Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 6 Mei 2014

Poster Sokong Ahmad Said Mula Tersebar - Betul Ke 2 MB Baru Adalah Dari PAS?

Spekulasi lagi.


Tapi aku memilih untuk taknak percaya apa2 selagi takde hujah konkrit yang menyokong kenyataan tersebut. Kalau diperhatikan sudah ada yang mula menulis bahawa ;

1. 2 MB yang bakal dipecat atau digantikan oleh Najib mungkin akan ditawarkan kepada PAS jika PAS sudi berpecah dengan PR dan memilih untuk bersama BN.

2. 2 negeri yang jadi taruhan UMNO ialah ;

- Terengganu (kebetulan PAS kuat disini).

- Perak (kebetulan kedudukan PR dan BN agak seimbang disini).

3. Ini bermaksud kedudukan Ahmad Said dan Zambry Kader dalam keadaan goyah. BTW, sebelum isu kes PAS nak masuk UMNO pun, memang kedudukan Ahmad Said dan Zambry Kader goyang apa. Bukan sebab PAS nak masuk BN tetapi sebab akar umbi menolak pentadbiran kedua2 individu tersebut.

Apa yang berlaku sekarang neh ialah ;

1. Kedudukan kedua2 menteri besar tue tengah goyang.

2. Tokok tambah citer mengatakan bahawa ia goyang kerana PAS nak masuk BN.

Saja nak bagi hotkan suasana.

Aku sampai sekarang takan percaya PAS akan masuk BN walaupun citer neh hampir2 berlaku dulu. Aku percaya apa yang menyebabkan ia tak jadi dulu2 adalah disebabkan PAS fikir berjuta2 kali untuk ambil tindakan BODOH macam tue.

Haha.

Aku tak nafikan bahawa PAS mungkin akan masuk BN. Jalan ke arah itu aku nampak memang ada. Tapi aku sangsi PAS akan masuk BN. Aku sangsi yang PAS akan berbuat demikian. Sorry. Bukan aku totok PAS pun cuma aku tak percaya la PAS akan buat tindakan macam tue. PAS pun akan fikir sama ahli2 dia. PAS pun akan fikir panjang bab perpecahan dalaman yang mungkin meruntuhkan kesepakatan dan perpaduan sesama ahli mereka.

Yang aku nampak sekarang provokasi demi provokasi dari geng2 DAP dan PKR yang takut dengan spekulasi yang dorang sendiri reka2. Dan ia diperhebatkan lagi dengan geng2 PAS yang mungkin risau dengan perkembangan terbaru yang merapatkan hubungan PAS-UMNO dalam isu hudud.

Dorang paling takut PAS masuk BN sebab ia akan menjejaskan kedudukan mereka di Selangor. Itu sebab tak henti2 dok provoke PAS. Orang kata benda yang takde jangan memandai2 cerita macam ada. Daripada orang elok2 taknak bersatu kang tak pasal2 bersatu pasal dah beria2 sangat2 kena provoke macam penyatuan tue akan berlaku. Ye tak?

HAHA..

Relax sudah. 

Kita sama2 je la tunggu betul atau tidak PAS akan melompat ke arah BN. Kalau betul sekalipun, masing2 yang partisan neh relax sudah. Ini benda yang biasa dalam politik beb. Sapa sokong sapa, sapa tak sokong sapa, sapa nak sokong sapa, sapa taknak sokong sapa, ini perkara biasa. Hancur satu parti, bina la parti baru. 

HAHAHA.. 

Apa pun, aku ucapkan tahniah kepada Ahmad Said dan Zambry Kader kalau korang berdua benar2 akan di undurkan oleh Najib. Elokla pun berambos. Bukan ada faedah pun jadi MB lama2 kat negeri2 tue. 

KAH KAH KAH

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...