Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 23 Jun 2012

Baju Najib Razak sedang di lelong.


kah kah kah

Adoiiiiiiiiiiiiiiii

Sapa larh yang buat lawak gini. Wehhh baju tue dapat free aje taw. Mana perlu beli pun. Sapa larh nak beli pun kalau ko jual bundle neh weh? Aku tak boleh bayangkan kalau ada orang akan beli hatta penyokong umno pun aku percaya dorang takan beli.

Tak sanggup beb. Betul2 tak sanggup.

kah kah kah

Cukup2 lah buat lawak. Aku dah tak boleh tahan lagi dah. Mao terburai perut aku pas neh. Kelakar gileee.. confirm orang yang dapat free tue pun saja2 letak situ. Dia nak tengok ada ke takde orang yang akan beli baju najib. Kalau ada memang kategori aneh tapi bukan ajaib oke.

kah kah kah

Ameno : Kena lelong beb.. dah lah buat guna duit rakyat.. nampak beno tak laku.... ekekekeke...

Najib cakap Tun Hussien Onn Perdana Menteri Malaysia pada tahun 1986.

Aku dok tercari2 kat malaysiakini time bila plak najib sebut tahun 1986 tun hussien on yang jadi perdana menteri ? Rupanya kat malaysiakini memang takde. Tapi kat mstar ada. 

Maksudnya wartawan the star lah yang telah mendengar sendiri apa yang dicakapkan oleh najib tun razak sebelum menulis artikel yang kemudiannya di bahasa melayukan oleh mstar selaku adik the star versi melayu.

kah kah kah

Kantoi siottt

Memalukan ajek !!!!!

Korang tengok dah baca sendiri arh weh kat bawah neh. Kelakar sey


1986? Zaman tun hussien onn?

kah kah kah

Patutlah PRU musim haji time tue. Dah nama nya mahathir jadi PM time tue memang larh tak pelik beb. Tapi yang peliknya si najib mao pula ikut cara mahathir. Orang ikut yang mana lebih baik dan baik tapi yang buruk itu juga lah dia nak tiru dan ikut.

kah kah kah

Sengal seyyyy

Pssttt najib neh senarai bekas perdana menteri malaysia ======> klik sini. Hafal tahun oke.. malu larh jadi PM pun tak tatau benda simple cam tue.. buta sejarah ke apa?

kah kah kah

Ameno : PM yang tatau bab sejarah bekas PM..

Jumaat, 22 Jun 2012

HOT : KeadilanKini akui memang RAFIZI letak jawatan sebab krisis.

Keadilankini sapa yang punya? Bukan PKR yang punya kah? Bukan kah ia mewakili suara sebilangan orang2 dan pemimpin2 tertinggi dalam PKR? Betulkan aku kalau silap tapi rasanya aku tak silap kot.

kah kah kah

Korang lihat bawah neh sendiri oke ;



Belum berkuasa dah berebut jawatan kah? Dah berperang pasal projek dan pangkat kah? Macam neh nak lawan umno kah?

kah kah kah

Kelako kelako kelako..

Padan lah tv3 dan media umno dok main isu neh. Rupanya dari semalam orang sendiri yang start rupanya.  Kesian... teruslah korang gaduh sesama sendiri. Kan itu yang paling penting untuk dibuat masa sekarang. Betul tak?

kah kah kah

Oittt bloggers umno apa lagi.. amek kasi sebar luas2 dan banyak2.. memang pkr selangor bergolak beb. Aku dah bagi korang bola neh.. satgi aku plak kena tuduh orang belaan umno walhal depa yang buka pekung sendiri..

kah kah kah


Ameno : Kelako siottt..

Pembentangan Manisfesto di RTM dalam bentuk rakaman, bukan LIVE.





Kenapa mesti dalam bentuk rakaman? Ini penjelasan dari SPR ;


bagi mengelakkan penyiaran bahan yang mungkin menyentuh peribadi seseorang, mengancam keselamatan dan ketenteraman awam atau menyentuh sensitiviti kaum serta agama.
    
"Kalau buat secara langsung, RTM mungkin tak boleh kawal apa dia nak cakap nanti," -MKINI-

Alasan ini agak logik tapi tindakan SPR tidak logik. Kalau nak cegah sesiapa main isu peribadi apa seme ko ketatkan jek syarat2 untuk muncul di tv. Contohnya kalau satu2 calon dah melakukan serangan peribadi terhadap pihak lawan maka mereka akan dikenakan tindakan tata tertib. Hukum lah dengan apa cara pun. Denda atau apa. Tapi bukan rakaman.

Ikut pengalaman aku, rakam sebenarnya hanya akan merugikan PR. Sebab bn akan mengambil peluang neh untuk sunting segala apa yang penting. Jadi ini tidak baik bagi PR. Ini bukan strategi dan kempen yang baik untuk PR.

Memang berpeluang muncul di RTM satu peluang yang PR nanti2kan. Tapi kalau dengan merakam maka apa beza dengan berita2 yang selalu muncul di RTM? Selama ini wartawan2 RTM gemar merakam percakapan MP dari PR sebelum sunting dan siarkan semula bagi melahirkan persepsi serong terhadap pembangkang.

Jadi jika ia rakaman maka ia tidak bagus. Kalau nak betul2 telus, maka lepaskan ia secara live dan mesti di waktu perdana. Bukan lama sangat. Hanya 7 hari jek. Itupun bukan setiap hari. So jangan nak berkira sangat lah. 

