Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 2 Ogos 2018

9 Ahli Lembaga Pengarah Agensi Di Bawah KBS Ditamatkan Perkhidmatan.

Oleh : Utusan

Sembilan ahli lembaga pengarah lantikan politik yang ditempatkan di agensi-agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan telah ditamatkan perkhidmatan mereka.

 
Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, mereka terdiri daripada pengerusi serta pengarah di badan berkaitan di bawah kementerian antaranya Perbadanan Golf Subang, Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES), Perbadanan Stadium Malaysia dan Institut Sukan Negara.

“Saya telah menghantar nota terima kasih dan menyingkirkan mereka kerana lantikan politik.

“Mereka yang mempunyai keahlian terus dengan UMNO dan kedudukan dalam kepemimpinan seperti ketua Pemuda atau ketua bahagian akan digantikan dengan mereka yang bukan dalam kalangan ahli politik,”
katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.

Syed Saddiq yang juga Ahli Parlimen Muar menambah, tindakan seterusnya akan diambil kemudian.

“Paling penting adalah memastikan kesilapan masa lalu tidak akan berulang lagi pada masa hadapan, selain menjadi keutamaan kementerian dalam tempoh satu atau dua bulan akan datang,” katanya. - 2 Ogos 2018.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...