Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 10 Januari 2015

Ibrahim Ali Kritik Media, Dakwa Sophie Cemburu DGN Kehebatan PERKASA & Mahu Saman Individu YG Dakwa PERKASA Ektremis.


Gara-gara menuduh Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) ekstremis, tiga lagi individu akan menerima surat tuntutan daripada badan bukan kerajaan (NGO) itu, sebelum dipertimbangkan tindakan saman.

Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali berkata, mereka ialah jurucakap kumpulan 25 tokoh Melayu profesional (G25) Datuk Noor Farida Ariffin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup dan Tan Sri Robert Phang dari Pertubuhan NGO Cina.

“Saya sudah minta peguam saya keluar tiga notis. Bila notis ini keluar, saya nak tengok jawapan mereka, apa peguam mereka jawab. Dari situ saya akan putuskan untuk failkan ke mahkamah seterusnya.

“Ketiga-tiga ini, dalam kenyataan mereka dilapor akhbar menuduh Perkasa ekstremis. Apa asas mereka menuduh Perkasa ekstremis? Mengapa mereka tak tuduh NGO lain bukan Melayu dan bukan Islam yang selantang Perkasa? Kenapa tak sebut?


“Saya mahu mereka ke mahkamah buktikan Perkasa ekstremis. Apa buktinya sehingga Perkasa lekat label itu?” katanya pada satu sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Ibrahim berkata, Perkasa sering menjadi tumpuan untuk dipersalahkan banyak pihak sedangkan banyak NGO mahupun individu lain yang terbukti didapati bersalah oleh pihak berkuasa.

Kata bekas ahli Parlimen Pasir Mas itu, media juga sering meletakkan kesalahan kepadanya sehingga masyarakat melabelkannya dengan pelbagai gelaran.

“Kenapa tak disebut Bersih ekstremis? (Mereka) Tunjuk perasaan, baling kereta polis. Kenapa (naib presiden PKR) Tian Chua tidak dituduh ekstremis? (Beliau) Gigit polis, disabit di mahkamah pun ada.

“Orang nak cari kesalahan, saya jadi mangsa. Contohnya MCA kalah pilihan raya, (dikatakan) Perkasa punya pasal.

“Media pula kalau tulis, Ibrahim Ali katak, ekstremis. Tak boleh ke tulis Ibrahim jaguh Melayu, pemimpin negara? Tak boleh tulis macam tu? Tulis benda negatif, jadi benda macam ni. Aniaya pada saya,” katanya.

Beliau berkata ahli akademik dari Perancis, Sophie Lemiere yang sebelum ini mendakwa Perkasa tidak layak mendapat liputan media, tidak faham peranan yang dimainkan NGO itu.

Beliau mendakwa, segala kritikan yang dilemparkan kepadanya adalah kerana rasa cemburu Lemiere terhadapnya disebabkan kecemerlangannya dalam memimpin Perkasa.

“Bodoh dia ni. Orang siar berita saya macam-macam tu, tunjuk saya ni penting. Standard dunia. Dia terkejut kerana saya bukan sesiapa, bukan menteri, tetapi saya jadi fokus kepada banyak pihak.

“Saya simpulkan, semuanya kerana cemburu. Disebabkan enam tahun saya pimpin Perkasa, semua kerja saya buat hebat-hebat, saya wujudkan kecemburuan besar. Saya ialah orang yang disalah faham,” katanya.

Kelmarin,  Lemiere mendakwa, Perkasa menjadi perhatian media kerana pertubuhan itu “laku,” dan menyamakannya dengan parti politik fasis di Perancis, National Front, yang membantu akhbar melariskan jualannya.

"Bagi Ibrahim, bukan sebab dia lucu atau kata-katanya betul atau salah tetapi kerana beliau banyak bercakap,” katanya pada satu forum bertajuk Misplaced Democracy: State, Illegality and Political Violence di Petaling Jaya.

"Cara media pula hari ini, mahu mencari sudut berita yang glamor dan seksi, walaupun saya tidak merujuk Ibrahim seorang yang glamor dan seksi," katanya seperti dilaporkan Malaysiakini. -TMI-

Tweet Peguam Pro DAP Ini Dikatakan Menghina Islam (Khutbah Jumaat) - Ketua Polis Negara Buka Kertas Siasatan.

Tengok di internet sahaja. Tak dengar lagi orang buat laporan polis. Boleh pula polis kau laju2 buka kertas siasatan. Helo helo.. aku bukan mempertikaikan yang itu. Aku cuma cakap alangkah bagusnya jika PDRM kau laju2 bertindak tanpa bias. Kat media sosial bukan setakat yang babitkan intergriti agensi kerajaan bahkan yang menghina dan menfitnah pembangkang pun bersepah2. Takde pun laju2 nak siasat.

Kan?

Sorry. Tersindir.

And. Tentang tweet Eric Paulsen yang kontroversi sehingga beberapa pimpinan PAS pun ada yang mempersoalkan kandungan tweet tersebut. Tak lama lagi isu neh jadi isu besar la kot. Ciri2nya dah ada.

- DAP.
- Agama.
- Pemimpin2 PAS tertentu bengang (saf UG).

KAH KAH KAH

Aku bukan nak bela Eric Paulsen, tapi kalau aku tak salah jangka, aku rasa ini apa yang dia sedang cuba gambarkan ;

1. Mempersoalkan kandungan teks khutbah yang disediakan oleh JAKIM.

2. Kandungan teks khutbah berkenaan tidak bebas dan seringkali condong ke arah pentadbiran kerajaan sedia ada.

3. JAKIM mempromosikan ektremisma apabila lebih cenderung mengangkat pandangan sebelah pihak dan tidak telus dalam penyampaian maklumat.

Kalau ini yang dipersoalkan oleh Eric, aku memang bersetuju dengan tweet tersebut. Ada banyak isu-isu yang membabitkan masalah umat Islam tidak ditanggani dengan nawaitu yang betul oleh JAKIM sebaliknya mereka lebih cenderung melakukan pemanipulasian maklumat bagi tujuan mendapatkan 'laba dan riba' keuntungan ke atas parti politik yang mereka favor.

Yang dikatakan mempromosikan ektremisma itu bermaksud hanya sudi mengangkat pandangan sebelah pihak (pandangan-pandangan pro kerajaan selalu diangkat dan pandangan-pandangan yang berbeza atau pro pembangkang selalu diketepi dan disalahtafsir dengan menyerap elemen bahawa parti-parti pembangkang ke arah murtad dan sesat lagi menyesatkan) dan tidak pula mahu memperdebatkan dan membahaskan pandangan2 yang berbeza dari mereka untuk melarang masyarakat dari berfikir.

