Rabu, 1 Ogos 2018

Berani Cakap 'Pendatang' Tapi Tak Berani Mengaku, Kula Segaran? Minta Maaf Pun Siap Salahkan Bahasa..

Oleh : Nurul Asyikin

Lecehlah kalau setiap kali bercakap soal fakta dianggap sebagai bangsa yang rasis. M.Kulasegaran memikirkan dengan permohonan maafnya ia akan mendiamkan isu dan menghentikan kritikan.


Mari kita analisa permohonan maaf beliau berdasarkan kenyataan media asal;
Kenyataan media oleh M Kula Segaran
Saya merujuk kenyataan dalam sebuah ucapan di Nilai, minggu lalu; yang telah menjadi suatu topik kontroversi di media massa.

i) Kenyataan ini telah disalahtafsir sehingga mengandaikan bahawa saya telah menggunakan istilah ‘pendatang’ dengan merujuk kepada mereka yang tidak senang dengan penggunaan kata itu terhadap mereka.

Saya justeru memohon maaf atas sebarang rasa tidak senang yang telah saya cetuskan, dan menarik-balik rujukan yang menyakitkan hati tersebut dalam ucapan spontan terbabit.

Saya bukan dan tidak pernah menjadi seorang yang kontroversial dalam isu berkait kaum dan agama dalam negara kita ini, dan akan sentiasa menghormati apa yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

ii) Ucapan dan kata-kata adalah ibarat sesumpah, dan kadang kala membawa makna yang berbeza dalam bahasa yang berbeza, seperti ucapan saya dalam bahasa Tamil itu.

Bagi mengelak daripada isu kenyataan saya dalam acara di Nilai minggu lalu itu terus melarat berlanjutan, saya membuat keputusan untuk memohon maaf dan menarik-balik kenyataan terbabit bagi mengelak kontroversi itu menjadi lebih buruk.

Saya mohon maaf jika telah mencetuskan sebarang rasa tidak senang.

YB M Kula Segaran
Naib Pengerusi Kebangsaan DAP
Ahli Parlimen Ipoh Barat


Analisis;

i) "Disalahtafsir sehingga mengandaikan saya menggunakan perkataan pendatang ini" - faktanya merujuk dimana dan dari siapa? Mengikut kata tuan Kiridaren yang juga berbangsa India dan fasih berbahasa Tamil - dia sendiri mengalihbahasakan kenyataan itu dengan merujuknya sebagai "PENDATANG". Yang Kula sedang bayangkan atau maksudkan merujuk kepada MELAYU adalah BANGSA PENDATANG. 

Andai terjemahan itu salah, maka apa yang betul setepatnya? Apa kata Kula berikan maksud yang sepatutnya difahami oleh kita semua? Kenapa tak membetulkan perkataan yang dikatakan disalahtafsir itu sebaliknya meminta maaf pula?

ii) Ucapan dan kata-kata adalah ibarat sesumpah, dan kadang kala membawa makna yang berbeza dalam bahasa yang berbeza, seperti ucapan saya dalam bahasa Tamil itu". - Apakah yang cuba disampaikan? Adakah melabelkan bangsa melayu sebagai pendatang membawa makna yang berbeza dalam bahasa Tamil berbanding bahasa Malaysia? Perkataan pendatang itu jika didalam bahasa Tamilnya membawa makna apa? Kenapa Kula tidak menghuraikan penjelasannya?

Ini adalah taktik "spin and divert". Selepas membayangkan seolah-olah teraniaya kerana disalahtafsir dan menyalahkan kata-kata kononnya membawa makna yang berbeza dalam bahasa yang berbeza, Kula kemudiannya meminta maaf seolah-olahnya beliau sangat terbuka dan berlapang dada dengan kritikan yang diterima.

Langsung 'TIDAK' anak jantan. Berani sahaja mengutuk melayu tetapi tak berani pula nak mengaku. Berani menjadi jaguh di depan kaum sendiri selepas itu bersembang mengenai perpaduan dan bangsa Malaysia. Untuk setiap melayu yang datang dan menegur, semuanya adalah rasis. Untuk setiap "Kula" yang datang dan menghina, ya itulah pejuang bangsa dan agama.

Sekian.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...