Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 3 Ogos 2018

Ini Bukti Lim Guan Eng Yang Sebenarnya Tak Menjawab Soalan.

Oleh : Muhammad Harris Nasril

Tepat jangkaan saya. Sehingga hari ini, tiada media yang melaporkan bahawa Lim Guan Eng mengelak untuk menjawab soalan dari Wee Ka Siong mengenai hutang negara.

Paling kelakar, Astro Awani boleh pula buat laporan dengan tajuk "Hutang 1MDB : KJ, Ka Siong 'terduduk' dengar jawapan Guan Eng".

Mujur Hansard telah keluar. Saya dah teliti memang benar Guan Eng mengelak soalan. Dia divert isu dengan bertanya kepada Wee Ka Siong sama ada beliau tahu atau tidak kerajaan telah membayar hutang 1MDB sebanyak 7 billion. "Yes or no? Do you know or not?" tanya beliau kepada Wee Ka Siong.Beliau ulang-ulang soalan itu seperti budak sekolah bergaduh. Sedangkan perkara itu bukan jawapan kepada persoalan yang diberikan kepada beliau. Inikah standard menteri kewangan?

Wee Ka Siong bertanyakan tiga soalan kepada Lim Guan Eng dimana yang pertama mengenai sama ada dua kompnen hutang - contingent liability dan lease payment disembunyikan selama ini.

"Pertama, iaitu hutang secara langsung RM686.6 bilion. Kedua, kontinjen liabiliti RM199.1 bilion. Ketiga, lease payment RM201.4 bilion. Itulah yang dijumlahkan menjadi RM1.087 trilion sepertimana yang telah digunakan selama ini. Saya hendak bertanya Yang Berhormat. Satu, apakah pembentangan selama ini dua komponen contingent liability dengan lease payment disembunyikan? Kalau ia disembunyikan, saya setuju bahawa ada sesuatu yang tidak kena. Kalau itulah yang telah dibentangkan, maka ia adalah sesuatu yang telah kita hebahkan kepada public. " - Wee Ka Siong.

Soalan kedua pula berhubung jumlah hutang negara, sama ada RM 1.087 trillion seperti yang digembar-gemburkan oleh kerajaan ataupun RM686 bilion mengikut standard antarabangsa yang digunakan oleh semua negara.

"Saya dapat jawapan daripada Yang Berhormat pada 23 Julai, tulis ini mengikut takrifan IMF iaitu hutang rasmi negara mengikut standard antarabangsa ialah 50.8 peratus. Pertikaian sekarang ialah, adakah hutang kita RM1.087 trilion ataupun RM686 bilion mengikut standard antarabangsa yang digunakan oleh semua negara? Jadi soalan saya, bila Moody’s secara rasmi mengeluarkan satu kenyataan bahawa kita punya debts ratio adalah 50.8 peratus, Yang Berhormat mengatakan they don’t understand the extent of debts. Jadi saya minta penjelasan daripada Yang Berhormat, kalau itulah standard yang dipakai kita pun tidak pernah menyimpang."
- Wee Ka Siong.

Manakala soalan ketiga adalah mengapa hutang 1MDB tidak dimasukkan dalam perkiraan hutang Rm1.087 trillion.

"Yang Berhormat sebut tentang 1MDB. Jadi, Yang Berhormat kalaulah kita campur RM686.6, RM199.1 campur dengan RM201.4 itu menjadikan RM1.087 trilion. Kalau disebutkan 1MDB lagi, sepatutnya itu adalah pendedahan tambah kepada itu tetapi Perdana Menteri pakai RM1.087 trilion. Jadi kalau Yang Berhormat boleh bagi justifikasi sesuatu yang tidak dimasukkan dalam huraian Yang Berhormat tadi adalah sesuatu yang baharu dan saya berharap Yang Berhormat boleh bagi penjelasan, adakah itu standard yang telah dikeluarkan oleh antarabangsa dan Bank Negara ini adakah sebelum ini mereka tidak pernah bagi data itu?" - Wee Ka Siong

Jawapan Lim Guan Eng ada dalam hansard yang saya tangkap layar ini. Serius macam budak sekolah! Jaguh kampung. Memalukan dewan rakyat ada wakil rakyat begini.








Ini sumber hansard : https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-31072018.pdf muka surat 119 -123. - 3 Ogos 2018.

MP PH Fitnah, Kami Bahas Macam-Macam Isu Bukan Isu Aurat Je Bidas MP PAS.

Menulis di Facebooknya, Hanipa Maidin yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata beliau berpendapat Ahli Parlimen PAS tanpa menyebutkan nama individu dan parti hanya segar mata apabila berbicara isu aurat berbanding isu rasuah, salahguna kuasa dan pembaziran.



"Nota Sg Kandis 11- ironi.
 

Semalam di Parlimen, ada beberapa MP parti tu bangkitkan isu penutupan aurat ketika YB Menteri Pengangkutan dan YB Menteri Sumber Manusia sedang menggulung. Saya ada di dewan masa itu.

Pengalaman saya di dalam dewan dan melihat setengah MP Islam berbahas, saya lihat bila isu seperti itu timbul, relatifnya para YB parti tu agak aktif dan segar untuk berbahas dibandingkan isu-isu lain seperti isu rasuah , isu salah guna kuasa, isu pembaziran dan isu-isu lain yang jejaskan kehidupan rakyat .


Saya tak kata ianya salah. Tapi , suka tak suka, bila kita berpolitik seperti itu , kita akan mudah dipersepsikan apa yang dipanggil dengan istilah "reductionist."

Jujurnya, akan wujudnya satu ironi. Kita seolah-olah cuba lantang membela Islam , tapi dalam masa yang sama Islam pula akan dilihat lekeh oleh setengah pihak. Kerana apa? Kerana kita akan dilihat cuba "reduce Islam to" berhukum semata mata.

Pendapat saya lah. No problem nak marah, I might be wrong!,"
tulisnya dalam satu kenyataan.


Pendapat Hanipa Maidin itu bagaimanapun dibidas oleh Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah yang menganggapnya sebagai satu bentuk fitnah terhadap Ahli Parlimen PAS.

"Kami MP Pas difitnah hanya aktif membahaskan isu aurat berbanding isu rasuah!.
 

Dari pagi hingga malam kami bahas pelbagai isu samada isu ekonomi,isu salah gunakuasa, isu rasuah,isu pendidikan, isu sosial, isu pembangunan luar bandar, isu kesihatan, isu kanak kanak, isu kekeluargaan, isu keselamatan, isu kos hidup rakyat GST /SST, isu 1MDB dan banyak lagi...

Tergamak seorang Timbalan Menteri muslim menyindir seolah olah kami aktif isu aurat

Isu ini adalah untuk menuntut hak pekerja muslimah diberi hak berpakaian menutup aurat sebagaimana
dijamin secara dalam perlembagaan Persekutuan dalam perkara 3 dan perkara 11...perlembagaan Malaysia,"
katanya dalam kenyataan balas itu.


