Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 22 Jun 2012

Isteri Zahid Hamidi Warning Veteran Senaman Punggung.


Sekali kena sound lah pula.

Masih ingat kes kumpulan veteran yang buat senaman punggung di depan rumah ambiga yang tak minum air 100plus tue? Lepas tue siap minta tanah dan duit sebagainya? Kali neh dorang tampil sekali lagi dengan berita tergempar.

Kata presiden kepada persatuan veteran tentera melayu, si ali baharom tue ;

Persatuan Veteran Tentera Melayu menangguhkan rancangannya untuk berdemonstrasi di hadapan Kementerian Pertahanan pada 29 Jun ini, kata presidennya Mohd Ali Baharom.

NONEMenurut Ali, penangguhan itu dilakukan kerana Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi tidak berada di pejabat Kementerian Pertahanan (Mindef) pada tarikh tersebut.

"Kami dapat risikan Datuk Seri Zahid Hamidi tiada di Mindef pada tarikh itu. Dia ingin lari ke kem komando Mersing untuk rehat selama dua hari," katanya.

Pada masa yang sama juga, Ali mendakwa isteri Zahid Hamidi juga menghantar SMS memberikan amaran kepadanya berhubung perhimpunan tersebut.

Ali kemudian menunjukkan satu kiriman SMS di telefon bimbitnya yang berbunyi: "Perlu diingat Datuk Seri Zahid Hamidi bukan sendirian dan (dia) bermaruah. Saya tak fikir orang-orang akan berdiam diri dan senang-senang nak buat kacau bilau depan Mindef".

Sementara itu, ketika dihubungi, isteri Zahid Hamidi, Datin Seri Hamidah Khamis enggan memberikan sebarang komen berkenaan dakwaan Ali itu. -MKINI-

KAH KAH KAH

Adoiii..

Bini Zahid Hamidi sound Ali Baharom? Rupanya rosmah ada geng beb. 

kah kah kah

Aku takmo campur perselisihan dorang. Cuma aku tak boleh baca yang di zahid nak lari daripada berhadapan dengan persatuan tersebut. Alamak aiii. Kalau awak tue menteri buat apa nak cuak? Berhadapan je lah. Bincang bagi habis. Melainkan jeng jeng jeng.......

kah kah kah

No komen. Betul2 noooo komen.

Ameno : Ada benda tue beb.. ekekkek...

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...