Takde apa-apa yang UMNO atau PAS atau umat Islam perlu merasa sensitif dengan tweet sebegitu. Mempersoalkan tindakan JAKIM boleh membawa kepada pelbagai maksud. Alangkah baiknya jika dengar penjelasan si Eric itu terlebih dahulu.

Ini tweet yang dianggap menghina khutbah jumaat oleh Eric Paulsen yang juga menulis surat terbuka kepada PAS bagi menghuraikan 20 persoalan mengenai hudud.

 
Stop tentang Eric. Bagi laluan pada PDRM untuk jalankan siasatan. Selain dari Eric, KPN juga akan menyiasat ahli parlimen DAP yang jaga KAMPAR.

Ini kenyataan yang dipetik dari twitter Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar.


MP Kampar dikatakan mempersoalkan pembelajaran subjek Tamadun Islam. Tapi dalam satu kenyataan yang dipetik menerusi Malaysiakini, baca : MP Kampar difitnah isu Tamadun Islam, Dr. Ko Chung Sen menafikan bahawa dia menyeru agar subjek Tamadun Islam dihapuskan. Ia adalah fitnah dan meminta agar KPN jalankan siasatan terlebih dahulu sebelum memetik secara melulu apa yang disebarkan oleh cybertroopers (geng2 UMNO le sapa lagi).

Actually. Kes di atas kes lama. Tentang subjek tamadun Islam. Pelik gak baru sekarang beria2 nak siasat. Apa permainan kau semua agaknya. Aku teringat kat Paul Phua, Zahid dan kes surat sulit tanpa laluan protokol rasmi.

Apesal hah?

KAH KAH KAH

Bai.

Luahan Polis - Kecewa Dengan Tindakan Zahid Hamidi Yang Membela Raja Judi Antarabangsa Paul Phua.

Baca : Kronologi lengkap isu raja judi Paul Phua.

Zahid tiada alasan untuk terus-terusan berdiam diri. Selagi mana dia memilih untuk tidak menyatakan apa-apa respon secara terbuka dan enggan menjawab persoalan media dan orang ramai maka semakin orang berspekulasi bahawa Zahid dan peguam kepada Paul Phua berkonspirasi mahu membebaskan seorang penjenayah bertaraf antarabangsa.

Satu lagi. Orang akan mula mencari kaitan antara Zahid - Shafee - Paul Phua.

Firma guaman Shafee tidak tertakluk untuk membela Paul Phua. Mereka boleh menolak untuk membela Paul Phua. Kenapa firma guaman tersebut yang menjadi pilihan Paul Phua? Kenapa firma guaman itu bersetuju untuk menerima kes Paul Phua?

Dibayar wang yang banyak?
Paul Phua ada banyak wang?
Dia sanggup membayar apa sahaja untuk bebas?
Ke macam mana?

Kat bawah neh pula petikan berita dari The Malaysian Insider. Salah seorang pegawai polis menghubungi TMI dan meluahkan kekecewaan dengan tindakan Zahid Hamidi dalam isu Paul Phua. Bagi yang kurang jelas dalam isu Paul Phua sila klik lini di atas sekali untuk fahamkan kronologi kes.

Anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang sebelum ini tidak percaya, kini naik marah, kerana merasakan reputasi pasukan itu tercalar oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang mengutus surat kepada Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) membersihkan nama seorang ketua judi yang menghadapi dakwaan melanggar undang-undang pertaruhan di Amerika Syarikat.

Mereka kecewa kerana surat Zahid bercanggah dengan kerja perisikan terhadap Paul Phua Wei Seng, yang menurut polis terlibat dalam aktiviti kongsi gelap dan kini menghadapi dakwaan pertaruhan sukan haram di Las Vegas, Nevada, selepas ditangkap ketika Piala Dunia FIFA 2014.

Zahid juga gagal mengikuti prosedur dengan bertindak sendirian dalam mengutus surat itu kepada FBI, dan juga tidak memeriksa fakta mengenai Phua sebelum menghantarnya.

Seorang pegawai kanan polis memberitahu The Malaysian Insider, sebagai Menteri Dalam Negeri, Zahid sepatutnya mendapatkan nasihat undang-undang sebelum menulis surat itu.
"Apabila isu itu pertama kali dihebohkan, ada pihak yang pada mulanya tidak percaya Zahid bertindak mengetepikan laporan rasmi dari PDRM," kata pegawai itu.

"Kemudian, ketika isu itu semakin berkembang dan peguam Umno Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah membuat sidang akhbar, rasa tidak percaya itu bertukar menjadi ketawa dan akhirnya marah.

"Kredibiliti pasukan polis hancur lumat kerana orang ramai mula mempersoalkan kenyataan bercanggah yang datang dari Malaysia berhubung kes Phua," kata seorang pegawai berpangkat tinggi.

Salinan surat dan rencana mengenainya mula-mula diterbitkan dalam South China Morning Post.

Dalam surat itu, Zahid bukan sahaja membersihkan nama Phua, tetapi juga berkata beliau terlibat membantu kerajaan dalam projek-projek keselamatan negara. Zahid teruk dikutuk  banyak pihak kerana bertindak secara unilateral dan menyalahgunakan jawatannya.

Isu itu menjadi cukup serius hingga Putrajaya mengarahkan peguam Phua menarik balik surat Zahid dari Mahkamah Daerah Nevada di mana sebelum itu ia dikemukakan sebagai sebahagian pertahanan Phua.

The Malaysian Insider juga difahamkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sudah berjumpa Zahid, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Peguam Negara Tan Sri Gani Patail berhubung perkara itu.

Bagaimanapun, pegawai polis kanan itu hanya boleh mengesahkan pertemuan antara Najib dan Khalid, tetapi tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku.

"Terdapat prosedur yang sepatutnya diikuti seperti dinyatakan dengan jelas dalam Akta Bantuan Bersama Dalam Perkara Jenayah 2002 (MACMA)," katanya kepada The Malaysian Insider.

Pegawai itu berkata tiada prosedur yang membolehkan Zahid menulis terus kepada FBI dan membuatkan suratnya serta-merta diterima di mahkamah.

Tambahan pula, kata pegawai itu, Zahid menulis atas sifatnya sebagai menteri dalam negeri, bukan sebagai seorang individu.

"Terdapat prosedur yang perlu diikuti dalam kes seperti itu kerana mahkamah di luar negara tidak akan sewenang-wenangnya membenarkan surat itu menjadi sah diterima.

"Tambahan pula, terdapat anggota polis yang mendapati keseluruhan saga itu satu sandiwara kerana Zahid tidak berunding dengan pihak polis sebelum menulis surat itu.

