Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 10 Mei 2014

Nurul Izzah Mahu TSKI Tarik Diri, Pemilihan PKR Hancur Angkara Azmin - Lapor Pemerhati.

Dasat.

Mari kita lihat apa yang dilaporkan dan disebarkan oleh pihak2 tertentu berkaitan pemilihan PKR.

---------------------------

Dari hari pertama sampai ke hari ini. Nama Azmin Ali macam hot cake betul la. Kali neh terdapat seorang individu yang menggunakan facebook untuk sebarkan penipuan2 dalam pemilihan PKR berserta bukti video dan mengaitkan insiden2 penipuan tersebut dengan Azmin Ali.

Antara yang dikatakan oleh facebooker tersebut (nanti aku share link dia kat akhir artikel yer) ialah ;

1. Pemerhati2 Azmin Ali sibuk pangkahkan kertas undi orang. Alamak ai. Lue pemerhati aje kot. Kenapa buat kerja lain?

Hehe.

2. Team Saifuddin meminta TSKI menarik diri dalam pemilihan PKR pada semalam di rumah DS Anwar Ibrahim. Meminta secara terhormat namun nampaknya permintaan tersebut tidak mendapat perkenaan pihak2 tertentu.

Pulaaaaakkkk..

Lihat ;

 
Wah wah wahhhhhhhhhhhhhhhhh...

Nurul Izzah pun campurtangan dalam urusan pemilihan parti? Apa benda la korang semua neh bergaduh bagai nak rak pasal jawatan dalam parti? Berebut2 masing2 sebab nakkan habuan ke?

KAH KAH KAH

Aku tatau la betul ke tidak apa yang diperkatakan di atas namun jika salah mohon tampilkan penafian apa yang tersebar di atas. 

Kalau la betul. 

Rupa2nya PKR yang gila menuntut agar BN bersikap lebih demokratik tidakla sedemokratik mana. Dorang punya demokrasi lagi hancur ada ahti nak kutuk BN. Tak sedar diri ke apa PKR neh? Itula pasal Anwar boleh jadi letih dengan permainan puak2 neh. Masing2 mahukan habuan. Sampai kadangkala Anwar tergelincir dalam tindakan kerana nak melayan tuntutan pihak2 tertentu. Aku tak rasa di akhir2 usia ini Anwar akan gilakan harta. Dia cuma nak membina imej pemimpin disegani untuk dikaryakan dalam pensejarahan negara. Bahkan aku yakin Anwar memang layak ke arah itu pun. Suka atau tidak suka, dia memang ada aura tersebut.

Namun di sekeling dia, ada ramai orang2 yang akan sentiasa mengambil kesempatan, lawan ataupun kawan yang akhirnya akan membuatkan dia tergelincir (salah buat keputusan) dalam sesetengah tindakan disebabkan nak mengikutkan sangat kehendak, permintaan dan pendapat puak2 tertentu.

Habislah PKR tanpa Anwar. Anwar boleh berdiri tanpa PKR. Tetapi PKR memang hancur berderai tanpa Anwar. Bukan nak nafikan jasa pemimpin2 lain, pihak2 lain yang kecil mahupun besar masing2 ada peranan masing2 namun jika PKR menghasilkan generasi pejuang2 yang gilakan habuan maka PKR akan berkubur sebaik sahaja Anwar lenyap di muka bumi ini.

Fikir2kan la ek.

Sebaran yang juga berkaitan dengan pemilihan parti ;

Azmin Ali ada buat berniaga dengan Danny Tan. Saya tak tahu siapa Danny Tan. Azmin ada jual tanah murah kemudian tuduh Tan Seri Khalid Ibrahim jual tanah dekat Tropicana. kenapa Azmin Ali ini nak sangat jadi MB Selangor. Ini kerana sebelum pilihan raya dulu Azmin ada ambil duit dari Syarikat Gapurna. Azmin janji projek PKNS dekat Petaling Jaya akan diberi pada Gapurna. Semua akan selesai kalau Azmin jadi Menteri Besar. Tuan Gapurna ini ada pergi jumpa Datuk Seri Anwar Ibrahim lepas pilihan raya selesai. Tuan syarikat ini terpaksa mengadu kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim tentang duit down payment yang telah diambil oleh Azmin Ali. Tuan punya syarikat terpaksa berterus terang kerana tak ada pilihan. Yang menjadi Menteri Besar bukan Azmin Ali tetapi Tan Seri Khalid Ibrahim. Cerita Azmin Ali ambil duit dari projek PKNS sebelum pilihan raya ini rupanya bukan citer baru.di prk kajang kata budget nak buat banyak bilik gerakan tak cukup. Ini sebab Azmin Ali dah ambil 200 juta ringgit duit sumbangan dari peniaga Cina yang menyokong Datuk Seri Anwar. Duit ini diberikan untuk PRU13. Bila sekali lagi minta sumbangan kerana Dr Wan Azizah nak bertanding di Kajang, cerita duit 200 juta ini terkantoi. bersyukurlah. inilah hikmah sebab adanya pilihan raya kecil Kajang. saya curiga bila dengar kisah Azmin Ali ini. Dari dulu lagi kawan -kawan selalu ingatkan yang Azmin Ali ini tak boleh dipercayai.ada cerita macam mana Azmin Ali dah porak perandakan pemilihan PKR. Azmin Ali main duit beli undi dekat Sabah dengan Sarawak. pemilihan PKR kali ini dah jadi macam pemilihan UMNO. Azmin Ali bawa budaya politik wang dalam PKR. Wassalam

Dan lagi ;

Cik Rozan yang dihormati,

Asalammualaikum wrb wbt.