Sebenarnya bukan nak sangka buruk sangat lah. Tapi siyes, siaran rakaman memang tak berbaloi. Rakaman tersebut mungkin di sunting.. so sama juga lah macam sebelum neh. Apa2 yang ingin disampaikan tetap tak berjaya sampai kepada golongan sasaran.. jadi apa beza ada dengan tiada pun? Buang air liur jek berucap sorang2, rakam then last2 benda penting seme kena sunting.

kah kah kah

Apa pun tak boleh..

Ameno : Buat live je le... 

Isteri Zahid Hamidi Warning Veteran Senaman Punggung.


Sekali kena sound lah pula.

Masih ingat kes kumpulan veteran yang buat senaman punggung di depan rumah ambiga yang tak minum air 100plus tue? Lepas tue siap minta tanah dan duit sebagainya? Kali neh dorang tampil sekali lagi dengan berita tergempar.

Kata presiden kepada persatuan veteran tentera melayu, si ali baharom tue ;

Persatuan Veteran Tentera Melayu menangguhkan rancangannya untuk berdemonstrasi di hadapan Kementerian Pertahanan pada 29 Jun ini, kata presidennya Mohd Ali Baharom.

NONEMenurut Ali, penangguhan itu dilakukan kerana Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi tidak berada di pejabat Kementerian Pertahanan (Mindef) pada tarikh tersebut.

"Kami dapat risikan Datuk Seri Zahid Hamidi tiada di Mindef pada tarikh itu. Dia ingin lari ke kem komando Mersing untuk rehat selama dua hari," katanya.

Pada masa yang sama juga, Ali mendakwa isteri Zahid Hamidi juga menghantar SMS memberikan amaran kepadanya berhubung perhimpunan tersebut.

Ali kemudian menunjukkan satu kiriman SMS di telefon bimbitnya yang berbunyi: "Perlu diingat Datuk Seri Zahid Hamidi bukan sendirian dan (dia) bermaruah. Saya tak fikir orang-orang akan berdiam diri dan senang-senang nak buat kacau bilau depan Mindef".

Sementara itu, ketika dihubungi, isteri Zahid Hamidi, Datin Seri Hamidah Khamis enggan memberikan sebarang komen berkenaan dakwaan Ali itu. -MKINI-

KAH KAH KAH

Adoiii..

Bini Zahid Hamidi sound Ali Baharom? Rupanya rosmah ada geng beb. 

kah kah kah

Aku takmo campur perselisihan dorang. Cuma aku tak boleh baca yang di zahid nak lari daripada berhadapan dengan persatuan tersebut. Alamak aiii. Kalau awak tue menteri buat apa nak cuak? Berhadapan je lah. Bincang bagi habis. Melainkan jeng jeng jeng.......

kah kah kah

No komen. Betul2 noooo komen.

Ameno : Ada benda tue beb.. ekekkek...

Blogger pakatan rakyat kena tipu dengan utusan super impose.

Aku tatau sapa yang REKA gambar super impose neh tapi ramai sangat orang2 pro pakatan rakyat ingat benda neh ori beb.

Kat bawah neh sah2 utusan palsu. Super impose. Bab berita bawah tue rekaan jek. Mana ada utusan keluarkan versi berita cam kat bawah neh. Versi online dengan versi cetakan mesti selari punya. Tak pernah lagi muka depan versi cetakan dan versi online di buat berbeza oleh utusan. 

Akan datang aku tak jamin arh..


Versi original punya macam kat bawah neh oke ;


Bukan aku nak bekap utusan atau apa. Memang terbukti pun utusan memang suka tokok tambah berita. Orang letak jawatan di kata nya PKR selangor bergolak. Kalau gitu payah lah. Asal letak jawatan jek bergaduh, asal letak jawatan jek bergolak.

Kadang2 tak semestinya apa yang berlaku kat kita berlaku kat orang lain juga. Contoh si shahrizat dipaksa letak jawatan sebab nak selamatkan maruah umno tetapi belum tentu rafizi letak jawatan sebab nak menutup pergolakkan dalaman pkr selangor. Tak payah arh nak menyibuk urusan peribadi parti orang lain sedangkan parti diri sendiri pun berterabur. Betul tak?

kah kah kah

Apa pun jangan sebarkan gambar pertama tue. Pasal utusan memang tak ada buat story bab rafizi lompat parti apa seme. Aku tatau sapa yang buat so aku takley nak bagitau korang siapa2 dan apa. Tapi oleh kerana aku tengok ada orang yang sebar jadi aku assume ada orang yang dah kena kelentong. Kali neh utusan yang suka fitnah pula kena fitnah.

Aku mula2 baca pun terkejut gak. Bila masa plak rafizi lompat parti? Terus aku buka utusan nak baca bab lompat parti. Aku search punya search ermm hampeh. Tarak. Rupanya ada orang permainkan kita. Sapa yang larh jahat sangat tue. Kot ye pun nak buat lawak tengok arh kiri kanan dulu. Jangan buat lawak sampai orang tak faham lawak korang tue.

Demm..

Ameno : Terfitnah utusan camne? Kena minta maaf kat utusan ke apa? Ekekeke..

Memorandum DAP bantah SAR.

Lihat tiga dokumen kat bawah neh oke. Kes kejadian di IPOH, perak.




Aku dah godek kesemua gambar2 neh. Aku yakin dan percaya gambar neh benar. Tapi yang aku heran tue part mana dalam dokumen neh menyatakan bahawa ;

1. Penduduk yang complaint tue under DAP?

2. Adakah blogger umno dah pergi tanya penduduk2 tue bahawa mereka ditaja dan didorong oleh DAP untuk melakukan bantahan dan protes? 

