Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 22 Jun 2012

Blogger pakatan rakyat kena tipu dengan utusan super impose.

Aku tatau sapa yang REKA gambar super impose neh tapi ramai sangat orang2 pro pakatan rakyat ingat benda neh ori beb.

Kat bawah neh sah2 utusan palsu. Super impose. Bab berita bawah tue rekaan jek. Mana ada utusan keluarkan versi berita cam kat bawah neh. Versi online dengan versi cetakan mesti selari punya. Tak pernah lagi muka depan versi cetakan dan versi online di buat berbeza oleh utusan. 

Akan datang aku tak jamin arh..


Versi original punya macam kat bawah neh oke ;


Bukan aku nak bekap utusan atau apa. Memang terbukti pun utusan memang suka tokok tambah berita. Orang letak jawatan di kata nya PKR selangor bergolak. Kalau gitu payah lah. Asal letak jawatan jek bergaduh, asal letak jawatan jek bergolak.

Kadang2 tak semestinya apa yang berlaku kat kita berlaku kat orang lain juga. Contoh si shahrizat dipaksa letak jawatan sebab nak selamatkan maruah umno tetapi belum tentu rafizi letak jawatan sebab nak menutup pergolakkan dalaman pkr selangor. Tak payah arh nak menyibuk urusan peribadi parti orang lain sedangkan parti diri sendiri pun berterabur. Betul tak?

kah kah kah

Apa pun jangan sebarkan gambar pertama tue. Pasal utusan memang tak ada buat story bab rafizi lompat parti apa seme. Aku tatau sapa yang buat so aku takley nak bagitau korang siapa2 dan apa. Tapi oleh kerana aku tengok ada orang yang sebar jadi aku assume ada orang yang dah kena kelentong. Kali neh utusan yang suka fitnah pula kena fitnah.

Aku mula2 baca pun terkejut gak. Bila masa plak rafizi lompat parti? Terus aku buka utusan nak baca bab lompat parti. Aku search punya search ermm hampeh. Tarak. Rupanya ada orang permainkan kita. Sapa yang larh jahat sangat tue. Kot ye pun nak buat lawak tengok arh kiri kanan dulu. Jangan buat lawak sampai orang tak faham lawak korang tue.

Demm..

Ameno : Terfitnah utusan camne? Kena minta maaf kat utusan ke apa? Ekekeke..

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...