Saya harap Cik Rozan masih ingat kepada saya. Saya Hafiz Husni salah seorang dari pelajar yang mengikuti kelas Pengajian Malaysia tahun lalu. Saya nak beritahu bahawa saya merasa amat bernasib baik dapat mengikuti kelas Cik Rozan. Dalam kelas Cik Rozan bukan sahaja saya terdedah kepada ilmu akademik malah Cik Rozan telah membuka mata saya dan banyak kawan-kawan saya tentang seni dan budaya. Saya dulu tak berapa faham sangat hal budaya, tapi sekarang ini saya dah mula baca Dewan Sastera. Kami tidak sangka selain dari menulis dan membaca puisi Cik Rozan juga seorang pelakon teater. Secara ikhlas saya katakan disini bahawa ramai pelajar yang mengikuti kelas Cik Rozan merasa amat bangga jadi anak murid Cik Rozan. Untuk pengetahuan Cik Rozan tahun lalu kelas saya telah kecoh. Secara senyap-senyap kami mendengar cerita ada dua orang senior kami telah Cik Rozan bawa ke Parlimen. Apabila mereka pulang dari Parlimen mereka buka cerita yang mereka dapat bersalaman dengan YB Tian Chua , YB Azmin Ali dan berjumpa dengan YB Nurul Izzah. Aizat dan Syazwan sampai hari ini masih cerita tentang kisah ini. Sekarang dalam kelas ramai yang tertanya jika Cik Rozan akan bawa kami melawat Parlimen lagi. Jika ada program lawatan saya berharap nama saya tak tertinggal.

Baru-baru ini saya perhatikan Cik Rozan agak sibuk. Saya faham kenapa abang ipar saya dari Bandar Tun Razak juga sibuk. Dia kata dia sedang berkempen untuk pemilihan PKR. Anak-anak dia dihantar dekat kampung. Kerana Cik Rozan nampak sibuk jadi ramai anak murid Cik Rozan bertanya apakah Cik Rozan akan bertanding juga. Mereka berdoa satu hari nanti Cik Rozan berjaya menjadi YB.

Minggu lepas kawan Baba dari Ipoh ada datang ke rumah kami. Kawan-kawan Baba ada usrah dekat Sungai Ramal. Mengikut kata Baba semua mereka ahli PKR. Saya pernah tanya sorang kawan Baba adakah kenal dengan Cik Rozan atau tidak. Ada seorang yang muda ada kenal dengan Cik Rozan. Tapi Baba sendiri tak kenal Cik Rozan sebab mungkin Baba lebih tua. Kalau umur panjang insya Allah saya akan kenalkan Baba dengan Cik Rozan.

Kawan Baba dari Ipoh ini sedang sibuk berkempen. Saya tak kenal sangat mereka ini tapi dari perbualan mereka jelas mereka tak menyokong Ketua Cabang Cik Rozan. Mereka juga tak menyokong Azmin Ali. Mereka tak suka Azmin Ali. Saya agak terkejut bila saya mendengar perbualan mereka. Saya rasa Cik Rozan lagi tahu dalam hal ini.

Saya pasang telinga mendengar cakap kawan Baba dari Ipoh ini. Dia kata Azmin Ali ada kes ambil duit dari bos Cina. Kawan Baba itu ada bawa beberapa helai kertas bukti. Dia kata Azmin Ali ada buat berniaga dengan Danny Tan. Saya tak tahu siapa Danny Tan. Vincent Tan saya kenal sebab Aizat kata Cik Rozan ada beritahu dia pasal Vincent Tan tauke kedai Toto. Kawan Baba kata Azmin ada jual tanah murah kemudian tuduh Tan Seri Khalid Ibrahim jual tanah dekat Tropicana. Bila saya terdengar nama Tropicana saya teringat pada Cik Rozan sebab ada sekali Aizat nampak Cik Rozan tengah tunggu teksi dekat Tropicana.

Rasa saya Baba tahu juga cerita pasal Azmin Ali ini. Masa berkempen dekat Kajang dulu Baba sokong Dr Wan Azizah tapi Baba selalu kata Tan Seri Khalid ini orang yang baik. Agaknya kawan Baba dari Ipoh ini mahu Baba berkempen untuk Tan Seri Khalid. Baba juga tahu latar belakang kenapa Azmin Ali ini nak sangat jadi MB Selangor. Ini kerana sebelum pilihan raya dulu Azmin ada ambil duit dari Syarikat Gapurna. Azmin janji projek PKNS dekat Petaling Jaya akan diberi pada Gapurna. Semua akan selesai kalau Azmin jadi Menteri Besar. Mengikut cerita kawan Baba Tuan Gapurna ini ada pergi jumpa Datuk Seri Anwar Ibrahim lepas pilihan raya selesai. Tuan syarikat ini terpaksa mengadu kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim tentang duit down payment yang telah diambil oleh Azmin Ali. Tuan punya syarikat terpaksa berterus terang kerana tak ada pilihan. Yang menjadi Menteri Besar bukan Azmin Ali tetapi Tan Seri Khalid Ibrahim. Saya yakin Cik Rozan pasti lebih tahu dari saya hal ini. Sebagai Ketua Penerangan pasti Cik Rozan dapat maklumat yang lebih banyak dari Baba saya.

Cerita Azmin Ali ambil duit dari projek PKNS sebelum pilihan raya ini rupanya bukan citer baru. Baba kata pernah dengar citer ini tapi macam tak jelas. Masa itu Baba belum dapat lihat bukti. Tapi ada lagi satu ceter saya nak tanya pada Cik Rozan. Citer ini mula-mula saya dengar masa Baba berkempen untuk Dr Wan Azizah di Kajang. Baba kata budget nak buat banyak bilik gerakan tak cukup. Ini sebab Azmin Ali dah ambil 200 juta ringgit duit sumbangan dari peniaga Cina yang menyokong Datuk Seri Anwar. Duit ini diberikan untuk PRU13. Bila sekali lagi minta sumbangan kerana Dr Wan Azizah nak bertanding di Kajang, cerita duit 200 juta ini terkantoi. Baba kata bersyukurlah. Dia kata inilah hikmah sebab adanya pilihan raya kecil Kajang.