3. Part mana juga dalam dokumen kat atas menunjukkan bahawa PAS menyokong apa yang dilakukan oleh penduduk2 tersebut? Ini sebab blogger umno cakap, PAS bersetongkol dengan DAP untuk bantah pembinaan SAR disitu. So part mana dalam dokumen neh menunjukkan keterangan blogger umno tue ialah fakta?

Dan lagi satu, apakah sebab penduduk bantah? Kenapa ko tunjuk muka depan jek? Ko tunjukkan lah dalam dia. Aku nak baca isi bantahan sekali bukan sekadar tajuk jek. Aku pun nak gak faham kenapa depa beria2 bantah.

Kalau setakat bagi maklumat separuh then hide separuh lepas tue nak suruh kita maki hamun PR baik toksahlah. Part yang membuktikan benda neh ada kaitan dengan DAP dan PAS pun korang gagal buktikan, ini kan lagi mengharap kita dok maki2 orang tak tentu pasal? Toksah mimpi lah weh. Bagi maklumat penuh. Then kita boleh putuskan camne. 

Ingat pemikiran aku cam orang2 umno yang rajin baca blog ko tue ke? Aku fikir dulu baru komen. Bukan komen dulu then baru fikir. Otak kita tak sama beb. Sorry sebab aku terlebih bijak dari korang. Jangan marah oke.

kah kah kah 

Ameno : Tah pape2 tiba2 pas dan dap plak dipersalahkan. Napa tak heret PKR sekali? Baru lengkap satu team maa.. ekekeke..

Khamis, 21 Jun 2012

Pengakuan Pondan Mengenai Anwar Ibrahim.

Semua neh hanya kerana satu video. Video neh ada kat bawah neh oke. Blogger umno yang dedahkan pengakuan neh. Siyes, hebat nak mampos. 

Tonton sendiri ;


ZOUK, KL? 

Tue bukan ibu segala maksiat ka? Mana lue dapat rakaman neh? Lue layan ZOUK ka? Kata2 pondan pun lue jadikan hujah untuk kutuk anwar ibrahim? Bukan kah lue orang anti LGBT? Dah tukar ke apa? 

kah kah kah 

Orang tue bercakap macam tue sebab dipengaruhi dengan penipuan korang. Kalau dah terpengaruh dengan penipuan korang itu bererti dia sokong umno dan bn. Kalau dah sokong umno dan bn itu maksudnya apa? Itu maksudnya dia dan korang satu geng. Tak sedar diri lagi ke apa?

kah kah kah

Ameno : Selalu lepak zouk ke der? Ekekeke..

Rafizi Ramli beri notis letak jawatan Ketua Eksekutif Penasihat Ekonomi Sgor.



Belum berkuatkuasa. Baru bagi notis jek. Notis letak jawatan. Di sahkan sendiri melalui twitter peribadi dia. Check kat atas neh. Punca dia nak resign boleh baca kat bawah neh pula ;






Ini kalau bagi kat blogger umno mao dia kata kena liwat dengan dsai. Confirm. Tak caya korang tunggu je apa benda dorang bakal merepek di blog dorang. Sebenarnya tak susah nak predict cara dorang. Dah masak. Kita sama2 tunggu bagaimana dorang akan mengolah skrip mengatakan perletakkan jawatan rafizi ramli ada dengan skandal itu neh.


Tungguuuuuu oke.


kah kah kah


Ameno : Meniaga lembu je leerrrr

Pemilik Sebenar No PLAT PKR 1 hingga PKR 5.


RM99,555.00 = PKR 1

Anwar Ibrahim yang punya. Celaka. Bodoh. Jongos. Makan duit rakyat. Pencuri. Cakap orang lebih tapi sendiri pun sama. Takde beza. Pemimpin neh yang korang dok agung2kan sangat dan menganggap bakal mengantikan najib? Dah larh kaki liwat apa seme. G mampos lah wehhhhh

kah kah kah

Rileks. No Plat tue bukan DSAI punya. Kata2 di atas tue hanyalah kata2 dalam mimpi bloggers umno yang nak meluahkan rasa marah kat DSAI dan PKR andai PKR benar2 membeli / membida no plat tersebut. Tapi sayangnya PKR tak beli pun. So dorang hanya mampu marah dalam mimpi jek.

kah kah kah


No. Plet Kenderaan 'PKR 1' telah dibida dan dimiliki oleh seorang usahawan dari Pilau Pinang iaitu Ong Thai Yang. Nilai bidaan ialah RM99,555.00

Manakala no plet PKR 2 pula dibida dan dimenangi oleh Advanced Sales Sdn Bhd dengan harga RM23,200 dan Datuk Seri Santhara Kumar Ramanaidu memenangi PKR 3 dengan harga RM50,000.


PKR 4 dimenangi oleh Muhammad Fadhrul Redzwann Samsudin dengan harga RM12,11 dan RM28,000 dibayar oleh Sow Ban Leong untuk PKR 5 .


Tiada seorangpun pemimpin dari PKR diberitakan turut serta dalam bidaan nombor plet 'PKR' tersebut seperti yang dilaporkan oleh The Star kat atas neh..
-SUMBER-

Ameno : Teruskan marah dalam mimpi oke.. ekekke

Balas SMS politik cas 1sen jek. - Sokong BN atau PR?

Itu lah yang SMS neh cakap beb. Dia suruh korang jawab satu persoalan kat bawah neh. Kalau korang balas korang akan di cas satu sen jek. 

kah kah kah


Kalau korang dapat SMS neh mohon korang jawab. Sebab aku yakin kajian neh daripada UMNO. Kenapa ek? Mudah. Sebab ada perkataan SALAM. Korang ingat syarikat PRO yang melakukan kajian ilmiah dan kaji selidik akan buat soklan yang dimulai dengan salam kah?

