Terpapar pada skrin besar dalam video tersebut adalah "Persatuan Kebudayaan dan Pelancongan Kinta Perak. Malam Amal Ratu Kebudayaan Yang ke-14 Tahun 2018. Ratu Kebaya, Ratu Sari, Ratu Cheongsam."

Turut dipaparkan pada skrin besar dalam video tersebut adalah : "Ribuan terima kasih dan penghargaan kepada tetamu terhormat YB M Kulasegaran (Menteri Sumber Manusia) dan YAB Ahmad Faizal Azumu (Menteri Besar Perak)".

Pihak penganjur juga didapati telah menggunakan logo Jata Negeri Perak, logo Visit Perak 2017 dan logo Tourism Perak pada skrin latar majlis tersebut.

Saya telah meminta pihak berkaitan untuk menyemak kaitan kerajaan negeri dengan majlis tersebut dan makluman yang saya terima menunjukkan tiada sebarang tajaan atau kehadiran mana-mana wakil pejabat Menteri Besar atau mana-mana jabatan atau agensi kerajaan negeri pada majlis terbabit.

Justeru itu, saya ingin menafikan sekeras-kerasnya pembabitan saya, pejabat Menteri Besar Perak dan juga mana-mana jabatan atau agensi kerajaan negeri Perak secara langsung atau tidak langsung dengan majlis itu.

Saya tidak pasti apakah niat pihak berkenaan berbuat demikian, tetapi saya memandang serius perbuatan berkenaan kerana ia melibatkan imej institusi Menteri Besar Perak dan juga kerajaan Perak keseluruhannya.

Susulan daripada kejadian yang mendukacitakan ini, saya telah mengarahkan supaya mana-mana pihak yang ingin menggunakan imej saya atas kapasiti sebagai Menteri Besar, Ahli Dewan Undangan Negeri dan Ahli Parlimen supaya merujuk kepada Pejabat Menteri Besar terlebih dahulu.

Ini adalah bertujuan melindungi imej insitusi Menteri Besar Perak dan imej kerajaan negeri Perak secara keseluruhannya dari sebarang acara atau aktiviti yang boleh menimbulkan salah faham di kalangan masyarakat pelbagai agama dan kaum, serta menyentuh perkara-perkara sensitif.

Sekian, terima kasih.

AHMAD FAIZAL DATO' AZUMU
MENTERI BESAR PERAK
SABTU, 5 OGOS 2018

Ini Luahan Kekecewaan Mazlan Aliman Mengenai Bayaran Sara Hidup Peneroka FELDA.

CATITAN MAZLAN ALIMAN ISU FELDA.

Telah seminggu saya tidak menulis samada di fb, whatsapp group dan lain-lain.

Ada orang kata saya kecewa tiada jawatan dalam Felda. Ia berdasarkan whatsapp, sms dan panggilan talipon kepada saya.


Ye, saya mungkin kecewa. Namun, saya lebih kecewa dan tidak mampu untuk menutup kekecewaan saya terhadap cara pengurusan kita dan Felda menangani isu Felda, khususnya bayaran Sara Hidup terhadap kira kira 31 ribu peneroka Felda yang terlibat dengan tanam semula.

Sara Hidup umpama 'gaji' bagi peneroka. Ianya telah gagal dibayar mengikut jadual. Kegagalan kali kedua. Hari ini, 4 Ogos, berapa lama sudah lewat; seharusnya Sara Hidup dibayar antara 23-25 hb, setiap bulan.

Saya telah salurkan isu ini kepada pemimpin terbabit. Dari Pengarah Besar Felda hingga ke Pengurus Besar Wilayah(RGM). Dari Pak Menteri yang jaga Felda sampai ke menteri lain.

Dimana silapnya, sampai hari ini berlarutan. Jawapan hampir standard, "Felda sedang berdepan dengan krisis kewangan yang parah, akibat mewarisi Kerajaan lama"."Bersabar, kita sedang tangani"....

Apabila peneroka hubungi saya dan menyumpah seranah, saya berusaha menjadi pendengar yang baik. Adakalanya, makin diberi penjelasan, bertambah teruk dimakinya saya.

 

"Dah jadi Kerajaan dan ada kuasa, isu Sara Hidup pun tak boleh selesai? "Dulu janji macam-macam (diikuti dengan carut mereka).."