Saya bukan ahli AMK walaupun tiga orang kawan saya dah menjadi ahli AMK. Mungkin Cik Rozan tak kenal kerana mereka bukan dari Sentul tapi dari Sungai Ramal. Saya masih belum tahu apakah saya akan menjadi ahli Pas atau ahli PKR. Saya sedar Cik Rozan telah pelawa saya beberapa kali. Saya cakap jujur dekat sini sebab saya curiga bila dengar kisah Azmin Ali ini. Dari dulu lagi kawan -kawan Baba selalu ingatkan yang Azmin Ali ini tak boleh dipercayai. Dua hari dulu pun Baba ada cerita macam mana Azmin Ali dah porak perandakan pemilihan PKR. Baba kata Azmin Ali main duit beli undi dekat Sabah dengan Sarawak. Baba kata pemilihan PKR kali ini dah jadi macam pemilihan UMNO. Azmin Ali bawa budaya politik wang dalam PKR.

Cik Rozan yang saya hormati, saya nak bertanya apakah Cik Rozan tak tahu apa yang saya dengar dan tulis ini? Atau Cik Rozan buat-buat tak tahu? Kalau Cik Rozan betul-betul tak tahu jadi saya rasa bersyukur. Macam mana dengan pemimpin AMK yang lain? Mereka tak tahu kes Azmin Ali ini? Saya harap Cik Rozan tak merasa terganggu bila menerima surat saya ini. Tujuan saya hanyalah untuk mendapat penerangan dari Cik Rozan yang saya anggap guru yang bijak dan banyak pengalaman.

Wassalam

Hafiz Husni

Sumber : Sini , sini dan sini.

Tue diaa..

Macam2 cerita ada. Macam2 kisah ada. Tapi semua tue sekadar cerita tanpa tindakan tegas. Kalau betul la apa yang dorang perkatakan aku cadangkan ;

1. Lapor polis dan serahkan bukti2 berkaitan kepada JPP untuk tindakan selanjutnya. Mana2 isu yang dikatakan penipuan dalam pemilihan, wajar diserahkan bukti pendua (yang utama ko simpan la takut2 bukti asal hilang) kepada pihak2 yang berautoriti untuk siasatan selanjutnya.

2. Yang mana2 kes cerita demi cerita tue minta tuan punya badan yang dinamakan dalam kisah2 tersebut tampil membuat respon balas.

3. Yang mana2 terkait desak TKSI berundur dari bertanding mohon tampil membuat pengakuan. Betul ataupun tidak.

Hehe..

Wayang neh. Wayang. Ini la masanya untuk kenal tokoh2 tertentu dengan lebih dekat dan REALISTIK.

KAH KAH KAH

Mohamed Nabi Yang Lawan DAP Di Bukit Gelugor Kantoi Ahli UMNO Rupanya !!!!


Tak mustahil juga jika dia miliki 2 keahlian dalam parti. Orang2 PAS pun perlu semak betul atau tidak dia ahli PAS. Actually kalau dia ahli PAS sekalipun itu tak membuktikan yang PAS yang suruh dia hantar borang pencalonan. Cuma, kalau dia jadi ahli UMNO maka kat sini boleh la kita kaitkan insiden tersebut dengan cubaan untuk memecahkan undian macam yang aku dah sebutkan pada artikel disini dalam first episode.

Bagi yang tidak tahu. Actually pakcik tue sendiri la yang p pongpang2 depan media dia ahli PAS. Kalau dia tak cakap apa2, apa je wartawan nak lapor dia ahli apa. Dia buat pengakuan macam tue untuk dapatkan millage berita. Maka orang akan tertanya2. Apahal pula pakcik neh meroyan nak bertanding di kawasan DAP padahal dia ahli PAS. Sesuatu dah berlaku ke? PAS dengan DAP bergaduh ke? PAS hantar calon lawan DAP ke? PAS nak keluar PR ke? PAS nak buat huru hara ke? DAP suruh PAS keluar PR disebabkan isu hudud ke?

Itulah sentimen yang depa nak pupuk.

Tapi tolongla. Ini zaman apa yang orang bodoh2 nak fikir ikut apa yang UMNO mahu orang fikirkan. Semua tahu sangat la ini propaganda yang nak mengucar kacirkan perhubungan antara DAP dan PAS yang dah sedia kucar kacir dek isu hudud.

Hehe.

Cuma aku cadangkan baik periksa juga keahlian dia dalam PAS. Seseorang sebenarnya boleh menjadi ahli macam2 parti walaupun tanpa keluar dari parti2 lain. Siyes. Dah ramai dah aku jumpa. Dia jadi ahli PKR dan ahli PAS dalam waktu yang sama. Yang jadi ahli UMNO dan ahli PAS pun ada. Takut2 juga si pakcik di atas neh mungkin dia memang ahli UMNO tapi tak bermaksud dia bukan ahli PAS. Namun itu pun tak menjadi masalah kalau dia ahli PAS dan bertanding di Bukit Gelugor. Dia bertanding atas kapasiti bebas aka persendirian. Bukan atas kapasiti parti. PAS sama sekali tidak akan terjejas dengan keputusan tersebut. 

Kalau rajin. Try la siasat siapa sponsor dia untuk bertanding. Ribu2 sebagai wang deposit tau. Bukan murah. Aku tak rasa dia akan dapat wang deposit kembali. Confirm lebur. Sejujurnya, manusia waras mana yang dah tahu dia akan kalah dalam pertandingan dan still masuk bertanding dengan mengorbankan wang ringgit sendiri?

Confirm la ada citer disebaliknya.

KAH KAH KAH

Gadis Melayu Seksi Ceramahkan Pembangkang Isu GST.

Klik gambar untuk paparan yang lebih jelas

Mereka2 yang  protes isu GST telah pun dicop sebagai pengkhianat dan pembangkang di negara neh walaupun ada di antara mereka ;

1. Langsung tak sokong Pakatan Rakyat.

2. Langsung tak pernah undi pembangkang.

Redha je la dengan label2 tersebut. Di Malaysia sesiapa yang sokong prinsip UMNO dan BN memang kena cop pembangkang je la. Apa boleh buat. Lumrah pemikiran di Malaysia beb.