"Reputasi pasukan polis hancur berkecai kerana tindakan Zahid jelas bertentangan dengan laporan polis yang dikemukakan kepada FBI pada 2008."

Dakwaan yang Phua ialah ahli sebuah kongsi gelap Hong Kong bernama 14K dibuat berdasarkan dokumen dalaman FBI yang sebelum ini dikemukakan kepada mahkamah, kata polis. – TMI.

Gempar - Pegawai Khas Menteri Belasah Ketua Penerangan Perkasa !!!!!


WOWWWW.

Sesuatu yang luar biasa telah berlaku. UMNO dan PERKASA seringkali bersubahat dalam melakukan aksi kekasaran dan keganasan terhadap kumpulan pembangkang kali neh bercakaran sesama sendiri pula.

KAH KAH KAH

Kali neh pergaduhan tercetus antara pegawai khas menteri dengan ketua penerangan PERKASA bagi Perak.

Menteri yang dimaksudkan ialah Khairy Jamaluddin. Pegawai dia yang buat hal. Bukan dia. 

Dan yang kena belasah tue boleh refer gambar atas. Dia la yang kena belasah. Laporan polis telah dibuat dan dengar khabar mereka akan melakukan sidang media susulan bagi menjelaskan beberapa maklumat berkaitan.

Baca apa yang dilaporkan oleh Suara TV kat bawah neh ;

Hanya kerana berlaku salah faham melibatkan bantuan terhadap mangsa banjir, Pegawai Khas Menteri Belia Dan Sukan, Iruan Zulkifli Mohamad didakwa bertindak keterlaluan dengan menumbuk seorang lelaki sehingga berdarah.

Mangsa yang merupakan Ketua Penerangan Perkasa Negeri Perak, Saad Abdul Rahman berkata dalam kejadian sekitar jam 2.25 petang itu, Iruan secara tiba-tiba datang dan mencekak leher bajunya sebelum melepas tumbukan sehingga menyebabkan kulit kepalanya terkoyak sehingga menerima tiga jahitan.

Beliau yang juga merupakan Ketua Wira Perkasa Parlimen Lenggong berkata, Pegawai Khas Khairy Jamaluddin itu menuduhnya cuba campur tangan urusan Pemuda UMNO Malaysia.

“Dia dengan nada marah memberi amaran kepada saya agar jangan mempertikaikan urusan Pemuda UMNO.

“Beliau turut mempertikaikan Pemuda Perkasa kerana terlibat dengan kerja-kerja amal membantu mangsa banjir” katanya ketika dihubungi SuaraTV sebentar tadi.

Saad turut menjelaskan kejadian tersebut berlaku kerana ada pihak ketiga yang menyampaikan laporan tidak benar kepada Iruwan.

“Dia mendakwa saya mempertikaikan gerak kerja Pemuda UMNO ketika mesyuarat bersama badan-badan kerajaan pada hari Selasa yang lalu, sedangkan perkara tersebut tidak seperti yang digambarkan.

“Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Ahli Parlimen Lenggong itu bertujuan untuk membincangkan gerak-kerja bagi membantu mangsa-mangsa yang terlibat di kawasan” katanya lagi. Beliau turut menjelaskan sebelum kejadian tersebut, beliau dengan hormat cuba bersalam dengan Iruwan namun tidak dilayan.

“Dia mungkin bangga sebab bekerja dengan menteri sehingga sanggup bertindak keterlaluan, sedangkan perkara seperti ini boleh dibawa berbincang bagi mengelakkan kekeliruan.

“Pada saya dia tak profesional dan tak layak jadi untuk menjadi pemimpin” ujarnya dengan nada kesal.

Saad berkata pihaknya telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut dan telah mengarahkan pihak peguamnya untuk mengambil tindakan susulan, lapor Suara TV.

Jumaat, 9 Januari 2015

Saman Occupy Dataran - Akhirnya DBKL & PDRM Terbukti Menahan Fahmi Reza Secara Salah Bila Kalah!


Aku petik semula apa yang Fahmi Reza sebut. Dan aku memang suka baca apa yang dia tulis dalam point2 dia. Bagi aku apa yang dia cakap, orang2 biasa macam aku dan kau akan rasa terkesan sebab kita la individu yang paling senang penguatkuasa2 macam DBKL dan PDRM buli sakan.

Baca ;

Tiga tahun dulu pada 22 April 2012, aku telah ditangkap oleh pegawai-pegawai DBKL dan ditahan oleh polis kerana meng-occupy Dataran Merdeka dengan geng Occupy Dataran dan geng mahasiswa anti-PTPTN.

Dengan bantuan kawan-kawan peguam hak asasi manusia Syaredzan & Melissa, aku telah bawa DBKL dan PDRM ke mahkamah kerana membuat tangkapan dan tahanan secara tidak sah, dan mencabul kebebasan dan hak asasi aku pada hari itu. 

Setelah hampir 6 bulan perbicaraan yang bermula pada 18 Julai 2014, akhirnya mahkamah telah buat keputusan. 

Hari ini masa aku baru sampai New York, aku terima satu e-mail dari peguam aku Syahredzan yang hantar aku gambar ni, sepucuk surat dari Peguam Kanan Persekutuan, Pn. Habibah Binti Haron, peguambela yang mewakili pihak Polis dalam kes aku. Dia telah diarahkan oleh Mahkamah untuk maklumkan keputusan kes aku.

“Keputusan kes adalah tuntutan plaintif (aku) untuk salah tangkap dan salah tahan adalah dibenarkan dan jumlah gantirugi yang dibenarkan adalah seperti berikut;
i. salah tahan - RM5,000 dibayar oleh DBKL dan RM3,000 dibayar oleh pihak polis.
ii. gantirugi teladan - RM20,000 dibayar oleh DBKL dan RM10,000 dibayar oleh pihak polis.”

“Mahkamah memerintahkan pihak DBKL membayar kos sebanyak RM20,000 manakala pihak polis sebanyak RM10,000 kepada pihak Plaintif (aku).”

Kita menang. Akhirnya, kita menang.

——————————————

Kes ni tak pernah pasal duit. Kes ni pasal betapa pentingnya untuk kita bangun bersuara bila berlaku ketidakadilan, untuk kita bangkin melawan bila kita ditindas oleh penguasa, untuk kita berani berjuang untuk mempertahankan kebebasan dan hak asasi kita. 

