Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 8 Mei 2014

Pemilihan PKR Kantoi KAW2 - Budak 16 Tahun Pun Layak Mengundi Ke?

Berikut dibawah laporan dari Pusat Pengundian PKR di Tawau, Sabah.

Laporan Pemerhati Pemilihan Cabang Tawau
Tarikh : 4 Mei 2014(Ahad)
Lokasi : Pejabat PKR Tawau,
TB 1784 Taman Gek Poh Batu 1,
Jalan Kuhara,
91000, Tawau, Sabah

Sepanjang pemerhatian bermula seawal jam 8pagi sehingga tamat keseluruhan proses pemilihan, Ketua Pengawas dari JPP Pusat Sdr. Saedi, bertindak secara profesional, kemas dan teratur. Beliau dibantu oleh lebih kurang 14 orang petugas terdiri dari kedua-dua pasukan bertanding dan seorang pengawas wakil dari MPN Sabah turut berada di lokasi untuk membantu.

Sepanjang proses pemilihan berjalan, ratusan pengundi hadir untuk membuang undi. Apabila keadaan dewan pengundian semakin sesak, disinilah bermula peranan petugas-petugas calon Ketua Cabang Dato’ Kong untuk memancing pengundi. Pelbagai gelagat dapat diperhatikan. Kebanyakan pengundi yang hadir kelihatan menyerahkan kertas undi kepada petugas-petugas Dato’ Kong untuk menanda kertas undi bagi pihak mereka.
 
Petugas-petugas Dato’ Kong(berbaju biru), menanda kertas undi.
Kesemua petugas-petugas Dato’ Kong sedang sibuk menanda kertas undi.
Lebih kurang jam 10.45pagi, wakil calon kepada Hj. Ali Zaman tiba di lokasi dan melihat sendiri petugas-petugas Dato’ Kong menanda kertas undi.

Wakil calon Hj. AliZaman yang berang melihat situasi.
Calon Hj. Ali Zaman turut hadir beberapa minit selepas itu dan keadaan menjadi kelam kabut apabila calon sendiri merampas kertas undi yang sedang ditanda oleh adik Dato’ Kong.


Kertas undi yang dirampas oleh calon Hj. AliZaman ketika petugas yang juga adik Dato’ Kong sedang menanda kertas undi.
Kertas yang dirampas kemudian diserahkan kepada Ketua Pengawas Sdr. Saedi untuk tindakan lanjut.
 

Pengundian diteruskan semula dengan keizinan Pengarah JPP Pusat, Dato’ Johari Abdul. Sekitar jam 1.20tengahari, seorang lelaki dipercayai pengundi Dato’ Kong datang untuk membuang undi. 

Beliau ditahan oleh calon Hj. Ali Zaman kerana beliau tidak memiliki kad pengenalan dan calon Hj. Ali Zaman mengesahkan yang pengundi tersebut bukan orang tawau dan tiada kad pengenalan. Persoalannya bagaimana kertas undi boleh berada di tanganb beliau jika beliau tiada kad pengenalan?

Pengundi tanpa kad pengenalan ditahan ketika menyerahkan kertas undi kepada petugas Dato’ Kong untuk ditanda.
Petugas Dato’ Kong berkeras cuba untuk memasukkan kertas undi kedalam peti undi namun dihalang oleh calon Hj. AliZaman
Hj. AliZaman mengenali pengundi tersebut yang dikatakan tiada kad pengenalan dan bukan dari Tawau.
Pengundi berkenaan meninggalkan dewan sejurus Ketua Pengawas tidak membenarkan pengundi berkenaan membuang undi.
Lebih kurang jam 2.30petang, satu lagi kes pengundi ragu berjaya dikesan. Kali ini melibatkan seorang remaja berusia 16 tahun yang ditangkap bersama kertas undi. Nama remaja terbabit disahkan tiada dalam senarai ahli sejurus ditangkap.

Petugas Dato. Kong membawa remaja terbabit untuk mengundi. Petugas Dato’ Kong pula mengambil kesempatan dalam keadaan kelam-kabut untuk menanda kertas undi.
Wakil Calon Hj. AliZaman berjaya menahan remaja terbabit dan didapati beliau berusia 16 tahun dan nama remaja terbabit tiada dalam daftar pemilih.
Cubaan untuk memasukkan kertas undi sebelum ditahan.
Kesimpulannya, ratusan pengundi-pengundi yang datang mengundi begitu meragukan. Mujurlah seorang dua pengundi berjaya ditahan. Yang terlepas tiada siapa yang tahu.

Sekian.
 
--------------------------
 
Untuk rekod, perkara di atas tidak ditulis oleh aku. Ia dilaporkan oleh orang lain. Ini sumber rujukan ==> klik sini.
 
Pendapat aku senang aje. Bila PKR nak buat BERSIHKAN PEMILIHAN PARTI SENDIRI? JANGAN ASYIK KUTUK SPR aje oi.
 
KAH KAH  KAH

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...