KAH KAH KAH

Dalam paper tak guna telah muncul seorang gadis. Bercerita pasal GST sambil diperbodohkan oleh wartawan HARIAN METRO yang mengambil kesempatan untuk melaukkan badan dia. Kesian. Tak pasal2 jadi mangsa habuan masyarakat.

KAH KAH KAH

Lihat ;


Antara yang si gadis neh sebut ;

1. Kebarangkalian ramai rakyat kita terutama warga emas dan orang kampung tidak tahu apa itu GST malah sekadar mendengar khabar angin daripada pelbagai sumber yang lain berbanding fakta membuka ruang pihak lain untuk memanipulasikan blablabla..

2. Secara peribadinya saya menyokong GST kerana barangan asas terkecuali dari dikenakan GST.

3. Pelaksanaan GST lebih dirasai oleh golongan yang berkemampuan kerana GST dikenakan kepada barangan mewah berjenama seperti BEG dan PAKAIAN yang BUKAN KEPERLUAN.

4. GST akan menambahkan pendapatan negara dan mengurangkan kadar kemiskinan.

Alahaiiiiii.

BODOHNYA KAU.

BODOH SANGAT SEBAB PERCAYA PADA KATA2 PEMIMPIN BN YANG TERBUKTI TAK BERGUNA TUE.

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH

Barangan asas tak terkecuali kepala hotak kau berjambul. Barangan asas semua kena atas faktor kos pengangkutan.

Ko tahu ke apa maksud barangan asas? Senang aje nak ukur. Jangan ukur ikut otak kapitalis. Kalau ukur guna otak kapitalis semua barangan adalah tidak asas. Manusia hanya perlukan diri mereka sendiri sahaja untuk hidup. Yang2 lain pandai2 la lue selongkar cara untuk survive bagi membolehkan lue terus hidup.

PAKAIAN. MAKANAN. TEMPAT TINGGAL.

Ini barangan asas yang diperlukan manusia untuk hidup. Dengan pakaian, manusia berotak kapitalis mula membezakan2 kepentingan berdasarkan status. Itu pasal wujud barangan mewah dan barangan cikai. Perkara yang sama juga mereka buat pada MAKANAN. Pada TEMPAT TINGGAL. Pada AIR. ELEKTRIK. SUMBER ALAM. Silap2 nak bernafas pun kena bayar suatu hari nanti ikut sistem kapitalis.

Prinsip membayar sebelum menggunakan ataupun mendapatkan sesuatu itu tidak salah. Dalam Islam kita ada konsep perniagaan.

Namun perniagaan yang betul menurut apa yang dianjurkan dalam Islam ialah perniagaan yang tidak menindas pembeli/pengguna/rakyat.

Kapitalis ialah satu sistem ekonomi yang menindas. Lawan dia sistem sosialis, bagi orang Islam mereka prefer sistem ekonomi Islam. Namun terdapat persamaan yang sangat banyak antara sistem sosialis dengan ekonomi Islam.

Prinsip kapitalis membolehkan mereka memperdagangkan barangan asas sehingga manusia2 diarah/di didik/di ajar untuk berfikir manusia yang takde duit perlu dilayan dengan buruk sebab mereka tiada duit. Tiada duit maksudnya low class dan takde standard. Takde duit maksudnya hina lagi menghinakan. Asalkan manusia tue takde je duit itu bermaksud dia PEMALAS NAK MAMPOS.

Itu prinsip kapitalis yang dah menjajah otak2 manusia zaman sekarang.

Berbalik kepada tajuk asal artikel neh. Tak la aku nak menghalang kebebasan dia bersuara. Cuma aku rasa Harian Metro neh tak kurang bodohnya juga. Cuba la dia amek gambar yang elok2 sikit. Ini dia memperdagangkan tubuh badan wanita tersebut lepas ajak dia bercerita soal GST. Tak ke ini akan memalukan gadis tersebut secara tidak langsung?

Dan, aku nak bagitau juga. Pakaian pun akan dikenakan GST. Nak tahu caranya macam mana? Mana2 perniagaan yang ada keuntungan melebihi rm500k mereka akan dikenakan GST.

Maksudnya perniagaan pakaian yang besar, yang ada margin keuntungan yang melebihi rm500k akan tertakluk pada GST. Perniagaan pakaian yang besar2 tak semestinya akan menjual pakaian berjenama sahaja. Ada yang campur2. Ada yang hanya menjual pakaian tidak berjenama sahaja. Apa pun nanti ko nak beli baju mesti mahal. Yang sekarang belum ada GST pun lain macam aje cara ko berbaju. Mesti mahal sangat sampai tak mampu nak beli kan.

KAH KAH KAH

Dan nak sembang dengan orang pasal fakta konon. Fakta sendiri pun kelaut. Adoiyai. Masa Ahmad Maslan sembang kat tv3 takmo dengar. Antara yang akan turun harga dengan GST ialah barangan mewah. Ada barangan mewah dan sensitif (arak, rokok) dicukai sehingga 10% banyaknya. Sekarang akan turun sampai 6%. Tang mana pula golongan macam Rosmah Mansur agak terjejas? Ngok ngek betul.

KAH KAH KAH

Jumaat, 9 Mei 2014

Ahli PAS Bertanding Di Bukit Gelugor Pula Dah..

Sudah tentu ini bukan kerja dari PAS. Aku kurang percaya bahawa PAS akan bertindak seperti ini. Ini mesti kerja saf2 yang rasa perlunya memecahkan jalinan kerjasama antara PAS dengan DAP. Maka puak2 ini sengaja mesabotaj PAS dan DAP berterusan demi mencapai sesuatu hasrat. Macam.. menyatukan PAS dengan UMNO ke..

KAH KAH KAH

Lihatla ;


Nak bertanding pun lantak ko la pakcik oi.