Kau tak akan dengar berita pasal kes ni dalam suratkhabar atau media sebab aku hanya orang biasa macam kau. Kes ni untuk semua orang-orang biasa macam aku dan kau yang pernah kena tangkap polis dan penguasa tanpa bukti dan sebab yang munasabah, yang pernah jadi mangsa ketidakadilan penguasa sebelum ini, tapi tak pernah buat apa-apa dan hanya berdiam diri sebab kita fikir kita orang biasa dan takde siapa akan dengar suara kita. Kali ni aku pilih untuk tidak berdiam diri. Aku pilih untuk melawan. 

Kes ni tak pernah pasal duit. Aku tak merancang untuk ambik satu sen pun dari duit gantirugi yang akan dibayar oleh DBKL dan polis. Aku akan bincang dengan geng Occupy Dataran, dan dengan persetujuan mereka aku rancang nak dermakan semua duit tu untuk satu tabung yang akan digunakan untuk membantu bayar kes-kes pencabulan hak asasi manusia dan membantu bayar duit ikat-jamin untuk orang-orang biasa macam aku dan kau yang bakal ditangkap dalam mana-mana demonstrasi atau protes di masa hadapan. Untuk bantu korang yang pilih untuk tidak berdiam diri, yang pilih untuk bangun melawan.

Sekian, terima kasih.

Saya yang tidak menurut perintah,
Fahmi Reza 


Sumber : sini

Ini Kartun-Kartun Penghinaan Charlie Hebdo Kepada Islam & Agama Lain.

Siapa itu Charlie Hebdo?

Charlie Hebdo ialah nama majalah kartun aka komik mingguan yang diterbit dan dijual secara meluas kat Perancis. Lahir pada tahun 1970.

Ia adalah sebuah majalah berbentuk sindiran sadarstik. Sindiran yang diterbitkan bukan setakat tajam, bahkan menghina, memperlecehkan, mempersendakan dan membunuh perasan penganut-penganut agama atau individu yang terkesan dengan sindiran mereka.

Pun begitu. Setakat bunuh 'perasan' aje la. Bukan bunuh orang. 

Apa yang berlaku pada kejadian serangan di Charlie Hebdo?

Pada 8 Januari 2015, bangunan yang menempatkan ibu pejabat Charlie Hebdo telah diserang dan menyebabkan 11 orang terbunuh termasuklah empat kartunis Charlie Hebdo. Antara yang turut terbunuh dalam kejadian serangan tersebut ialah seorang anggota polis yang beragama Islam bernama Ahmed Merabet. Ahmed ialah anggota polis peronda yang mula-mula tiba di lokasi kejadian dalam kejadian serangan Charlie Hebdo. Ahmed yang tiba di tempat kejadian seterusnya bertembung dengan dua penyerang yang berpakaian hitam sebelum ditembak 2 kali hingga mati.

Ahmed seterusnya diangkat sebagai wira oleh netizens kerana menjadi anggota polis muslim yang gugur dalam kejadian serangan tersebut. Spekulasi awal menyatakan bahawa kejadian serangan tersebut di dalangi oleh penganut Islam namun ia belum terbukti meskipun beberapa siri serangan ke atas masjid mula dilakukan di Perancis pada ketika ini.

Kumpulan pelampau kini mula mengambil kesempatan di atas kejadian tersebut dengan mensasarkan Islam dan penganutnya sebagai mangsa atau mereka yang perlu dijadikan sasaran serangan balas.

Bagi mereka yang tidak tahu, Charlie Hebdo tidak hanya mensasarkan Islam atau Muhammad SAW sebagai objek sindirannya bahkan juga bagi agama lain.

Berikut antara kartun-kartun sindiran sadarstik yang pernah diterbitkan oleh Charlie Hebdo.















Sedikit penjelasan secara kasar tentang komik2 di atas.

1. Front cover Charlie Hebdo beberapa kali mencetuskan polemik dan kontroversi berskala antarabangsa.

2. Charlie Hebdo pernah menerbitkan kartun yang dia katakan sebagai Nabi Muhammad SAW dalam keadaan berbogel ataupun dalam bentuk potret di cover majalahnya bagi tujuan menghina tapi dia sebut sebagai sinikal.

3. Selain mencetuskan kontroversi kepada penganut Islam, Charlie Hebdo juga galak mempersendakan penganut Kristian dan Yahudi.

4. Pernah diterbitkan satu kartun yang mempersendakan Maryam melahirkan Isa a.s di front pagenya.

5. Juga aksi bagaimana Jesus (Isa a.s) disalib dan meminta dia dibebaskan untuk menjadi artis.

6. Juga kartun yang memaparkan seseorang yang berfahaman yahudi menolak seseorang yang menganuti Islam atas kerusi roda dengan tajuk intoucheable 2. Maksudnya kat sini penganut Islam dan orang yahudi tidak boleh dikritik dan ditegur sama sekali apabila yahudi mempersoalkan Charlie Hebdo yang mempersendakan yahudi dalam salah sebuah keluaran Charlie Hebdo.

7. Menyokong larangan purdah ke atas penganut Islam di Perancis dengan terbitkan front page wanita lari berbogel (dipercayai wanita muslim dan hanya tutup di belakang) dan lelaki muslim terbeliak mata melihat wanita tersebut.

Jika. Diperhatikan komik2 di atas. Kita melihat sekurang2nya 3 kumpulan akan terkesan dengan kartun2 tersebut.

- Yahudi.
- Islam.
- Kristian.

Kumpulan2 di atas akan terkesan sama banyak kerana penghinaan2 yang dilakukan oleh Charlie Hebdo sangat tidak kelakar dan bukan sindiran sebaliknya berbentuk kontroversi dan provokasi.

Kesalahan Charlie kat sini ialah ;

- Dia nak mempertikaikan tindakan seseorang atau sesuatu penganut tetapi cara yang dia gunakan ialah dengan tembak agama dan kepercayaan serta Nabi. Yang buat salah tue manusia lain tapi manusia lain yang dia sindir. Katakan yang bunuh orang tue A yang menganut Islam, dia patut tembak A tapi dia p tembak agama yang A anuti dan Muhammad SAW.

- Charlie mencetuskan kontroversi dan provokasi dan dia mahu orang raikan kebebasan dia dalam berkarya namun dalam masa yang sama dia menggunakan kebebasan tersebut untuk melakukan penghinaan terlampau.

- Charlie pertikaikan mereka yang mengkritik dia tapi dalam waktu yang sama bila orang lain dikritik dan mempertikaikan tindakan tersebut, Charlie Hebdo p sindir pula. Tapi dia boleh mempertikaikan kritikan. Orang lain bila buat benda yang sama jadi bahan sindiran dia.