Never sey. Never. 

Maaf, bukan merendah2kan matlamat dan penggunaan SALAM oke. Apa yang aku nak tekankan disini ialah ini bukan cara orang profesional yang benar2 melakukan kajian. Itu baru satu bab. Belum masuk bab merahsiakan nama syarikat.

Ada ka depa buat survey siap rahsiakan nama syarikat? Syarikat kajian bebas tue syarikat apa? Takde nama kah? Mesti ada nama woo. Ko buat kajian apa pun ko kena dedahkan nama syarikat ko supaya orang boleh tahu kepada siapa mereka respon. Ini ko rahsiakan segala bagai dah kenapa? Takut ka?

kah kah kah

Tapi don't worry. Aku nasihatkan sesiapa yang terima SMS neh jawab jek korang sokong BN. Walaupun korang sokong PR ataupun bebas or atas pagar, jawab jek korang seme sokong BN. Ingat memberikan mereka kaji selidik yang betul hanya membantu mereka mencari strategi yang betul untuk merampas kembali selangor dari PR.

Keberanian dan kejujuran korang dalam SMS neh langsung tak boleh pakai. Gunakan ia di tempat yang betul bukan di tempat yang salah. Bagi jek survey palsu untuk mereka agar mereka boleh syok sendiri. Dalam pada itu sesiapa yang jawab PR.. mungkin akan disiasat siapakah korang dan bagaimanakah mahu mempengaruhi korang agar sokong PR..

kah kah kah

Sumber : rakan fb

Ameno : Aku tak pernah dapat apa2 SMS pun.. aku kan guna no selangor.. 

Konspirasi UMNO mengawal PELAJAR UNIVERSITI didedahkan.


Korang baca apa yang tertulis kat atas neh. Tak boleh blah betul. Usah kata PRU 13 jek dorang nak tawan, pemikiran pelajar universiti pun depa nak tawan. Seboleh2nya depa nak menang besar bagi membuktikan kepada masyarakat bahawa sokongan anak muda = golongan mahasiswa kini berpaling semula kepada mereka iaitu BN dan UMNO.

KAH KAH KAH

Yang tak boleh blah tue kan, terang2 stated nama UMNO kat situ. Aik, bukan kah UMNO = PARTI POLITIK der. PARTI POLITIK. Gua repeat oke. PARTI POLITIK. Tapi apa kehel PARTI POLITIK neh boleh melibatkan diri dalam PR campus pula? Kalau dah UMNO boleh apa sebab yang lain tak boleh pula?

Mestilah takde sebab kan? So selepas neh mahasiswa nak involved dengan PAS ka PR ka apa ka, lantak depa lah kan sebab ASPIRASI pun boleh apa sebab pro mahasiswa tak boleh? Nak buat, biar sama2 buat. Kalau tak boleh buat biar sama2 pun tak boleh buat. Baru adil beb.

kah kah kah



Lebih banyak akan didedahkan. Korang kena masuk page neh. Tunggu pendedahan2 PANAS dari team dorang oke. AUKU tak AUKU. Yang penting korang yang dah langgar dulu.

Ameno : UMNO dalam pru 13 pun dah terumbang ambing ini lagi sibuk nak masuk campur dalam pr campus..? Ekekeke..

YB Che Rosli DEDAHKAN ISU SEBENAR LYNAS.





Kah kah kah


Kesian bloggers umno dan geng2 seangkatan dengan mereka. Padan muka korang. Jangan nak memandai2 SPIN kenyataan pakar oke. Neh pakar cakap sendiri oke. Korang kan hanya merujuk kepada satu pakar jek. 

Pakar PAS neh korang dah anggap pakar segala pakar dan korang kan dah beriltizam mahu memegang kata2 pakar PAS sampai bila2. So apa lagi.. jangan tak follow dan sebarkan pula statement pakar kesayangan korang neh.

kah kah kah



Lihat kat bawah neh geng ;

Laporan Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) berkenaan Lynas Advanced Material Plants (LAMP) tidak memperincikan butirannya secara saintifik.

Biarpun pendengaran awam yang dijalankan mengambilkira pandangan daripada pelbagai pakar, persoalan yang membimbangkan rakyat masih tidak terjawab.

Demikian dinyatakan ahli parlimen Hulu Langat, Dr. Che Rosli Che Mat pada sidang media di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata sewajarnya sebuah makmal ditubuhkan bagi mengkaji secara terperinci segala kesan dari pemprosesan nadir bumi terhadap kesihatan dan alam sekitar.

Mengakui beliau hanya mempunyai kepakaran di bidang nuklear dan tidak arif mengenai bidang-bidang lain, justeru beliau meminta tidak ada pihak yang cuba memutarbelitkan kenyataan beliau sebelum ini.

"Memang saya mengatakan projek Lynas itu hanya mempunyai kadar radiasi yang rendah, namun ia tidak membuktikan ia selamat," tegas beliau lagi.

Ini kerana, katanya kesan dari proses penguraian bahan-bahan nadir bumi itu akan menghasilkan tiga jenis residu yang memberi kesan kepada kesihatan.

Sehubungan itu, beliau mengatakan keperluan untuk mengadakan 'Health Impact Assessment' (HIA) dan 'Health Risk Assessment' (HRA) dan aspek pengurusan residu perlu dititikberatkan.

Nah, macam statement media yang lepas. Rujuk sini. YB kita mengakui bahawa radiasi memang rendah tetapi dia tak jamin selamat. Tapi bloggers umno putar belitkan kenyataan dia. Sebab tue dia keluarkan statement balas untuk menangkis tuduhan tersebut.