Cuma ada baiknya jangan jaja nama PAS ke sana ke mari dalam kempen2 ko. Dan lagi satu nak bertanding atas tiket parti kena ada watikah perlantikan. Takde watikah perlantikkan maka bukan la bertanding atas nama parti. So dah tak bertanding atas nama parti maka jangan la heret nama parti. Tak perlu nak jaja satu kampung ko ahli PAS. 

Relax sudah.

Tapi kan. Kita cakap pasal Penang kot. Kubu kuat DAP.

Letak la apa2 calon sekalipun, mana2 calon yang mewakili DAP pasti sukar nak menang. Maka aku percaya, tindakan calon bebas yang masuk bertanding neh adalah sebenarnya strategi BN untuk mengurangkan undi majoriti dan memecahbelahkan undian.

Contohnya. PCM masuk bertanding. Akan mengacau persepsi dan pemikiran orang cina.

Si Mohammad Nabi neh masuk bertanding. Kacau pula pemikiran melayu dan orang Islam.

So dari sini la BN akan mengambil kesempatan memainkan elemen2 racist ataupun sentimen agama. Yang aku tahu, kalau majoriti penduduk di Bukit Gelugur ialah orang2 islam, maka isu2 berkaitan bangsa akan jadi main topic time kempen.

Kalau la penduduk2 di Bukit Gelugur majoritinya orang2 cina maka isu hudud akan ambil peranan. Mereka akan gunakan sentimen tolak hudud. Mereka juga akan menggunakan sentimen yang DAP tidak cukup keras untuk tolak hudud.

Padahal DAP pun sama juga macam PAS. Hudud tue millage politik aje. Time nak dapatkan sokongan dari orang melayu, DAP pun lembut gigi dari lidah buat2 sokong hudud. Time nak dapatkan sokongan dari cina, DAP pun lembut tulang dari kulit buat2 tak sokong hudud. Padahal dari segi sistem dan pelaksanaan, dorang tahu sangat apa yang perlu dilalui oleh PAS. Ia bukannya semudah ABC. 

Kesian undang2 Islam.

Sana sini jadi millage politik aje.

Haish.. orang islam dan orang2 bukan islam. Bergaduh la korang sampai kiamat angkara orang2 politik neh okay.

KAH KAH KAH

Gambar2 Ku Nan Pergi Umrah Naik Private Jet Tersebar - Blogger UMNO Berperang Dengan Penyokong Sendiri!!!!!

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH

BAGUSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSS !!!!!

Ini memang perkembangan yang BAGUS sekali. Aku suka tengok bloggers partisan memilih untuk jadi lebih terbuka dalam mengkritik kepimpinan sendiri. Ingat. Pendirian korang la yang akan menentukan pemimpin yang macam mana layak memimpin korang. Kalau korang pun lemah longlai jenis cayor dengan duit pangkat apa bagai memang la sampai ke kiamat pun dapat pemimpin2 haprak je.

Baru2 neh blogger UMNO menyebarkan dua gambar.

Lihat ;

 


Blogger UMNO tersebut mempersoalkan ;

1. Kenapa Ku nan p umrah naik jet peribadi? Banyaknya duit kau.

2. Kalau dah pemimpin sendiri pun berlengang2 kangkung ke sana ke mari naik jet peribadi apa jadahnya korang semua mempersoalkan tindakan Anwar Ibrahim naik jet peribadi? Lebih kurang begitulah yang ingin dia sampaikan.

3. Perkara ini juga menimbulkan ketidakpuasan ahti di kalangan orang2 UMNO di PUTRAJAYA sendiri. Bermewah2 di kala rakyat sedang kesusahan. Menteri apa macam neh?

Itulah korang. Nak amek mangkok ayun neh jadi wakil rakyat apahal? Husam sudah mari. Husam sudah tawarkan diri. Takmo pula angkat Husam. Kurang2 Husam boleh juga bersuara benda yang mengarut2 kat Putrajaya tue. Nak sangat wakil rakyat yang tak berguna. Hah mendapat la korang. Si Ku Nan neh la yang mulut kemain cabul kalau tak mampu beli rumah jangan beli rumah. Mentang2 la dia mampu naik jet peribadi. Sedap mulut aje nak menindas rakyat.

Haktuih.

Apa pun aku bukan nak masuk campur dalam perang dingin sesama ahli UMNO dengan pemimpin2 UMNO dan juga dengan bloggers UMNO. Aku cuma nak bagi tambah panaskan keadaan aje. Situasi ini sangat menguntungkan rakyat sebab ia membuktikan kepada kamu semua kebanyakkan menteri2 kita memang haprak. Kot ye pun dia menteri adakah gaji dia melayakkan dia berkemampuan untuk menaiki jet peribadi? Gila kau. Mahal tue.

Itula yang dipersoalkan oleh orang2 UMNO di Putrajaya. Dan sejurus blogger UMNO tersebut up isu berkenaan di laman blog dia, macam biasa penjilat2 UMNO sampai MAMPOS pasti akan menjilat pemimpin mereka semahu2nya. Ya Allah. Sanggup korang hidup macam tue ek? Eeeee.. jijik aiiiii

Itu pasal perang dingin tercetus antara pembaca dengan penulis.

KAH KAH KAH

Apa2 pun tahniah la atas perkongsian gambar. Mohon kongsikan lagi gambar pemimpin2 BN yang buat kerja2 tak berguna.. nak sebarkan lah..

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH

Rujukan : sini

Anak YB UMNO Mabuk Penyebab Kemalangan Maut Kata Anak Mangsa Kemalangan.

Kronologi kejadian.

First baca berita kat bawah neh dulu ;




Jasin: “Perodua Kenari itu berpusing beberapa kali lalu terseret sejauh 30 meter dan terhenti selepas merempuh pagar rumah penduduk,” kata saksi kemalangan yang mengorbankan seorang ibu tunggal di jalan Kelubi-Jasin, di sini, semalam.
Supardi Sohot, 67 berkata, dia bersama beberapa pelanggan yang berada di kedai makan berhampiran terus meluru ke arah mangsa bagi menghulurkan bantuan. “Kami berlari ke arah kenderaan yang terbabit dan mendapati seorang daripada tiga lelaki menaiki Proton Saga BLM parah dan tidak sedarkan diri.