Semakan mendapati Ahli Parlimen PAS turut menyertai perbahasan dalam isu royalti, hutang kerajaan dan SST, tidak terhad kepada isu aurat semata-mata. - 3 Ogos 2018.

Ini Penjelasan RELA Mengenai Hentikan Elaun Anggota.

Oleh : Bernama

Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) menafikan dakwaan akan memotong elaun semua anggotanya susulan penularan satu surat di media sosial mengenai penamatan penugasan kawalan keselamatan di Pusat Khidmat Komuniti Rela (PKKR) di seluruh negara.

 
Rela dalam kenyataan hari ini berkata penugasan rondaan tersebut hanya dilaksanakan di 98 PKKR seluruh negara melibatkan 294 anggota yang dibayar elaun bertugas.

“Penamatan penugasan PKKR tersebut dibuat setelah penilaian semula terhadap semua penugasan jabatan yang dilaksanakan pada pertengahan tahun. Penilaian merangkumi aspek keperluan penugasan dan kedudukan kewangan semasa jabatan,” katanya

Rela berkata penamatan penugasan rondaan PKKR juga tidak melibatkan penugasan lain yang masih berjalan seperti biasa.

“Ia juga tidak menjejaskan operasi PKKR yang akan terus beroperasi seperti sediakala,” katanya.

Menurut Rela, penugasan rondaan keselamatan di PKKR diwujudkan sejak Januari 2017 untuk membantu memelihara keselamatan setempat dan ia bersifat sementara.

Bermula Januari tahun ini, jabatan itu juga telah melaksanakan rondaan keselamatan secara sukarela di 157 daerah seluruh negara, katanya.

"Rondaan secara sukarela itu selaras dengan hasrat jabatan untuk menghidupkan semula semangat kesukarelaan dalam kalangan anggota Rela,” katanya. - 2 Ogos 2018.

Khamis, 2 Ogos 2018

"Tiba-Tiba Ada Pimpinan PAS Kempenkan Calon UMNO," Ustaz Rozaimi.

Oleh : Ustaz Rozaimi Ramlee

Jika kenyataan ini benar maka satu pujian harus diberikan kepada Pimpinan Pemuda PAS Kawasan Kota Raja atas keberanian mereka menyoal dan bertanya kewajaran tindakan sebahagian pimpinan tertinggi parti.





Sebenarnya bukan mereka saja tidak faham. Saya juga tidak faham dengan tindakan beberapa tindakan pimpinan PAS ini.

Jika PH dikatakan BN 2.0, adakah dengan menyokong BN 1.0 itu memadai?

Jika sebelum ini Tok Guru kata ketika kempen PRU14 :

"Tiba-tiba yang kena tumbuk dan yang menumbuk bersatu. Tumbuk sungguh-sungguh ke? Ke gurau-gurau saja?"

Saya juga ingin bertanya:

"Tiba-tiba ada pimpinan PAS kempen untuk calon UMNO. Dulu ada sebahagian pimpinan kata UMNO ini sekular. Sekular sungguh ke? Ke gurau -gurau saja?".

Sekadar terfikir. Haa tepuk! - 2 Ogos 2018.

Buang Semangat Kecinaan Dulu Sebelum Buang Label 'Bumiputera' - Tai Zee Kin.

Oleh : Tai Zee Kin (Ditulis pada tahun 2013).

Bumiputera, kepada yang bukan Bumiputera.
Ketika perlembagaan didrafkan, warga Malaya menganggap itu adalah kompromi terbaik. Imigran Cina dan India telah tinggal di situ hanya selama 2 generasi, paling lama. (kecuali golongan peranakan Cina dan India (Chitty Peranakan) yang telah menetap sejak 1400an).