- Charlie bukan pencetus ke arah positisma. Sebaliknya lebih kepada negatif. Orang kata nak menyedarkan, mendidik atau mengubah dan menambahbaik, kita akan gunakan pendekatan sindiran yang bukan sahaja boleh membuatkan sasaran sentap bahkan terdiam tanpa mampu berkata2 balas.

- Charlie Hebdo buka ruang provokasi dan kontroversi tersebut maka ini la yang dia dapat. Dia kena ingat setiap yang terkesan dengan apa yang dia terbitkan ialah akan mendatangkan reaksi yang berbeza-beza bagi manusia yang berbeza-beza.

Aku tak sokong serangan ke atas Charlie Hebdo walau siapa pun pelakunya. Yahudi ka kristian ka muslim ka apa ka semua aku tak sokong sebab Islam bukan keganasan.

Bagi aku. Komik lawannya komik. Lue tak puas ahti p la terbitkan satu komik dan sindir balik si Charlie tue. Itu namanya persaingan sihat.

Dia guna pen kau guna pen.
Dia guna blog kau guna blog.
Dia guna mic kau guna mic.
Dia guna media kau guna media.
Dia angkat senjata kau cuba elak. Kalau gagal baru kau lawan atas nama mempertahankan diri. Ini konsep Islam yang aku nampak.

Islam bukan menyerang. Islam ialah mempertahankan, memperbetulkan, mendidik, mendamaikan, menyelesaikan, mencari dan merungkai masalah. Islam ialah strategi.

Islam bukan tambah masalah. Islam bagi solusi.
Yang suka buat dan tambah masalah itu manusia tanpa kira agama, bangsa, jantina, negara, kaum atau warna kulit serta bahasa.

Fikir2kan.

Untuk rujukan lanjut tentang Charlie Hebdo boleh baca di sini dan sini.

Khamis, 8 Januari 2015

Netizens Mengumpat Rosmah Mansur, Betul Ke Rosmah Tak Boleh Tidur Sebab Bunyi Motor Yang Bising Persoal Rakyat.


Topik umpatan rakyat mengenai mama angkat kita si Rosmah Mansur dalam sehari dua neh berkisarkan tentang satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Rosmah Mansur pada majlis penutup kem Perkasa Remaja Puri Pujangga bahawa dia tidak boleh tidur akibat bunyi bising motor. 

Baca : (Tak Boleh Tidur Sehingga Jam 2 Pagi)

Selepas kenyataan tersebut dilaporkan secara meluas menerusi media massa, netizens melakukan umpatan ber-ramai2 terhadap Rosmah Mansur menerusi pelbagai platform media sosial seperti facebook, wassap dan twitter. Tak kurang juga di blog-blog terutamanya yang anti kerajaan.

Antara yang dibangkitkan oleh mereka ialah ;

- Rosmah tinggal di kawasan elit, apahal pula dia tak boleh tidur?

- Dia dok perumahan awam atau tepi highway ke yang dengar geng2 motor berlumba pada jam 1,2 pagi?

- Kawasan tempat Rosmah tinggal ada security guard. Mana la mungkin orang nak merempit kat kawasan macam tue. Buta2 jek kena tangkap dek polis.

- Rosmah kan orang kaya. Standard orang kaya dok kawasan elit. Kawasan elit privacy semua terjaga. Takan ada bunyi bising la. Polis pun jaga kawasan2 tue sebab orang2 kaya yang duduk. Kalau berzina pun takdenya orang berani nak serbu.

Dan, tak kurang juga yang troll Rosmah atas isu berkaitan.


Agak logik dan pedas sindiran rakyat terhadap Rosmah Mansur. Gambar troll ini viral di media sosial. Dan selain dari gambar di atas, kita juga menemukan ada pengguna media sosial yang siap olah dan hurai kawasan tempat Rosmah tinggal.

Rujuk gambar ;


Ya tak ya juga ek. Kat selekoh ada ke orang nak merempit kau?

KAH KAH KAH

Apa2hal aku tetap sokong kenyataan mak angkat aku. Hobi pelumba2 motor neh perlu disalurkan ke arah yang positif. Harap2 mama Rosmah pertimbangkan untuk laburkan dan dermakan duit mama Rosmah yang banyak2 tue buat litar lumba untuk geng2 motor.

Oke tak?

KAH KAH KAH

Isu Pembalakan - Ngeh Umum Mahu Saman Berita Harian.


Berita harian dan seluruh geng2 UMNO patut gunakan isu berkenaan untuk cungkil lebih
banyak kain dalam dan projek2 yang membabitkan Ngeh dan suku sakatnya. Tapi aku syak negatif sikitla pada geng2 UMNO neh. Pada aku stail dorang kan macam neh.

UMNO tahu satu rahsia pemimpin DAP.
Dorang bukan nak dedahkan.
Dorang akan cari jalan untuk kawtim dengan mendapatkan kelebihan yang berpihak kepada UMNO. UMNO takan berjuang demi rakyat la. 56 tahun dah berlalu dan kau semua boleh nampak kesan-kesannya. Tetap perlukan NGO dan RAKYAT gak yang bangkit dan melawan permainan ahli2 politik dan partisan kat Malaysia neh.

Susulan dari penyebaran beberapa poster dan link-link berita yang mengaitkan Nga dan Ngeh dalam isu pembalakan di Kelantan punca kepada banjir teruk pada akhir tahun 2014 yang lepas, Ngeh kali neh bangkit menafikan dakwaan tersebut.

Ngeh dalam satu kenyataan yang dipetik dari Malaysiakini menyebut bahawa syarikat tempat dia melakukan pelaburan sama sekali tidak pernah terlibat dalam kegiatan pembalakan samada di Kelantan atau mana-mana negeri lain. Sebaliknya mereka hanya terlibat dalam projek penanaman semula pokok atas tanah dengan melakukan satu usahasama perniagaan dengan Yayasan Islam Kelantan (YIK).

Malaysiakini juga melaporkan bahawa Ngeh juga mengumumkan akan menyaman Berita Harian atas satu laporan pemberitaan yang mengaitkan syarikat tempat dia melabur dengan aktiviti pembalakan dan seterusnya menjadi penyebab kenapa banjir semakin teruk di Kelantan.

Menurut Ngeh laporan tersebut berniat jahat dan Ngeh turut menyertakan satu surat yang dari Jabatan Alam Sekitar Gua Musang yang mengesahkan syarikat Upayapadu (syarikat yang Ngeh lakukan pelaburan) mematuhi segala spesifikasi dan syarat2 dampak alam sekitar.

Ngeh juga membidas laporan yang mengaitkan dia dengan aktiviti pembalakan punca kepada banjir bahawa kawasan2 tempat syarikatnya melakukan kegiatan langsung tidak terjejas dengan banjir sebaliknya ia berlaku 65km dari kawasan tersebut.

