Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 17 Jun 2012

Betul ke PM lagi powerful dari SULTAN JOHOR? - PERKASA yang cakap.


Perkasa buat sidang akhbar. Dia desak Nizar mohon maaf dan buat satu sidang khas untuk minta maaf secara rasmi.

kah kah kah

LUCU!

Dah lama dah. Dah lama dah Nizar minta maaf. Aku siap tunjukkan protes lagi di atas tindakan Nizar tersebut. As far as i concern kan, ramai orang tak bersetuju pun dengan tindakan Nizar minta maaf. Kenyataan dia betul, tepat dan benar. 

Ko boleh suka dan boleh tak suka, tapi kalau tak suka sekalipun mahupun terasa, itu masalah diri sendiri. Ini ialah demokrasi. Kita berhak bersuara. Kalau guna duit sendiri pun so what? Sebelum ia boleh menjadi duit diri sendiri, ia terlebih dahulu bukan duit diri sendiri.

Maksud aku kat sini, kalau pun ia diperolehi melalui perniagaan, jadi sebelum mendapatkan modal apa seme, adakah duit itu turun dari langit? Nampaknya tidak. Setiap sesuatu yang kita ada, ada permulaannya. Dari mana permulaan duit diri sendiri itu wujud? Fikir-fikirkan.

Aku sememangnya tanpa berselindung menyokong kenyataan nizar di twitter. Sepenuhnya. Dan aku tak bersetuju langsung dia minta maaf. Tapi oleh kerana dia telah berbuat begitu di depan press, di dalam twitter dan bakal berbuat begitu di depan sultan maka aku hormat je larh keputusan dia.

Berikut kat bawah neh kenyataan PERKASA yang aku rasa amat lucu sekali.
Sebagai anak jati Johor, Syed Hassan meluahkan perasaan marahnya apabila baginda yang berjiwa rakyat itu dihina sebegitu rupa oleh wakil rakyat dari antara negeri yang turut punyai raja.

Penghinaan terhadap
baginda tidak dapat diterima rakyat Johor dengan mengatakan wang pembelian nombor pendaftaran bernilai RM520,000 lebih baik menyediakan berpuluh rumah untuk rakyat miskin. “Kenyataan ini jelas  menghina Tuanku seolaholah baginda tidak pernah membantu rakyat, memberikan persepsi buruk terhadap negeri kami padahal Sultan Ibrahim, raja berjiwa rakyat,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Jelas beliau, Mohammad
Nizar perlu diingatkan bahawa Sultan Johor sebenarnya boleh melobi kepada Perdana Menteri (PM) atau Menteri untuk dapat nombor pendaftaran itu tetapi baginda tidak berbuat demikian.

Menurutnya, Sultan
Ibrahim telah mencemar Duli bersama rakyat menawarkan harga seperti kebanyakan orang lakukan semata- mata mahu bertindak secara adil.

“Mohammad Nizar sepatutnya
tahu bahawa rakyat biasa yang melakukan pembidaan bukanlah dari kalangan mereka yang berpendapatan rendah sebaliknya memiliki kewangan dan harta yang berjuta. “Tiada persoalan yang  timbul sekiranya baginda Sultan mahu bersaing dengan mereka walaupun baginda boleh menggunakan kedudukan tuanku sebagai Sultan,” katanya.

Tambahnya, wang
tersebut digunakan untuk kegunaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi pelbagai tujuan dan kebaikan jabatan tersebut bukan pembaziran semata-mata. -SH-

Berjiwa rakyat? Oke larh tue. Aku kelahiran negeri yang takde sultan cuma ada agung jek so takmo arh komen lebih2 mengenai sultan yang aku tak kenal. Cuma bagi aku kalau boleh elok berjiwa islam sebab kalau sultan berjiwa islam automatik berjiwa rakyat beb. Opss jangan marah naa.

Memang betul pun elok bina rumah dari membida no plat. Pandang dari sudut apa sekalipun duit tersebut bagi kat orang memerlukan adalah sampai bila2 pun memang keputusan terbaik. Kalau sungguh bagai di kata mestilah johor dah bebas dari kemiskinan tegar kan? Ada stastistik tak berapa banyak percentage kemiskinan bandar, kemiskinan tegar dan kemiskinan di johor?

Kata2 lucu perkasa konon nya SULTAN boleh MELOBI PM untuk dapatkan no PLAT? Tapi sultan takmo buat. Taraf sultan lebih rendah dari PM rupanya. Sorry aku baru tahu. Jangan marah naaaa. Hang sendiri yang cakap bukan aku oke.

Tahu takpe. Yang bida tue seme stock2 ahli parlimen bn. Dari MCA ada, dari umno pun ada. Malahan ramai dari sana. Mana wakil2 rakyat umno tue dapat duit? Memang sedia kaya? Patutlah tak faham masalah rakyat. Sepatutnya wakil rakyat berfungsi memahami masalah rakyat. Tapi disebabkan depa stock kaya raya jadi depa tak faham larh penderitaan rakyat kebanyakkan macam kita. Patutlah polisi hampeh dan cikai nak mampos.

JPJ dah miskin sangat ka? Sorry, kalau tak, kenapa mesti hadap kebaikan dari wang sultan pula? JPJ langsung dari kerajaan kan. Bagi duit kat kerajaan pun buat apa? Better bagi duit tue kat rakyat. Direct pada yang memerlukan. Itu barulah namanya membantu. Neh dok bantu JPJ dan kerajaan yang satusen pun tak guna. Salah ke apa aku cakapkan neh? Kalau salah betulkan, jangan merepek. Thanks.

Ameno : Nak bantu pun tengok situasi dulu larh. Lue bantu orang yang tak susah, sapa nak puji lue? Buat lawak sey.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...