“Sebaik menghampiri Perodua Kenari, saya nampak seorang wanita yang parah di kepala dan badan kaku tidak bergerak di tempat duduk pemandu,” katanya, di sini, semalam.  Dalam kejadian jam 7.35 pagi, Norhayati Othman, 47, dari FELDA Bukit Sedanan, di sini, mati di tempat kejadian akibat parah di kepala dan badan selepas Perodua Kenari dipandunya terbabit kemalangan dengan Proton Saga BLM dipandu lelaki berusia 20-an.

Isu bermula apabila ;



Hasil google aku mendapat facebooker di atas bercakap tentang anak kepada YB Datuk Hj. Ghazale bin Muhamad. Rujuk gambar ;



Yb ini S/U kepada UMNO bahagian Jasin. Dalam waktu yang sama dia juga ialah ADUN bagi kawasan RIM. Rujukan == disini.

Menurut anak kepada mangsa kemalangan maut ;

1. Ibunya tidak membawa kereta laju2.

2. Kereta ibunya dengan kereta anak kepada YB UMNO di atas bertembung sehingga mengakibatkan kemalangan maut. Dalam insiden tersebut hanya ibunya seorang je yang meninggal dunia di tempat kejadian. Yang lain2 tue selamat walaupun ada yang parah.

3.Dan, menurut anak mangsa, pemandu aka anak kepada YB tersebut sebenarnya tengah mabuk2 masa pandu kereta.

Lihat lagi ;



Aku tak pasti samada wartawan METRO tahu atau tidak tahu mengenai nama individu2 yang terlibat dalam insiden kemalangan tersebut. Boleh jadi maklumat tidak lengkap maka nama tidak dilaporkan sekali. Ataupun boleh jadi pihak editor sengaja meminta agar wartawan tidak memasukkkan nama individu yang terbabit. Namun setahu aku la kan, untuk tulis laporan berkaitan kemalangan, wartawan perlu hubungi PDRM untuk pastikan beberapa maklumat agar apa yang disebarkan adalah sahih. Maksudnya, bukan suka2 boleh tulis.

Pada aku ada beberapa perkara yang boleh dilakukan mangsa.

1. Sila semak dengan PDRM fakta kes.

2. Sila semak apakah ada tindakan lanjut yang diambil oleh PDRM ke atas pemandu yang menyebabkan kemalangan.

3. Berkaitan laporan media, sila semak dengan pihak wartawan dan minta diperbetulkan semula.

4. Dan jika pihak2 yang berkaitan tidak mahu bertanggungjawab maka ambil la tindakan undang2.

Kalau betul anak YB tersebut sedang mabuk2 dan sebagainya, dan sewenang2nya terlepas dari hukuman, kita perlu bersuara. Kalau kita diam2 lagi la dia pijak kepala kita sebab dia fikir orang biasa neh senang je kena buli2. Bila kita melawan baru la orang2 yang bajet dorang hebat akan rasa takut.

Aku neh tak la nak menyebelahi mana2 pihak sebab aku pun tatau faktanya. Betul ke dia mabuk, betul ke anak YB tue yang salah, tapi kalau betul la anak YB tue dilindungi semata2 kerana dia anak YB memang nak kena maki je jawapannya. Dan ini juga satu hujah yang boleh digunapakai ke atas MCA dan DAP berhubung isu undang2 Islam. Bercakap pasal keadilan, undang2 sekularism pun tak menjamin keadilan beb.

Lue fikirlah sendiri ek.

Kbai.

Khamis, 8 Mei 2014

Mengumpat Ahmad Maslan Beramai2 Di Alam Maya..


Aku harap Ahmad Maslan baca ini. Aku benar2 harap dia baca ini dan berlapang dada dengan apa yang aku nyatakan kat sini. Sungguh pun aku mengumpat dia tetapi aku tiada niat yang buruk. Aku ikhlas mengumpat dia secara terang-terangan bahkan aku berharap sangatla dia baca apa yang aku umpatkan mengenai dia.

Semalam aku ada tengok satu program. Nama program tue soal jawab. Aku rasa siaran ulangan boleh di ikuti di laman web tv3. Just buka website tue dan search la untuk program soal jawab isu GST. Nanti korang akan jumpa punya. 

Dalam program tersebut Ahmad Maslan ada menyatakan beberapa perkara mengenai GST. Dia menyatakan bahawa GST itu sangat baik untuk rakyat. Aku ingat ayat GST sangat baik untuk rakyat tue lebih dari 5 kali dia ulang2.

GST ini sangat baik untuk rakyat. Hehe. Then tersengih2. Lepas tue cakap2 lagi. Ulang lagi. Tersengih2 lagi. Dan hehe lagi.

Apa la nak jadi dengan ko neh Ahmad Maslan. Aku pun tatau la. Kalau GST itu sangat baik untuk rakyat kenapa tunggu selepas 30 tahun? Kenapa tak laksanakan pada 30 tahun yang lepas? Bukan kah kerajaan sebut mereka dah kaji selama 30 tahun untuk laksanakan GST? Pengakuan ini juga Ahmad Maslan buat dalam program semalam weh. Aku tak tuduh2 pun. Sapa tengok tahu la.

Ini bermaksud Ahmad Maslan penipu besar. GST dilaksanakan bukan kerana ia baik untuk rakyat. GST dilaksanakan sebab selepas 30 tahun baru kerajaan nampak keberhasilan pelaksanaan GST akan menyebabkan kutipan cukai kerajaan bertambah sehingga RM3billion banyaknya.

WOWWW..

Ada penambahan sehingga rm3b. Ko taknak ke? Dengan penambahan sebanyak rm3b maka kita boleh buat lebih banyak projek2 bodoh untuk halalkan penyonglapan besar-besaran. Okay tak?

