Selasa, 7 Ogos 2018

Surat Terbuka Doktor Kepada Marina Mahathir Dipadamkan Facebook.

Laman sosial hari ini kecoh apabila surat terbuka viral seorang doktor yang dikenali sebagai Nur Ilyani Mohamed Nawawi kepada Marina Mahathir telah dipadamkan Facebook.

Surat itu menjawab dakwaan Marina kononnya golongan LGBT disisihkan dari menerima rawatan, bekerja dan belajar di negara ini.

Marina dipetik sebagai berkata, komuniti LGBT menghadapi diskriminasi dalam kehidupan seharian mereka berdasarkan kepada anggapan dan stigma daripada anggota masyarakat.

"Di Malaysia, komuniti LGBT agak berbeza daripada apa yang anda lihat di Barat. Saya fikir semua orang telah diwarnai oleh apa yang mereka lihat di Barat.

"Masyarakat LGBT di Malaysia tidak meminta hak tambahan, mereka minta hak yang sama seperti orang lain.

"Setakat yang saya tahu, dan saya mempunyai sejarah panjang mengetahui komuniti ini, mereka tidak begitu agresif dalam menuntut hak mereka.

"Seperti yang anda lihat, sebahagian besar daripada mereka terpinggir, dan jika anda dipinggirkan, anda pada asasnya tidak mempunyai daya,"
katanya, memetik laporan Malaysiakini. 



Doktor itu kemudiannya membalas kenyataan Marina dengan memberitahu, profesion doktor sepertinya di Malaysia sebenarnya memberikan khidmat yang terbaik bagi merawat pesakit termasuklah terhadap golongan LGBT.

Tiada diskriminasi dilakukan melainkan LGBT tidak dibenarkan menderma darah kerana faktor risiko kesihatan yang sangat tinggi.

Untuk rekod bukan sahaja di Malaysia, ia adalah garis panduan yang terpakai di seluruh dunia mengenai larangan LGBT menderma darah khususnya MSM (Men Sex Men). 

Menurut portal Independent.uk, LGBT dilarang menderma darah kerana risiko HIV dan Hepatatis B. Bagaimanapun satu peraturan baru digubal pada tahun 2011, bahawanya gay boleh menderma darah jika tidak melakukan sebarang hubungan seksual selama 12 bulan dengan mana-mana lelaki.

Perkara yang sama turut dinyatakan di portal redcrossblood. Peraturan itu bagaimanapun sedikit berbeza dengan lesbian dimana golongan lesbian dibenarkan menderma darah tidak seperti MSM.

Portal itu turut menjelaskan LGBTQ perlu menjalani saringan sebelum dibenarkan menderma darah meskipun setiap unit darah penderma akan diperiksa semula bagi mengesan jangkitan dan virus, ini kerana terdapat sesetengah penyakit tidak dapat dikesan dari awal jika jangkitan baru sahaja di peringkat permulaan.

Berikut adalah kandungan penuh surat terbuka tersebut;

"Kehadapan Cik Puan Marina bt Mahathir,

1) Saya adalah seorang doktor perubatan dan saya tidak mengiktiraf perlakuan seks bebas apatah lagi songsang.

2) Adakah anda bersetuju kini golongan yang mendominasi carta penghidap HIV adalah di kalangan komuniti LGBT?

3) Sehingga kini, walaupun pesakit yang hadir mendapatkan rawatan dari saya tergolong dari kalangan LGBT, saya tetap melayan mereka sebagai pesakit dan memberikan rawatan yang terbaik buat mereka. Apatah lagi jika mereka berada di hujung usia. Maka, hak apakah yang anda sedang perjuangkan?

4) Adakah Cik bersetuju jika ada darah yang didermakan oleh golongan LGBT didermakan kepada salah seorang ahli keluarga Cik? (Buat masa sekarang penganut LGBT tidak dibenarkan mendermakan darah disebabkan gaya hidup yang berisiko tinggi). Adakah itu kesamarataan yang Cik mahukan?

5) Jika kalian melaungkan hak, maka kami juga mahu melaungkan hak untuk hidup aman damai serta bebas dari gaya hidup songsang.

6) Akan tetapi, jika kalian mula mempromosi gaya hidup sebegini di media, kalian sudah mula mengganggu gugat keamanan & ketenteraman kehidupan kami untuk mendapat akses yang murni di media-media.

7) Kami juga punya hak untuk memastikan pemikiran anak-anak kami dan sanak saudara kami agar terselamat daripada terjerumus ke dalam pemikiran & perbuatan songsang ini. Na'uzubillah.

8 ) Akhirnya, jika kalian rasa itu bukan satu dosa dan itu adalah hak peribadi, maka buatlah tapi pastikan kalian bukan berada di bumi Tuhan!

Nur Ilyani Mohamed Nawawi
Pasir Mas
6/8/2018

#NormalisasiDosa #NoLGBTIQ"
- 7 Ogos 2018.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...