Isunya sekarang bukan orang fikir bab radiasi jek orang fikir bab keselamatan, kesihatan dan alam sekitar. Kalau tiada jaminan bahawa ia akan selamat, so sapa nak setuju dengan projek lynas? 

Benda2 yang membabitkan kesihatan bukan perkara yang boleh dibuat main2. Yang beria2 pongpang cakap selamat apa seme tue, satu jek cara nya untuk korang buktikan benda neh selamat.

Iaitu dengan berkampung di tempat yang ada lynas. Tue jek. Ko jangan cakap banyak. Dan jangan cakap apa. Kalau ko kata selamat, oke fine, pergi tinggal dan duduk di sana. Ko yang yakin sangat maka ko lah yang amek risiko. 

Jangan paksa orang yang tak yakin selamat untuk suruh dia amek risiko. Sebab dia memang terang2 mengaku bahawa dia tak yakin dan tak percaya yang lynas neh selamat. So kenapa nak suruh orang yang tak yakin plak tanggung risiko? Yang yakin tue je lah tanggung. Habis citer kan. Betul tak geng?

kah kah kah

Ameno : YB CHE ROSLI dah nampak dah kenapa lynas neh tak selamat....

Cikgu Normala masuk UMNO.

Apa dah jadi dengan kepimpinan Pas Johor, sehinggakan Cikgu Normala yang pernah menjadi calon Pas di Piliharaya Kecil, Tenang, Johor menyerahkan keahliannya untuk memasuki UMNO

Laporan sumber dalaman yang boleh dipercayai, ada sedikit perselisihan antara bekas cikgu tersebut dan Pas Negeri dalam menawarkan dana bantuan kewangan yang dijanjikan sebelum ini selepas beliau tewas bertanding di Tenang. -SUMBER-

Untuk pengetahuan korang penulisan neh diperolehi dari blogger umno. Aku dah nyatakan sumbernya di atas. Dan untuk pengetahuan korang juga penulisan di atas adalah fitnah semata2. Cikgu normala tak masuk umno dan masih bersama pas dan tidak mempunyai apa2 perselisihan faham.

Cikgu normala akan buat sidang media untuk memperjelaskan hal tersebut. Ini lah sebabnya kenapa aku cakap dengan blogger umno neh tak yah susah2 lah nak baca penulisan dorang. Bukan sekali dua terkena oke dengan penipuan dorang.

Dah banyak kali dah. Menulis macam takan mati. Tak fikir langsung segala fitnah2 yang disebarkan bakal dipersoalkan kelak. Tapi takpe lah kan, itu dorang nya beban bukan aku nya beban. So ada aku kesah?

kah kah kah

Ameno : Sumber dalaman konon.. ekekekeke..

Rabu, 20 Jun 2012

"Ikhwanul Muslimin Menyesatkan Saya Selama Ini" - URD

 

Tidak kah tuduhan neh sangat berat ustaz rasul dahri? Ini bukan satu tuduhan ringan. Ini satu tuduhan yang sangat berat dan keras. 

IM takde akidah? IM sesat? IM mengkafirkan pemerintah? Bukan kah itu seme tuduhan yang harus disertakan bukti dan keterangan bagi membuktikan apa yang ustaz cakap adalah perkara yang benar? Aku semakin tak faham larh dengan cara dorang neh.

Kenapa ek semenjak dua menjak neh ulama umno mula melakukan serangan terhadap perjuangan IM dan Syeikh Yusoff Alqardhawi? Ada apa2 ke neh? Bagi aku benda tue maybe berkaitan rapat dengan PR kot. Terutamanya PAS. 

Sebab kita seringkali menjadikan cara mereka sebagai rujukan untuk berjuang apa seme. Kalau persepsi aku neh salah harap maafkan. Tapi bagi aku kalau ko nak tuduh orang itu neh at least buatlah tuduhan yang mana kumpulan yang ditegur tue boleh mendengar tuduhan ko.

Jangan buat tuduhan disini sedangkan disana tatau apa2. Tak adil. Kalau sungguh IM begitu dan begini, direct buat press media tujukan buat mereka. Kita dengar dan nilai siapa bercakap benar dan siapa bercakap bohong. Kalau macam neh gayanya, sorry lah aku tak minat. 

Aku rasa tindakan ustaz tak membantu kepada kebaikan umat islam sebaliknya semakin merosakkan apa yang dah sedia rosak. Itula apa yang aku nampak. Bai. 

Ameno : Kalau para ustaz pun tak boleh jaga mulut.. apatah lagi orang biasa.. ermm

Kedutaan Malaysia kena serang oleh rakyat Indonesia - Salahkan RAIS YATIM sebelum salahkan Indonesians.

Seme neh pasal Rais Yatim. Korang baca dulu kat bawah neh punca kenapa Indonesia meroyan marahkan kita lagi. Aku dah tak ingat berapa kali dah si indonesia meroyan bagai atas isu remeh temeh tetapi aku betul2 bengkek dengan sikap Rais Yatim yang cuai nak mampos.

Lihat kat bawah neh oke ;


Bukan lah perkara baru bagi kita seme bahawa rakyat indonesia neh majoritinya kebudak2kan. Boleh dibuktikan melalui tingkah laku mereka di facebook. Islam sana islam sini lepas tue dok maki hamun orang.

Yang aku bengkek sangat tue, dah tahu budaya tue orang sana punya yang ko sibuk nak ambik kenapa? Dah sengkek budaya ke apa di malaysia neh? Dah takde ke budaya kita yang boleh dijadikan warisan ek? Hey, kita ada beratus jenis budaya lah. Promote jek mana2 yang memang sah milik kita. 