KAH KAH KAH

Itu je yang aku nampak pada Ahmad Maslan semalam. Kecik besar kecik besar je aku tengok mulut dia terkumat kamit dok memuji2 kebaikan GST. Aku tengok tv tue pun kecik besar kecik besar aje. Mengenangkan itu tv LCD. Ada satu je pula tue. Sudah la tak kaya. Maka aku batalkan hasrat untuk penerajang tv tue. Aku sabarkan kaki aku banyak2. Sabar separuh dari iman wahai kaki, maka bersabarlah.

Yang aku paling tak faham bila dia sebut yang pelaksanaan GST akan menyebabkan perbelanjaan rakyat bertambah sebanyak rm15 bagi setiap orang dalam setiap bulan. Disebabkan itulah kerajaan pada tahun depan tambah lagi rm300 dalam BRIM. Punyalah prihatin kerajaan kau neh kan. Kerajaan tambah 300.00. RM15 x 12 = RM180. Ada lebih RM120 lagi tue. Kata Ahmad Maslan. Lepas tue gelak2. Hahaha..

KEPALA HOTAK DIA BERJAMBUL.

Aku tahu la dia kira purata bab RM15.00 tue. Tapi kiraan tue pada aku tak adil beb. Pasal dia kira sekali penggunaan orang kaya miskin apa semua. Mana aci. Lagipun dia tak boleh gunakan penanda aras macam tue. Tak logik langsung.

Dia tak boleh ukur melalui gaji. Dia kena ukur pada penggunaan. Contohnya. 

1. Barangan2 dan perkhidmatan2 yang dikenakan GST.

2. Kira jumlah penggunaan sebulan.

3. Asingkan ikut stastistik pihak yang sering mendapatkan barangan ataupun perkhidmatan tersebut.

Dari situ baru la boleh nampak macam mana pengenalan GST akan memberikan impak kepada golongan tertentu. Ke arah yang lebih baik ataupun sebaliknya.

Jika barangan2 yang naik harga adalah barangan2 keperluan harian maka sudah tentu majoriti rakyat yang terkesan ialah yang duduk di middle class dan yang berpendapatan rendah (miskin bandar dan miskin tegar).

Orang2 kaya macam Ahmad Maslan sebut tak heran bab2 perbelanjaan ini. Dia mampu beli kasut banyak2. Bayar duit pun tak heran bab cukai. Dia mampu beli kasut lebih dari sepasang. Bagi yang tak mampu beli la kasut ikut keperluan memandangkan kasut juga dikenakan GST. Orang2 kaya juga disifatkan sebagai patriotik kata Ahmad Maslan. Almaklumla. Bayar cukai lebih. What the hell is that.

Mana boleh ukur kepatriotisma orang melalui miskin kaya. Orang2 kaya pun bukan nak sangat bayar cukai lebih. Itu dorang terpaksa bayar untuk penuhi keinginan dorang beli barangan2 yang dorang nak pakai sangat tue. Kalau diberi peluang untuk bayar ataupun tidak, ko ingat orang2 kaya neh nak bayar sangat? Dorang pun nak fackkan aje cukai2 yang ada neh.

Aku tertarik bila Ahmad Maslan sebut. Orang2 kaya akan pergi ke hospital swasta sebab mereka mampu. Jika mereka terpaksa bayar lebih sikit (disebabkan pengenalan GST) maka mereka akan tanggung la sebab mereka mampu dapatkan rawatan di hospital swasta. Masa neh la yang buat aku meluap2 nak lempang si Ahmad Maslan. Sebab masa neh la the true color of Ahmad Maslan dah terserlah. Siyes aku cakap neh weh. Itu pasal aku doa2kan sangat. Aku nak Ahmad Maslan baca penulisan ini sebab ianya sangat penting untuk dia tahu apa yang menyebabkan pendapat dia yang macam tue SALAH SAMA SEKALI.

Begini. Ko tahu kan kenapa hospital2 swasta ini wujud? Mereka dah berjaya kapitaliskan perubatan dan kesihatan di negara kita. Kebaikan yang kerajaan ko dapat kat sini ialah cukai. Sekarang ada hospital kerajaan. Hospital2 awam neh dia punya fasilitis banyak yang kurang. Seasoned. Buruk. Tak berganti. Hilang pun ada oi. Ketidakmahuan ataupun keengganan kerajaan untuk menyediakan sistem kesihatan yang baik dan tersusun kepada rakyat bukan la disebabkan kerajaan tidak mampu tetapi sengaja memberikan laluan kepada perubatan swasta untuk membiak. Lebih banyak perubatan swasta, lebih banyak kutipan cukai. Jika hospital awam teruk maka alternatif rakyat adalah di perubatan swasta. Orang2 kaya yang membayar cukai lebih pun bukan nak sangat berubat di hospital swasta. Tetapi sebab tiada alternatif yang lebih baik dari itu. 

Bayangkan. Cukai ko nak. Tetapi perkhidmatan yang ko sediakan untuk rakyat tetap teruk. Akhirnya rakyat terpaksa bekerja bagai nak mati untuk mendapatkan keperluan yang bersesuaian dengan arus semasa. Sapa sanggup tunggu berjam2 di hospital awam untuk pemeriksaan demam? Sepatutnya dah tahu ramai orang susah ko perbesarkanlah lagi kemudahan2 yang ko sediakan. Pesakit pun dapat diubati dengan cepat. Ini ko saja taknak tambahbaik sistem kesihatan yang sedia ada supaya sistem kesihatan swasta juga boleh mendapatkan untung. Kan kerajaan dapat cukai tambahan dari situ. Bayangkan jika sistem kesihatan awam di negara ini cekap dan menyeluruh? Jangan harap hospital swasta boleh bernafas sampai ada yang kaya raya dok meniaga ubat. Lebih banyak pesakit lebih seronok pula depa buat duit. Dan lebih banyak pula kutipan cukai. Kadang2 aku faham juga dasar penswastaan ada baiknya. 