 
Pertama sekali saya ingin mengajak anda membayangkan senario ini. Bayangkan dalam masa 8 tahun, generasi kedua bagi 6-8 juta orang Bangladesh, Indonesia dan Nepal mula menuntut kewarganegaraan secara beramai-ramai, berbekalkan fakta mereka dilahirkan di Malaysia, bercakap Bahasa Melayu lebih baik dari orang Malaysia sendiri dan menjalani gaya hidup orang Malaysia.
Soalan pertama saya adalah, bagaimana hendak kita kurniakan kewarganegaraan besar-besaran dan beramai-ramai kepada mereka?
Nenek saya pernah memberitahu, situasi satu masa dahulu adalah serupa. Dia merupakan ahli MCA ketika zaman Tun Tan Cheng Lock. Orang Cina tiada tempat bergantung. Negara China sedang berperang dengan Jepun dan Komunis mengamalkan Polisi Tutup Pintu. Orang Taiwan menganggap orang Cina Malaysia sebagai "hua Qiao" dan secara teknikalnya melabel kami seolah-olah kami sememangnya telah berpindah keluar, seperti mereka yang di Amerika Syarikat atau negara-negara Eropah.
Dengan itu, satu-satunya cara untuk menyelesaikan masalah tersebut adalah dengan meminta kepada kerajaan ketika itu, British, untuk kewarganegaraan beramai-ramai, dengan mengambil kira sumbangan kami kepada pembangunan Malaya/ Persekutuan Tanah Melayu dan berjanji taat setia. (Zaman ketika itu, konsep "natif" / Native adalah senang : adakah anda keturunan nusantara/warga Asal (melayu, jawa, sakai, jakun) atau bukan keturunan nusantara.
British telah bersedia untuk mengiktiraf kewarganegaraan kepada orang Cina melalui Malayan Union Charter (piagam), yang mana membawa kepada 1) negeri-negeri Selat 2) Negeri-negeri Bersekutu dan 3) Negeri-negeri tidak Bersekutu untuk tertakluk di bawah Tanah Jajahan Mahkota. (Crown Colonies)
UMNO kemudian ditubuhkan untuk menentang Malayan Union. Suka atau tidak, mereka tidak bersedia untuk membenarkan penjajah British ini untuk memberikan kerakyatan secara beramai-ramai kepada imigran yang tidak berintegrasi/ mengasimilasi kepada budaya mereka (Saya gunakan perkataan "mereka" untuk merujuk kepada keturunan Nusantara - melayu, jawa, etc, kerana ketika itu perbezaan antara kaum sangat ketara, tiada cina yang boleh bertutur bahasa Melayu).
British mengaku kalah akibat tekanan dari UMNO. Begitu juga dengan kaum Cina. Tunku ditugaskan untuk mencari jalan tengah untuk memastikan kompromi antara orang keturunan Nusantara (melayu) & imigran dari Cina dan India ini.
Jalan penyelesaian, yang meyakinkan orang Melayu tempatan untuk megizinkan kewarganegaraan secara beramai-ramai untuk generasi pertama dan kedua orang Cina ini adalah, dengan syarat mereka diberi layanan "istimewa", maka Suruhanjaya Reid menggubal 'kedudukan istimewa' orang Melayu dalam bidang pendidikan dan ekonomi.
Orang Cina ketika itu bersetuju dan melaungkan sokongan dengan konsep ini
Ayah saya bertanya kepada saya, bila sebenarnya hakikat dan akibat dari tolak ansur/kompromi ini berakhir?
Saya beranggapan faktor UTAMA kepada perkara ini disebabkan pengekalan "kecinaan" dari datuk nenek kita. Mereka memulakan sekolah cina, mendesak untuk menggunakan bahasa Cina, menjalani gaya hidup orang Cina. Pendek kata, membina sebuah lagi wilayah Cina di luar negara China. Mengajar nilai-nilai Cina, membaca buku dari negara China (sebelum revolusi budaya) dan sebagainya. Tiada usaha daripada kaum cina untuk integrasi dengan keturunan Nusantara/Melayu pada ketika itu. Ini menyebabkan ketidakpuasan hati, yang terus menjadi faktor UTAMA yang membawa kepada idea 'bumiputera'.
Sekiranya anda mengkaji dengan teliti konsep Bumiputera, anda akan sedar bahawa tidak banyak mengenai 'mempertahankan kepentingan orang asal (Melayu)'. Ideologi dan falsafahnya melibatan 2 aspek utama.
Pertama sekali untuk membendung 'Kecinaan'. Saudagar Cina dahulu kala amat rapat dengan penguasa British. Kita ada Nyonya Peranakan dulu-dulu yang memakai kerongsang bergambaran Queen Victoria sebagai tanda setia kepada kerajaan British (rujuk kepada Museum Peranakan Singapura). Kita juga ada dewan perniagaan Cina yang mempunyai Patron Inggeris. Ini menunjukkan bahawa, selain kawalan asing terhadap ekonomi kita, orang Cina mengawal hampir 70% daripada apa yang tinggal (Profesor Shamsul Amri berkata, dalam 50-60%).
Pendek kata, Warga keturunan Nusantara/Melayu tiada kuasa ekonomi langsung. Pada pandangan mereka, sekiranya imigran-imigran ini memegang tampuk kuasa ekonomi, cuba untuk melebarkan kuasa politik, akan sekaligus menghakis "kewujudan" mereka. Anda tidak boleh menyalahkan mereka jika mempunyai pandangan sedimikian. Ia merupakan satu sentimen yang amat ketara dan biasa dalam kalangan kebanyakan dari mereka masa itu. Disebabkan itulah mereka memerlukan satu jaminan sekiranya mereka bersetuju memberi kerakyatan secara beramai-ramai kepada golongan imigran.
Aspek kedua, adalah perasaan "tidak selamat" dengan lambakan imigran Cina dan India. Terdapat kerisauan terhadap mereka yang tidak mahu mengintegrasi/ mengasimilasikan budaya mereka dengan budaya tempatan, andai mereka bersatu menentang warga Nusantara/warga asal. Perasaan sebeginilah yang mencegah warga nusantara/Melayu dahulu daripada bersetuju untuk mengiktiraf kerakyatan generasi imigran tadi.
Dengan 2 perkara ini, Tunku harus mengorak langkah. Beliau harus membuat keputusan sama ada; menolak permintaan kerakyatan secara beramai ramai orang Cina dan India, mendesak mereka pulang ke negara asal secara berperingkat, atau pun mencari titik tolak ansur antara kedua-dua pihak.
Beliau kemudiannya, menasihati Suruhanjaya Reid untuk menggubal Kontrak/Perjanjian terbesar antara Warga Nusantara/Melayu/Warga asal & Imigran, yang dikenali sebagai Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan (kontrak sosial).
Dengan pengenalan Perkara 153, warga Nusantara/asal berasa mereka boleh lega hati atas aspek kerisauan sebelum ini, iaitu serangan "Kecinaan" dan "rasa tidak selamat" seperti yang dinyata di atas. Kedudukan mereka tidak akan tergugat oleh orang imigran, tidak secara ekonominya mahupun pendidikan, kerana terjamin oleh perlembagaan.
Nenek moyang kami (Cina), yang awal-awal dulu hanyalah imigran (pendatang) generasi pertama, sangat gembira dengan tolak ansur ini sebagai pertukaran kepada taraf kerakyatan secara beramai-ramai .
Ianya hampir mustahil bagi sebuah negara dengan penduduk asal yang berkongsi budaya dan gaya hidup yang agak sama, untuk memberi kerakyatan secara beramai ramai kepada pendatang yang langsung tidak berkongsi persamaan dengan budaya mereka. Asalnya orang Cina dan India tidak mahu asimilasi dan integrasi budaya, tetapi menuntut kerakyatan secara beramai-ramai. Wajarlah warga Nusantara/Melayu/warga asal menentang perkara itu. Orang Cina dan India kemudian sedar ianya berbaloi untuk bersetuju dengan perjanjian itu, memandangan mereka tiada tempat lain ingin dituju.
Atau, senario kedua, mereka kekal sebagai penduduk tetap (PR) sahaja, dan tidak mendapat kerakyatan dari orang Melayu. Sudah tentu, ianya bukan idea yang baik. Mereka menginginkan KERAKYATAN.
Bayangkan, generasi kedua/ ketiga orang Bangladesh atau Nepal atau Indonesia, yang membentuk 6-9 juta populasi Malaysia kini, menuntut hak kerakyatan secara beramai-ramai di Malaysia. Ia termasuklah kelebihan tertentu, dana, pendidikan, penjagaan kesihatan dan juga HAK UNTUK MENGUNDI.
Mereka boleh saja mengungkit bahawa mereka membayar cukai, menyumbang kepada negara, membantu perkembangan ekonomi. Mereka boleh menuntut bahawa mereka dilahirkan di Malaysia dan menginginkan kerakyatan. Perlu diingat, bukan seorang dua, tapi 6-9 juta KERAKYATAN BERAMAI-RAMAI.
Apakah anda mampu memberikan taraf kerakyatan Beramai-ramai sebanyak 9 000 000 kepada mereka?
Begitulah, Warga Nusantara/Melayu/asal berpuas hati dengan pemberian kerakyatan secara beramai-ramai dahulu kepada imigran Cina dan India, selagi kedudukan mereka terjamin dalam pendidikan dan ekonomi dan sebagainya seperti tercatat dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.
Bagaimana dengan anda? Letakkan diri anda dalam keadaan ini.
Untuk menjawab soalan bapa saya, bilakah konsep BUMIPUTERA akan berakhir? Saya menjawab, setelah aspek "Kecinaan" dan "perasaan tidak selamat" (Chineseness & insecurity) itu berhenti menghantui mereka.
Sehingga kini, semakin ramai warga Nusanstara/Melayu/Asal yang mempunyai titik persamaan dengan orang Cina dan bukan-Bumiputera. Sebab itulah anda lihat semakin ramai orang Melayu yang bersedia untuk menyerahkan status Bumiputera itu (bukan ramai, tetapi lebih ramai dari dahulukala).
Namun demikian, titik persamaan itu tidak cukup kuat. Lihat saja lelaki Cina yang ditumbuk di KFC, dia membuat sidang media. Lelaki ini, tidak boleh bercakap BAHASA MELAYU MAHUPUN INGGERIS. Dan saya boleh katakan kepada anda, terlalu ramai orang Cina yang sebegini di Malaysia. Begitu banyak orang Cina bandar duduk di PPR, tak boleh bercakap Melayu atau Inggeris. Kawan-kawan saya di Kedah juga begitu.
Orang-orang Cina ini pergi ke SJKC, atau sekolah swasta Cina, pergi ke Taiwan/ China untuk menyambung pengajian. Sebahagiannya ke Singapura dan Eropah ataupun Amerika Syarikat.
Mereka tidak pernah berselisih dengan orang Melayu.
Mereka tidak tahu apa itu khutbah Jumaat.
Mereka tidak tahu mengapa perempuan Kelantan dipanggil Mek (isikan nama di sini).
Mereka tidak tahu mengapa lelaki Melayu Perak dipanggil Yob (isikan nama di sini).
Mereka tidak tahu dan tidak faham pemikiran dan cara hidup orang Melayu.
Secara dasarnya, mereka tidak mahu berintegrasi, asimilasi dan berusaha mencari titik persamaan dengan orang Melayu, seperti kaum cina di negara lain (kecuali tanah besar cina, taiwan, HK dan singapore).
Malahan di kedai Mamak, Cina duduk dengan Cina, Melayu dengan Melayu. Hanya sesekali, dan jarang untuk melihat 3 bangsa Melayu Cina India bersama.
Tidak cukup!
Tidak cukup untuk memberitahu warga Nusantara/Melayu/asal yang mereka akan selamat dari kesan 'kecinaan'. Tidak cukup sekadar memberitahu yang mereka boleh 'hidup' dan 'rasa selamat' tentang kepentingan ekonomi dan pendidikan.
Untuk melihat ianya berlaku, orang Cina harus melonggarkan prinsip KECINAAN (bukan buang, cuma meredakan sedikit). Kita tidak boleh mengenepikan konsep Bumiputera. Ia bahaya.
Penyelesaian untuk Kontrak (Perkara 153) Perlembagaan Persekutuan adalah jelas.

