Rabu, 7 Januari 2015

Rafizi Kata Station Minyak Rugi Dengan Sistem APM & Pemahsuhan Subsidi - Menyangkal Point Rafizi.

Point Rafizi.



1. Pengusaha stesen minyak akan mengalami kerugian jika kerajaan bertindak menggunapakai sistem APM dan memahsuhkan subsidi minyak.

2. APM = mekanisme Kaedah Penetapan Harga Automatik yang dilakukan oleh kerajaan bagi menentukan harga jualan minyak selepas subsidi ron 97 dimahsuhkan diikuti dengan RON 95 & Diesel pada akhir tahun 2014 yang lepas.

3. Rafizi berkata disebabkan perkara itu, pengusaha station minyak kerugian sehingga 15,000 sehari.

4. Rafizi juga berkata walaupun kaedah tersebut berjaya menurunkan harga minyak namun kaedah tersebut menyebabkan pengusaha stesen minyak rugi kerana mereka membeli stok pada harga yang tinggi.

5. Di bawah sistem sekarang, pengusaha minyak terdedah kepada kerugian apabila harga minyak turun sedang mereka membeli stok petrol dan diesel pada harga yang lebih tinggi.

6. Ini kerana sistem sekarang mensyaratkan agar setiap syarikat minyak membeli minyak dalam kuantiti tertentu.

7. Syarikat minyak seperti Petronas, Shell, Petron dan BHP meletakkan syarat agar setiap station minyak membeli stok minyak sekurang2nya untuk penjualan selama 3 hari.

8. Ketika membeli mereka perlu membayar stok ini pada harga pasaran.

9. Komisen yang ditetapkan oleh kerajaan pula 12 sen bagi setiap penjualan petrol dan 7 sen bagi setiap penjualan diesel.

10. Hampir 70% station minyak di negara ini bersaiz kecil dan serdahana dengan purata jualan bulanan ialah di bawah paras 500,000 liter.

11. Berdasarkan kepada komisen yang ditetapkan oleh kerajaan, station minyak sekurang2nya meraih 40,000 hingga 50,000 sebulan.

12. Tambah Rafizi lagi, setelah ditolak kos seperti utiliti, sewa stesen, caj perkhidmatan dan gaji pekerja, keuntungan bersih stesen minyak hanya sekitar RM5,000 ke RM10,000 sebulan. 

13. Dan pengusaha station minyak juga mengalami kerugian yang besar selepas kerajaan turunkan harga minyak pada 1 Jan 2015 yang lepas disebabkan mereka membeli stok pada harga yang tinggi.

14. Keadaan ini juga akan memaksa banyak pengusaha minyak menutup perniagaan akibat ketidakmampuan menyerap kerugian tersebut.

15. Rafizi juga menegaskan bahawa PKR mahukan harga minyak yang rendah untuk rakyat namun dalam masa yang sama tidak menindas pengusaha minyak.

Ini antara petikan ayat Rafizi dalam TMI ;


"Bagi 70% stesen minyak di Malaysia, jumlah stok ini sekitar 50,000 hingga 70,000 liter setiap satu masa.

"Oleh itu, bagi stok di hujung bulan Disember, mereka terpaksa membayar sekitar RM100,000 hingga RM150,000 secara tunai, iaitu 50,000 liter x (RM2.26 - RM0.12).

"Apabila harga minyak diturunkan pada 1 Januari 2015, secara automatik mereka kerugian di antara RM10,000 hingga RM15,000 kerana stok minyak yang dibeli pada harga yang lebih tinggi hanya boleh dijual pada harga RM1.91 seliter.
"Oleh itu, dengan serta merta setiap pengusaha minyak rugi 35 sen setiap liter pada 1 Januari 2015,"

Aku faham point Rafizi tapi aku takan sokong dia dalam isu neh. Bahkan dia buat aku keliru lagi ada. Mula2. Dia sendiri desak kerajaan turunkan harga minyak dalam keadaan dia sedar kerajaan telah mengamalkan mekanisme APM.

Kemudian. Sejak harga minyak ron 97 diapungkan, ada kau tengok station minyak ditutup atau mengalami kerugian tak?