Boleh percaya ke cakap Ngeh neh? Aku rasa semua orang tahu kot aku tak percayakan Ngeh dan Nga sama macam aku tak percayakan BN.

Kau semua nak percaya silakanlah.

Aku takan lawan dia dengan isu2 fitnah. Cuma kenyataan2 dia perlukan verifikasi untuk membebaskan dia dari persepsi tersebut. Aku cadang nak godek2 maklumat yang ada untuk menilai samada si Ngeh neh berkata benar atau tidak.

Bai.

Rafizi Dikritik KAW2 Di Laman Sosial! - Dan Ini Bukti Rafizi Kantoi!

First episode kat sini.

Macam aku sebut di first episode tadi, mari la kita raikan perbahasan dan perbincangan yang sihat. Mula2. Di laman rasmi facebook milik Rafizi, dia telah dikritik kaw2 dengan ratusan komen2 yang mempertikaikan tindakannya membela pengusaha minyak.

Yang membela pun ada.
Tapi yang mengkritik lebih ramai.
Yang membela gagal memberikan jawapan yang menyakinkan.
Masih ingat tentang Kajang Movie?
Masih ingat tentang bagaimana Rafizi menghalau pengkritik2nya dan Anwar Ibrahim agar keluar parti?
Seperti itulah sikap Rafizi sekarang.
Dia gagal menanggani kritikan dengan berhemah.

Ini respon dia selepas dikritik kaw2.

 
Rafizi ialah wakil rakyat. Kritikan terhadapnya tidak semestinya dizahirkan oleh penyokong2 UMNO semata2. Satu lagi penggunaan 'perkataan macai' itu sepatutnya tidak berlaku. Bukan hanya dia bahkan mana2 wakil rakyat pun tidak boleh melabel sesiapa secara negatif. Kerana mereka ialah wakil rakyat. Sikap positif haruslah sentiasa ada. Kau semua pernah nampak Anwar Ibrahim panggil penghina2nya di laman twitter MACAI?

Anwar bahkan REPLY elok2 kot.

Bukan saya. Itu kerja UMNO. Bagi yang tak faham mereka akan fikir Anwar salahkan UMNO. Padahal Anwar tulis ringkas. Yang dimaksudkan UMNO itu = penyokong2 UMNO le.

Aku akan discredit Rafizi kerana penggunaan perkataan MACAI itu merendahkan mentalitinya sebagai wakil rakyat. Jangan samakan dia dengan rakyat. Rakyat ialah rakyat, dia ialah wakil rakyat. Maka halatuju dan pembawakan dia sepatutnya berbeza.

Dan komen2 yang mengkritik dia apabila kita klik link profile mereka, ada di antaranya terang2 penyokong2 parti komponen dari PR.

Baca jap komen2 mereka.






Rafizi dikritik kerana menghurai tentang kerugian pengusaha minyak kat sini. Korang patut baca point2 Rafizi dan berfikir sendiri macam mana. Secara kasarnya aku nampak dan faham point Rafizi tetapi aku tidak bersetuju dengan apa yang dia sampaikan sehinggala dia mengclearkan persoalan2 yang aku tertanya2 dalam kotak pemikiran aku.

1. Ketika Rafizi buat kempen turunkan harga minyak ialah dalam keadaan dia sedar kerajaan telah laksanakan sistem APM dan menghapuskan subsidi.

2. Dan ketika itulah dia sepatutnya membangkitkan persoalan di atas.

3. Persoalan di atas dibangkitkan tidak mengikut susunan.

4. Mula2 1 selepas 1 sepatutnya 2 then 3. Rafizi buat terus 3 then tiba2 pergi ke 1. Orang akan jadi pelik dan keliru. Kat situ orang akan tertanya2. Kenapa.

5. Mula2 buat kempen turunkan harga minyak. Batal. Musibah banjir melanda. Kempen itu tidak diteruskan. Kempen lain yang dia buat. Iaitu kempen pengusaha minyak rugi dengan sistem sedia ada.

6. Dan ini antara point Rafizi.


7. Aku tahu apa yang Rafizi maksudnya. Penghapusan subsidi kepada rakyat membuatkan harga minyak menjadi tidak stabil dan ini merisikokan keuntungan pengusaha minyak. Tetapi secara tak langsung, Rafizi juga mengambarkan bagaimana pengusaha minyak menggunakan subsidi bagi menjamin keuntungan perniagaan mereka. Nampak?

8. Dan Rafizi perlu ingat. Yang terjejas paling utama dalam penghapusan subsidi ini ialah rakyat marhaen. Bila minyak turun kita okay la. Bagaimana pula jika minyak terus-terusan naik dan naik?

9. Bila minyak turun dan turun, maka pengusaha juga membeli stok minyak dengan harga yang lebih rendah.

10. Pengusaha minyak tahu bila harga minyak naik dan turun lebih awal berbanding pengguna. Dari situ takan la dorang tak buat persediaan. Dan semacam pelik apabila kita sebagai pengguna kena kerah otak bagi menjaga keuntungan syarikat mereka dan mereka tak peduli pun tentang hidup kita.

11. Jika sistem APM neh merugikan peniaga, bagaimana pula dengan RON 97? RON 97 sudah lama diapungkan. Sejak ia diapungkan mengikut harga pasaran, berapa banyak station minyak yang ditutup?

12. Berbanding peniaga, pengguna la yang paling terkesan dengan sistem APM. Kalau minyak turun, sistem APM neh memudahkan kita, tapi bila ianya naik, sistem APM inila akhirnya menjerut kita balik. Bukan kerana sistem APM tetapi kerana kerajaan laksanakan sistem APM dengan penghapusan subsidi secara total untuk semua jenis minyak jualan di Malaysia. Tapi aku takan balon kerajaan bab tue lagi. Sebab kerajaan menjamin bahawa mereka akan kembalikan subsidi apabila harga minyak dunia tinggi. Kita tunggu dan tengok betul ke tak betul kenyataan tersebut bila masa itu tiba kelak. Untuk rekod, harga minyak mentah jenis BRENT ke paras bawah USD 50 PER BARREL pada semalam tau.

13. Satu lagi. Harga minyak dikira ikut bulanan. Purata. Apa harga yang kerajaan akan tentukan, kerajaan akan buat pengiraan bulanan.