Sama ada:
1) Kita mengagungkan Kontrak tersebuat buat selama-lamanya, dan juga mengamalkan tabiat berunsurkan tinggalan keturunan nenek moyang kita (sekolah Cina, bahasa Cina, dewan perniagaan Cina, apa jua elemen CINA dalam aspek pendidikan dan ekonomi).
atau
2) Kita Mengintegrasi atau mengasimilasikan budaya kita dengan budaya warga Nusantara/melayu/asal..
Untuk kita MENAMATKAN KONTRAK (Perkara 153) itu, kita perlulah mencari lebih banyak titik persamaan dengan orang Melayu.

Beberapa Sistem Dan Peraturan Positif Di Sekolah Menengah Cina Swasta Yang Anda Patut Tahu.

Oleh : Farah Halijah
 

Terkesima sekejap bila dapat mesej dari seorang cikgu yang menghantar mesej minta pendapat tentang UEC diiktiraf oleh kerajaan. Tapi inshaaAllah, tujuan artikel ini ditulis adalah untuk kita sama-sama membuka minda sebelum membuat sebarang tohmahan terhadap ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka ke Sekolah Jenis Kebangsaan Cina atau Tamil atau Sekolah Menengah Cina Swasta.


 
Kita sama-sama Islam ye netizens, tolonglah jangan pasal persoalan UEC ni dapat dosa, sangat-sangat tak berbaloi.

Sebelum banyak lagi fitnah yang muncul, biarlah saya terangkan apa yang boleh saya terangkan. Bismillahirrahmanirahim.

1. Kenapa perlu sekolah cina? Apa yang istimewa sangat?

Pada saya, untuk mempelajari bahasa Cina, bukan sahaja pasal boleh bercakap, menulis dan boleh membaca; Bahasa Cina juga memiliki keindahan bahasa tersebut melalui peribahasa dan pepatah sendiri. Terdapat nilai-nilai yang bagus dipelajari daripada orang bersejarah seperti Confucius. Sejarah Cina sangat panjang dan banyak pengajaran yang boleh kita pelajari. Ibu bapa saya menghantar saya ke Sekolah Cina untuk mempelajari bahasa itu dan Alhamdulillah, saya menerima manfaatnya pada hari ini. Bekerja di bidang audit, kadang-kala perlu berkomunikasi dengan Negara China dan dokumen-dokumen yang mereka beri dalam bahasa Cina. Jadi, saya dapat menolong menterjemahkan kepada yang tidak boleh baca/faham bahasa Cina. Walaupun di sewaktu di Sekolah, Subjek Perakaunan adalah dalam Bahasa Inggeris, kami juga mempelajari terjemahan dalam bahasa Cina, jadi ia membantu saya dalam pekerjaan saya.

Namun, yang saya paling saya syukuri bukan tentang kebolehan saya bertutur dalam bahasa tersebut, yang paling bagus, mashaaAllah, adalah sistem disiplin dan budaya di Sekolah Cina, terutama sekali di Sekolah Menengah Swasta, Sekoleh Menengah Foon Yew yang telah membentuk sikap dan pendirian saya pada hari ini.

- “Pass” di sekolah ini adalah markah 60. 59 markah ertinya gagal. Kalau dapat 54 – 59, fail dan boleh progress tapi kena tukar kelas, agak-agak macam kawan-kawan tak menjadi pendorong yang bagus untuk murid tersebut untuk lulus (benda ni menjadi – ada seorang rakan masuk kelas lain untuk tahun yang seterusnya, daripada dapat giliran akhir, terus dapat giliran pertama dalam kelas baru). 53 – harap maaf, sila repeat tahun tersebut sampai dapat above 54. Memang ada je orang lebih umur 18 tahun dalam kelas nak try graduate. Saya akui, saya sangat-sangat malas, tapi competition ni memang membuatkan saya lebih aktif untuk cuba pass dan ianya memang membantu membentuk pendirian and karakter saya pada hari ini.


- Pada tahun saya graduate, jumlah murid di sekolah saya adalah 7000 lebih, tapi sekarang dah ada Foon Yew Kulai, jadi mungkin dah kurang. Nak masuk Sekolah ni kena pass entrance exam (peperiksaan kelayakan). Semasa darjah 6, lebih kurang 3000 murid sertai entrance exam dan cuma 1200 sahaja diterima masuk. Apa yang saya kagum adalah walaupun jumlah murid begitu ramai, sistem mereka sangat unik. Masa pelajaran dijalankan, cuma suara Cikgu sahaja akan ada, memang cukup disiplin. Cikgu-cikgu sendiri, sangat berdedikasi. Sekolah itu besar dan kadang kala cikgu perlu berlari untuk sempat sampai kelas. 


- Nak cuti sakit? Fikirlah sekali lagi. Cuti sakit akan dapat dimerit di mana total average score untuk tahun tersebut akan ditolak. Satu kelas 0.001, satu hari ada 7 kelas, jadi 0.007. Dan untuk cuti biasa 0.01 satu kelas, lewat satu kelas 0.02. Anda rasa sikit saja? Tidak. Bayangkan kalau total average score anda 54, tolak dimerit, terus kena repeat tahun tersebut. Kadang-kala angka giliran dalam kelas, beza dia memang dalam perpuluhan. Nombor 10 mungkin 73.8; Nombor 11 mungkin 73.4. 70 mungkin dah nombor 25. Memang competitive.