Buat apa kita amek orang punya? Dah takde maruah ke selepas kena keji, maki dan hina berkali2? Tak rasa malu ke ko Rais Yatim? Awat tak daftar sekali poco2 kesayangan rosmah mansur tue sekali? Register sekali dengan dangdut. Confirm berperang dua negara neh.

Almaklumlah pasal tarian dan budaya pun orang sana boleh melompat2 nak lancar perang kan. Benda remeh cam neh pun kecoh siap nak berjihad bagai. Ada ke orang nak berjihad pasal perebutan tarian? Tak pernah aku dengar pun. Bodoh gile.

Sebenarnya bukanlah aku tak patriotik apa seme. Aku pun bengang dan marah gak bila geng2 indonesia mai meroyan kat seme page2 pro malaysia. Tapi ikut situasi gak lah kan. Dalam kes neh terbukti di rais yatim cari pasal dulu. Sama macam kes tourism malaysia. Cari pasal sebab tak fikir sensitiviti orang lain.

Kerajaan bien dah pernah buat salah sekali itu. Under tourism malaysia. Time tue kita dah terlebih2 patut be alerted. Tapi nampaknya BN tak belajar apa2 pun dari kesilapan yang lepas. Depa buat lagi kali neh.

Walaupun kita dah minta maaf, tapi kemon larh. Sikap buruk media depa di samping perangai kebudak2kan orang sana, jangan hadap depa nak maafkan kerajaan bien sama macam kes dulu. Kali neh dorang bertambah satu lagi sebab nak mengelar2 kita maling. Eeeee geram betul aku.

Tak dinafikan disebabkan tue aku agak annoying dengan sikap rakyat indonesia yang suka berkira. Orang dah minta maaf pun nak mengamok sakan lagi. Cam buat salah besar plak. Celaka betul. 

Lepas tue kan, bila dorang yang buat salah, then kita dakwa ikut undang2, kerajaan depa punya lah paksa kerajaan kita suruh lepaskan nelayan2 depa yang menceroboh masuk ke perairan kita. 

Dalam keterpaksaan akhirnya kerajaan kita akur dan langgar undang2 sendiri. Aku memang pandang rendah pada kelembikkan bien. Terus terang aku cakap. Dalam pada dok kutuk2 indonesia mundur apa seme tapi bila kena gertak sikit terus jek ko akur. Ini ko nak banggakan sangat ka bien?

Dan bila nelayan2 kita tak menceroboh pun perairan depa kan, nelayan2 kita kena tangkap apa seme. Siap minta wang pembebasan lagi. Bagi aku itu namanya wang tebusan. Kerajaan indonesia main kotor dan balas dendam dengan cara yang amat biadap dan keji. 

Macam tue nak respect kerajaan indonesia? Toksah lah weh. Respect orang pun ada limit nya. Takan sampai kena pijak kepala pula kan? Cam takde maruah pula kita disini. Sebab tue aku seboleh2 malas nak layan bab2 indonesia neh. Dorang ajek nak menang. Tak pernah nak mengaku salah dan silap.

Dah tahu perangai dorang macam tue ennn ehh.. boleh plak rais yatim cuit emosi dorang lagi? Lainkali siasat dulu arh. Jangan main meroyan jek cakap itu neh. Disebabkan mulut ko lah kami kena maki lagi. Kalau direct maki ko jek aku satusen tak heran. 

Tapi aku fack gile bila maki2 sebut nama malaysia sebagai maling. Payah nak bertempur dengan depa kat dunia online sebab dorang ramai. Tengoklah bilangan penduduk mereka berapa kan. Memang tak terlawan dari segi jumlah bilangan larh kan.

Dan semalam website FAM kena hack. Atas isu neh larh. Oleh kerana Rais Yatim yang buat pasey, maka dia larh yang kena selesaikan. Meskipun kerajaan kita dah tarikbalik kenyataan tersebut, depa bukan minta maaf. Depa nafikan gitu jek walhal berita bernama terang2 tulis rais yatim nak amek budaya tersebut. 

Gile keji. Dah buat salah lepas tue taknak mengaku plak. Mengaku je lah. Minta maaf. Senang sket aku nak bambu indonesia yang emosi tak tentu pasey. Lepas ko minta maaf baru rasa ada maruah nak balon puak2 yang suka melompat atas isu remeh temeh. Cam gud2 plak tarian tue.

Sebenarnya aku tak hadap pun tarian tue. Usah kata tarian tue bahkan aku menyokong andai kerajaan kita haramkan kemasukkan apa2 jenis indonesia kat malaysia neh. Total. Baik tarian, lagu, buku serta filem. Kalau tak bersedia nak berkongsi budaya, so sila berambos. Duduk je terperuk dalam negara ko tue. Habis citer.

Ameno : Pasal tarian pun mao perang ka?

Ini ke sebabnya kenapa KWSP sekat duit rakyat sampai umur 60 tahun?

Ramai orang tengah hot sekarang. Especially mereka2 yang bekerja dan ada simpanan KWSP. Yang takde KWSP memang takde pasey nak hot lah kan. Pasal benda tue sebenarnya membabitkan KWSP. So kalau takde KWSP, ko nak hot apa ke hel pula.

kah kah kah

Korang tengok jap berita kat bawah neh ;


Umur bagi melakukan pengeluaran penuh simpanan KWSP telah dinaikkan daripada 55 tahun kepada 60 tahun. Neh punca utama orang hot sampai serang laman facebook KWSP. 

Rujuk sini.

Sebelum tue dalam penerbitan akhbar beberapa hari yang lepas ada menyatakan hal kat bawah neh ;

Owhh oke. 