14. Stok 3 hari, selepas 3 hari pengusaha minyak beli minyak dengan lebih rendah pun, ia bukan ada keuntungan kepada pengguna sebab kita kena tunggu sebulan bagi melihat harga berubah atau kekal atau naik. Dan kerajaan juga takan bertindak turunkan harga ketika mereka tahu harga di pasaran meningkat naik. Mereka tahu harga pasaran hadapan dari situ la mereka buat prediction. Ketika harga di pasaran menurun, bahkan kerajaan menaikkan lagi harga jualan minyak lagi ada. Tak dengar pun pengusaha minyak merungut demi menjaga kepentingan pengguna. Nampak? Bila mereka untung, mereka tak peduli kita. Bila mereka kurang untung, terhegeh2 mereka cari kita dan gunakan ungkapan ini perniagaan bumiputra blablabla.. blablbalballablaa.. dan cari elemen2 simpati supaya kita rasa sedih dan sokong mereka. Ini apahal pula neh? Cubaan memperbodohkan pengguna. Taktik sebijik macam geng2 UMNO racisma plak aku tengok.

15. Dan part neh paling menarik. Ini point Rafizi sendiri pada 24 November 2014.


Dalam artikel tersebut Rafizi menempelak BN bahawa BN menjamin keuntungan syarikat dan pengusaha minyak.

Ini rujukan aku. Dari Harakah. Klik sini.

Pada 24 November 2014 abang Rafizi kau neh pongpang2 marah BN dan di antara hujahnya kerajaan MENJAMIN KEUNTUNGAN SYARIKAT MINYAK DAN PENGUSAHA MINYAK.

Maksudnya. KEUNTUNGAN PENGUSAHA MINYAK TELAH DIJAMIN OLEH KERAJAAN MALAYSIA.

Dan pada 7 Januari 2015, tiba2 abang Rafizi kau neh mempersoalkan BN bahawa sistem APM akan merugikan pengusaha.

Macam mana orang patut fikir bila melihat keadaan diatas? 

Mula2 dia cakap keuntungan pengusaha minyak dijamin oleh kerajaan. Dan kemudian dia kata pengusaha yang sama rugi. Tak ke orang KELIRU dibuatnya abang Rafizi oii?

MAKE UP your mind please.

Aku rasa. Sebelum fikir negatif pada pengkritik dan merasakan semua yang kita buat adalah BETUL. BETUL. Dan err BETUL lagi, apa kata kita cuba fahami kenapa KRITIKAN tersebut hadir. Kita nak ulang balik tragedi KAJANG MOVIE ke neh? Tak kan. So ada baiknya Rafizi cuba faham kenapa orang mengkritik tindakan terkini dia daripada dok meraban letak gelaran negatif ke atas pengkritik2 dia.

Tapi aku syak la. Aku syak sahaja. Penyokong2 Rafizi dah set rules neh dalam kotak pemikiran mereka.

Rules number 1. Rafizi sentiasa betul.
Rules number 2. Jika Rafizi salah, refer rules number 1.

Maksudnya, kau akan perhatikan, kejap lain, nanti, esok, dan akan datang, penyokong2 Rafizi akan menyinga pengkritik2 Rafizi dengan pandangan yang amat dasat. Takut siot. Aku nak lari laju2.

Bai. 

Kronologi Lengkap Isu Paul Phua Raja Judi - Siapa Kantoi Menipu : Zahid, PDRM, Shafee, China Atau FBI?

Pelan-pelan baca ye semua. Ini adalah huraian lengkap berdasarkan kepada maklumat2 yang aku kumpulkan bagi kes Zahid Hamidi kantoi menulis surat membela raja judi.

Dan ini adalah kronologinya.

First episode kat sini

Ini adalah babak permulaan di mana Fahmi Fadzil, pengarah komunikasi KEADILAN menulis surat terbuka kepada Zahid Hamidi agar menjawab 3 soalan berkenaan surat Zahid Hamidi kepada FBI bagi membela raja judi yang juga dikatakan sebagai ahli kongsi gelap 14K. 

Raja judi itu bernama Paul Phua Wei Seng. Apa yang menjadikan kes neh menarik perhatian selain Zahid Hamidi menulis surat secara sulit kepada FBI, Zahid juga meminta FBI agar membenarkan Paul Phua pulang ke Malaysia di samping menafikan kewujudan kumpulan kongsi gelap yang bernama 14K di Malaysia. Antara yang terkandung dalam surat tersebut ialah Paul Phua terlibat dalam projek2 berkaitan keselamatan negara.

Zahid Hamidi kantoi apabila South China Morning Post mendedahkan kandungan surat tersebut menerusi laporan pemberitaan mereka. China pernah menahan Paul Phua kerana terlibat dalam kegiatan perjudian atas talian dan seterusnya mengusir Paul Phua keluar dari Macau kerana itulah perkara ini mendapat perhatian media tempatan mereka. Paul Phua dan anaknya kini disiasat oleh FBI kerana terlibat dalam aktiviti perjudian haram. Mereka berada dalam tahanan rumah.

Oke. Dan episode kedua disini.

Zahid tak jawab sebaliknya Shafee yang tampil menjawab soalan terbuka itu. Siapa dia? Peguam pro UMNO. Yang bela Saiful dalam isu liwat. Menurut peguam pro UMNO itu, firma guamannya dilantik oleh Chesnoff & Schonfeld bagi menguruskan kes Paul Phua di USA. 

Dan Zahid Hamidi tidak membela raja judi tersebut. Sebaliknya apa yang berlaku ialah peguam Paul Phua menulis surat kepada Zahid Hamidi dan surat Zahid Hamidi yang tersebar itu merupakan respon kepada apa yang diminta oleh peguam Paul Phua iaitu membantu berkongsi maklumat secara langsung dengan FBI. Dalam pada itu Shafee sekali lagi menegaskan bahawa apa yang ditulis oleh Zahid di dalam surat tersebut adalah fakta dan sememangnya kumpulan kongsi gelap 14k memang tidak pernah wujud di Malaysia. Ini sekaligus memberikan gambaran bahawa memang benar Zahid telah menulis surat kepada FBI bagi membincangkan perihal Paul Phua. Selain itu Shafee juga mengatakan bahawa Zahid berada di kedudukan yang terbaik untuk tampil membantu siasatan FBI ke atas Paul Phua disebabkan jawatannya

Maksudnya kat sini macam neh.

- Chesnoff & Schonfeld mengupah firma guaman pro UMNO bagi membantu mereka membebaskan Paul Phua dari pendakwaan oleh FBI di USA.

- Peguam kepada Paul dan firma guaman Shafee menulis surat kepada Zahid agar membantu siasatan FBI ke atas Paul.