- Kalau ada masalah disiplin, mereka akan masuk dalam rekod sekolah dan tampal insiden tersebut di setiap blok dalam sekolah. Setiap murid hanya boleh ada maksimum tiga kesalahan besar, selepas itu akan dibuang sekolah. Tiga kesalahan kecil = 1 kesalahan besar. Kesalahan kecil tu macam mana? Lewat tiga kali ke sekolah. Meniru semasa peperiksaan. Tapi semua bergantung pada guru disiplin yang sangat awesome. Pernah sekali saya nak pulangkan baju kerana kotor, Cikgu tu Tanya awak buat apa di sini, saya tunjuk baju je. Terus kena tegur bagaimana nak hormat Cikgu, jawab macam mana, sampai sekarang saya ingat insiden tersebut dan selalu ingat macam mana nak betul-betul hormat dengan Cikgu. Memang budaya mereka suka mengajar dan menghormati antara satu sama lain adalah sangat penting bagi mereka.


- Peperiksaan – macam hari-hari. Homework – banyak.

2. Kalau periksa hari-hari, homework banyak – macam mana?

Terus terang saya cakap, memang susah. Sampai sekarang umur dah lebih 30 kadang-kadang termimpi nak exam tapi belum habis sedia lagi. Bangun tidur sampai peluh-peluh. Hahaha. Pasal saya asal dari Johor Bahru, sijil Sekolah Agama masa tu wajib ambil untuk bekerja di sana. Jadi memang susah pasal Sekolah Agama pun ada exam juga. Masa untuk tidur lebih sikit memang tak ada nak bandingkan dengan budak-budak sekolah saya yang tak perlu pergi Sekolah Agama. Tapi Alhamdulillah, sampai Form 2 sahaja pasal Sekolah Agama sampai Darjah 6 sahaja. Nak masuk darjah khas, tapi hari Sabtu sahaja kelas dia, Sekolah Cina pula memang 6 hari seminggu. Tapi Alhamdulillah, Sekolah Agama tu penting dan ia terapi saya dan sentiasa mengingatkan yang saya ni Melayu dan Islam dan apa yang penting adalah akhirat. Jadi, tak takut sangat pasal exam dan homework tak siap. Buat apa yang mampu, dan buat yang terbaik mungkin. 


Ibu bapa saya pun mengambil berat tentang agama dan kami ada ustaz mengajar ngaji setiap Khamis. Dan saya tak pergi tuisyen. Hanya masa Sekolah Menengah dapat Tusyen Bahasa Cina sekejap – Alhamdulillah, dapat membantu saya terutamanya untuk menulis karangan dalam Bahasa Cina. Banyak kena usaha sendiri dan doa banyak-banyak.

3. Kenapa rasa Sekolah Cina ni menggalakkan perpaduan?
Kalau banyak yang kata budak sekolah cina tak boleh fasih dalam bahasa melayu. Tak semestinya. Saya boleh cakap Cina ni pun kerana kawan-kawan sekelas boleh cakap melayu dan mengajar saya bahasa Cina. Tapi, sekolah cina mengajar saya erti perpaduan melalui pengalaman saya sendiri.

Masa darjah 1, saya dah mula nak putus asa, buat homework sampai pukul 2 pagi nak betulkan tulisan cina. Lepas insiden itu, memang semakin lama semakin malas. Peperiksaan memang tak pernah nak buat apa-apa bersiapan. Ada satu murid datang dekat saya dan kata “awak ni malas kan, betul lah ibu bapa saya cakap, melayu ni bodoh dan malas.” Walaupun masa tu selalu kena pukul dengan rotan, sedih mendengar ayat tersebut memang buat saya rasa sebak. Barulah saya sedar, di kalangan murid-murid and cikgu-cikgu Cina ini, saya “representative” kaum saya. Barulah saya gigih berusaha.

Saya cerita insiden ni kepada ibu bapa saya, dan memang ada insiden racism yang lain, tapi ibu bapa saya, cara mereka didik saya adalah dengan menggalakkan saya untuk gigih berusaha dan buktikan yang saya boleh. Saya sendiri tak nak malukan kaum saya, jadi saya gigih berusaha. Dengan secara tidak langsung, mereka mula rasa ingin tahu tentang saya, tentang budaya saya serta Islam dan mula berkawan rapat dengan saya, walaupun mereka dididik dengan pendirian yang lain. Dengan cara ini, saya dapat membuka minda saya dan membantu mereka yang tidak memahami budaya kita, dan membuka minda dan hati mereka untuk memahami Melayu dan Islam dengan lebih terbuka.

Pengalaman saya mengajar saya yang bila kita dilempar dengan kata-kata berbaur racist, apa tindakan wajar yang boleh diambil untuk membela kaum kita sendiri. Saya bersyukur kepada Allah kerana ibu bapa saya telah mengajar saya tentang hidup bertoleransi dan terima kata-kata yang negatif dan mengubahnya kepada positif.

Di Sekolah Menengah pula memang lain, mereka ada budaya tersendiri yang dipanggil “orang Foon Yew”, semua orang sama, sampai rambut pun kena pendek dan ada style yang mereka recommend. Kalau di sekolah biasa, ada “prefect” yang pakai baju lain daripada yang lain, istimewa sikit layanan untuk prefect dan sebagainya, sekolah Foon Yew memang tak ada. Prefect adalah satu persatuan disiplin di sekolah, macam persatuan ko-kurikulum yang lain. Di Sekolah Menengah memang jarang ada racism. Pernah sekali atau dua kali sahaja.

Ingat lagi masa Sekolah Menengah Atas (Senior High), ada Cikgu Matematik ni memang pernah mengata sikit perasaan dia terhadap Melayu. Dia mengajar Trigonometri masa tu. Di Sekolah kami, murid terlalu ramai, jadi diorang panggil murid untuk menyelesaikan masalah di papan hitam melalui angka giliran. Dia terpanggil nombor saya. Nampak sahaja saya, terus dia kata “ha? Awak? tak apalah, saya buat sendiri”. Tapi, apa yang membuat saya terharu adalah satu kelas bantah tindakan cikgu itu. Semua marah cikgu dan cakap “Apa Cikgu ni!” “Cikgu mana boleh buat macam ni” “Dia boleh buat lah!”. Saya terharu sangat masa tu.

Semasa di Sekolah Menengah, memang tak ada rasa beza Melayu atau Cina. Cikgu-cikgu sangat supportive, berdedikasi dan semangat untuk mengajar. Walaupun stress sebab banyak sangat peperiksaan, cikgu-cikgu dan rakan-rakan sentiasa menolong dan memberi galakan untuk cemerlang.

Ini hanya pendapat dan pengalaman saya, saya mungkin salah, jadi sila ampunkan saya jika saya salah.