Harga bagi ron 97 telah diapungkan hampir 3 tahun. Aku tak nampak, dengar atau terbaca banyak station minyak ditutup akibat mengalami kerugian. Kenapa? Kerajaan gunakan mekanisme yang sama yang mereka guna pada harga jualan ron 95 dan diesel. Dulu hanya buat ron 97. Sekarang buat ron 95 dan diesel. Nampak tak?

Satu lagi.

Harga jualan minyak tanpa subsidi. Dengan harga jualan minyak dengan subsidi. Maksudnya apa?

Contoh.

Harga A : 2.00 seliter dengan subsidi.
Harga B : 2.50 seliter tanpa subsidi.

Samada 2.00 atau 2.50 yang dibayar oleh rakyat kepada station minyak tetap takde beza kepada pengusaha station minyak sebab mereka tetap akan menerima 2.50 di akhirnya. Samada mereka terima 2.50 direct dari rakyat atau mereka terima 2.00 dari rakyat dan 50 sen dari kerajaan. Rafizi faham ke tak faham neh?

Harga minyak ditentukan dalam pengiraan purata sebulan.

Dalam masa sebulan. Jika harga minyak terus susut selepas pembelian stok 3 hari, tak semestinya mereka akan kerugian sebab harga minyak bertukar secara bulanan. Bukan harian atau mingguan macam kat USA tue.

Maksudnya kau dapat beli stok dengan lebih rendah dan pengguna kena tunggu sebulan samada kerajaan akan turunkan harga minyak atau tidak. Dan ketika, kau beli harga minyak dengan lebih rendah, dan tiba2 harga minyak mentah naik, ini lagi bahaya kepada station minyak sebab kau terpaksa keluarkan lebih modal bagi membeli stok minyak. Pengusaha station minyak punya komisen dah dijamin oleh kerajaan. Tapi modal pusingan kau akan bertambah ketika minyak mentah dunia naik. Ini lagi boleh menyebabkan kerugian jika kau gagal mencapai modal tersebut bagi membeli stok minyak.

Selain minyak, kau juga jual macam2 product.

Tak betul ke?

Something is fishy dengan Rafizi. Mula2 dia juga yang beria2 desak kerajaan turunkan harga minyak. Kemudian dia desak kerajaan dedahkan harga minyak secara mingguan. Dan kini dia kata pengusaha akan kerugian dan kerajaan tak patut mahsuhkan subsidi dan gunapakai sistem pengiraan APM.

Kalau aku tersalah, maafkan aku. Tapi aku syak. Aku syak saja la. Ada station minyak yang tipu penjualan minyak in order untuk claim subsidi yang lebih banyak.

Sebenarnya. Ada subsidi atau tanpa subsidi, pengusaha station minyak tidak kerugian. Yang terpaksa keluarkan belanja lebih ketika membeli minyak itu ialah rakyat. Bukan mereka pun.

Jika di luar negara mereka boleh jual harga minyak tanpa subsidi dan station minyak tidak kerugian kenapa di Malaysia tak boleh?

Apa yang Rafizi perlu buat ialah anjurkan agar syarikat2 pengeluar minyak mahsuhkan syarat2 yang merugikan pengusaha dalam waktu yang sama cuba kaji bagaimana station minyak luar negara beroperasi agar kita boleh tiru yang baik dan berfaedah dari mereka.

Dan yang paling aku tak faham. Tang mana nya Rafizi nampak station minyak kerugian antara 10,000 hingga 15,000 sehari? Pro kapitalisma juga pemimpin kita yang sorang neh rupanya. Parah. Bayar gaji pekerja rendah. Lepas tu benefits kurang. Lepas tue banyak amek warga asing. Aku tak rasa rakyat Malaysia akan peduli jika station minyak macam tue rugi atau tidak.

KAH KAH KAH 

Dan ya. Aku bersetuju dengan point pengomen2 di portal TMI. Ada baiknya Rafizi sendiri cadangkan pengiraan macam mana yang kerajaan patut buat supaya pengguna dan peniaga tidak terjejas dengan sistem jualan minyak kat negara kita. Kita bahas sama2. Kalau ada cadangan apa salahnya kongsikan untuk pembacaan kita semua. Kalau cadangan itu bagus, kita mesti sokong.

Rujukan : sini.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...