Kerajaan pinjam duit kita ek? Nak buat modal bagi bantu rakyat? Takde hal. Tapi jangan pinjam duit kita buat jalanraya then charge kita tol. Itu yang kita marah sangat. Dah larh ko bina jalan guna duit kita then ko charge kita lagi, tak ke bodoh namanya tue?

Pinjaman berjumlah RM144.5b tue sebenarnya adalah sangat2 tinggi. Bajet pun 200b plus plus. Pinjam dari KWSP plak lebih separuh dari bajet. Heran aku. Kerajaan dah takde duit sangat ka apa? 

Itu tak masuk hutang apa seme. Memang betul2 mengelirukan. Cara bn menggunakan wang rakyat juga sangat pelik. Buktinya korang boleh tengok kat bawah neh ;


Orang sabah sekarang dah marah dengan najib. Pasal ada ka patut dia mai sabah dia cakap dia luluskan pinjaman juta2 ringgit untuk bina loji air rawatan bersih. PINJAMAN? Apa tue? PINJAMAN untuk menyediakan kemudahan asas? Bukan kah itu tanggungjawab kerajaan negeri dan kerajaan pusat?

Kenapa perkara seperti neh pun nak berkira? Bukan kah SABAH antara negeri yang mengeluarkan banyak hasil? Apa pasal nak sediakan kemudahan asas pun mereka terpaksa meminjam? Agak tak logik disitu. 

Adakah ini cara kerajaan membelanjakan wang KWSP kita? Atau, adakah ini caranya hasil2 di sabah telah habis digunakan oleh pemimpin sabah sehinggakan terpaksa meminjam untuk membangunkan negeri?

Jika ya, kenapa gunakan wang KWSP? Mana pergi wang hasil pemerolehan kerajaan persekutuan selama neh? Kenapa nak memohon kemudahan asas pun di anggap pinjaman? Aku rasa, gamaknya negeri2 yang berhutang kat kerajaan persekutuan selama neh adalah sebab nak sediakan kemudahan asas.

Jadi, ini bermaksud kerajaan negeri terpaksa membayar setiap satu sen yang digunakan untuk membangunkan setiap negeri2 kepada kerajaan persekutuan. Dan kerajaan negeri terpaksa cari wang untuk membayar hutang dengan mengutip dari penduduk negeri2 tersebut.

Dan jika ini betul, ini juga bermaksud setiap satu kemudahan asas yang kita gunakan di malaysia, kita bayar sebanyak 3 kali. Pertama sebelum siap, modal guna wang rakyat. Kedua selepas siap, setiap kali guna mesti bayar. Ketiga time bayar hutang, kita disuruh bayar cukai apa seme untuk tanggung kos akibat membina kemudahan asas. 

Alamak aii. Kalau lah dapat selongkar seme dokumen2 tersebut kan bagus. Ingin sangat aku selidik macam mana cara nya mereka mengunakan wang rakyat. 

Demm.

Ameno : Heran den..

Selasa, 19 Jun 2012

YB PAS Che Rosli akhirnya buat pusingan UTURN.


Hah, akhirnya YB che rosli mengaku juga bahawa dia tak boleh menjamin samada LYNAS selamat ataupun tidak. Ini betul2 UTURN. Tapi takpe, neh UTURN yang baik. Bukan macam zamhuri tue.

kah kah kah

Sedikit petikan berita mengenainya kat bawah neh ;

“Saya berpuas hati dengan pembentangan ini sebab jawatankuasa ini mengutip pandangan dan masalah masyarakat. Sebagai contoh kalau kita baca laporan di muka surat 17 dan 18 di dalam laporan itu memang betul.
“Itu bagus dan saya setuju. Tahap daripada segi radiasi memang rendah, itu saya tahu sebab saya sendiri yang mengukur (tahap radiasi). Perkara lain saya tidak berani komen… saya tidak berani sebut sama ada Lynas selamat atau tidak,”

Ini statement pada hari neh.

Dulu2 YB pernah menganggap lynas itu selamat. Siyes. Rujuk bawah neh ;

Pada Ogos tahun lalu, Dr Che Rosli mengakui bahawa projek Lynas adalah selamat dan tidak seperti dakwaan Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh yang juga naib presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Bacaan penuh disini

Ini pengakuan yang bloggers umno buat2 taknampak or buta. Sengaja highlightkan perkara lain supaya sesama ahli pas dan wakil rakyat pakatan rakyat berbalah dalam isu lynas. Hello, ada jek mereka2 yang pro mca pun bantah lynas. So what? Isu lynas bukan isu kepartian or kepolitikkan oke. Ini isu alam sekitar dan kesihatan.

Seseorang mungkin bersetuju dan mungkin tidak bersetuju. Jika mereka bersetuju, mereka bersetuju atas sebab2 tertentu dan begitulah sebaliknya jika mereka menolak lynas. Mereka menolak atas sebab2 tertentu juga. Bukan pasal parti apa seme. Takde kaitan langsung nak tolak satu2 perkara tue berdasarkan parti or pandangan politik.

Apa pun aku hormati dan faham pandangan che rosli dalam isu neh. Sebagai seorang sainstis, minat dan kecintaan terhadap kajian dan teknologi memang tinggi. Itu naluri sainstis. Menafikan naluri sainstis sama seperti kita menafikan kecenderungan lelaki pasangannya wanita.

So aku no hal. Memang benar radiasi rendah. Namun bukan bermaksud tiada radiasi terkumpul. Jadi ketakutan masyarakat di sekitar sebenarnya adalah relevant bahkan ketakutan mereka terhadap projek neh juga bukan sia2 apabila satu persatu siasatan kita mendapati lynas tidak memenuhi syarat yang telah dipersetujui sebelum neh terutamanya bab pembuangan sisa pemprosesan.

