Sebagai pejuang Islam sejati ==> bloggers UMNO sudah tentu akan mengikuti nasihat dari seorang mufti Pahang. Lainla aku yang terbukti bukan pejuang Islam dan jenis langgar semua, memang tak la nak ikut kan.
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH KAH
KAH KAH KAH KAH KAH
Kata Mufti Pahang ;
Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Othman berkata Islam melarang sebarang usaha menggulingkan dan memburukkan kerajaan secara terbuka.
Beliau sekali gus menasihati rakyat harus taat kepada pemerintah melainkan kerajaan mengalakkan aktiviti-aktiviti maksiat.
Katanya, hukumnya haram mengguling serta memburukkan kerajaan sebegitu, lapor Berita Harian.
Abdul Rahman menegaskan kenyataan itu berdasarkan ijmak ulama, termasuklah ulama berpengaruh Mohammad Abdullah yang membuat keputusan berdasarkan lebih 100 hadis diriwayatkan Imam Nawawi, Imam Muslim dan Al-Bukhari.
“Harus diingatkan Islam menggalakkan supaya segala masalah atau perkara berbangkit diselesaikan secara baik antaranya menerusi perbincangan, bukannya memburuk-burukkan kerajaan.
“Ini bukan saya kata, kalau tidak percaya mereka boleh berhujah dengan ulama yang membuat ketetapan itu.
“Mungkin akan ada pihak akan cakap mufti di Malaysia ini hendak cari makan bila buat kenyataan macam ini,” katanya. -MKINI-
Baca tue kata2 ulama. Jangan melawan. Korang kan dah kembali ke pangkal jalan sebab dah sokong hudud dah sekarang neh.
KAH KAH KAH
Islam melarang gulingkan dan burukkan kerajaan secara terbuka = maksudnya kalau nak buat sila buat secara tertutup, sorok2, rahsiakan. Ada faham?
Rakyat perlu taat pada pemerintah melainkan pemerintah mengalakkan aktiviti2 maksiat = maksudnya kalau UMNO tak buat kasino, kedai judi, arak, tak buat polisi2 yang mengundang ke arah kemaksiatan, tak menyokong perkara2 yang maksiat jangan TIDAK TAAT kepada UMNO. Tapi oleh sebab UMNO ada buat perkara2 tersebut, maka ikut suka korang la taknak TAAT. Bagus mufti neh. Cakap direct. Aku suka.
KAH KAH KAH
Mufti juga menyeru jika rakyat ada masalah2 berbangkit sila selesaikan dengan cara perbincangan. Jangan buruk2kan kerajaan. Harap menteri Ahmad Maslan dan unit media sosial UMNO boleh la bubarkan terus organisasi korang yang menggunakan laman sosial untuk buruk2kan kerajaan negeri Selangor, Penang dan Kelantan selama neh. Hukum dia HARAM. Tahu tak HARAM? HARAM.
Sebagai pejuang islam sejati, HARAM sekali korang buat kerja2 macam tue. Jika ada apa2 yang tak berpuas ahti dengan cara pentadbiran kerajaan negeri, sila la berbincang terus dengan mereka. Okay tak?
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH KAH
KAH KAH KAH KAH KAH
Kbai.