Soalan-soalan lain:

1. Silabus Sekolah Menengah Cina Swasta

Saya tidak pasti tentang semua subjek, tetapi subjek Bahasa Malaysia (“BM”) memang bukan taraf PMR sahaja. Kami perlu lulus SPM, dan kalau BM fail, tak lulus. Jadi, memang subjek BM sangat diambil berat. Jadi, buku-buku yang digunakan memang selari dengan sekolah menengah biasa seperti Kesusasteraan Melayu dan sebagainya.

2. Bahasa yang digunakan

Dalam Menengah Rendah (form 1 – form 3), semua mata pelajaran dalam Bahasa Cina, kecuali BM dengan Bahasa Inggeris (“BI”). Guru-guru yang mengajar mata pelajaran tersebut ada Melayu, CIna dan India. Walaupun guru Cina, mereka tak akan mengajar menggunakan bahasa Cina. Kalau kelas BM cakap melayu, kelas BI memang cakap English. Teringat cikgu form 1, Mr. Palam, dia mengajar BI dengan English yang cukup tertib.

Dalam Menengah Atas (form 4 – form 6), kalau dalam kelas Sains, subjek-subjek Sains adalah dalam B. Inggeris. Kalau kelas Perdagangan, subject Perakaunan dalam B. Inggeris.

Sejarah – saya tak ingat untuk Menengah Rendah, tapi kalau Menengah Atas, kami belajar Sejarah China masa form 4, Sejarah Dunia masa form 5, Sejarah Malaya/Malaysia masa form 6. Semua dalam bahasa cina tapi untuk nama dengan istilah penting, akan ada kurungan dalam B. Inggeris.

9 Ahli Lembaga Pengarah Agensi Di Bawah KBS Ditamatkan Perkhidmatan.

Oleh : Utusan

Sembilan ahli lembaga pengarah lantikan politik yang ditempatkan di agensi-agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan telah ditamatkan perkhidmatan mereka.

 
Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, mereka terdiri daripada pengerusi serta pengarah di badan berkaitan di bawah kementerian antaranya Perbadanan Golf Subang, Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES), Perbadanan Stadium Malaysia dan Institut Sukan Negara.

“Saya telah menghantar nota terima kasih dan menyingkirkan mereka kerana lantikan politik.

“Mereka yang mempunyai keahlian terus dengan UMNO dan kedudukan dalam kepemimpinan seperti ketua Pemuda atau ketua bahagian akan digantikan dengan mereka yang bukan dalam kalangan ahli politik,”
katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.

Syed Saddiq yang juga Ahli Parlimen Muar menambah, tindakan seterusnya akan diambil kemudian.

“Paling penting adalah memastikan kesilapan masa lalu tidak akan berulang lagi pada masa hadapan, selain menjadi keutamaan kementerian dalam tempoh satu atau dua bulan akan datang,” katanya. - 2 Ogos 2018.

F1 Mungkin Kembali Ke Malaysia - Mahathir.

Oleh : Bernama

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tidak menolak kemungkinan perlumbaan Formula One (F1), yang kali terakhir dihoskan Malaysia tahun lepas, diadakan semula di negara ini.

 
“Mungkin,” katanya ketika ditanya pemberita sama ada pemasangan lampu limpah di sepanjang Litar Antarabangsa Sepang (SIC) boleh dilihat sebagai petanda perlumbaan berprestij itu akan kembali dianjurkan di SIC.

Beliau sebelum itu memandu kereta Ferrari di litar sepanjang 5.543 kilometer itu sebagai simbolik perasmian ‘Circuit Lights’ berkenaan di Sepang malam tadi.

Dr Mahathir bagaimanapun menarik perhatian bahawa kadar pencahayaan lampu limpah yang lebih tinggi diperlukan sekiranya SIC mahu menjalankan perlumbaan pada sebelah malam.

“Kalau untuk F1 pencahayaan kena lebih terang sedikit sebab kadar pencahayaan sekarang tidak berapa cerah. Ia akan menyukarkan kerja-kerja penyiaran,” katanya.

Dr Mahathir berkata SIC berpotensi menjadi kota raya sukan permotoran dan sebagai platform untuk memajukan sukan permotoran di negara ini.

“Sepang boleh menjadi kota raya sukan permotoran di mana setiap orang yang berminat dalam aktiviti seumpama itu atau kejuruteraan boleh datang ke sini dan belajar untuk maju dalam bidang ini,”
kata beliau.

Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata terpulang kepada Kabinet untuk menentukan sama ada perlumbaan F1 akan diadakan semula di Malaysia.

Pakai Kain Jingga Bukan Untuk Sertai Ritual Hindu - Penjelasan Lokman Nor Adam.

Oleh : Malaysiakini

Calon BN bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis, Datuk Lokman Noor Adam hari ini membidas kerajaan Pakatan Harapan yang didakwanya sebagai dalang di sebalik serangan di media sosial yang beliau menjalani ritual Hindu.

 
Sebalik, katanya, ketika berkempen di kuil Sri Maha Mariamman baru-baru ini, dirinya diberikan sehelai kain berwarna jingga yang dipakaikan pada bahagian badannya sebagai tanda penghormatan kepada mana-mana pemimpin.

“Ada serangan daripada kerajaan terhadap diri saya menggunakan sebaran Whatsapp dan mengeluarkan gambar saya seolah-olah sami Hindu di kuil Sri Maha Mariamman.

“Saya berucap di kuil itu dan saya diberikan kain berwarna oren sebagai tanda penghormatan oleh masyarakat India.

“Ini bukan bermakna saya sudah menjalani ritual Hindu. Nampak sangat mereka (HARAPAN) begitu risau dengan kita (BN),”
katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media harian di pejabat Umno Bahagian Kota Raja.

Lokman turut mendakwa pihak lawan mengedit gambar itu dengan meletakkan tiga garis putih dan tanda merah pada dahinya.

PRK itu menyaksikan Lokman bakal ditentang calon PKR yang juga pengetua Maahad Tahfiz Al Fateh Jalan Kebun, Mohd Zawawi Ahmad Mughni, selain calon bebas, K Murthy.

PRK Sungai Kandis merupakan yang pertama selepas PRU14 berikutan kematian penyandang kerusi tersebut, Mat Shuhaimi Mat Shafiei akibat kanser limfoma pada 2 Julai lalu.

Pada 9 Mei lalu, Shuhaimi mempertahankan kerusi DUN itu untuk penggal ketiga, selepas memperoleh 23,998 undi menewaskan calon BN, Datuk Kamaruzzaman Johari (11,518); calon PAS, Mohd Yusof Abdullah (7,573) dan calon Parti Rakyat Malaysia (PRM), Hanafiah Husin (76). - 2 Ogos 2018.

Rabu, 1 Ogos 2018

Rupanya Sejak 1995 Opcom Dapat Kontrak Dari TM, Yang Kutuk Kaw-Kaw Tu Mesti Dah Malu Habis!

