Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 18 Jun 2012

SMS dari BN sempena Hari Bapa Tersebar.


kah kah kah

Sebenarnya takde apa pun bila BN hantar SMS sempena hari bapa. Lantak ko lah BN weh. Tapi SMS neh memang lucu bangat. Aku tak sangka yang BN memang pandai melucu semenjak dua menjak neh. Tapi aku akui satu perkara kat sini. Kempen neh kempen yang kreatif sebenarnya. 

Bagi sesetengah orang mungkin dorang rasa tah hapa2. Tapi kalau nak di ikutkan dalam strategi PRU, sebenarnya neh salah satu bentuk method yang boleh digunakan untuk berkempen bagi meraih sokongan. Takde yang salahnya disini. 

Bahkan, PR sendiri pun patut tiru kempen2 macam neh. Contohnya kalau ada apa2 perkara yang boleh memberikan kebaikan kepada rakyat, you just SMS je seluruh penduduk di negeri tersebut supaya dorang alert dan tahu apa yang PR rancangan.

Amek contoh mudah iaitu isu PTPTN. Apa salahnya hantar SMS kepada 100ribu rakyat bagi menerangkan apa itu pendidikan percuma yang ingin di bawa oleh PR kan? Hantar satu SMS dan sertakan link blog mengenai isu PTPTN dan pendidikan percuma. Dan mana tahu dari 100ribu orang tue, 50ribu darinya foward kepada rakan masing2.

Dari situ, mungkin PR berjaya memperolehi 10,000 penyokong baru yang akhirnya faham maksud sebenar PTPTN dan pendidikan percuma yang ingin dijayakan oleh PR kan? Walaupun SMS neh nampak kelakar bila bn yang buat, tetapi neh membuktikan bahawa bn selangor ada kesungguhan untuk meraih undi dan sokongan rakyat. 

Satu usaha yang baik sebenarnya. Usaha seperti neh harus ditiru oleh PR, itupun kalau mereka rasa mereka benar2 nak mengekalkan selangor lew..

Ameno : Eekke memilih bn akan mencerahkan nasib anak2 kite? Anak2 wakil rakyat bn jek kottttt

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...