Apa pun aku ucapkan tahniah lah pada yb pas. Akhirnya sedar juga. Dia pun dah tak berani nak bagi jaminan bahawa projek lynas tue selamat beb. Macam dulu2.

kah kah kah
Ameno : Mana ada jaminan selamat bab2 kilang radiasi neh beb..

Papa Gomo Tumbuk Blogger UMB.





Aku dapat info via email. Aku akan share kan kandungan email tue kat sini. Aku dah check blogger yang dimaksudkan. Aku tengok blog dia telah diletakkan tanda peringatan iaitu UNDER PROTEST. Which mean dia tengah protest.


Actually, semalam memang aku nampak pg ada update twitter bagitau perselisihan antara blogger umno dah selesai. Yang mana tak puas ahti tue simpan untuk selepas PRU-13. Kalau nak ungkit ke apa tunggu PRU-13 settle dulu kot. Lebih kurang gitulah maksud dia.

So kalau aku linked kan citer yang aku dapat via email dengan update dari pg, memang sah lah bahawa mereka adakan perjumpaan baru2 neh. Kalau ikut analisis aku, RASAnya benda neh ada 2 KESIMPULAN  tersembunyi. Tapi aku diam2kan dulu. Aku cuma akan bagi hint diperguna or memperguna. 

Aku kan kawan baik si conan.

Kah kah kah

Lihat kandungan email kat bawah neh oke ;
Ada sedikit maklumat mengenai pepecahan blogger Umno dan perangai kurang ajar Papagomo!!

Semalam 18hb Jun 2012 kira2jam 2ptg satu perjumpaan bloggers dgn Dato Menteri KBS Shabery Cheek di Bukit Kiara telah diadakan.Tujuan perjumpaan ini adalah sesi round up hari belia yang lepas dan sesi ambik upah. Dikatakan blogger pro BN "PAPAGOMO" telah bertengkar dan menumbuk seorang blogger UMB "APA a.k.a Aku Peduli Apa (http://aku-tak-peduli.blogspot.com/)"

Isu nya adalah dendam lama Papagomo terhadap Blogger APA. Papagomo (Nama sebenar Wan Azri, sila rujuk gambar Papagomo) seorang blogger yang bongkak dan angkuh ini, pada kejadian itu dikatakan berada diluar dewan lalu menumbuk blogger APA.

Blogger APA naungan UMB yang diterajui Tun Faisal (Exco Pemuda Umno Msia) ini dikatakan telah mengeluarkan gambar rumah, kereta dan beberapa gambar peribadi Papagomo didalam blognya. Oleh itu ianya mengundang kemarahan Papagomo dan terus berdendam dengan blogger APA.

Tun Faisal selaku ketua UMB ini juga adalah seorang pegawai khas kpd DS Hishamuddin dan Papagomo pula adalah blogger naungan DS Shabery Cheek. Pepecahan kumpulan blogger UMB, DS Hishamuddin dan kumpulan blogger DS Shabery Cheek (Papagomo) semakin kritikal.

Persoalannya disini adakah kumpulan blogger UMB kendalian Tun Faisal yang ber boss kan DS Hishamuddin ini memang mengatur strategi untuk menghentam DS Shabery Cheek, Papagomo and then geng? Adakah ini strategi DS Hishamuddin untuk menghancurkan semua "Rival" nya didalam Umno ataupun ini memang perangai kurang ajar Papagomo yang semakin berlagak, sombong, angkuh dan "demanding" ini?

Ada juga sumber mengatakan DS Hishamuddin juga ada membuat "engagement" dgn Papagomo secara sulit dan memberikan duit komitmen bernilai ribuan ringgit dengan kadar bulanan. Klau ini benar berlaku sememangnya DS Hishamuddin mementingkan diri sendiri demi survival politik sempitnya dan si bahlol Papagomo ni memang tiada maruah diri dan tiada integriti.

Kita harus BOIKOT blogspot PAPAGOMO dan juga BOIKOT menteri yang membela sampah2 masyarakat ini.

Aku takmo campur dalam bab peribadi dorang. Dalam bab harta peribadi pun aku takmo campur. Itu urusan dorang dan takde kena mengena dengan aku satusen pun. Cuma aku nak tekankan satu perkara disini yang ramai orang seringkali sangsi dan mempersoalkan.

Mereka kata blogger umno berjuang tanpa upah. Aku nak bagitau perkara tersebut adalah KARUT semata2. Aku tak kata pun amek upah itu satu kesalahan oke. Aku rasa takde hal lah blogger amek upah untuk menulis kerana blogging juga merupakan satu kerjaya.

Yang aku persoalkan ialah kalau dah amek upah tue mengaku je lah. Toksah takut dengan persepsi masyarakat kalau kita yakin apa yang kita buat neh benar dan betul kan.Yang sorok2 taknak mengaku tue sebab nak memperlihatkan sangat yang kekonon korang tue sama macam blogger2 pr yang bergerak cari dana sendiri tanpa disponsor bagai.

Alamak aii.. aku sendiri pun kena sponsor. Tak percaya ko tanya pembaca2 aku. Siap tulis terang2 lagi siapa yang taja aku.

kah kah kah

Yang sorok2 neh sebenarnya satu jek sebab nya. Sebab menulis bukan dari ahti dan fakta tapi ikhlas membodek dan menipu. Betul tak? Mengaku je larh weh.. money can buy you.. errk jap silap.. money already bought you..

kah kah kah
Ameno : Sedap tumbuk orang pg?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...