The Star melaporkan syarikat Mohzani, Opcom Cables SDN BHD, yang mana sahamnya turut dimiliki oleh Mukhriz, kedua-duanya anak Mahathir telah mendapat tender dari TM berhubung kerja membekalkan kabel dalam projek 'Rakan Unifi'. 

Tender tersebut dinilaikan sebanyak RM11.16 juta dan dianugerahkan pada 14 Mei 2018, lima hari selepas Pakatan Harapan diisytiharkan menang pilihanraya umum ke 14.


Laporan itu kemudiannya membuatkan Mahathir dan seisi keluarganya termasuklah parti Pakatan Harapan dikecam kerana mengamalkan nepotisme dan kronisme dalam membekalkan tender GLC.

Bagaimanapun menurut kakitangan Telekom dan hasil semakan di internet, ianya bukanlah perkara baru bagi Opcom untuk mendapatkan tender Telekom. Malahan perkara tersebut berlaku sejak dari tahun 1995 lagi dan berterusan sehingga ke tahun 2018!

68 juta!


359 juta!
44 juta!

28.03 juta!


VS 11.16 juta, seriously?

Semakan juga mendapati tender 'Rakan Unifi' telah dibuka seawal bulan Januari 2018 lagi dan ianya memakan masa beberapa bulan sebelum pemilihan syarikat dimuktamadkan.

Berikut pula pandangan salah seorang netizen yang dipetik menerusi portal TTKM.

Oleh : Abdul Azim Roslan

Malaysiakini pada 31 Julai 2018 ada melaporkan berita yang memberikan indikasi bahawa selepas 5 hari PRU-14 tamat, syarikat kepunyaan anak Tun Mahathir iaitu Mokhzani dan Mukhriz mendapat kontrak bernilai RM11.16 juta daripada syarikat Telekom Malaysia.

Apabila membaca tajuk berita yang sangat spekulatif itu, maka ramai yang membuat konklusi sendiri tanpa membuat semak selidik. Syarikat yang mendapat kontrak itu bernama Opcom Holdings Berhad melalui anak syarikatnya, Opcom Cables Sdn Bhd.

Syarikat milik anak Mahathir ini bukan pertama kali mendapat kontrak daripada Telekom Malaysia, tetapi ia telah bermula sejak tahun 1995. Pada tahun 2007, Opcom memperolehi kontrak pembekalan kabel bernilai RM44.6 juta. 


Kemudian, pada tahun 2009, Opcom juga mendapat kontrak daripada Telekom dengan jumlah sebanyak RM359 juta. Pada tahun 2015, Opcom sekali lagi mendapat kontrak bernilai RM67.8 juta daripada Telekom Malaysia.

Oleh itu, jika syarikat Opcom mendapat tender daripada Telekom selepas 5 hari PH menang diperingkat pusat, maka ia bukan sesuatu yang ajaib. 


Syarikat Opcom merupakan syarikat kerjasama dengan sebuah syarikat antarabangsa, Ericsson Network yang berpangkalan di Sweden. Opcom mempunyai fasiliti kilang di Shah Alam dan pernah membesarkan kilang mereka pada tahun 2013 dengan capital investment sebanyak RM8.5 juta. 

Mereka juga mempunyai kemampuan untuk menghasilkan cables sepanjang 55,000 km setahun. Opcom juga tersenarai di Mesdaq, Bursa Malaysia pada tahun 2003. Ini bukan kes syarikat sewa kereta tetapi berjaya mendapatkan projek hibrid solar bernilai lebih RM1 bilion.

Ada juga dakwaan yang kononnya semenjak tahun 2017, syarikat Opcom sudah tidak lagi mempunyai sebarang projek. Hal ini tidak benar, mengikut tender yang diterima pada tahun 2015, projek ini akan berterusan sehingga hujung bulan september 2018.

Jika benar ada dakwaan salah laku yang membabitkan pemberian tender ini, semua pihak disyorkan membuat laporan SPRM. 


Tetapi alangkah ruginya, ketika Pak Lah dan Najib berkuasa dan sedang berkrisis dengan Mahathir, mereka tidak menggunakan SPRM dan isu ini untuk menangkap Mahathir. - 1 Ogos 2018.

"Saya Tidak Menolak Hadis Yang Sahih," - Mahathir.

Oleh : Ustaz Zolkarnain
 

SEPETANG DALAM MAJLIS BERSAMA TUN M.
 
1. Petang tadi (3.30 pm - 5.30 pm), aku berada dalam majlis Tun M bersama para ulama dan cendekiawan muslim daripada pelbagai pertubuhan di pejabatnya.

2. Majlis yang berlangsung dalam bentuk dialog ringan itu dihoskan oleh pejabat Menteri di JPM (Agama). Seramai sekitar 45 orang ulama dan cendekiawan muslim hadir dari seluruh negara.



3. Tun M seperti biasa secara bersahaja menyampaikan idea-ideanya tentang Islam dari sudut pandangnya sebagai seorang muslim yang berstatus PM yang mahu melihat Malaysia menjadi negara Islam contoh untuk seluruh dunia Islam.

4. Baginya, negara-negara Arab gagal dalam menampilkan diri sebagai negara Islam contoh apabila negara-negara itu sering berperang sesama sendiri kerana pelbagai sebab yang tidak membawa sebarang faedah.

5. Beliau turut menekankan dua aspek penting yang yang mesti dikuasai oleh orang Islam iaitu ilmu dan teknologi yang asalnya dikuasai oleh orang Islam tetapi kini berada di tangan orang lain.

6. Tun M turut menafikan tanggapan sebahagian orang Islam yang tidak bersetuju dengan caranya dalam menanggapi isu-isu Islam sebagai penolak hadis. Katanya, "Saya tidak menolak hadis yang sahih...!"

7. Menurutnya, beliau lebih menumpu kepada usaha memahami kandungan al-Quran kerana beliau yakin kandungan al-Quran sudah lengkap untuk memandu manusia menuju kejayaan dalam kehidupan.

8. Katanya, beliau sebagai orang Islam biasa tentu tidak mampu memahami hadith dengan mendalam tetapi menerima semua ajaran hadith yang tidak bercanggah dengan al-Quran.

9. Pengetahuannya tentang ayat al-Quran yang muhkamat dan mutasyabihat juga baik. Bahkan katanya, orang Islam tidak mengutamakan tuntutan ayat muhkamat untuk dilaksanakan seperti tuntutan memelihara hubungan persaudaraan.

10. Ketika beliau bercakap tentang keganasan ISIS yang menyembelih orang Islam lain yang tidak sefahaman dengan mereka sambil melaungkan takbir, serta sikap negara-negara Islam yang saling berperang dan berbunuh sesama sendiri, beliau kelihatan sebak dan tidak dapat meneruskan ucapannya.

11. Jawapannya terhenti di situ dan majlis diambil alih oleh moderator, YB Dr Mujahid yang terus membuka ruang untuk sesi dialog.

12. Bagi aku, Tun M punya misi dan visi yang jelas dalam pemerkasaan pentadbiran Islam di Malaysia. Kefahamannya tentang Islam sebagai din, yang beliau ulang sebut beberapa kali, "din adalah cara hidup", juga adalah baik.

