Selasa, 6 Januari 2015

Bantuan Banjir 800 Juta - PAC Panggil Ahmad Maslan Untuk Penjelasan.


Najib umum bantuan 500 juta. Alih2 Ahmad Maslan declare kerajaan dah keluar 800 juta untuk bantu mangsa banjir. Ini ialah pengiraan yang dia buat bagi mendapatkan angka 800 juta tersebut.

- Pelbagai agensi kerajaan turun padang membantu ketika dan selepas banjir. Operasi tersebut menggunakan dana dan sumber kerajaan. Maka ia dikira sekali.

- Pelbagai jenis bantuan makanan dan alatan penting yang disediakan oleh kerajaan kepada pusat2 penempatan banjir dan kepada sukarelawan2 yang terlibat. Untuk sediakan kesemua itu memerlukan dana tersebut. Maka ia dikira sekali.

- Untuk melakukan kerja2 pembersihan dan pemulihan maka sejumlah wang, peralatan dan tenaga digunakan ketika proses tersebut berlaku. Maka ia dikira sekali.

Kenyataan tersebut dibuat oleh Ahmad Maslan di Maran pada semalam (5 Jan) dalam Program Misi Kemanusiaan Bantuan Banjir Kementerian Kewangan melalui Yayasan 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Kenyataan oleh Ahmad Maslan itu disiarkan menerusi Utusan. Baca ;

Kerajaan setakat ini membelanjakan kira-kira RM800 juta menerusi Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi membantu mangsa di negeri-negeri yang terlibat dalam musibah banjir baru-baru ini, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan. Beliau berkata, peruntukan berkenaan digunakan bagi membekalkan makanan, operasi logistik dan pembersihan rumah-rumah mangsa yang terlibat dalam musibah itu. “Kerajaan juga sedang bersiap sedia mengeluarkan peruntukan luar jangka sekiranya banjir melanda semula, namun setakat ini jumlah peruntukan tersebut belum ditentukan lagi,”

Susulan dari kenyataan itu, PAC maklumkan kepada Awani bahawa mereka akan memanggil Ahmad Maslan dan lakukan soal siasat dari mana Ahmad Maslan berhasil mendapatkan angka tersebut dan PAC juga melihat pengurusan banjir oleh MKN agak tidak teratur sedangkan mereka mempunyai peruntukan yang disediakan oleh kerajaan. Selain dari Ahmad Maslan, PAC juga akan memanggil MKN bagi membincangkan masalah berkaitan pengurusan banjir dalam usaha membantu kerajaan menyediakan pengurusan banjir yang cekap.

Nampak gayanya, PAC pun boleh nampak sendiri ketidakcekapan MKN dalam menguruskan masalah banjir di Kelantan. Ini bukan cakap kosong tau. Kritikan dilemparkan oleh pengerusi PAC itu sendiri, Nor Jazlan.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...