Namun, dasar penswastaan ini perlu diikat dengan polisi2 yang tidak membebankan rakyat di kemudian hari supaya nanti tidak akan terjadi peristiwa rakyat mati bukan kerana penyakit tiada ubat tetapi kerana tiada duit untuk ubati penyakit. Agaknya Ahmad Maslan tak pernah bergaul dengan rakyat marhaen. Hidup membongkak asyik nampak yang atas2 aje walaupun dia tak la tinggi mana. Kewujudan hospital swasta telah menyebabkan kerajaan kita bersikap cuai dan lalai dalam menyediakan sistem  kesihatan yang terbaik untuk rakyat. Memandangkan dorang fikir, ini orang2 miskin hina je p berubat dengan hospital awam, layanan low class sudah la. Ubat low class sudah la. Dah bayaran pun RM1 aje. 

Kepala hotak ko lagi. Yang bayar rm1 tue depan mata kakitangan hospital memang ah ko nampak. Yang bayar lain2 cukai tue ko tak kira plak? Paling2 koman tue tiap2 tahun orang bayar roadtax tau. Ko ingat roadtax campur insurans murah?

BTW, katakanla kita bayar cukai rm1 sehari. Sebulan rm30. Setahun dah berapa? Duit2 orang miskin inila bila bergabung ramai2 boleh kalahkan tabung Rosmah tau? Jadi jangan nak pandang rendah pada golongan miskin. 

Dalam ulasan berkaitan juga Ahmad Maslan menyebut ;

1. Ada harga barang yang naik dalam GST.

2. Ada yang kekal.

3. Ada yang turun.

Yang naik sebab dulu masa SST cukai dia 5%. Dengan GST jadi 6%. Jap. Ini cukai apa? Cukai prepaid, cukai telekomunikasi, internet, KFC, restoran2 apa semua kan?

Yang kekal pula sebab dulu 6% dengan SST dengan GST pun masih 6% lagi.

Yang turun pula sebab dulu 10% sekarang 6%. Yang neh cukai apa? Cukai arak ke? Cukai2 hiburan ke? Ye.. boleh la beli arak murah2 lepas neh kan. Hehe.

Namun cubaan Ahmad Maslan untuk mislead pemikiran aku gagal. Sebab dia terlupa nak bagitau. Dulu barang2an tertentu takde cukai. Tapi sekarang barangan2 tertentu ada cukai pula. Jeng jeng jeng. Maksudnya dulu 0% cukai. Sekarang tiba2 terus jadi 6%. Contohnya yang lagi jelas dan nyata ialah pembekalan ubat-ubatan. Ubat-ubatan akan dikenakan GST lepas neh. Yang neh ko tak citer pula kan Ahmad Maslan?

Ada tak barangan2 yang dulu ada cukai dan dengan GST dia takde cukai? Takde kan. 

Ahmad Maslan mengaku juga. Dalam masa permulaan kepada pelaksanaan GST, harga barang2 akan naik untuk satu tempoh sebelum ia kembali stabil. Ini juga satu cubaan untuk mislead pemikiran aku. Harga barang kalau dah naik dia takan turun. Cara Ahmad Maslan bercakap seolah2 stabil itu bermaksud = turun harga. Ini juga bermaksud rakyat takan mampu stabil dengan kenaikan itu jika rakyat sendiri tidak bersedia untuk tambahkan pendapatan masing2. So sama aje la ko suruh rakyat jimat cermat berbelanja ikut keperluan dan tambahla pendapatan masing2 kalau nak survive.

Bil elektrik pun akan dikenakan GST. Dan yang buat aku krik krik krik bila Ahmad Maslan gagal jawab soalan pengacara wanita mengenai GST TNB. Memang logik soalan dia beb. Dia persoalkan apa pointnya kerajaan collect GST TNB lepas tue sesiapa yang nak kan semula duit cukai yang dah dibayar boleh mohon semula kepada kerajaan dan akan dipulangkan dalam masa 12 hari.

Kenapa kerajaan nak buat macam tue? Jika boleh pulangkan semula cukai mestila semua pengilang2 dan peniaga2 akan minta balik semula wang cukai yang dah dibayar. Oleh yang demikian baik ko tak payah buat langsung GST-TNB betul tak?

Kat point neh Ahmad Maslan tak study betul2 apa yang dia sampaikan. Agaknya kerajaan hanya akan pulangkan semula wang cukai GST-TNB jika syarikat2 tersebut mematuhi beberapa syarat. Takanla kerajaan dah penat2 collect then buta2 pergi pulangkan balik. Tak percaya aku. Mesti ada kriteria2 tertentu yang membolehkan syarikat mendapatkan kembali wang mereka. Apa pun korang semua jaga2. Lebih aje dari 300kwt dah ada cukai. Pindaan terbaru kata Ahmad Maslan. Dulu lebih dari 200kwt. Sekarang kerajaan upkan kepada 300kwt. Tapi korang pun jaga2 juga. Bila2 masa kerajaan bengap neh akan ubah peraturan ikut suka ahti depa aje.

Last. Bila Ahmad Maslan sebut kenapa kerajaan memperkenalkan GST pada kadar 6%. Katanya kalau kerajaan perkenalkan pada kadar lebih rendah dari 6% tadinya tue takde la dapat penambahan sebanyak rm3b. Itula tujuan depa perkenalkan pada kadar 6%. Korang semua ingat tue. Tujuannya sebab nak dapatkan penambahan 3b. Cekik rakyat pun takpe. Janji ada lebihan 3b. Suwey betul.

Satu soalan aje yang aku terfikir2 bila program tersebut habis. Agak2nya syarikat mana yang diberikan tender untuk hasilkan software berkaitan GST? Syarikat mana yang diberikan hak untuk edarkan software GST? Syarikat mana pula yang diberikan projek untuk latih syarikat2 yang terlibat dalam pembayaran GST? Dan berapa kah perbelanjaan keseluruhan kerajaan bagi tujuan itu?

HAHAHAHA..

Ahmad Maslan kalau ko baca umpatan aku terhadap ko neh tolong la respon ek.

Terima kasih dan bai.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...