13. Bahkan aku berani katakan, kefahamannya tentang al-Quran lebih baik daripada sebahagian orang Islam yang begitu pandai bergaya dengan busana yang didakwanya busana Islam tetapi tidak tahu pun membezakan antara al-Quran yang muhkamat dan mutasyabihat.

14. Seperkara yang sangat beliau tekankan dalam ucapannya ialah tentang kewajipan orang Islam berakhlak dengan akhlak yang baik seperti amanah dan adil. Bagi beliau, keadilan adalah intipati kepada keseluruhan ajaran Islam. Tanpa keadilan, tiada keindahan Islam.

15. Aku katakan, Islam di Malaysia tidak terancam bahkan kedudukannya akan semakin diperkasa dari semasa ke semasa. Berdasarkan respon daripada semua cendekiawan yang hadir, semuanya bersetuju bahawa inilah masanya semua pihak menyumbang tenaga dan upaya untuk menampilkan Malaysia sebagai negara Islam contoh.

16. Tahniah buat Tun M, Dr Mujahid dan Puan Fuziah Salleh.

Isu Bantuan Ke Sekolah Persendirian Cina, Malaysiakini Manipulasi Berita - Hafizul Faiz.

Oleh : Hafizul Faiz

MENTERI U-TURN? MANIPULASI MEDIA DAN STAMINA MEMBACA KITA.


1. Salah satu daripada manifesto Pakatan Harapan ialah kebebasan media. Walaupun hal ini nampaknya menjadi liabiliti yang sangat besar kerana media sangat berkesan di dalam membentuk persepsi politik. Media tentu sangat suka mengetahui bahawa masyarakat memang hanya membaca kepala tajuk berbanding laporan penuh.

2. Pada 26 Julai 2018, Malaysiakini telah menerbitkan satu berita berjudul "DAP bidas Maszlee tak beri peruntukan pada sekolah persendirian Cina". Sebagai respon kepada jawapan bertulis Dr Maszlee Malik berkaitan peruntukan kepada SMPC kepada soalan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dari MCA.

3. Ironinya, pada 27 Julai, keesokan harinya, Malaysiakini juga menerbitkan lagi satu berita berjudul "Kini Maszlee kata SMPC boleh dapat peruntukan". Persoalannya di sini, di mana susur galur sumber berita ini?

4. Apabila kita membaca sampai habis berita ini, yang dilaporkan hanyalah petikan jawapan bertulis yang sama, cuma di bahagian yang berbeza iaitu ketika Dr Maszlee Malik menyatakan Kerajaan Harapan memberikan sokongan penuh kepada SMPC dan sekolah-sekolah persendirian yang lain, dan dalam masa yang sama, kerajaan bersedia untuk berbincang mengenai jenis-jenis bantuan yang sesuai disalurkan.

5. Laporan itu juga memetik kenyataan asal bahawa tiada peruntukan wang khas kepada SMPC kerana ia bukan sekolah awam dan guru-gurunya bukan dikira penjawat awam.

6. Hal ini selari dengan bantuan-bantuan yang hendak diberikan kepada sekolah-sekolah persendirian yang lain, seperti sekolah tahfiz dan sebagainya. Namun hal ini tak boleh semudah petik jari, semuanya mesti diperhalusi. Tidak ada langsung kenyataan rasmi yang mengatakan bahawa tiada bantuan kepada sekolah tahfiz.

7. Jadi, tiada kenyataan bertulis secara rasmi yang mengatakan peruntukan berupa wang yang banyak diberikan kepada SMPC. Yang menyebabkan masyarakat bergaduh dan pembangkang tepuk tangan ini hanyalah media. Atau senang cakapnya, mudahnya kita terpengaruh dengan mainan kepala tajuk media.

8. Ya, kerja mendidik memang sangat sukar. Membayangkan yang masyarakat termasuklah pemimpin parti-parti pembangkang sangatlah tak ada stamina untuk hadam laporan penuh dan bersikap kritis terhadapnya menjadi bukti yang pendidikan kena bekerja lebih keras. Dan yang paling ironi, portal media yang dituduh munafik oleh sesebuah parti akhirnya digunakan sebagai sumber untuk membangkang.

9. Nak membangkang, bangkanglah dengan kritis, buatlah sedikit bacaan daripada terus laju menulis komen sehingga lari tajuk. Kerana apa yang kita komen, melambangkan tahap fikiran kita. Kalau kita komen tapi lari tajuk, menunjukkan yang akal kita memang cetek.

Rujuk :

http://www.utusan.com.my/pendidikan/perkasakan-pelajar-tahfiz-madrasah-8211-maszlee-1.689207

https://www.malaysiakini.com/news/436107

https://www.malaysiakini.com/news/436007

Ini Penjelasan Mengenai Penangguhan MYBRAIN15, Rupanya Dana 90 Juta Oleh Kerajaan BN Tak Pernah Wujud.

Oleh : Ulya Husamudin

MYBRAIN15, APA CERITA SEBENARNYA?

Bismillahirahmanirahim,

Baru-baru ini ramai yang telah salah faham dengan status terkini MyBrain15 dan kenapa kementerian terpaksa dengan berat hati menangguhkan/ membekukan program ini.

 
Hakikatnya jumlah 90 juta peruntukkan diumum oleh kerajaan BN sebelum ini tidak wujud sama sekali dan hanya merupakan retorik kosong, permainan politik. Andai ada sekalipun, 90 juta ini juga hanya mampu membiayai satu semester pelajar, keseluruhan pembelajaran memerlukan lebih 612 juta untuk tanggungan keseluruhan pembelajaran 10 000 penerima MyBrain15.

Akibatnya, calon telah dipilih, duit tak wujud dan kerajaan hari ini yang terpaksa menangung kesalahan kerajaan yang lama.

Pun begitu, kementerian pendidikan akan cuba sehabis baik bagi membantu permudahkan isu ini. Keputusan akhir tertakluk kepada kelulusan Kementerian Kewangan dan Unit Perancangan Ekonomi, berdasarkan keadaan ekonomi semasa.

Bersama ini saya sertakan pautan penerangan terkini YB Menteri Pendidikan mengenai isu ini :



Tangguh MyBrain15 kerana BN gagal salur dana - 20180730 http://www.sinarharian.com.my/…/tangguh-mybrain15-kerana-bn…
MyBrain15 on hold due to lack of funds, says Maszlee - 20180730 https://www.nst.com.my/…/mybrain15-hold-due-lack-funds-says…
Maszlee: Allocation for MyBrain a mere political gesture by previous govt - 201807303 http://www.thesundaily.my/…/maszlee-allocation-mybrain-mere…
The former government announced that the 90 million scholarship plan was not handed over to the Ministry of Education. - 20180730 http://news.seehua.com/?p=381125
Education Minister: MyBrain15 programme frozen until necessary funding received - 20180730 https://www.thestar.com.my/…/education-minister-mybrain15-…/
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...