- Dan Zahid kemudiannya menulis surat kepada FBI yang mengandungi beberapa point iaitu ;

1. Kumpulan kongsi gelap itu tidak wujud langsung di Malaysia.
2. Paul Phua terlibat dalam projek2 berkaitan keselamatan negara.
3. Paul Phua perlu dibenarkan pulang ke Malaysia (seperti yang dilaporkan oleh Fahmi Fadzil).

Sekarang faham tak apa yang aku maksudkan? Oke. Nampak tak? Firma guaman yang menulis surat kepada Zahid Hamidi meminta bantuan agar Zahid Hamidi menulis surat kepada FBI untuk membantu siasatan.

Pertama. Paul Phua terbukti melakukan kerja2 yang menyalahi undang2 di negara tempat dia didakwa. Bukan sekali tetapi dah kantoi dua kali.

Kedua. Apa dan bagaimana Paul Phua boleh dikatakan terlibat dalam projek2 berkaitan keselamatan negara? (macam perisik atau sumber maklumat).

Ketiga. Bukan kah tindakan Zahid itu boleh dianggap berkepentingan melakukan sesuatu bagi membebaskan penjenayah yang sedang disiasat dengan menyalahgunakan kedudukan dia? Merujuk kepada tindakan Zahid yang meminta FBI membenarkan Paul Phua pulang ke Malaysia.

Dan. Ini adalah sambungannya.

Kat sini. Baca respon susulan dari PDRM dan Shafee Abdullah.

Point KPN kat sini ialah ;

- Kumpulan kongsi gelap 14k wujud cuma dia tak wujud di Malaysia. Kumpulan itu wujud di Hong Kong dan KPN tidak menafikan ada di kalangan rakyat Malaysia menganggotai kumpulan kongsi gelap tersebut.

- KPN enggan mengulas tentang penglibatan Paul Phua dengan kumpulan kongsi gelap tersebut.

- Dan Shafee Abdullah juga mengatakan bahawa tindakan Zahid Hamidi menulis surat itu adalah betul. Jika sekalipun Zahid enggan menulis surat tersebut, pihaknya boleh mendapatkan maklumat berkaitan menerusi saluran mahkamah.

- Tindakan segelintir pihak yang mensensasikan kandungan surat tersebut adalah tidak wajar.

Jap. Jap. Jap. Aku rasa Shafee neh miss the point. Point dia bukan la merujuk kepada Zahid tulis surat atau tidak. Pointnya ialah isi kandungan surat tersebut.

- Apa sebab Zahid meminta Paul Phua dibenarkan pulang ke Malaysia?

- Apakah benar Paul Phua membantu kerajaan Malaysia dalam aspek keselamatan negara?

Itu yang orang pertikaikan. Hadoi.
 
Dan sebelum itu disini, sumber polis mengesahkan bahawa Ketua Polis Negara, Khalid dan PDRM tidak tahu menahu langsung tentang surat yang ditulis oleh Zahid Hamidi kepada FBI berkenaan Paul Phua.

Dan tahu kenapa POINT di atas ini sangat PENTING?

Sebab apa yang dilaporkan kat bawah neh. Baca ;



Rujukan penuh disini.

- Pada tahun 2008, maklumat PDRM yang diterima FBI mengatakan bahawa 14K ialah kumpulan kongsi gelap tempatan. Mereka terlibat dalam pelbagai kegiatan jenayah termasuklah penggubalan wang haram dan kegiatan perjudian haram.

- Dalam laporan itu PDRM turut mengesahkan bahawa Paul ialah ahli kumpulan tersebut.

- Menurut siasatan Shafee dengan pegawai polis berpangkat tinggi, laporan pada tahun 2008 yang menjadi rujukan FBI itu adalah salah dan tidak tepat.

- Kumpulan kongsi gelap 14K itu langsung tidak wujud di Malaysia meskipun pada zaman Ghee Hin & Hai San.

Shafee juga mengatakan buat apa nak percaya kata2 pegawai polis berpangkat rendah. Khalid (IGP) dah menafikan kewujudan kumpulan kongsi gelap 14K. Rujuk sini.

Nampak tak apa yang aku nampak kat sini?

1. Pada tahun 2008, siapa yang siasat kes tersebut? Siapa yang sediakan maklumat berkaitan kumpulan kongsi gelap tersebut dan penglibatan Paul dengan aktiviti kumpulan tersebut? Adakah PDRM sudah double check bagi memastikan maklumat yang diterima oleh FBI berdasarkan laporan siasatan 2008 ialah maklumat yang tidak tepat? Siapa yang perlu bertanggungjawab dan apakah ada impak negatif di atas hasil siasatan yang salah itu kepada mana2 pihak secara langsung mahupun tidak langsung?

2. Bagaimana kita sebagai rakyat boleh menjamin penafian Khalid ialah benar apabila maklumat yang FBI terima tentang 14K pun sebenarnya maklumat siasatan yang salah?

3. Jika maklumat tahun 2008 salah, ia adalah kesalahan polis. Maka, apa tindakan susulan polis bagi membetulkan keadaan. Kenapa bukan PDRM dan FBI sendiri berunding secara langsung membetulkan kekeliruan tersebut dan kenapa surat yang dihantar oleh Zahid Hamidi perlu melalui laluan rahsia dan sulit? Kenapa bukan mengikut protokol rasmi?

4. Jika siasatan polis pada tahun 2008 ialah salah apakah jaminan polis tidak melakukan kesalahan dalam siasatan kes yang lain?

5. Apakah jaminan siasatan polis berkaitan kongsi gelap 14K adalah tepat pula bagi tahun 2015?

Faham.

Apabila Shafee mengatakan siasatan polis itu salah, ia tidak berhenti disitu.

Kita sebagai rakyat akan berfikir berapa banyak lagi siasatan yang salah pernah dilakukan oleh polis dan siapa yang pernah menjadi mangsa akibat penyiasatan yang tidak tepat itu. Kenyataan Shafee mencalarkan imej PDRM.

Dan kini tah profesor mana2 tah tiba2 muncul membela KDN. Maksudnya bela Zahid Hamidi indirectly la tue. Baca sini.

Sekarang aku cuma nak cari popcorn. Aku nak makan. Sambil perhatikan wayang2 yang sedang dimainkan. Seseorang, sesuatu agensi dan sesuatu firma sedang giat merangka strategi demi strategi bagi memperbodohkan rakyat jelata.

Aku tak kata aku mesti percaya kepada kredibliti FBI.

Aku juga tak kata aku akan telan bulat2 seperti apa yang dilaporkan oleh akhbar China. 

Aku cuma nak bagitau penjelasan, penafian dan keterangan dari PDRM, Shafee dan diamnya Zahid sebenarnya menimbulkan lebih banyak keraguan berbanding menjelaskan kekeliruan yang wujud.

Bai.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...