Saya pun manusia biasa. Bayangkan, di maki setiap hari khususnya dalam media sosial.

Apa pun persepsi kita pada peneroka, harus ingat, mereka sedang bergelut untuk survive. Mereka sedang hadapi derita. Nak bayar segala bil, keperluan harian, belanja anak sekolah dan lain lain. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul!

Terimakasih kepada YAB PM, Tun Dr Mahathir yang menyentuh soal Sara hidup peneroka dalam mesyuarat tertinggi PH kelmarin. 


Terimakasih juga buat Sdr Husam Musa, yang hubungi saya dan ajak sarapan pagi semalam. Memberi pandangan dan nasihat yang berkaitan Felda. Beliau antara sahabat yang peka tentang Felda.
"Orang lain mana tau sangat tentang Felda syeikh. Anta kena terus bantu Felda. Ana dah sebut benda ni dalam mesyuarat PH". Kata Husam.

Saya bermuhasabah. Saya yakin hikmah disebalik perlantikan Pengerusi Felda dan Lembaga Pengarah Felda yang baru.

Tahniah buat Tan Sri Megat Zaharuddin Megat Mohd Nor dan barisan Lembaga Pengarah Felda yang telah dilantik. Saya yakin atas kemampuan mereka.

Felda perlukan kepimpinan yang memiliki kelulusan tinggi dan 'corporate skills', demi membawa Felda kembali ke era cemerlang. Saya bukan orangnya, apatah lagi tugas memulihkan semula Felda terlalu amat sukar.

InshaAllah, saya bersama Ngo ANAK, SGK2F, MBFM, KAF dan lain lain, akan terus komited memperjuangkan hak dan kepentingan peneroka dan warga Felda pada keseluruhannya, meskipun 'diluar gelanggang'.

Catatan anak Felda,
Mazlan Aliman
4 Ogos 2018


Sumber : ANAK

Kediaman Rasmi MB Perak Dijual, Akan Bina Rumah Lain.

Oleh : Bernama

Kawasan kediaman rasmi Menteri Besar Perak di sini mungkin akan dijual memandangkan ia dilihat tidak lagi sesuai untuk didiami, kata Menteri Besar Ahmad Faizal Azumu.

 
Beliau berkata aspek keselamatan antara satu daripada sebab kediaman rasmi itu tidak lagi boleh diduduki selain lokasinya yang kurang sesuai pada ketika ini.

“Sekarang naik (terdapat) pelbagai bangunan (sekitar kediaman), maka rumah ini tidak lagi sesuai untuk MB (menteri besar) tinggal, bukan saya sahaja tapi sesiapa pun (selepas saya).

“Saya telah sembah maklumkan kepada Sultan Perak Sultan Nazrin Shah mengenai perkara ini,”
katanya dalam temu bual khas di kediaman rasmi Menteri Besar, baru-baru ini.

Menjelas lanjut, beliau berkata nilai tanah kawasan kediaman itu adalah tinggi dan jika ia dijual banyak projek boleh dilaksanakan seperti pembinaan rumah untuk semua Ahli Majlis Kerajaan Negeri (Exco).

Ahmad Faizal berkata Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) sedang mengumpul cadangan daripada pelbagai pihak berhubung projek yang sesuai dilaksanakan di kawasan tersebut bagi mengantikan kediaman rasmi Menteri Besar.

“Kami akan pastikan, apapun yang akan dilaksanakan akan menjaga kepentingan negeri selain mempunyai nilai kepada rakyat,” katanya.

Menurutnya jika kediaman rasmi baru Menteri Besar dibangunkan nanti, ia akan dibina dengan teguh, cantik serta boleh dikunjungi orang awam untuk mengambil gambar sebagai kenang-kenangan.

Kediaman rasmi Menteri Besar yang terletak berdekatan bulatan Sultan Yusof itu dibina pada 1962 dan siap setahun kemudian.

Dalam pada itu, Ahmad Faizal meminta media di Perak menjadi mata dan telinga kepada kerajaan dalam menyampaikan sebarang maklumat untnuk memajukan negeri.

“Anda (media) kerap ke lapangan boleh sampaikan kepada saya masalah dan kesusahan rakyat,” katanya sambil berharap media dapat menjalin kerjasama erat sebagai sahabat dengannya. - 5 Ogos 2018.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...